Monday, July 22, 2013

Pabila emosi - airmata di tikar sejadah

Pagi tadi selepas solat subuh saya teringat mereka yang telah tiada - arwah opah, tok dan kakak yang dah lama pegi. Satu persatu bergentayangan di ruang minda. Walaupun saya tidak dapat mengingati hatta satu pun memori bersama arwah kakak tp setiap kali mengenangkan pemilik nama Nor Liza itu saya pasti tidak akan dapat menahan sebak dan air mata. Kakak pergi ketika usianya lebih kurang 5 tahun. Dilanggar lari dihadapan rumah kami sendiri. Saya ketika itu masih kecil dlm lingkungan 3 tahun memang tidak mengerti apa-apa.

Arwah Opah dan tok meninggal ketika saya berumur awal 20an. Tok  diserang angin ahmar dan lumpuh hampir 15 tahun sebelum meninggal. Satu tempoh yang amat lama saya kira. Sepanjang tempoh itu Tok dijaga oleh Opah. Tidak berapa lama Tok meninggal Opah mula sakit-sakit ringan dan pernah sekali diserang angin ahmar. Mujur kami ada ayah saudara yang bertugas sebagai doktor dia yang memberi rawatan dengan segera. Memahami kehendak orang tua yang tidak suka duduk dihospital lama-lama Pak Andak membawa opah pulang ke rumah beserta peralatan yang perlu ketika itu. Alhamdulillah opah pulih dengan cepat. Tapi memanglah hayatnya tidak lama. Saya kira umur opah dipanjangkan Allah untuk menjaga suaminya. Saya masih ingat antara kata-kata akhirnya yang menjadi petanda ajalnya makin dekat. Ketika itu hari merisik saya keluarga sebelah bakal suami saya berkunjung dari Kedah untuk menentukan tarikh pertunangan kami. Arwah opah baring di dalam biliknya dan minta saya bawakan bakal suami saya untuk berjumpa dengannya. Ketika bersalam arwah opah terus memeluk bakal suami saya dan berkata berkali-kali "Pah puas hati pah dah jumpa pah dah tgk org yang nak jaga cucu pah, kalau pah mati pun takpe dah". Arwah opah pergi dalam bulan puasa. Kami anak cucu menyaksikan mayat dimandi disiapkan dan di kafan. Saya masih ingat sewaktu arwah selesai dimandikan dan disiapkan oleh tukang mandi mayat berkali2 mereka menyatakan raut wajah arwah opah seperti tersenyum sangat manis rupanya. Saya perhatikan memang betul rautnya seperti tersenyum mungkin berkat sabar dan taat melayan suami Allah kurniakan darjat itu kepada Opah.

Serentak saya juga teringat akan sepupu saya yang dijaga oleh Opah dan Tok sejak dari lahir lagi. Tutur kata tingkah lakunya yang sopan dan lemah lembut. Raut wajah yang putih bersih mulus dia persis dara pingitan gadis melayu terakhir. Bertemu jodoh di awal umur 20an saya masih teringat lagi bagaimana terujanya ibu pengantin lelaki sewaktu menatap wajah sepupu saya itu. Kebetulan ketika pengantin bersanding ibu pengantin lelaki duduk berdekatan dengan saya. Berkali-kali saya dengar dia memuji sepupu saya dan menyatakan betapa beruntungnya anak dia beristerikan sepupu saya tu. Sayangnya itu semua mungkin belum cukup bg seorang lelaki. Dia yang taat dan setia tidak membantah tidak tahu meminta akhirnya disia-siakan atas alasan sikap dan pekerti mulianya yang begitu tidak memberi apa-apa cabaran kepada sang suami. Dia juga dinilai oleh suaminya tidak pandai berdikari lantaran tidak tahu memandu ataupun membayar bil-bil utiliti rumah. Sepupu saya anak bongsu pasti abang-abang dan kakak-kakak pantas bertindak untuk melindungi adik mereka. Namun dia masih lagi taat dah setia untuk terus mempertahankan rumahtangganya. Tahun demi tahun berlalu dia menguatkan semangat. Saya kagum dengan ketabahan dan usahanya dlm mempertahankan rumahtangga. Dia kini mempunyai lesen memandu sudah beberapa kali sampai ke rumah mak saya di kampung. Saat kami berjumpa saya pernah menebaknya dengan soalan "adik tak suruh ke dia kawin je dengan perempuan tu"... Lirih suaranya dia menjawap "adik dah suruh dia kawin daripada buat dosa tp dia kata perempuan macam tu bukan sesuai buat isteri buat main-main boleh la"

Airmata saya laju menitis mengenangkan semua ini. Dan pagi itu di tikar sejadah saya sedekahkan Al fatihah untuk mereka yang telah pergi dan panjatkan doa  moga di bulan Ramadhan ini Allah mempermudahkan dan memperbaiki hubungan adik sepupu saya..amin.

