Friday, February 14, 2014

Resepi Puding Roti versi kukus

Berbanding puding roti yg dibakar dan di makan dengan kastad sos tu tekak saya ni rasa lagi suka yang dikukus. Tekak orang kampung la katakan he he. Lagi pun bukannya apa saya suka sangat buat puding roti ni sebab resepi campak-campak je. Kan saya pernah citer saya suka bebeno ngan resepi campak-campak ni tp buat gerenti jadi.

Most of the time saya buat puding roti bila tgk roti gardenia dah tersadai menghampiri garis penamat tempoh lupusnya. Atau pun klu ada lebihan susu cair sayang la nak buang cam gitu je kan. Macam puding roti yg saya buat hari ni susu cairnya baki dari selepas saya buat ketam telur masin. So jangan membazir kan guna apa yang ada.

Ni resepi campak-campak saya tu cubalah

5 keping roti carik-carikkan rendamkan dengan 1 tin susu cair. Sebelum itu masukkan 4 sudu makan gula ke dalam susu cair dan kacau sampai gula larut barulah dicurah ke roti tadi. Masa saya buat td roti ada 6 keping so saya pakai je 6 keping tu perabih. Pastu susu cair pun tak sampai setin. Jadinya takut pulak keras dah roti lebih susu kurang. So bukak peti ais nampak susu low fat bebudak ni baki diorang mkn ngan cereal pg tadi. Apa lagi ambik tuang je lah dalam adunan tu. Pastu masukkan satu sudu kecik esen vanila- guna penutupnya pun boleh hehe. Kacau dan biarkan dulu. 

Sambil tu pecahkan telur dan godak-godak bg sebati so tuangkan la ke dalam adunan roti ngan susu tadi. Pastu ambik butter takde butter marjerin pun boleh klu butter tu keras ambik potong kecik2 cam cheese tu tabur2kan skit atas puding roti tu. Tabur jugak kismis. Ada orang suka letak cinnamon powder tp saya mmg tak suka itu benda masuk dlm puding roti saya.

So ni gambar sebelum dikukus


and yang ni right after siap





cannot tahan woo dah kena bedal separuh hehe...dahsyat kan sbb yang makan ni me & my daughter je yang lain semua tak makan. 

So simple je kan resepi ni takde nak bersukat bagai. Kukus tu pun korang agak-agak je dlm 15-20 minit saya tak pernah tgk jam pun. Rasa cam dah lama je saya tutup api alhamdulillah tak pernah tak jadi kiranya puding ni tak byk kerenah la so dont worry utk beginner klu nak try..selamat mencuba ye


Thursday, February 13, 2014

Serba-salah seorang ibu di zaman moden ni

Saya rasa byk yang saya senaraikan di bawah ni menjadi dilema kepada kita semua. Di satu pihak kita rasa ingin mendidik di satu pihak kita rasa perlu mengikut rentak arus akhirnya yang mana menjadi pilihan kita.

1. Kita tamatkan servis astro di rumah sbb anak-anak asyik dengan dunia kartunnya. Saudara mara datang nak tgk tv cerita lain sikit pun dah susah. Tapi bila kita tamatkan servis dengan harapan untuk mendidik dia beralih pulak tgk cerita kegemarannya di rumah kawan-kawan jiran-jiran atau sedaramara dia pulak. Dah bertenggek siang mlm pagi petang kat rumah orang apa pulak citernya. Pastu kadang-kadang kita terdengar anak kita sembang-sembang ngan kawan-kawannya tetiba ada yg keluarkan topik kartun yg diorang tgk kat astro smlm dah anak kita diam je mati kutu tak tau nak cakap apa sbb dia tak dapat tgk. Atau pun tetiba kita dengar anak kita beria-ria sambung cerita tu macam dia tgk sangat. Tak pasal-pasal anak kita menipu hanya kerana tak nak  ketinggalan berbanding rakannya. So apa pikiran kita??

2. Kita tak belikan pun PS2 ke PS3 ke apa2 game pun kita kata NO kat anak kita sebab takmo dia addicted ngan benda-benda cam gitu. Lagipun kita sendiri dah rasa macam mana teruknya corrupt nya kepala otak ni klu penuh ngan game2 tu. Kegilaan kita terhadap benda-benda tu kita sendiri tau. So taknak anak yg masih lagi belajar tu masuk mcm2 benda cam gitu yg boleh merendahkan prestasinya dalam akademik. Ye lah dah kepala otak penat ngan segala bagai game mananya fokus sangat ngan pelajaran nanti. Tapi tu lah again klu kita tak bagi dia masih lagi boleh dapat benda-benda tu kat luar. So sama jugaklah wpun kita tak beli access masih ada. Jadinya??

