Wednesday, January 29, 2014

Mood dan masa

Dulu sebelum ada blog blh di katakan saya ada byk masa untuk mengadap laptop. Jump sana jump sini terjah blog orang. Sekarang bila dah buat blog sendiri sibuk la pulak dengan macam-macam kerja. Kadang ada benda dalam kepala yg nak ditulis tapi disebabkan lama sangat peram malas dah nak tulis.

Hari ni boleh dikatakan saya ada ample time kat ofis. Half day keja dah selesai. Encik suami pun tkde byk itu ini nya klu tidak kejap suruh buat report, claim, surat ke bagai. Tapi mood saya betul-betul takde dibawa angin entah ke mana. Seminggu dua ni mmg emosi sarat serabut ngan benda-benda yang lama dipendam. Dan di saat menulis ni pun saya macam rasa nak masuk je ke bilik kecik saya tu dan tidur je..malas nak fikir apa-apa dah. Tapi entahlah walaupun ofis ni saya yang punya tp saya rasa tak biasa ambik kesempatan sebegitu.

Jadi mmg betullah wordless wednesday...

Sunday, January 19, 2014

Kenangan bersama arwah Ahmad Mahir

Semalam saya terima berita pemergiaan seorang rakan sekelas masa bersekolah di Sek Men Sains Teluk Intan (4sc2 - 5sc2). Agak lewat saya mendapat beritanya sbb saya jarang buka fb personal. Kekangan masa menyebabkan saya hanya buka fb Sweethome Decor tempat saya menjual barang online sahaja. Itu pun sekadar untuk menjawab komen-komen dan pertanyaan berkenaan barang yang saya jual.

Dulu dalam kelas arwah bukanlah geng kepochi suka buat kecoh riuh rendah kan kelas seperti kami. Jauh sekali jadi mat bunga mat jiwang usha-usha awek macam Abu Bakar Yeop a.k.a Burn tu atau Sophi yg diam-diam asyik menjeling bdk junior rupa-rupanya. Dia kaki study sama lah ngan orang sebelah dia tu Khairul Anuar (K.A.. sekarang bergelar doktor), Rozian Soom dan Ahmad Kamil (eh 4 org je kaki study kelas saya rupa-rupanya haha). Kalau saya ada masalah (selalu je ada masalahnya) nak selesaikan add maths dia la tempat rujuk. Bercakap bila perlu tp tak pernah menolak kalau ada yang minta tolong. Melengkapkan kredibilitinya dia seorang pengawas sekolah.

Selepas sekolah memang tak pernah dengar cerita pasal dia maklum la dulu mana ada facebook. Paling baik pun kalau ada no tel rumah. Tapi dlm tak tau khabar berita tetiba kami dpt undangan dr Aishah@chah dan Kamil a.k.a KACAP singkatan dr kamil+kicap (sbb dia gelap cam kicap, nakal kan suka-suka je bagi gelaran kat kawan). Memandangkan rakan sekelas kawin sesama rakan sekelas jadi mmg awal-awal kami dah pakat nak turun. Seingat saya mmg majoriti ex 5sc2 turun masa tu. Sebelum ke rumah pengantin kami berkumpul kat rumah sorang kawan ni. Masa tu kecoh la sbb masing-masing baru grad ada yang dah keja ada yang belum. Saya masih ingat bila arwah Mahir sampai seorang kawan perempuan (Zana aku mention nama ko kat sini hehe) berlari masuk ke bilik tmpt girls
(girls la sangat masa tu kan)  berkumpul. Masa tu Zana cakap "weh aku malu la tgk Mahir sbb dia dah ada misai"... pecah berderai ketawa kami semua sambil semua pakat-pakat mengintai dari tirai kamar sbb nak tgk Mahir yg dah ada misai.

Kami melepak kat rumah pengantin sampai ke petang. Dah buat mcm rumah sendiri tak malu betul. Maklum lama tak jumpa macam-macam cerita la kan. Tak silapnya masa tu yang dah kawin dalam kelas kami tu sapa lagi kalau bukan si farouk Burn tu. Sibuk je saya tgk nak memberi petua itu ini kat si kacap raja sehari tu. Then bila time nak balik tu saya pun tak tau mcm mana end up saya tumpang kereta arwah dari Kg Gajah sampai la ke Teluk Intan.

