Wednesday, October 30, 2013

Siapakah yang paling sering menyakitkan hati kita

Terbaca dalam blog Ustaz Pahrol Juoi Genta Rasa seorang wanita mengatakan orang yang paling dekat dengan kita itu lah yang paling sering menyakitkan hati kita. Orang yang kita sayang itulah selalu membuat hati kita terluka. 

Ye lah fikir punya fikir memang betul jugak. Tak kira la pasangan kita ke, keluarga kita ke, kawan-kawan kita ke, jiran tetangga, ipar duai hatta ibu mertuaku pun termasuk dalam senarai carta nama mu teratas. Mereka sentiasa dekat di hati kita. Perkembangan mereka suka duka, sakit ke sihat ke pegi mana buat apa dengan sapa semua kita tau. Tak payah tengok yang susah-susah tp dalam kita bergurau senda kadang-kadang tak perasan mereka yang dekat dengan kita terasa atau kita sendiri terasa dengan mereka.

Nak-nak pulak sekarang serba serbi dihujung jari. Semua perkembangan kalau dikongsi di alam maya semua kita tau. Kadang-kadang even pasangan suami isteri pun komunikasi berkesannya hanya melalui fb. Mana taknya keja shif -  isteri keja suami tgh tido suami keja isteri pulak tido tak sempat nak sembang panjang. Tup-tup naik status " yeee ha nak gi genting cuti ni " tebeliak mata isteri baca nak pegi genting ngan sapa aku bini dia pun tak tau. Tengok pulak komen macam-macam dah kat situ udah ada 54 komen sakit pulak ati kita kan. Tapi tu lah kadang silapnya kita melompat tanpa usul periksa tak baca abih. Selepas update status si suami terus komen kat bawah statusnya "jom yang kita pegi bawa anak-anak"...tapi biasalah klu kita baca status tu time komen dh ada 54 komen yang pertama tu tak nampak dah so tak pasal-pasal boleh bergaduh kan...eh terlalut cerita ke lain pulak he he...

Tapi walaupun kita tau mereka yang paling dekat dengan kita itu menyakitkan hati kita perasaan sayang kita menolak semua itu memang benci tapi rindu. Sakit hati kita hanya tuhan yang tau kalau diturutkan hati mau dileraikan ikatan yang dibina. Mempertahankan sebuah ikatan tidak semudah kita membinanya. Ikatan yang bertahun-tahun boleh runtuh sekelip mata sahaja jika kita singkat akal. Selalu saya ingatkan diri sendiri walau dalam apa keadaan pun walau sakit hati kita macam mana pun dengan mereka yang dekat dengan kita fikirlah sedalam-dalamnya sebelum kita membuat sesuatu yang boleh memutuskan ikatan itu. Teringat kata-kata Dr Fadzilah Kamsah kalau kita rasa nak marah geram atau kecik hati dengan seseorang sedekah kan Alfatihah kepada orang itu. Sedekahkan banyak-banyak hari-hari sampai kita sendiri rasa redha dan reda perasaan negatif kita itu. Memetik status rakan fb saya katanya kadang tak semua benda kita boleh luahkan pada semua orang sebab Allah mahu kita luahkan padaNya. Saya sangat setuju memang ada masanya rasa sakit dihati pedih dilukai itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Dan hanya pada Allah tempat kita mengadu kesedihan itu.

Orang yang paling rapat paling dekat dengan kita adalah penyeri hidup kita. Hilangnya mereka hilanglah satu lagi seri dalam hidup kita. Semoga ikatan yang terjalin tidak dipersia-siakan kadang-kadang mengalah bukan bererti kalah tapi seorang kawan berpesan kepada saya berkorban tidak seharusnya terkorban...fikir-fikirkan 

  

Tuesday, October 29, 2013

Manisnya Cinta Pertama - berpijaklah di bumi yang nyata

Seorang kenalan lama memberitahu saya meskipun dia mempunyai kehidupan bekeluarga yang amat bahagia dia masih lagi belum dapat melupakan kekasih cinta pertamanya. Malah katanya perasaan itu bertambah subur dari hari ke hari. Saya katakan padanya "jangan bermain api" dan jawapannya

" aku mmg takmau bermain dengan api... tapi "api" itu yang tak pernah padam"

Mak aih...kalau orang dah nak masuk senja tiba-tiba dilanda asmara semula beginilah jadinya.

Saya katakan pada dia semuanya sudah ditakdirkan. Tapi kata teman saya mereka tidak dapat berkahwin kerana kesilapan yg tidak disengajakan dan itu menjadi ralat seumur hidup untuknya. Maklum zaman dahulu yang ada hanya komunikasi melalui surat dan telefon - itupun bukan semua rumah ada telefon , handphone jangan mimpilah.

Ceritanya begini... Setelah tamat alam persekolahan mereka berdua masing-masing cuba menghubungi antara satu sama lain menerusi surat. Berpucuk-pucuk surat diutuskan satu pun tiada jawapan. Jadi masing-masing beranggapan mungkin putus sudah ikatan walaupun perasaan dan hati ketika itu amat hancur kata teman saya. Bertahun-tahun teman saya cuba melupakan bekas kekasih sehinggalah dia bertemu jodoh dengan suaminya sekarang. Dan apabila mereka bertemu semula di alam maya setelah 20 tahun terpisah terlerailah persoalan rupa-rupanya masing-masing menulis alamat yang silap.

"aku ingin betulkan kesilapan, kami sepatutnya berkahwin bukannya terpisah dengan cara yang tidak disengajakan" kata kawan saya dengan begitu yakin. 

Memang ayat tak masuk akal kata hati saya. Nampak benar kawan saya ni sudah tidak boleh berfikir dengan waras. Nasib kami berbual dlm facebook je kalau face to face mau saya simbah mukanya dengan air nescafe panas yang sedang saya minum - bagi sedar skit.

