Thursday, September 26, 2013

Suka-suka cucuk Sirih Junjung@tepak sirih

Ni sirih junjung desprado namanya hasil tangan saya ngan kakak sulung. Al kisahnya kami tunggu fresh flower yang tersangat la fresh sampaikan sebelah lelaki bg Assalamualaikum saya baru siap cucuk bunga yang terakhir hermm..saya biasa la kan keja last minit ni. 

Adik saya yang ditugaskan beli fresh flower ni dah mencari merata alam (alam Kuala Kangsar hik hik) kedai blh tutup pulak tu. So depa apa lagi ke Ipoh la yong pepagi tu punya la commit ngan tugasan yang diberi. Dah yang kat rumah ni libang libu dibuatnya nunggu tak sampai-sampai barang. 

Memang saya rasa masa yg kami ada tak byk masa tu tak sampai 15 minit utk saya ngan kakak siapkan gubahan ni. Half way tgh cucuk mencucuk kakak terpaksa tinggalkan saya sbb dia kena standby rombongan lelaki dah nak sampai waaaaaaa...tp ku bertabah je lah cucuk sana cucuk sini dengan bantuan Ideal Sisters yang lain saya pun tak ingat dah sapa yang ada kat keliling saya masa tu sbb panik tahap gaban jugak masa tu ha ha


Yang ni sirih junjung sebelah lelaki untuk adik perempuan saya tapi kami tolong buat sbb rombongan diorang masa tu dari Melaka datang awal. Adik saya Norash Mohamed buat majlis bertunang ngan akad nikah selang sehari je. So klu sebelah lelaki bawa sirih dr Melaka mmg confirm layu layuan. Jadi we all decide takpe kami tolong buatkan. Iye lah ni kan projek usahsama - apa yang penting kerjasama



Yang tepak sirih ngan sirih junjung tema pink ni saya gubah masa bertunang anak kepada sepupu saya. Saya cucuk right before kami keluar bertolak ke rumah pihak perempuan. 


So gambar ni je lah yang ada dlm koleksi yang lain mana ntah..

Wednesday, September 25, 2013

Ilham Cinta - deco Raja Sehari

Bermula dengan kakak saya, saya hinggalah ke adik-adik yang lain semua hiasan untuk Gubahan Hantaran, Bilik Pengantin, Pelamin Mini utk Majlis Akad Nikah dan Meja Makan Beradap kami buat sendiri. Termasuk juga kad jemputan, banner bunting dan door gift utk tetamu...tidak lupa jugak sesi fotoshoot utk pengantin indoor dan outdoor semuanya tidak menggunakan khidmat orang luar.

Tapi kami bukanlah Pak Abu Wedding planner semuanya kami buat atas nama CINTA tanda KASIH yang tulus ikhlas. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T yang menganugerahkan ke atas semua tiap seorang dari kami dengan ilham dan bakat semulajadi. Berbekalkan kurnian Allah dan berkat didikan mak dan abah semuanya kami blend menjadi satu - ILHAM CINTA.

Yang saya paparkan di sini bukan utk riak sekadar kongsi ilham sesama kita...Semoga enjoy ya menjamu mata









 Alkisah nak isi buah epal artificial tp jenuh cari kat pekan Kuala Kangsar tu takde. Penyudahnya epal betul sekotak dikorbankan masuk kat sangkar-sangkar ni. Tapi  yang bestnya esok time photoshoot kat air terjun adik-adik saya bawa epal ni buat bekal makan berkelah.












Yang ni jenuh jgk kami baling-baling vail tu nak dapatkan hasilnya cam gini tp berbaloi siap jadi cam bentuk love vail tu




Kredit untuk adik saya Norash Mohamad dan suami yg byk menimbulkan ilham kreatif utk pelamin mini akad nikah dan bilik tidur pengantin. Juga utk Shima Ima dan suami untuk sentuhan magis mereka terhadap barang-barang hantaran mereka. Gubahan meja makan beradap kakak, saya dan adik-adik yang lain berkongsi eksperimen tebuk sana sini cucuk itu ini.. he he. Dan...untuk setiap detik dan momen yang kami lalui pastinya tidak pernah leka dari petikan dan rakaman lensa oleh kakak kami Yong Yatie.

Tuesday, September 24, 2013

Idea deco Meja Makan Beradap Pengantin - Tema Pink Biru









Untuk majlis kali ini Gubahan Makanan Meja Makan Beradap adik saya tempah dari orang luar. Jadi kami fokus pada persiapan sahaja.

Monday, September 23, 2013

Idea Deco Meja Makan Beradap Pengantin - Tema Merah Putih

Ni kami deco-deco untuk adik saya Norash Mohamad. Tema dia merah putih jadinya saya hangkut semua set vantage saya bawa balik kampung untuk merealisasikan tema dia tu.


 


eh korsi pun merah kakinya ada cat putih..ni kebetulan je he he







 selingan skit he he














Lupa nak citer ni gambar hi-tea lepas majlis akad nikah. Ni bukan keja kami tapi keja  mak-mak sedara kami termasuk kek yg sgt gojes tu mak sedara saya buat sendiri tau. Kalau nak tau lepas akad nikah banjir air mata dibuatnya sebab mak pengantin lelaki tak dapat tahan sebak menangis meraung bila the one n only anak lelakinya  selamat bergelar suami.