Tak berapa lama saya naik kereta arwah tiba-tiba arwah bersuara "elok sangat la naik kereta aku ko duduk himpit ke pintu sampai nak pecah pintu kereta aku ni, jgn naik ngan boyfriend ko duduk himpit ke kanan sampai duduk atas handbrek sudah la" spontan saya gelak besar dgn ayat-ayat yg keluar dr mulut arwah tu. Saya sendiri pun tak perasan saya duduk dengan gaya macam tu. Mungkin sbb dah lama tak jumpa dan 1st time naik kereta berdua pulak tu jd saya agak kekok. Lagi pun teringat kata-kata Zana- Mahir dah ada misai. "ko dah ada boyfriend ke" macam gaya bapak-bapak pulak dia menanya saya. Selamba je la saya jawab "dah kami dah nak bertunang" . "uish aku bawa bakal tunang orang rupanya" dan kami sama-sama gelak.

Sepanjang perjalanan banyak yang kami bualkan. Walaupun sudah hampir 15 tahun berlalu saya masih ingat beberapa perkara yang kami bincangkan. Pandangan dan nasihat arwah ketika itu mmg ada byk benarnya. Bual bicaranya penuh hikmah dan ada yg menjadi pegangan buat diri saya. "Iman yang menjadi benteng antara kita" katanya. Pendek ringkas tetapi bermakna.

Moga rohnya tenang di sana AlFatihah untuk mu seorang sahabat Ahmad Mahir Abd Hamid

 

 


Tuesday, January 14, 2014

Cerita ceriti orang berpantang

Adik saya dah selamat bersalin pada 1.1.2014 anak tahun baru ..baby boy pulak tu. Memang yang ditunggu-tunggu sbb kami kan family meriah dengan perempuan. So sekarang dia dan baby mak dan abah jaga di kampung. Dua bulan ni berpantang lah dia (termasuk en somi nya haha)

 Kalau cerita pasal berpantang ni macam-macam version kita dengarkan. Lain tempat lain orang yang jaga lain benda yg kita boleh makan. Ada yg kata kena makan benda kering-kering je tak boleh kuah langsung. Teorinya nak bagi cepat kering luka-luka. Ada yg kata ayam gatal boleh makan daging tp ada jugak kata sebaliknya. Ikan pun macam tu ada kata kembung tak boleh gatal ada yg bg mkn kembong hari-hari. Air teh tk blh angin nescafe pun angin tp kopi blh pulak (rasa cam sama je caffeine tu hehe). Ada yg dlm pantang hari-hari minum milo tp ada yg tak bg langsung minum milo sejukkkk. Buah lagi lah diharamkan langsung termasuk jugak sayur-sayuran apa la dosa itu buah n sayur tidak diketahui haha. Tapi ada jugak la kelonggaran buah oren boleh makan (pulaknya) sayur sawi boleh jugakk ermm..tak pasti dr mana teori ni datang.

Dan... di setengah negeri beberapa makanan seperti laksa dan cendul serta makanan yg dihasilkan secara tekan dan teran (kekdahnya) dilarang makan untuk setahun. Mee pun lebih kurang sama tp tak sampai la setahun pantangnya. Macam-macamlah kalau saya nak senarai satu-satu 1 hari 1 malam tak abih-abih mengarangnya.

Ingat lagi masa lepas bersalin anak yg sulung dan no dua antara menu-menu hari pertama dan kedua lepas bersalin kari ayam, ayam kicap, ayam kurma, sayur sawi, kobis, buah tembikai, oren, honew dew. Honestly semua saya bedal kecuali buah je sbb still ada perasaan takut dekat itu tembikai ha ha. Saya ada la sikit-sikit athsma so beringat-ingat jugak la. Kang semput susah pulak. Kalau ikut mak saya tu mana boleh makan semua tu yg saya ingat dia kata kicap tu takut parut lambat sembuh. Kari berlemak-lemak santan tu mmg tak boleh minyak2 tu licin org nak bg kering katanya. Sama la ayam kurma tu. Sayur-sayur buah tu semuanya bawa sejuk dlm badan. Orang dalam pantang badan mesti panas. Saya diam je jangan bangkang-bangkang sebab diorang semua ada alasan yang tersendiri. 