"ok lah ko nak betulkan kesilapan yg ko tak dapat berkahwin dengan dia tapi sebelum tu aku nak tanya boleh ko betulkan kesilapan yang ko dah terberanak kan anak ko sampai 5 orang tu dengan suami ko sekarang. Boleh ko ambik sumbat masuk semua anak ko tu dalam perut ko semula dan lenyapkan mereka dari muka bumi ni boleh??. Keluar pulak ayat tak siuman saya pada dia. Sorry la beb terlebih emosi pulak huhu..

Memang perasaan yang terlarang itu amat indah untuk kita layan. Mengingati kenangan lama bersama si dia boleh membuatkan kita khayal leka lupa siapa diri kita sekarang. Memori-memori indah meruntun jiwa kita untuk terus mengingati saat-saat manis bersama. Tapi untuk apa semua itu. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah memiliki sebuah keluarga yang bahagia - bahagia apa lagi yang kita cari. Terimalah hakikat takdir hidup kita. Seandainya kita belum temui bahagia dlm rumahtangga kita jgn pula cuba membina kebahagian atas derita orang lain. Berpijaklah di bumi yang nyata. Meskipun terkadang kita merasakan semalam itu terlalu dekat dengan kita, namun tak kan mungkin pernah bisa kita mendapatkannya semula. Apa yang tinggal hanyalah kenangan memori yg sudah menjadi lipatan sejarah.

Padamu teman saya berdoa moga Allah menguatkan, menyatukan dan mengekalkan ikatan perkahwinan kalian. Janganlah persia kan apa yang dimiliki belajarlah menghargai untuk sentiasa dikasihi.


Thursday, October 24, 2013

Apa hadiah yang sesuai untuk pengantin

Masa saya kahwin dulu antara hadiah yang paling pupular yang kami dapat ada lah set pinggan mangkuk. Bermacam rupa saiz bentuk set makan malam set minum petang set gelas dan cawan, mangkuk besar kecik piring leper bujur segiempat semua adalah. Kira punya kira saya boleh hidangkan untuk 50 orang makan pinggan mangkuk tu. Gelas jangan ceritalah berpuluh biji. 

Tapi yg paling nostalgia bila mak mertua saya bungkus-bungkuskan pinggan makan 4 biji, piring gulai 4 biji, piring kuih 4 biji cawan n piring 4 biji yg warna jerneh tu. Suami saya dia selamba je cakap kat maknya tak payah lah sebab kami dah dapat banyak masa kenduri kat rumah saya. Cepat-cepat saya pintas cakap suami saya tu... " takpelah ni mak yang bagi yani nak". Mak mertua saya jugak kasi kami selimut yang patern petak-petak tu 2 helai. Sampai sekarang selepas hampir 14 tahun masih ada sebiji pinggan makan dan sebiji piring kuih. Selimut pulak koyak ketika kakak dengan adiknya berebutkan selimut tu. Tapi mmg dah ada byk selimut patern tu di rumah kami sbb saya rasa best sangat selimut tu walaupun nampak old fashion tapi mmg sedaplah di buat selimut.

Amalan bawa hadiah ni saya tgk klu kat kg suami saya tak berapa popular sebab orang kat sana (Kedah)  masa tu suka bg bunga telur, kuih muih atau benda-benda yang digunakan pada hari kenduri. Saya masih ingat selepas kenduri kahwin kami atau adik-adik ipar mesti ada banyak bunga pahar telur yang berlebih. Sebabnya mmg terlalu banyak bunga telur yg dihulurkan oleh jiran. Kat rumah mertua saya tu satu floor tingkat atas penuh dengan bunga pahar berpuluh pokok. Jadi bayangkan la banyak mana tu. Kalau tetamu istimewa kawan-kawan rapat sedara mara boleh dapat sampai 5-6 tangkai bunga pahar.

Berbeza dengan kenduri di kampung saya (Perak) memang akan dapat menimbun-nimbun hadiah lah dibalut dengan kertas yang cantik-cantik.  Malamnya tu kami akan ada acara potong kek dan buka hadiah. Biasanya akan ada yg tukang baca hadiah dari sapa dan semua akan tertunggu-tunggu apa la isinya. Ada jugak yang buat nakal bg anak patung, puting susu dan sebagainya. Tak ketinggalan lesung batu!! Amalan tu masih menjadi tradisi kami cuma hadiah-hadiah sudah mula di upgrade. Kalau sedara mara terdekat kita bg barang elektrik. Makanya bukak-bukak ada sterika, kettle, toaster. Bukan 1 bukan 2 kadang sampai 3 benda yang sama. Ada adik saya dia dapat periuk nasi sampai 4 biji jug kettle 3 biji toaster 3 biji. Bila fikir-fikir balik kalau dapat benda lain kan bagus (err nampak cam tak berterima kasih pulak). Tapi tu lah saya pun selalu fikir apa la benda kalau dia dapat banyak pun tp still akan ada byk gunanya. Sebab contohnya kalau dapat toaste sampai 4 bj pun bukannya nak guna selalu empat-empat tu. Memang la benda tu tak basi cuma saya fikir dari segi praktikalnya.

Bila fikir punya fikir saya rasa kipaslah paling praktikal. Kalau dia dapat 4 biji pun time-time orang datang rumah kipas tu boleh letak kat semua bilik - betul tak. Hadiah lain yang masuk dlm list saya adalah coffee maker. Yang ni saya rasa bukan fav org utk bg hadiah. Saya suka coffee maker sbb kalau time orang datang rumah saya buat air dalam coffee maker ni air akan sentiasa panas. Dapur gas pun ok jugak lah yang double burner tu sebab jarang jugak org bagi tp itu pun elok-eloknya tanya pengantin dia dah beli dapur gas ke belum. Nak lagi gempak kasi tong gas ha ha.

Ada jugaklah kalo dah tak sempat sangat nak cari hadiah saya dan suami kasi cash kat pengantin. Bisik skit kat pengantin cari hadiah sendiri mesti gelak besar pengantin tu... tapi saya rasa kalau ramai yg bagi cash kat pengantin pun mesti pengantin sukakan paham-paham le he he

Antara dua darjat-versi kisah benar

Biasa kita tgk dlm tv cerita-cerita anak orang kaya tertarik dengan anak orang miskin dan kita rasa itu mungkin sekadar cerita. Hakikatnya sejak dari sebelum zaman filem Antara Dua darjat arahan Tan Sri P.Ramlee itu hinggalah ke hari ini episod antara dua darjat tidak akan berakhir. Bermula dari hubungan terlarang, perkahwinan tidak direstui ataupun jika direstui pasti dipenuhi onak dan duri ranjau sepanjang kehidupan. 

