Saya rasa tak suka betul nak menulis pasal ni tp sebab rasa macam tak tahan dah rimas mual semua ada. Saya tau kita semua dilahirkan berbeza akal fikiran dan mempunyai hak masing2 untuk menyuarakan pendapat. Tapi saya loya betul dengan bahasa yang dipilih oleh penulis2 profesional la sangat ni kan..maklum la zaman sekarang semua orang ada access untuk menulis apa yang dia rasa...memang la ramai yang cakap itu hak dia blog dia wall dia suka hati dia la nak tulis apa nak share apa klu tak suka jangan baca...

Cuma jenuh saya memikirkan nya mengapa ada jenis manusia yang macam ni. Maksud saya yang suka tulis menggunakan bahasa2 yang lucah bukannya hujah. Mak bapak dia tak ajar ke? takkan kot... mesti semua mak bapak akan ajar anak bahasa yang elok2 kan tapi ntah la ada jgk kot yang dah mmg keturunan hidupnya celik mata bahasa sumpah seranah maki hamun je yang didengar so membesar la dia ngan bahasa tu.

Teringat saya waktu tgh sedap2 bersarapan berdua ngan en suami di PD (pantai dalam je) meja sebelah saya ada seorang ayah bawa anak lelakinya yg masih kecil dlm umur 3 tahun. Ada jugak kawan2 kepada lelaki itu 3 org. Yang membuat saya geram ketiga2 lelaki td bercakap ngan budak tu macam la budak tu umur 30 tahun. Sian sangat kat budak tu dia bawa mainan lego yg cantum2 tu tp bdk 3 thn kan bkn nya blh buat perfect pun so yg lelaki 3 org td tu punya la kutuk budak tu dengan bahasa yang sakit hati saya dengar tak gamak nak tulis. Yang ayah budak tu saya tgk diam tunduk je dia mgkin dia sedih ke geram ke saya tak tau la.

So bebalik pada spesies manusia yang menulis terlebih perbendaharaan kata ni saya fikir2 lagi apa punca2nya kenapa takde bahasa lain yg keluar dr kepala otaknya masa dia menulis. Otaknya letak kat kepala jugak..tp kepala lutut kot kih..kih..dah dia mmg ada otak tp dia tak guna otak dia utk berfikir ngan lebih waras. kalau dia boleh fikir Allah cipta kita ni kepala otak kita dok kat atas sekali bukan kat bawah bukan kat kepala lutut. Jadi selayaknya benda yang keluar dari kepala otak kita tu adalah benda yang mungkin boleh dihargai oleh org lain ataupun memberi manfaat kepada org lain bukannya benda yang tarafnya sampah yang boleh dipijak2.

Saya fikir lagi "penulis2" ni agaknya hidup sebatang kara kot kat dunia ni sbb klu dia ada mak bapak mesti dia malu kan kat mak bapak dia. Ok la fine mak bapak dia takde access ke internet so assume mak bapak dia taktau je lah apa aktiviti anak dia kan. Ngan sedara mara adik beradik? tak malu jugak? .Tapi kan malu tu sebahagian daripada iman urlpp!! Malu sebahagian daripada iman dah klu dia tak tau malu ermm..saya tak blh ulas ni saya bukan ustaz@ustazah lagipun hanya ALLAH yg maha mengetahui jgn kita semudah2nya menjatuhkan hukuman berdasarkan zahir saja (ini peringatan utk diri sendiri ye)

Dengan anak2 sendiri macam mana, takpe saya mana ada anak ok go head lah. Yang ada anak kata takpe anak kecik lagi bukan tau baca..klu anak tu dah besar macam mana? takpe nanti anak dah besar padam la blog tu.. ye ke?? tau2 anak tanya ayah *####* tu apa masa tu kita sibuk marah anak mana dpt word tu dia kata baca kat blog abah ha nak jawap apa ahh takpelah..dah nanti jd penyakit keturunan semua sedap je "berbahasa"

Maaf cakap la bg saya kes penulis lucah ni analogi nya sangat mudah. Ibarat kan pelakon@penyanyi yg dah takde benda nak jual so jual kontroversi je lah. Org buat filem dah takde citer@idea yg best utk filem mula la masukkan adegan sxxxx tu kan. So sama lah kes nya ni. "Penulis" tu pun dia sendiri tak pasti yang dia tulis tu betul ke tak dia pun pakai copy paste tak pun dia share je dari mana-mana sumber yg dia pun tak kaji kesahiahannya. Tp untuk memastikan apa yg dia 'tulis" tu dibaca orang so gitu je lah cara yang paling cepat. Letak pulak tajuk yang umpp!! rating pun naik la. Semakin ramai org share org komen ngan idea dia makin naik syok dia nak "menulis" la konon. Dia tak sedar makin ramai yang share idea2 bahasa2 dia tu makin byk dosa yang mengalir masuk ke akaun dia..ingat jangan sampai kita mufllis di akhirat sana gara-gara ini ye.

Saya minta maaf la kalau yg ditulis ni ada yg terasa (ada ke yg terasa )

Teringat kes Dr Harlina menegur cik ta kata cik ta itu hak dia nak pakai mcm mana tp ulasan Dr Harlina..."semua org ada hak tp jgn sampai kita menggunakan hak kita dengan cara mengambil hak org lain. Saya ada hak untuk masuk syurga tetapi hak saya masuk syurga mungkin dinafikan jika saya tidak menegur benda2 yang tidak baik@tidak elok yang berlegar disekeliling saya"

Jd saya rasa semua yg membaca artikel ni fahamkan maksud saya.. cuma cara menegur ada mcam2 kalau semua cara tak menjadi sebaik2nya kita berdoalah kepada Allah..saya berdoa moga kita semua dipelihara oleh ALLAH dr memilih jalan yang salah kepada yang mungkin telah sedikit tersasar moga terdetik dihatinya utk berubah insyaallah amin...