Friday, July 19, 2013

Cik Patin memanggil-memanggil dari periuk

Puasa hari ke-9 buka peti ais tgk2 ada ikan patin sekor terus terlintas asam pedas@gulai tempoyak@goreng pun sodappp!!!. Actually suami saya tak makan ikan patin ni asam pedas@gulai tempoyak pun tak makan. So kalau saya nak masak ni saya kena ada menu alternate utk dia..bukan dia aje sbb yang makan ni saya ngan bibik je. Bibik saya tu selalu kena jadi mangsa saya kalau saya nak masak benda yang orang lain tak makan saya akan suruh gak dia makan selalunya dia makan jgk la he he.

Bila masak guna tempoyak beli ni saya cuak sikit sbb tak tau kualiti rasa asal tempoyak macam mana. Kalau yg mak sendiri punya mak akan letak garam dan gula selapis2 selang seli ngan tempoyak. So tempoyak tu dah ada rasa manis2 masin. Jadi saya masak petang tu agak reserve skit letak garam pun tak berani byk gula tak letak. Bila dah masak saya lagi cuak sbb tak terbit aroma macam sedap pun. Saya ambik keputusan biar dulu ikan patin tu kat dlm periuk nanti dah berbuka baru saya pergi rasa then tambah apa yang patut. 

Lepas solat baru saya try rasa test cuba patin tempoyak saya tu. Memang tak sesedap yang saya bayangkan. Saya tambahkan gula dan garam barulah rasanya ada umpphh!!. Pastu apa lagi boh nasi sepinggan kuah tempoyak banjir ha ha. Nikmatnya makan sampai menghirup pinggan tu. Pukul 10 saya tidurkan sikecik ngan anak2 yang lain. Cam biasa ngan saya la tidur sekalikan. Kul 12 terkejut (mcm cinderella pulak ha ha) masa tu nak solat isyak tp boleh teringat2 kat cik patin di bawah. Tak tahan godaan saya turun panaskan patin tempoyak dan nyum-nyum 2 pinggan mak balun huhu. Saya mmg tak jaga badan langsung puasa ni jaga tekak je kah kah kah...

Wednesday, July 17, 2013

Nasi Lemak Rendang Ayam

Menu berbuka hari ke 6 kami Nasi lemak rendang ayam. Ni anak-anak saya request. Nasi lemak ni takyah citer le camne. Masuk beras, bawang merah ketuk bawang putih halia serai masuk santan daun pandan kulit kayu manis bunga lawang halba skit garam. Tanak sampai masak siap. Eh tercerita jgk ha ha. 

Nak cerita pasai rendang ayam ada macam-macam version jugak kan. Cara dan teknik berbeza menghasilkan rasa dan tekstur yang berbeza. 

Dari kecil saya biasa tgk mak saya msk rendang. Mak saya ni mmg rajin masak macam-macam.  Kuih muih tiap petang mesti ada. Dia tak tunggu bulan puasa atau raya untuk masak.Biasanya kalau nak buat rendang saya suka duduk dekat ngan mak tengok dia buat dan tolong potong bawang, bawang putih halia. Tu je lah saya boleh tolong sbb yang lain tu mak saya cam tak berapa harap. Sebabnya rendang mak saya ni dia akan potong halus2 nipis2 daun kunyit dengan serai. Kalau tebal2 nanti QC (abah saya le) mesti komplen. So lepas semua barang2 tu dah dipotong nipis2 halus2 masukkan ke semua bahan ke dalam kuali termasuk ayam. Kemudian mak masukkan santan, cili kering dan serbuk kunyit kacau gaul bagi mesra. Baru mak letakkan kuali tu atas api. So kaedahnya bukan menumis ye. Rendang ni di masak sampai kering masuk la asam garam gula utk perasa. Lagi satu rendang mak saya ni dia tak masuk kerisik tp dia masukkan kelapa tak byk la dlm segenggam utk sekor ayam. Kelapa ni la yang akan bg serdak bila rendang ni kita keringkan.