Saya jugak tau amalan berpantang mak saya dan ibu mertuaku ada beza yg sangatlah contradict esp dari segi makanan. Tp mujur la takde timbul isu atau gaduh-gaduh. Senang cerita saya follow je time mak mentua saya jaga dia bg saya mkn tu saya makan dia kata jgn makan saya tak makan. So time mak saya jaga saya ikut je walaupun dua benda yg sangat-sangat berbeza. Tapi I tell you.... alhamdulillah saya takde la kena apa-apa pun. Kalau mak ni kata jgn mkn ikan ni gatal tp mak sana bg mkn saya makan takde la saya bergaru je ha ha. Yang sana tak bg mkn sup-sup sini bg saya hirup sup panas-panas alhamdulillah kenyang perut he he. Macam tu jugak air. Mak saya hanya benarkan saya minum kopi a.k.a black coffee tu je. Saya ni dah la tak minum kopi huhu. Tapi dengan ibu mertuaku I dapat minum milo you. Sebenarnya milo tu mmg taklah saya suka sangat tp since dh dapat lampu ijo ku minum gulp gulp ha ha. 

Tapi saya rasa kenangan paling best masa berpantang adalah adegan abah seludup masuk burger ke bilik saya. Memang wallah masa tu. Abah dengan gaya inspektor gajet jenguk kepala dia kat pintu bilik saya. Sambil bisik-bisik senyum-senyum abah ckp "nani (panggilan manja abah pada saya) nak makan burger ni abah beli. Pastu apalagi saya ngan penuh sabar tunggu abah duduk bersila buka pembalut burger tu. Tengah sedap-sedap makan mak tetiba masuk . Ha masa tu rasa cam nak tersembur burger yg dlm mulut tu. Apalagi mak menjerit la tgk abah bg saya makan burger. Tapi abah cam biasa la dia keluarkan hujah-hujahnya. Saya buat muka terkulat-kulat le time tu. 

Saya rasa nak ikutkan amalan berpantang klu betul-betul ikut zaman dulu lagi kuat rejimnya. Selain makanan macam-macam benda kita kena pantang. Mak bidan yang urut saya tu dia blh suruh saya buang terus kain yg saya pakai masa dia urut saya tu. Kalau 3 hari urut 3 helai kain kena buang. Mak aih sayang tu. So minta maap la mak bidan yg tu saya tak ikut mak saya pun kata jgn bg tau mak bidan kain tak buang he he. Pastu dia pesan jgn siap elok2 sangat nanti suami tgk susah. Yang ni pun saya tak berapa nak berkenan tak kan la nak selekeh pulak kan. Pastu kita pun tak boleh nak keluar rumah even langkah bendul umah pun tak boleh. Saya ada la dok kat depan verandah umak mak saya tu siap ngan baby sekali. Sedap kan ambik angin petang-petang kat luar tp lalu makcik-makcik otai kampung tu sedap la kena sound haha.

Memang berpantang ada kebaikannya yg tersendiri itu kita tak boleh nafikan. Cuma sejauhmana setiap makanan itu membawa kemudaratan seperti yg diwar-warkan mmg takde kepastian. Mungkin yg berlaku adalah secara kebetulan atau mmg ada kebenarannya. Kalau saya ada jugak saya ikut gerak hati. Jadi selamat berpantanglah ye pada ibu-ibu jangan pantang nampak pulak ye!!

Monday, January 13, 2014

Siapa kita di hati mereka

Boleh jugak la kita tukar tajuk di atas "Siapa mereka di hati kita" ha ha
 
Pernah tak kita berdepan dengan situasi sebegini...kita ni berkawan 4 orang la kata kan. Tiba-tiba sorang rakan kita dapat tiket wayang free tp 3 je. So sorang kena tinggallah dan yang kena tinggal tu kita. Diorang pulak tu pegi senyap-senyap. Mesti sedih kan sadis huhu. Ataupun kawan kita tu gi melancong balik dia bawa buah tangan tp dia lupa nak belikan yg serupa ngan kawan2 lain tu...dia lupa kita kawan dia ke erkk!!