Saya berkesempatan berkongsi kisah suka dan duka mereka yang melalui hidup antara dua darjat ini. Apa yang pasti terlalu banyak pengorbanan hati dan perasaan yang harus dibuat. Segala-galanya nampak indah ibarat cerita tuan puteri kayangan bertemu putera idaman. Tapi disebaliknya payah untuk diungkapkan dengan seribu kata-kata. 

Salah seorang daripada pekerja suami  saya melalui kisah percintaan yang panjang. Ye lah dia hanya seorang buruh kasar walaupun berpangkat supervisor tapi mmg itu belum@tidak akan dapat memuaskan hati bakal mertua. Sedangkan gadis idaman anak kacukan keturunan kaya raya ada harta ada rupa ada pekerjaan yang baik. Bertahun-tahun mereka menyulam kasih tp masih belum direstui. Bagusnya pekerja suami saya ini tidak mudah putus asa dan tidak memilih jalan yang singkat untuk menghalalkan hubungan mereka. Berkat kesabaran akhirnya mereka disatukan. 

Saya dan suami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan mereka yg diadakan nun jauh di kampungnya. Deretan pelbagai kereta mewah berhampiran rumah pengantin lelaki mengesahkan ketibaan rombongan sebelah pengantin perempuan. Dan dari jauh boleh nampak jelas ibarat rombongan dari kalangan artis sedang memenuhi khemah khas utk rombongan pengantin perempuan. Cara berpakaian dan lagak gaya bersembang yang diselang seli dengan Bahasa Inggeris menegaskan lagi perbezaan darjat mereka. Saya rasa sayu bila melihat ke arah pengantin lelaki tetapi dalam masa yang sama bangga dengan sikap yang ditunjukkannya.

Sewaktu keluarga sebelah pengantin perempuan ingin bertolak balik saya dapat melihat kegundahan hati mummy n daddy pengantin perempuan. Beberapa kali mereka memeluk anak gadis mereka seakan terlalu berat untuk melepaskan anaknya bermalam di rumah yang belum betul-betul siap itu. Saya menyaksikan mata si ayah melilau meninjau keadaan rumah. Mungkin risau keselamatan anaknya ada nyamuk ke binatang buas ke maklum org tak biasa dengan situasi kampung. 

Jalan hidup mereka masih panjang perkahwinan bukanlah satu destinasi tapi satu perjalanan yang harus ditempuhi. Moga Allah menguatkan ikatan cinta dan hati mereka dalam mengharungi alam rumahtangga. Amin..

Wednesday, October 23, 2013

Doa supaya mudah dapat parking kereta..pun ada

Masa mula-mula saya dengar saya terus tergelak besar sebab saya ingat yang bgtau tu saje nak bergurau. Nak pulak saya dengar tentang doa tu dalam segmen pagi kat Radio Hot Fm yg dikendalikan Farah Fauzana ngan FBI tu.

Caller tu kata bila masuk je kawasan parking baca doa ni

 

Ha! nape tak percaya. Biar betulkan tak kan la nak baca doa makan time nak cari parking. Tapi percayalah dengan izin Allah saya dah try banyak kali menjadi tau. 

Caranya bila kita masuk je kawasan parking tu terus baca doa ni tak putus-putus. Kata caller tu kalau nak bayangkan parking tu kat mana pun boleh nak rezeki dapatlah parking idaman kita tu. Walaupun baru dengar doa ni sepanjang yang saya dah cuba lebih dari 5 kali mmg dapat. Rasa tak percaya sebab masa tu kereta punya la banyak Q nak dapatkan parking dan saya di antara kereta yang belakang-belakang. Sampai tang saya mesti ada kereta nak keluar so kita bagi signal tunggu je lah rezeki kita tu..alhamdulillah. 

Untuk makluman doa makan kat atas saya ambik dr blog mukmintaqwa.blogspot. Menariknya kupasan penulis tentang doa ni adalah petikan kata-kata seorang penyapu sampah 

" makanan tu sedap tapi doa makan tu lagi sedap"   

nak tau apa yang sedap tentang doa makan tu klik la kat link Mukmin taqwa tu..memang sedaplah he he

 

:

Monday, October 21, 2013

Bila masa mujarab minum air kosong

Umum tau minum air kosong mmg baik untuk kesihatan kita. Macam-macam fakta kita dengar. Minggu lepas sewaktu memandu saya sempat dengar celoteh Abby Fana a.k.a Kak Bed radio sinar fm tu. Tapi dia ni biasa la kan bukan sekadar coleteh ada macam-macam gitu. Kata kak Bed air kosong yg byk kebaikannya utk kita itu amat membantu jika diminum pada tika dan saat yang betul. Ha ni lah yang saya kata menariknya sebab nak minum air kosong pun ada waktu-waktu yang kemujarabannya lagi terserlah.

Pertama minum air kosong segelas sebelum tidur dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung keesokan paginya. Kak Bed ada bacakan peratusan serangan sakit jantung di awal pagi tapi saya lupa he he.. cuma mmg byk jugaklah kes serangan sakit jantung bermula di awal pagi. So malam sebelum tido jangan lupa minum air ye. 

Kedua minum air kosong setengah jam sebelum kita makan makanan berat - lunch@dinner. Bila kita buat macam ni dapat membantu memudahkan pencernaan. Ada jugak yang menyatakan tabiat ini akan dapat membantu kita dari mengambil terlalu banyak makanan dan seterusnya mengelak daripada perut buncit.

Ketiga minum segelas air kosong sebelum mandi. Ia dapat meneutralkan@menurunkan suhu badan dan tekanan darah kita  supaya serasi dengan air yang bakal kita siram kat badan.