Tapi bila saya dah besar duduk ngan kawan kenal org itu ini teknik saya buat rendang dah berubah. Faktor utama sebab saya malas nak potong nipis2 halus2 tu he he. Jadi bila terjumpa kaedah blender semuanya ya beda beduuu suka saya ngan resepi ni tidak ku berpaling lagi he he. Untuk sekor ayam masuk 1 labu besar bawang merah 3 bj bawang putih , halia, serai 3 batang, kunyit hidup skit lengkuas skit dlm blender. Blend sampai halus. Then tumiskan bahan ni masuk sekali bunga lawang kulit kayu manis. Bila dah naik bau masukkan cili giling. Tumis bagi garing pastu boleh la masuk daging atau ayam. Pastu masukkan santan siat-siatkan daun kunyit. Bila dah menggelegak masukkan kerisik pulak dengan gula kabung. Jangan lupa garam bila ayam dah nak empuk. So gitulah rendang saya.


Perihal malu bertanya sesat jalan

Selalu kita dengar malu bertanya sesat jalan. Salahnya pada yang tak bertanya hingga makan buah langsat berkilo-kilo kan. Tapi pernah tak orang bercerita perihal orang yang memberi jawapan tu. Macam mana jawapan yang diberi membantu ke orang yang bertanya tu?

Dulu mmg nature job saya outstation. Department saya tu kami ada lebih kurang 20 org officer yg kejanya merayau je he he tak cukup dalam Malaysia luar Malaysia pun kami kena pegi. Dalam sebulan habis kuat saya ada di ofis seminggu je lain tu bertebaran la di muka bumi Allah ni. Dekat ofis saya dah disediakan board sebesar alam untuk jadual keja kami ke mana yang harus kami pergi dan bila. Kalau nasib baik dapat kat town besar-besar kalau tak pergi je lah ke ceruk-ceruk kampung felda estet yang telah ditetapkan. Memang takde pilihan. Cuma saya masih ingat kami ada Timbalan En Mat namanya yang ambil berat dan seboleh-bolehnya nak create suasana happy walaupun kami kena outstation. Apa yang dia buat dia cuba kumpulkan beberapa orang dari kami supaya dapat berada dlm lokasi yang berhampiran setiap kali outstation. Contohnya kalau ada yang kena ke langkawi dia akan adjust supaya ada pegawai lain jgk yang blh pergi so takde la boring sangat sesorang tercampak di Langkawi tu kan. Tapi klu kena tempat best2 cam Langkawi tu saya bawa suami dan anak lagi. Hotel minyak tol confirm free he he siang saya keluar keja en somi ngan anak tinggal di hotel. Biasanya keja saya cuma separuh hari je so lepas tu kami berjalan la apa lagi. Mungkin itu yang menyebabkan walaupun kena outstation ramai yang masih boleh bertahan.

Opps!! terlajak citer saya nak citer tentang bertanya jalan sebenarnya. Jadi bila dah outstation je mmg banyak dah pengalaman saya bab2 bertanya ni. Ada yang lucu, ada jgk yang menyebabkan kita geram, meluat nak marah pulak jadinya. Memang kebanyakan tempat yang kami kena pergi tu merupakan kali pertama kita nak jejakkan kaki di situ. Jadi biasanya kami akan tel dulu bertanyakan arah jalan ataupun apa2 landmark yang paling mudah. 

Ada sekali tu saya kena pergi area Kepada Batas saya tunjukkan alamatnya kepada suami saya dia macam tau tp tak berapa pasti. Jadi saya tel kerani tempat saya nak pegi tu saya bgtau saya ni org Perak nak pegi Kepala Batas saya tau tp tempat diorang tu saya tak tau. So dengan yakin dan lancar sekali kerani bgtau dari Kl tu Puan ambik hgway plus Puan jalan terus terus sampai jumpa Ipoh kemudian jalan terus lagi terus terus sampai jumpa taiping. Saya menunggu dengan sabar jalan terus terus dia tu lepas tu dia kata nanti puan nampak signboard exit Kepala Batas puan masuk. Lepas bayar tol tu puan cari la sapa-sapa kat tepi jalan tu tanya. Aduhai punya la panjang end up suruh aku tanya org tepi jalan itu kita sendiri pun tau kan.