Tapi kita nak buat macam mana. Saya rasa ironinya mudah saje. Kita kena terima hakikat bukan semua orang boleh suka dengan kita. Memang relationship kena ada chemistry. Saya rasa setiap dari kita dalam diri kita mmg ada perasaan kita selesa dengan siapa. Mungkin pada permulaan dia berkawan dengan kita sbb rasa cam ada chemistry je. Tapi lama-kelamaan dia rasa kita tak sesuai dengan dia. Mungkin dia rasa kita ni cam perasan diva ke, budget baik ke, tak boleh dipercayai ke dan 1001 alasan la kan.

Jadi hidup mesti diteruskan jangan sedih-sedih. Hari ni mungkin kita bukan duduk dalam carta hatinya nanti esok-esok kita pasti ketemu yg ada cas "kimia" dengan kita. Hidup ini singkat terkadang tidak cukup masa untuk menyayangi jadi jangan bazirkan untuk membenci. 

Cuma satu pesanan seandainya kita tak suka pada seseorang jangan pula minta@paksa satu dunia untuk turut tidak menyukai org itu. Berlaku adil, jujur dan ikhlas dalam persahabatan itu kunci kesejahteraan...insyaallah

Sunday, January 5, 2014

Tahun baru dan azamku

Memang dah sinonim tahun baru mesti ada azamkan. Bagus sebenarnya buat gitu at least ada benda yg kita target. Dan mestilah kita akan berusaha utk capai target tu ye dak!

Tapi kalo saya pecah rahsia korang yg baca jangan la kutuk I pulak ye. Saya rasa lama dah saya tak pernah ada apa-apa azam di tahun baru...serius saya tak pernah fikir apa-apapun. Yang saya fikir masuk tahun baru umur bertambah. Mana taknya daku dilahirkan pada 2 Januari 1974 ha ha.. Apa-apapun rasa syukur sangat dengan nikmat umur yang Allah pinjamkan tu. Bukan apa bila tgk rakan-rakan yang sudah mendahului terasa bertuahnya diberi pinjam nikmat yg lebih lama berada dibumiNya ini.

Berbalik pada cite azam tadi bukan la bermaksud saya takde azam langsung cuma tika dan saatnya saya berazam tu tidak mengambil tahun sebagai pembolehubahnya (cewah cakap ngalahkan cikgu he he). Sebagai contohnya dulu masa zaman mengajar bebudak kolej. Bila start new semester tgk muka student saya masuk je kelas yang pertama dari situ keluar la azam dalam diri saya nak buat apa dgn bebudak yg dlm kelas tu. So nasib la masa tu awal tahun ke tgh tahun ke ujung tahun ke time tu la saya pasang azam saya.

Ataupun bila saya rasa saya ada buat sesuatu yang tak berapa nak baik kat suami saya cam contohnya tertinggi suara ke termarah ke terrrr...lupa memacam benda sampai nyusahkan dia cepat-cepat saya tanam azam taknak ulang lagi benda tu. Serius yang ni mmg saya semat dlm hati sungguh-sungguh. Cuba sedaya upaya. Hempas pulas tuh...yet mesti bab lupa tu susah skit la. Tapi saya tau skrg getting better he he. Saya rasa ni semua hasil dari azam saya tu lah.

Kalau saya ingat-ingat kembali banyak jugaklah azam saya agak berhasil menggunakan teknik azam semasa berbanding azam tahun baru ni . Walaupun bukanlah 100% tp saya rasa cara ni lebih berkesan. Selalu review atau muhasabah diri apa yg tak ok dan teruskan tanam azam untuk berubah masa tu jugak. Jangan tunggu tahun baru atau tahun depannya susah nak jadi tu he he.

Tapi tu lah lain orang lain cara. Buat la apa-apa cara yang sesuai serasi dengan diri sendiri. Janji hasilnya tu menjadi. So pada yang dah berazam selamat menunaikan azammu zam zam ala kazam!!