Keempat minum air kosong sebaik bangun dari tidur seelok-eloknya sebelum kita gosok gigi. Ini akan membantu mengaktifkan kembali organ-organ badan kita.

Teringat saya sewaktu abah terkena serangan sakit jantung lebih kurang 12 tahun lepas. Masa tu hari raya kedua. Abah pepagi keluar gi dusun durian ngan menantunya (suami I ler) ikut sekali masa tu abg angkat kami (dr kecik abah jaga dia dh mmg macam abg kami sendiri). Abah saya ada benda yang dia susah hati  @sedih masa tu. Dari sebelum raya time bakar lemang lagi beberapa kali dia bersuara pasal benda tu pada suami saya dan abg angkat. Saya dengar jugak suami saya pujuk abah tp ye lah kalau hati dah terasa mesti la teringat-ingat. Sampai ke kebun pun abah masih cakap benda tu kata suami saya. 

Tiba-tiba abah rebah diorang berdua panik la abah rebah kat dusun. Suami saya terus bawa abah ke klinik. Dalam perjalanan tu abah berpeluh yang sangat banyak habis basah bajunya. Sampaikan suami saya buka baju dia dan pakaikan kat abah. Bila ingat balik sedih ada kelakar ada sbb suami saya tak berbaju masa tu punya sayang kat abah mertuanya huhu..syahdu pulak hatiku. Nasib ada air mineral dlm kereta masa tu abah minum air tu habis sebotol. Sampai klinik doktor kata abah kena serangan sakit jantung dan terus dihantar ke hospital. Hampir 2 minggu abah koma. Dipendekkan cerita bila sembang-sembang ngan doktor yg merawat abah dia kata mungkin sebotol air mineral yang diberi awal pada abah membantu menyelamatkan nyawa abah!

Seorang daripada anak saudara abah yg kami panggil paklong juga mengalami keadaan yang lebih kurang sama dengan abah. Paklong  solat jemaah di sebuah surau dan menjadi orang terakhir keluar dari surau. Tiba-tiba dia dapat rasakan yang dia hampir mendapat serangan jantung. Spontan dia teringat cerita abah tentang minum air kosong ni. Memang katanya ketika itu ada sebotol air mineral dalam kereta. Selepas minum air dalam keadaan lemah dia masih boleh memandu keluar dari surau dan menuju ke hospital. 

 Jadi amal-amalkan selalu banyak meminum air kosong moga mendatangkan manfaat kepada kita.

Sunday, October 20, 2013

Bila kita susah sapa boleh tolong

Lately ni saya rasa dalam banyak hal jika saya rasa nak marah dengan satu-satu benda perasaan amarah tu bertukar menjadi perasan sedih kecik hati dan sayu. Mungkin faktor umur menjadikan kita sebegitu. Dan kalau saya yang dulu mmg cepat melenting tp sekarang banyak yang saya pendam dan biarkan perasaan itu berlalu begitu. Ntah lah...saya rasa malas nak memburukan keadaan. Apa yang kita cari kalau kita melenting. Saya rasakan ikatan yang kita bina bertahun-tahun itu lagi penting dari segala-galanya. 

Sama jugaklah dulu bila saya  susah bermasalah perkara pertama yang saya buat adalah fikir macam mana nak selesaikan masalah tu. Pastu biasanya saya cari sapa yang boleh tolong untuk selesaikan masalah kita tu. Lain masalah lain orang yang saya cari. Telefon sana telefon sini. Cerita sana cerita sini. Menangis mengadu kutuk umpan pok pek pok jugak sambil tu. Ye lah kadang geramkan nak pulak masalah tu asalnya bukan masalah kita pun. Tapi sebab fikir kawan sedaramara adik beradik jiran kita hulur kepala tolong dia. Tapi sapa tau sometimes good things can turn into disaster...dan yang disaster tu kita kena tanggung :(

Bila banyak benda begitu berlaku dalam hidup saya mula-mula saya fikir ini pengajaran moral of the story masalah orang biar la orang tu selesaikan. Tapi saya rasa susah sebab saya ni bukan jenis hati kering. Empati saya melebihi simpati. I put myself into their shoes and... memang la end up aku pulak jadi shoes dia huh!!!

Tapi saya terfikir dah mereka dikeliling saya klu susah minta tolong saya tp bila benda jadi the other way round saya nak minta tolong sapa. It seems that semua nak selamatkan diri masing-masing and I have to struggle to help myself - ooh pity me poor Yani!!!

Atas banyak kejadian yang menimpa saya saya sedar perkara pertama bila kita dilanda masalah jangan nak sibuk la cari org itu ini nak minta tolong. Jangan nak kalut sangat update status kat fb tweeter ke bagai minta pandangan..tapi teruslah mengadu pada Allah. Perkara PERTAMA mengadu pada Allah. Saya masih ingat di saat buntu yang teramat dari siang nak ke mlm saya mencari jalan penyelesaian kalut tel sana sini fikir itu ini. Tapi sewaktu sujud yang akhir ketika solat maghrib saya berkata (hanya berkata) " Ya Allah bantu aku". Saya rasa sangat malu ketika itu mmg itu saje yang saya pinta. Dan selepas selesai solat belum lagi telekung habis saya buka nampak satu jalan keluar untuk saya. Allahhuakbar betapa Allah mendengar keluh kesah hambanya. Betapa saya terleka dan  alpa..

Setiap yang berlaku dengan izinNya jadi mengadu padaNya DIA lah yang akan memberi jalan memudahkan kita..itu pasti

Saturday, October 19, 2013

10 makanan menggemukkan versus 10 makanan bakar lemak

Masa saya "melawat" blog jump dr satu blog ke blog yang lain saya jumpa benda-benda ni di blog chef Hanieliza's Cooking . Rasa menarik dan tertarik nak share kan dengan kawan-kawan. 