Then saya pernah jugak terkena yg tukang bg direction tu dia kata dia tunggu kat tepi jalan. Saya rasa ok lah klu mcm tu senang skit kerja. So dia pun bg direction belah kanan ada bangunan ni jalan terus jumpa simpang belah kiri ada pulak bangunan ni bagai tapi saya tak jumpa pun apa yang dia cakap. Berkali-kali tel sampai saya pening. Rupa-rupanya dia bagi direction tu dari arah bertentangan dengan saya bukan dari arah saya datang...hawau betul kata org Melaka ha ha..

Ada jugak saya berhenti tanya kat org tepi jalan yang menjawab tu bagitau jalan terus depan nanti ada kedai pak hassan lepas kedai pak hassan ada kedai makan kak kiah dekat-dekat situ lah. Bila dia sebut kedai pak hassan dan kedai mkn kak kiah bengongnya saya terbayang ada signboard besar tulis kedai pak hassan dan kak kiah. So sepanjang jalan saya fokus nak cari signboard tu tp kedai kat kampung kan mana la ada diorang nak letak signboard bagai tu. Orang kampung dah tau mana kedai pak hassan mana kedai kak kiah. Yang jadi mangsa org luar macam saya la. Pernah jgk saya terkena dia kata dia tunggu kat kedai singer saya cari bagai nak rak kedai Singer tak jumpa2. Rupanya takde pun signboard kedai singer. Kedai tu mmg jual barang elektrik singer tp takde singboard langsung. Kita orang luar klu nak cari kedai ada signboard Singer sampai kiamat la tak jumpa!!

Yang paling saya tak boleh lupa saya berhenti bertanya kat sorang pakcik ni tetiba pakcik ni jawap camni...pakcik ni walaupun dah 10 tahun balik dari Australia tp pakcik rasa tak ada tempat ni kat kg ni. Bila saya cuba tanya lagi jawapan dia asyik2 nak pusing bgtau hal dia dok Australia 10 tahun dulu. Siap cakap kat Australia gitu gini..Saya ni nak cepat bukan nak dengar sembang lagak pakcik oii...(dalam hati je la msk kg org mana berani) 

Jadi kalau diikutkan saya ni tak le malu nak bertanya tp sesat jugak. Bila kita bertanya tu org bagi jawapan kita janganla terus mengharap akan dapat jumpa dengan mudah. Ikut nasib la klu yang bg panduan tu pandai direct ok tp kalau dia pun ckp sesedap rasa je makan buah langsat la kita :)

Tuesday, July 16, 2013

Resepi Masak Nasi Minyak Yang Simple Tapi Sedap

Berbanding dengan nasi briyani atau nasi tomato saya lagi suka nasi minyak. Nasib saya baik sbb terjumpa resepi nasi minyak yang senang dan sedap dalam majalah Saji. Kali pertama try dah menjadi elok so mmg saya dah tak tukar resepi lain dah sbb bila saya bg adik beradik jiran2 saya try semua kata sedap. Actually dlm majalah tu dia bg byk kombinasi resepi so terpulang nak guna resepi yg mana. So ini resepi yang saya pilih. Resepi ni utk 5 org makan klu nak buat lebih gandakan la bahannya. Mungkin bg yang pertama kali try sesuai try resepi ni.

Bahan-bahan tumis
1 labu bawang besar mayang halus
3 ulas bawang putih mayang halus
halia ketuk2 je
serai 2 batang ketuk2
kulit kayu manis
bunga lawang

beras basmati 3 cawan - klu guna jenama jasmine pusa gold tu mmg panjang berasnya
minyak jagung 1/2 cwn
minyak sapi 3 sd besar
susu cair satu cawan
garam 3sd kecik
gula 2 sd kecik
daun pandan koyak2 kan



Masukkan dalam kuali 1/2 cawan minyak jagung dengan 3 sd besar minyak sapi. Bila dah panas masukkan  bahan tumis, tumis sampai garing dan naik bau. Apabila dah naik bau saya transfer bahan2 ni ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan susu cair, air yg telah disukat mengikut beras, garam, gula dan daun pandan. Apabila mendidih masukkan beras basmati yg sudah di basuh terlebih dahulu. Biarkan beras masak sepenuhnya. Petua masak nasi guna beras basmati ni jangan selalu kacau. Kacau 2 kali je sekali masa kita masukkan beras sekali lagi bila air dah kering. So siap la nasi minyak kita.