10 makanan menggemukkan

1. Nasi lemak - gu pulak ngan paru ke kerang ke sotong ke marbelesss!!!
2. Roti canai - fav saya roti sardin atau pun roti planta letak gula skit
3. Nasi goreng - tak berapa suka
4. Ais Krim - ni pun saya suka wehh!!
5. Burger - letak cheess ermmmm
6. Mee Kari - ni fav saya -EVER
7. Makanan Berminyak [Goreng]
8. Susu pekat manis - boh dalam nescafe lemak berkrim tu
9. Roti manis /donut 
10. Mayonis - buat sandwich tuna/ telur mana sedap kalo tak letak ini barang


Aduhai sapa yang berani angkat tangan dia tak suka makanan kat atas huhu.. pagi ni je saya balun nasi lemak paru lagi tu.

Ni pulak 10 makanan yg boleh bakar lemak

1. Oat - kena makan benda cam dedak ayam ni huhu
2. Telur - tak sangka pulak egg can burn fat!! biar betek
3. Epal - ye lah an apple a day keep the doctor away
4. Cili hijau -ha makan la cili api bebanyak biar berasap perut tu ha ha
5. Garlic - wah bagus ni masak boh garlic byk skit
6. Madu - ni mmg lah diketahui khasiatnya dlm Islam mmg dah sebut pun pasal ni
7. Green tea - well..pasni blh la cecuba minum-minumkan green tea ni kot nak diterima anak tekak
8. Wheat grass - hermmm no coment
9. Tomato - yes!! saya suka tomato
10. Dark chocolate - kenapa lah kena yg dark wahai chocolate kalo yang biasa tu mmg sentiasa ku bedal haha

so agak-agaknya kita leh buat gini kot - kalau terasa byk sangat makan makanan 10 yg menggemukkan tu cover-cover la p cari 10 makanan yang bakar lemak tu. Tapinya anak dara saya kata makan je la kejanya ibu pas makan nasi lemak makan oat uishh gemuk jugak nanti ha ha..

Friday, October 18, 2013

30 minit bertafakur menelusuri takdir hidup kita

Pagi tadi saya dengar radio IKIM tazkirah pagi jumaat yang membincangkan tentang topik mata hati. Memang indah tajuk yang dipilih. Saya memandu dari Kota Kemuning ke Pucong dengan kelajuan yang agak kurang dari biasa. Sebabnya saya tak mahu saya sampai topik belum habis dibincangkan. Tak silapnya tazkirah di sampaikan oleh Ustazah Sharifah Hayati (saya tak dapat dengar dr awal siapa yg di undang cuma agak-agak dari suaranya sahaja).

Ustazah memetik kata-kata tokoh dr barat yg menyarankan apabila kita dilanda stress@tekanan yg hebat dalam hidup kita adalah baik utk kita merenung kembali perjalanan hidup kita. Kenang imbas kembali dari mana kita bermula zaman kanak-kanak kita, ibu ayah yg membesarkan kita, alam persekolahan tempat bermain, rakan-rakan kita zaman kolej@universiti bertemu jodoh ... saya jadi terbuai-buai seketika. Terimbas kembali kenangan silam zaman kanak-kanak bermain pondok-pondok (termasuk main kawin-kawin hihi) alam remaja cinta monyet (yg akan dikenang sehingga ke akhir hayat) sehinggalah masuk universiti bertemu jodoh dan saat ketar kali pertama bersua ibu mertuaku...ermm semuanya manis untuk dikenangkan.

Di dalam Islam sendiri menyuruh kita bertafakur menyendiri dan muhasabah kembali pada diri kita setiap kali kita dilanda musibah. Perjalanan hidup kita bagaimana. Apa yang telah kita lakukan pada orang-orang sekeliling kita. Adakah kita berusaha berbuat baik atau sebaliknya. Terkadang kita merasa marah terkilan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas diri kita. Kita salahkan takdir. Kita katakan kenapa aku ditakdirkan mendapat semua ini. Tetapi kita tidak berusaha melihat kembali kenapa ia berlaku. Apa hikmahnya untuk kita. Kita tidak berusaha mencari kebaikan atas setiap kesusahan takdir hidup kita.

Saya teringat dlm satu ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz menyatakan bila kita minta sesuatu dan kita tidak dapat apa yang kita minta itu adalah kerana

1. Apa yang kita minta itu tidak sesuai untuk kita sesungguhnya Allah yg maha mengetahui apa yang lebih sesuai untuk kita. 

2. Kita tidak layak untuk mendapat apa yang kita minta. Mungkin usaha kita doa kita atau kebaikan kita belum cukup lagi untuk membolehkan kita mendapat apa yg kita minta. Atau kita masih lagi mempunyai dosa yang belum lg terampun - dosa kepada Allah dosa sesama manusia.

3. Belum masanya lagi untuk Allah mengkabulkan permintaan kita. 

Jadi jangan menyesali takdir hidup kita . Bertafakurlah renungkan kembali di mana salah silapnya apakah kebaikan atas segala musibah yang menimpa. Kalau kita ikhlas insyaallah kita akan berjumpa mengapa itulah takdir hidup kita dan kita tidak sesekali akan menyesalinya sebaliknya kita akan sentiasa bersyukur atas apa yang telah Allah takdirkan ke atas diri kita...insyallah

Teringat dolu-dolu - ambik lesen memandu

Tak lama lagi nak cuti sek kejap je kan.. bagi cikgu-cikgu blh la tarik napas panjang skit..skit je sbb saya tau macam-macam jugak yg menanti cikgu wpun anak murid cuti panjang. Tapi bagi cikgu-cikgu sek memandu time cuti sek ni kami panggil musim menuai. Jenuh meriah tak menang tangan kena serbu ngan budak-budak sek nak ambik lesen motor dan kereta. Teringat pulak zaman dolu-dolu ambik lesen. 

Saya ambik lesen memandu dah agak lewat. Masa tu dah ada anak dua orang dah kecik-kecik pulak tu setahun sorang. So tiap kali saya pegi belajar memandu en suami la jaga 2 beradik yang sangat suka melasak tu.

Kalau nak diceritakan azab jugak la saya nak menghabiskan kelas memandu tu sampai dapat lesen P tu. Yang test undang-undang tu alhamdulillah sekali je terus lulus tapi yg jpj tu Allahhuakbar 3 kali you!!