Kalau nak buat 1kg beras bahan2nya

1 cawan minyak jagung
5 sudu besar minyak sapi
1 tin susu cair

yang lain2 tu tambah2 la sendiri ye org kata masak ni jgn nak bersukat2 sangat campak2 je menjadi jugak he he

 wah!! sangat panjang ini beras kan

Penangan Daging Salai

Puasa tahun ni tiba-tiba masuk satu menu baru dalam rumah saya dan terus mengungguli top carta dalam menu harian kami. Gara-gara daging salai ni menu daging dah tersenarai sampai 3-4 kali seminggu. Walhal mmg biasa saya tetapkan menu daging satu kali seminggu je (faktor kesihatan la konon he he). Gara-gara daging ni jugak nasi licin masa bersahur dan yang bestnya en suami yang tak pernah makan nasi selepas berbuka tiba-tiba malam tu minta nasi..herm daging salai punya penangan.


Saya dapat daging salai ni jiran saya yang salaikan. Dia guna daging fresh tu mmg sedap wallah la rasanya. Makan gitu aje pun sodap. Hari pertama daging salai tu sampai dah agak lewat petang. Saya tanya kat jiran saya si Aida tu apa lagi blh buat ngan daging ni selain lomak cili api. Dia kata cicah air asam la kak. Dalam hati saya kata wah bagus ni suami saya suka makan daging cicah ni. Tapi saya tak berapa suka air asam tu sbb ada belacan (sambal belacan aku makan pulak kih kih) saya prefer kicap campur bawang cili api perah asam limau. Bertambah elok la sebab kebetulan saya ada buat sup tulang hari tu. Saya order setengah kilo je daging tu so ambik skit utk buat cicah. Saya dah plan esok nak buat masak lomak cili api. Memang pun masa berbuka makan daging cicah tu anak dara saya dah sebut2 ibu esok daging salai ni buat masak lemak cili api pulak.

So esoknya dengan bekobar2 saya buat masak lemak cili api. Siap menelefon jiran saya tu sbb nak confirm betul ke cara saya buat mana la tau daging salai ni ada teknik lain ke. Cuma saya ni kalau buat lemak cili api saya suka tumis dulu cili api tu sampai agak masak baru masuk santan. Tak tau la ada org buat ke tak stail saya ni. Masuk santan pokek-pokek kata org nogori masa ni  belakang kira la kalori ke kolestrol ke bak kata sepupu saya eat now worry later.
So mmg malam tu buka puasa saya terus balun nasi sedap tak terkata. Anak dara saya pun dah ngadap kuetow goreng sepinggan separuh jalan dia tinggal kueteow dia tu makan nasi jgk penyudahnya. End up bersahur pun sama 1st time nasik licin seperiuk...tak cukup sebeno nya sbb saya ada la hajat nak menambah tp tgk2 dah habis. Lomak cili api daging salai tinggal kuah je daging licin. Itu pun kuah saya simpan dalam peti air makan kuah aje ngan nasi pun sodapppp!!!

p/s ; terima kasih banyak2 kat jiran saya Aida dan suami dia en Zaki yang salaikan daging, next order akak tu jgn lupa ye hihi

Saturday, July 13, 2013

Puding Caramel

Nak buat puding caramel ni macam-macam version@resepi@teknik adakan. Ada yang letak susu pekat ada yg susu cair ada yang kukus ada yang bakar water bath macam2 cara lah. Yang pasti apa cara pun kita buat biar sedap di tekak he he..

Saya buat puding caramel ikut buku resepi je tak belajar ngan sesapa pun. Kaedah cuba jaya namanya ha ha..ye lah tgk buku tgk internet then cuba try test. Resepi ni nak kata marbeless sesangat tu idok le tapi kalau yang tak pernah try boleh la try sangat mudah. Cuma perlu tau teknik buat gula hangus kalau tidak bukan gula hangus gula hangit jadinya nanti :)

Bahan Gula hangus
5 sudu gula (resepi asal 3 sudu gula)  saya suka kuah gula jadi banyak so saya lebihkan gula. Masak gula ni atas api sederhana sampai cair. Bila nampak dah kekuning-kuningan dan likat kecilkan api dan masuk sedikit air. Yang ni kena hati-hati sebab memercik bila kita campurkan air ngan gula tengah panas tu. Kenapa kita campur air? Supaya gula hangus yang kita buat tak mengeras atau lekat di periuk. Dulu pun saya tak tau petua ni. Bila saya buat gula hangus kena cepat2 tuang dlm loyang tuang je terus lekat jadi keras kematu dlm loyang tu. Saya jumpa petua campur air ni dalam internet. So mmg kira ok lah lepas campur air tu.

Bahan puding
5 biji telur campur dengan  1 tin susu cair, 1 sudu kecil esen vanilla 2 sudu gula (kadang saya letak 1 sudu je) ikut tekak masing2. Saya takmo letak byk gula sebab gula hangus tu dah manis so taknak la semuanya manis. Pukul sikit2 je jangan pulak pukul sampai gebu kang lain pulak jadinya. Pastu tuang dalam loyang yang ada gula hangus tadi. Masukkan marjerin setengah sudu besar. Ready untuk di kukus. Kukus la dalam 15-20 minit. 

Gitu je lah cara buat puding caramel. Terbaru saya try resepi ni klu 5 bj telur tu 2 daripadanya ambik kuning saje dan masukkan sedikit air dlm 100ml gitu ke dalam adunan telur dan susu ni. Bila saya try kaedah ni adunan tu jadi lebih soft berbanding resepi asal saya tu. Ada jgk yg masukkan tepung jagung@kastard tp saya tak berani lagi nak try sbb resepi yg saya guna ni pun ok dah rasanya :)


Friday, July 12, 2013

Menu recycle di hari pertama puasa!!

Baru hari pertama puasa masak recycle punya menu?...amboi bunyi cam pemalas beno ye. Ermm..saya takde niat pun tak plan pun nak mengeluarkan menu kitar semula ni. Memang sumpah saya dah plan bagai nak masak utk menu berbuka hari pertama. Tapi itulah kadang yang kita rancang sangat tu tak menjadi so jadi lah apa yang nak jadi he he..

Alkisahnya sehari sebelum posa saya (bkn saya tp bibik le) rebus kerang tapi sbb kami makan di luar kerang tersadai gitu je. Ada la kami makan ratah2 cicah sos tp tak banyak. 

Dalam kepala otak saya ni nak masak menu berbuka hari pertama ku

Kuih Talam Suji
Buah melaka
Mee Bandung

 Nasi putih
Sup tulang
Sambal udang
Sayur campur
Telur Dadar 

Air Sanquick oren
Air Kordial Sarsaparila

Tapi bila tgk kerang tersadai macam tu saya fikir bila nak makannya. Kalau tak dibuat sesuatu confirm buang cuma-cuma je kerang tu. So saya terfikir nak buat kueteow goreng kerang. Jadinya menu saya bertukar automatik. Disebabkan dah ada kueteow kerang mee bandung kena cancel lah. Bila cancel mee bandung sup tulang pun saya tak jadi buat sebab saya klu masak mee bandung saya akan guna air rebusan tulang utk kuahnya. Saya memang tak pernah guna perencah readymade untuk buat mee bandung. Kalau korang tak percaya cubalah buat mee bandung dengan air rebusan tulang memang sedap bangat la jadinya mee bandung tu. 

So hari pertama berbuka puasa kami menunya kueteow goreng kerang. Since dah tak buat sup tulang sambal udang pun saya tak buat saya masak Ayam Beriani je. Mulanya saya nak masak nasi minyak tp bibik saya kata puasa2 tak sesuai lah nasi minyak nasi putih saje lah ibu katanya. Takpe lah sekali sekala ikut cakap bibik.

Talam suji ngan buah melaka pun saya tak jadi buat sebab si kecik dah bising2 nak baring atas riba saya..si kecik sorang ni mmg cam gini sayang ibunya sangat kot kalau saya balik mmg mengulik dia je lah dok golek-golek depan tv jangan buat keja lain suka sgt la dia. Jadi saya capai hp call en somi "bang beli kuih I tak sempat nak masak kuih"  


Insaf nak berdiet - tak tau la berapa lama

Saya ni macam wanita-wanita lain la suka beno ngan perkataan diet, kurus, maintain dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Jadi bila heboh org@kawan@jiran cuba sesuatu produk saya pun cuba. Ada jgk yang saya cuba senyap2 je tak citer kat kawan-kawan pun he he konon nak bg kejutan la kan. Kot kawan-kawan@jiran-jiran saya yg tag line memasing tu sharing is caring akan tersuprise la sgt tgk diriku yg rampingkan. Tapi entah la kenapa tiap kali makan atau nak amalkan benda2 berdiet ni ada je kejadian yang menyebabkan saya terberhenti di situ.