Masa belajar tu saya ni kekonon student yang pick up la cepat je boleh dapat step-step tu. Cikgu pun tinggal-tinggal kan saya round sorang-sorang kat trek (bukan race kat trek ye). Saya ingat lagi trek tu kecik je kereta bdk yg belajar punya la banyak. Pusing satu bulatan jumpa balik bukit parking 3 pointer.. boringnya. Boring la sangatkan maklum bdk dah pandai (konon ha ha).

Bila time test dia bawa kat trek lain saya belajar di Wangsa Maju testnya nuuuuu di Hulu Langat. Trek yg kat Hulu Langat tu saya belajar sekali je termasuk jalan raya nya nasib la ingat ke tak ingat. Test kali pertama saya FAIL dalam dan luar. Bahagian dalam tu kat bukit je dah kantoi tak  sempat buat apa pun sebab saya stop sebelum sampai garisan kuning. Hari tu bdk test ramai sangat kot so kali pertama saya tak sampai jpj tu terus suruh saya turun dari kereta. Terpinga-pinga daku huhu...

Bila sampai turn jalanraya saya bermula dengan baik. Kereta ok jpj tu pun sangat ok. Siap dia borak-borak cakap jgn gelabah bawa elok-elok saya bagi lulus. Bawa elok la sangat ku langgar lampu isyarat. Kuning tanda berhati-hati ku pecut suka hati ha ha. Belum sempat lepas trafic light tu lampu merah keluar. Apalagi saya la yg kena keluar. Tapi sempat gak tu buat rayuan kat jpj. Ayat poyo saya "ala encik kita dua je en kasi la saya lulus". Tapi jpj tu baik betul la dia jawap ngan sopan " kalau saya bagi awak lulus saya yang kena buang kerja ni kesalahan mandatori tau langgar lampu isyarat mmg takde ampun. Minggu depan ulang lagi." So saya balik ke trek pakai driver la kan kih kih kih..

Test yang kedua pulak kali ni kat bukit tu saya lajak byk sikit so sampai la garisan kuning  tu. Turun pun elok lah tak undur so bawa pelan-pelan ke parking. Sampai parking buat la step yg cikgu ajar tu pulas stering kira sampai cukup kiraannya tu baru boleh masuk. Berpeluh2 pulas pusing nak bagi masuk cantik ni. So dah ok lega dah time nak keluar tetiba datang angin memandai-mandai. Rasa macam malas nak ikut step yg cikgu ajar tu. Letih dah tangan pulas-pulas jadi pulas stering tak cukup kiraan. Apa lagi dang dang tung ketiiinnggg tiang parking tu jatuh. Malu mak oi semua orang tau fail la tu.

So bila nak keluar jalan raya saya dah rasa cuak je geram, malas, putus asa semua adalah. Bila masuk dalam kereta saya ingat lagi jpj yg saya dapat tu baik jugak. Memang nasib saya baik je cuma saya ni tak guna sepenuhnya apa yang saya dapat. Jalanraya laluan kami tu memang mencabar (mencabar la buat org belum ada lesen). Banyak sangat trafic light ada 1 trafic light tu di atas bukit dan kena buat U-turn kat situ. Memang hot spot gagal kat situ la. Alhamdulillah kali ni ok belajar dari pengalaman - jangan langgar lampu isyarat he he..So saya luluslah jalan raya tu. Ok lah jugak lulus dah 1 bahagian. Tapi still kena ulang lagi. Bercintanya nak pegi. Saya pun dah banyak kali minta cuti. Tiap kali test dan cuti kena naikkan notis kat student-student saya kelas cancel (time tu saya bergelar Puan lecturer gitu). Ada gak student saya cam pelik nape kerap beno saya cuti. Saya bisik-bisik je la saya ambik driving licence. Tapi bebudak ni cakap kalo puan fail banyak kali best jugak sbb byk kali le kelas cancel- kurang asam betul ha ha.

Gitulah citernya bila kali ketiga ulang baru saya lulus dengan jayanya. Tapi walaupun punya la azab nak dapatkan lesen lepas dapat lesen saya langsung tak bawa kereta. Alasannya masa tu saya kerja kat area jalan TAR jalan jem kereta byk saya tak berani. Bertahun-tahun jugaklah saya bawa lesen je bukan bawak kereta. Nasib husband saya ni bukan jenis suka kondem orang dia bagi galakan kat saya. Dia tanya kenapa saya takut nak bawa kereta. Saya kata sebab kereta kami tu besar tak sama macam kancil yg belajar dulu. Kelakar kan itu alasannya. Pastu saya kata saya pendek tak nampak depan. Jadi suami saya kata kesimpulannya saya nak kereta kecik tapi tinggi. Jenuhla fikir kereta apa kecik tapi tinggi. So come out idea kembara...then my red kembara lah my first love he he.


Sekarang alhamdulillah saya dah bawa kereta ke hulu ke hilir. Ambik hantar en suami ke airport tiap-tiap minggu lagi tu. Dan dengan tak disangka-sangka saya boleh buka sek memandu francais ngan metro driving academy lagi tu. Saya biasa la kan dlm family dulu saya la tak pandai masak tau-tau saya running tender kantin dan bukak restoran siap masuk TV lagi kih kih. Sek memandu ni pun saya selalu citer kat budak- budak yang belajar ngan saya pengalaman saya sendiri yang bukanlah test kali pertama terus lulus. Daripada tak berani klu mencuba insyaallah pasti boleh.. Tapi saya tak mengajar diorang sbb sampai sekarang saya bawa auto je malas mak nak nanti kena tekan@jaga clutch tu ha ha..



Monday, October 7, 2013

Lihat, hidu, rasa - Tapi Malang tak berbaukan!!

Susulan kejadian keracunan makanan yang meragut nyawa di satu majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai Kedah orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati ketika menikmati hidangan di majlis-majlis dan kenduri kahwin. Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPP-KAM) dr Othman Warijo berkata langkah beberapa minit pertama sebelum menikmati hidangan mungkin dapat menyelamatkan kita dari menjadi mangsa.

Antaranya orang ramai dinasihatkan untuk melihat dahulu rupa fizikal makanan seperti kuah yang berubah menjadi berlendir atau melekit. Kemudian hidu makanan tersebut jika merasa was-was boleh diikuti dengan merasanya sedikit untuk mempastikan makanan tidak basi. Jika tidak pasti adalah lebih baik untuk kita tidak meneruskan makan makanan yang terhidang walaupun itu makanan kegemaran dan perut pun sudah berlagu irama hard rock metal :)

Tapi ye lah seperti kata pepatah malang tidak berbau. Memang betul lah tu. Sebabnya pada saya tidak semua dari kita mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap bau. Pengalaman saya sendiri dengan mereka yang rapat dengan saya ada yang cepat bertindak balas dengan bau ada yang tidak. 

Pernah satu kejadian saya dan rakan-rakan ingin bersarapan di satu tempat. Saya sampai agak lambat berbanding rakan-rakan yang lain. Semasa saya sampai rakan-rakan yang lain sudah mengambil makanan masing-masing. Saya pun terus ke tempat buffet makanan. Belum sampai rapat hidung saya sudah terhidu sesuatu seperti bau basi. Saya tgk betul-betul dan ceduk-ceduk beberapa makanan yang ada di depan saya. Saya dapat rasakan kuah dhal untuk roti canai sudah basi. Saya tgk ke arah kawan-kawan selamba je diorang ni ngap ngap makan. Saya cuit seorang rakan dan bagitau kuah dhal basi. Dia terus angkat piringnya dan bawa rapat ke hidung.."ye lah basi" diikuti rakan yang lain. Saya bagitau pada kakak yg menjual dia angkat rapat kuah tu ke hidungnya beberapa kali seolah-olah tak dapat menghidu bau basi tersebut. Saya tak pasti sama ada dia sengaja buat begitu ataupun mmg hidung dia dah tak bau apa2 sebab hari-hari mengadap benda yang sama.

Macam saya dengan suami pulak hidung dia mmg tak secepat saya blh tangkap bau-bau yg tak berapa mesra hidung ni. Tapi perut dia mmg cepat meragam. Jadi dia mmg sangat berhati-hati. Kalau lauk semalam saya simpan dlm peti ais dan panaskan makan hari ni itu pun dia mcm was-was nak makan. Macam kita rendang standard la kita panas-panaskan tp dia dh macam tak mau makan klu saya panas-panaskan rendang ayam@daging tu. Kadang geram jugak he he..

Teringat pulak saya masa saya kecik-kecik dulu sewaktu menghadiri kenduri kawin di kampung. Sedang pengantin bersanding di atas pelamin yang dihias indah saya yg masa tu duduk antara barisan hadapan (jd korang tau la kat mana saya mula2 belajar deco-deco utk org kawin ha ha) tgk muka pengantin dah kerut-kerut senyum kelat-kelat. Tak berapa lama tiba-tiba pengantin meluru turun dari pelamin berlari ke dapur dan....masuk tandas. Selepas itu mmg heboh le sekampung bukan takat pengantin majoriti tetamu mengalami nasib yang sama. Mujurlah insiden yang kami alami tidak sedahsyat di Tanjung Dawai.
 
Apa-apa pun saranan utk kita lebih berhati-hati dan berjaga-jaga ketika menikmati hidangan adalah perkara yang harus kita amalkan. Memang ramai yang menuding jari menyalahkan pihak itu pihak ini. Kalau kita baca suratkhabar pun laporan awal tukang masak kata dia sedar ayam dah berbau tapi tuan rumah suruh masak jugak. Jadi dia pun masak jugaklah. Kemudian selang sehari keluar pulak laporan tuan rumah kata dia dibekalkan ayam yang sudah berbau. Takde pulak laporan pembekal ayam kata apa lepas tu. 

Tapi yang pasti kejadian ini memberi amaran kepada kita semua utk lebih peka dan prihatin terhadap isu ini. Siapa sangka kemeriahan kenduri kawin bertukar menjadi tragedi. Takziah dan alfatihah untuk mangsa dan seluruh ahli keluarga.

Saturday, October 5, 2013

Meroyan di facebook - cari apa dapat apa

Dulu masa mula-mula "berkecimpung" dalam arena facebook kalau ada orang yang naikkan status hot-hot a.k.a marah geram benci ke apa kat orang lain saya ada jugak nyelit-nyelit komen. Ye lah dah dia tu namanya friendlist kita jadi kadang walaupun ada yang kita tak kenal in person bila dia update status macam ada masalah je kita pun nak le tolong redakan sikit masalah tu. Sharing is caring katakan. 

Tapi bila dah selalu sangat orang yang sama ada je status yang lebih kurang sama je hermmmm...saya fikir dua kali la nak komen. Bukan apa dah kalau semua orang tak betul semua orang buat salah kat kita selalu pulak tu mesti ada yang tak kena. Sama ada betul orang tu yang tak betul atau kita yang tak berapa nak betul sebenarnya. 

Tak salah nak luahkan apa yang terbuku di hati mungkin dapat legakan kita. Mungkin kita lonely takde tempat nak mengadu. Masalah rumahtangga, kerja, bos, anak-anak, kawan-kawan, jiran, anak jiran, adik beradik sedara mara, ibu mertuaku ipar duai macam-macamlah. Tapi pada saya tapis-tapis sikitla.. Jangan semua benda nak ngadu kat wall. Kdg naik meluat sampai saya rasa dr gaya ayat tu boleh beza mana satu betul masalah ataupun yg nak bikin kontroversi.

Saya teringat Prof Dr Muhaya pernah kata kita nak tau perangai isi hati yang sebenar seseorang tu tgk apa yang dia update kat status fb dia...itulah dia cerminan diri dia yang sebenarnya. Cuma orang yang macam ni dia payah nak terima nasihat sebab dia rasa diri dia je betul orang lain semua salah - sebab tu dia meroyan melalak kat fb nak tarik perhatian satu dunia nak bgtau dia tak bersalah kekdahnya . Lagipun itu fb dia wall dia suka hati dia la nak tulis apa. Bagi saya ayat klise ni mmg sentiasa digunakan oleh orang-orang begini untuk membetulkan tindakannya itu. 