Masa orang heboh khasiat acai berri saya pun try. Beli secara online saya tgk ada status halal status ori bagai siap bandingkan kalau yg fake camne. Telan je pil pertama hari pertama tu jugak saya rasa haus yang terlampau2 minum tak berhenti dan..ke toilet pun tak behenti la jadinya kan. Saya bertahan je sbb tau mmg ni effect dia. Hari kedua dan seterusnya mmg cam gitu lah. Selera makan mmg takde langsung sampai ke petang takde seleranya. Cuma saya je fikir tak bagus klu tak masuk makanan langsung so saya bg jgk la tekak ni makan wpun tak selera. Lepas tu tau apa jadi? Saya baru makan 12 biji saya dah boleh pakai semula baju yang agak2 sendat sebelum ni. Seluar pun kat pinggang dah loose. Wah hebat betul ni!. Cuma saya rasa tak sedap hati sbb jantung saya cam pam terlalu laju. Dah jadi macam berdebar2 je hari-hari. Teringat pulak abah mmg ada sakit jantung dan ada sedara mara yg meninggal mengejut serangan jantung. Jadi saya fikir kang tak pasal2 nak kurus jalan terus pulak. So saya stop. Seminggu lepas saya stop heboh keluar laporan dalam surat khabar bahaya acai berri yg dlm kapsul tu siap keluar gambar botol brand yg bahaya tu..so termasuk la yang saya makan. Ermm..nasib la aku insap awal he he.

Then biasa la mana pernah serik. Nak pulak org2 yg rapat ngan kita dah makan pil2 ni tgk diorang kurus je dlm hati kata ok kot try je lah. So saya pun try lagi satu pil. Bila makan takde la rasa haus seteruk mkn acai berri dulu. Tp selera makan mmg takde. Kalau nak makan jenuh fikir apa la makanan nak bg masuk dlm perut ni takde selera langsung. Baru je makan 4 hari en suami ajak balik kampung. Nak balik kg long distance mmg takleh la makan pil tu kang bukan takat 7 perhentian berpuluh hentian nak kena berhenti  ke toilet.. So saya stop makan pil tu sepanjang kat kg (dlm 5 hari). Lagi pun kat kg cam biasa la mentua saya rajin bawa saya gi makan kenduri malu pulak nak tumpang toilet rumah orang kan. So balik kl ingat nak makan tp saya demam la pulak. Ntah nape demam kali ni cam teruk la di tambah dengan takde seleranya tp haus masih ada. Jadi badan tak larat sbb tak makan tp air masih minum byk dan asyik ke toilet argghh tension pulak rasanya. Saya demam banyak hari jugak. Dalam seminggu lepas demam tu saya sambung makan pil semula tapi tak lama sbbnya saya demam semula. Dalam hati saya nak marah dah kat pil ni sbb mungkin saya tak tahan kot makan pil ni tu yg demam je. Tapi demam ni pun saya rasa lagi teruk dari yg sebelumnya in fact saya blh katakan saya tak pernah kena demam seteruk ini. Then bila check patut la saya kena denggi!!

Tapi kat sini bukan la nak cite pasal demam denggi saya tu cuma kesan dari tu menginsafkan saya jap pasal2 diet. Saya cam dapat rasa Allah kata nak sangat kuruskan diet2 sangat takmo makan nah ambik ko...Sepanjang kena denggi tekak saya tak boleh nak masuk makanan langsung. Dengan takde seleranya haus yang menjadi2 dan asyik ke toilet. Saya rasa sangat terseksa sbb badan lemah makanan tak masuk dalam badan. Habis kuat pagi2 saya paksa masuk la secubit roti. Tengahari nasi sesudu boleh la. Semuanya terasa pahit yg amat sangat. Sampaikan mak saya kirim bubur kacang, pulut dan rendang, makanan yang sedap2 tu semua saya rasa pahit. Saya cuba makan buah pun pahit. Allahhu Akbar saya sendiri pun terkejut mcm mana saya blh rasa macam tu.

Masa saya terlantar tu saya kata sudahla lepas ni takyah la nak halang-halang selera sendiri makan je lah. Kot nak diet sangat sendiri kontrol. Tak taulah berapa lama saya boleh kontrol ni he he...