Dia lupa hidup kita di dunia ini ada 2 hubungan "habluminnallah" "habluminnannas" yakni hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita dengan@sesama manusia. Kita buat dosa dengan Allah kita boleh minta ampun dengan Allah bertaubat nasuha menangis menyesali kekhilafan kita. Tapi kalau kita berbuat dosa sesama manusia hanya maaf darinya yang dapat menyucikan dosa kita. Kalau tidak berlari-lari tercari-carilah kita di padang mahsyar nanti akan orang yang perlu kita mohon maaf. Allahuakbar!! bayangkan ditengah-tengah padang mahsyar yang luas terbentang dengan lautan manusia dengan dugaan dan ujian matahari sejengkal kepala kita mencari dan mencari hanya untuk mendapatkan ucapan maaf dari orang yang telah kita sakiti hatinya.

Kadang-kadang benda yang kita update kat status kita tu asalnya tak sebesar manapun. Tapi dengan olahan ayat kita yg bombastik tu berjaya mencipta suasana cukup hebat menarik untuk dikomen oleh juri-juri tak profesional. Saya tau satu kepuasan kemenangan bila kita letak status macam tu byk komen-komen yang menyebelahi kita dan mengutuk pihak yang kita salahkan. Itu je lah yang dia dapat sebenarnya saham di dunia. Dia lupa saham di akhirat yang membawa rugi besar dalam hidupnya.

Jadi sekarang saya ambil keputusan kalau ada orang meroyan di fb saya tgk-tgk je klu nampak agak parah mmg dia betul-betul dilanda masalah kita tolong bukan taknak tolong. Cuma saya fikir taknak mengeruhkan keadaan. Kadang kita orang luar kita tak tau situasi sebenarnya macam mana. Yang kita nampak surface sahaja. Kita hanya dengar dari satu pihak tidak adil untuk kita mengadili dengan cara begitu. Lebih-lebih lagi kalau ada 2 pihak yang bergaduh. Dalam bahasa kasarnya " ko tak tau apa ko jangan campurlah urusan orang tu". Ni tak main pakai sedap je jadi nasi tambah kdg lebih kuah dari sudu.

eh!! I pulak yang meroyan di blog ha ha

Wednesday, October 2, 2013

Mungkir Bahagia - Mengapa?

Selalu kita tertanya-tanya kenapa mesti ada yang curang kepada pasangan masing-masing. Apa yang dia cari. Bahagia sangatkah??  best??  awesome?? syok sgt ke sampai tak terkata dengan apa yang sedang dia buat sekarang.

Kalau kita tengok cerita-cerita dalam tv kan tak kisah la citer orang melayu ke india cina barat ke apa bangsa pun sama je moral of the story ko buat keja tak betul ko akan dapat balasannya tunggu je la. Tapi tu lah berlambak yg masih lagi terus terusan menyakiti hati pasangan masing-masing.

Kadang-kadang tanpa sebab tanpa alasan benda ni terjadi. Selepas terjadi barulah jumpa macam-macam alasan... pasangan saya pengotor, tak pandai masak, tak pandai jaga hati mentua, tak pandai bergaul, body dah tak mengancam, mulut celupar seribu satu alasan termasuk pasangan saya terlalu baik untuk saya!! . Kurang asam kan masa dulu bercinta salah sebesar gunung berapi pun takpe dah kawin yang tak nampak tu pun di korek-korek bagi ada.

Masa saya jadi makcik kantin dulu teringat saya pada satu pasangan ni. Masing-masing suami dan isteri orang tapi mati-mati saya ingat mereka pasangan suami isteri. Sebabnya hari-hari datang makan sarapan kat kantin saya tu baju sedondon klu biru birulah dua-duanya merah si dara merah jugak lah si teruna. Hari jumaat lagilah yang lelaki dah macam pengantin siap baju melayu bersamping sedondon gitu macam org nak bertunang atau nikah ngan pasangan perempuan dia tu. Kalau tak sempat sarapan nanti pukul 10 time minum ada la berdua tu. Saya kata bagusnya lah hai hari-hari dapat makan bersama suami isteri. Aku yg berniaga makanan ni pun susah nak cari time makan sama ngan suami. Tapi bila saya dapat tau diorang tu bukan suami isteri ishhh rasa nak baling je kuah kari tu ke muka diorang. Geram la. Bayangkan sakit tak hati kita sebagai isteri kalau hari-hari kita gosokkan baju untuk suami kita tu rupa-rupanya hari-hari dia pakai sedondon ngan pompuan lain. Mestilah dia cakap yang esok abang nak pakai kaler pink lusa purple bla...bla..blaa. Kita pun gosok la baju suami tercinta kita tu kan...tercinta la sangat. Eeee sakit sungguh hati saya mengenangkan suami-suami yang macam ni.

Tapi yang pompuan tu pun sama mengong nya. Dosa tu kita jgn cakap lah sbb kalau dia fikir dosa takutkan balasan Allah takkan dia nak buat. Cuma ye lah org dah kemaruk fikiran sama par je ngan org giler. Kita bgtau@nasihat dia "klu hari ni lelaki tu blh luka kan hati isterinya tak mustahil dia blh buat benda yang sama kat ko" dia jawab pulak "aku lain tak sama ngan isteri dia". Kalau kita cakap "kita ni perempuan nape nak sakitkan hati perempuan jgk" dia jawab "kadang-kadang kita kena fikirkan untuk diri kita jugak"... dah nak  cakap apa lagi.

Sebenarnya mereka yg curang ibarat mengejar pelangi dan bayang-bayang asyik dan ralit dengan indahnya fatamorgana. Bahagia yang sudah dalam genggaman dimungkiri. Sampai bila.. sampai dia terhantuk baru terngadah masa tu keluar la lagu Sesal Mendua tu. Beruntunglah sebab selalunya pasangan masih boleh memaafkan dan menerima semula. Mungkin sebab tu saya rasa ramai yang berani buat perangai dia tau nanti-nanti dia akan dimaafkan!