3. Dah anak kita merayau merayap bertenggek je rumah orang kita pun tgk apa yg menarik sangat kat rumah orang tu..oo ada tab..oo ada wifi..oo ada game best2...oo ada mainan toys yg hebat2. Kita pun cuba belikan utk anak kita. Tapi sama je bila dah boring dia cari merayap jugak keluar dan diluar sana macam-macam ada. Macam-macam ada itu yg merisaukan kita. Kalau kecik kita risau dia kena culik klu dah besar kita risau mcm-macam perangai boleh jadi bila dah ramai-ramai tu. Tapi saya rasa memang fitrahnya anak-anak seronok bermain bersama kawan-kawan dapat keluar rumah bebas lepas buat aktiviti yg mereka suka. Zaman kita budak-budak  dulu pun cam gitu. Kalau cuti sek seharian main mcm-mcm dengan kawan. Takde masalah apa pun selamat je takde kes culik-culik rogol-rogol. Tapi tgk lah sekarang apa dah jadi.

4. Bila kita susah hati anak keluar je kita umpan pasang wifi kat rumah. Anak boleh melayari internet dengan mudah. Pesan kita dok rumah mama dah pasang internet nak main game ke apa senang. Tapi jgn kita percaya sangat dalam dok diam-diam tak keluar rumah macam-macam dah ditgknya dengan wifi yg kita pasang tu.  So yg ni mungkin pada yg ada servis wifi dirumah sila lah bar laman-laman yg sepatutnya. Niat kita murni takmo anak merayau merayap ke sana sini tak tentu hala. Tapi kalau dh diam-diam ubi berisi kat rumah tu apa cer nya kan. Bahaya oii!!

5. Again bab tab hp atau game tadi. Cuba lah tgk anak zaman sekarang tak boleh hidup agaknya tanpa benda tu. Kalau pegi rumah orang tak kira la sedara mara ke kawan ke masukje umah orang tu salam ngan tuan rumah (klu nak  bersalam) dah tarik-tarik baju mak masing-masing nak minta main tab. Bukannya nak berkomunikasi dengan rakan yg baru jumpa. Layan gajet je. Kalau cam gitu baik duduk rumah je. Tapi klu kita tak belikan anak-anak kita menempek tak malu kat orang pulak. Macam kita ni ibu yg tak memahami kehendak anak-anak. Kedekut sangat kan nanti orang kata handbag mahal-mahal boleh beli anak menyeget je tepi kawan-kawan nak tumpang main sama. Ish konflik betoi la!!

6. Belum lagi ragam anak-anak yg meningkat remaja. Aduhai darah manis anak-anak kita sekarang mengalahkan zaman kita masa muda-muda baru bertunang dulu. Mana taknya baru tingkatan 1 status relationship kat fb engaged with dot dot dot... mak aih! Pastu bahasa kan diri Ma & Pa - Allahhuakbar. Macam mana gayanya tu. Memang dah zaman sekarang kekdahnya semua nak kena ada someone. Kita tak izinkan pun takde makna nya. Tapi tu lah nak mengawal mereka supaya tidak berlaku sesuatu yg tidak diingini. Memang bekalan iman boleh menjadi benteng dan juga doa yg tidak putus putus dari kita. Tapi ingat ungkapan iman senipis kulit bawang. Serius saya rasa ngeri nak fikir klu tetiba anak gadis saya minta izin nak keluar dating (kalo dia minta kalo tak minta taa-tau pepandai je keluar sendiri lg la huhu) 

Banyak lagi rasanya benda-benda yang mendatangkan rasa serba salah kepada kita sebagai seorang ibu. Sesungguhnya menjadi ibu dan bapa di zaman sekarang tersangatlah mencabarnya. Menseimbangkan antara tegas dan lembut antara larangan dan keizinan antara sayang dan didikan. Jika tak dilentur takut terlambat tersilap lentur tersilap tegur bisa patah memang sesungguhnya bukan kerja mudah!



Monday, February 10, 2014

Resepi Ketam telur masin

Mesti ramai yg dah cuba try test buat resepi ni kan. Saya try makan kat kedai je dulu. Bukan apa agak-agak boleh diterima anak tekak baru la berazam nak membuatnya. 1st time try masa tu kat jeti Kuala Perlis (mak aih cam jauh je hehe). Masa tu en suami biasa la ada je nak jumpa orang projek itu ini dia tu. So dah alang2 orang yg dia nak jumpa tu bawa isteri saya and anak-anak ikut sekalilah. Masa try tu saya tgk en suami cam boleh masuk je ngan menu ketam telur masin ni so saya mmg nak kena cubalah. 

Biasa lah sekarang memasak senang je sumber sana sini nak ngan taknak je kan. Cari kat internet magazine tanya kawan tp mungkin sebab saya dah rasi ngan Majalah Saji so resepi dr majalah Saji jugaklah saya try hehe. Tapi cam biasa la suka derhaka resepi kan al maklum kadang yang diminta takde@lupa nak beli tp alhamdulillah rasanya mantop gitu (naik lift tekan sendiri lagii..)

So ni resepi asal dari Majalah Saji

Ketam bunga 3 ekor - saya masak 5 ekor sbb kecik
Halia 2cm dicincang - ni saya belasah je hehe
Bawang putih 4 ulas dicincang - saya jugak tambah bawang merah besar
Mentega 2 sudu
Cili padi 5 tangkai
Daun kari 2 tangkai
Daun ketumbar - saya masuk daun bawang daun sup je
3bj kuning telur masin yg telah direbus dan dihancurkan - saya ambik sekali putihnya
2 sd besar tepung jagung
150ml susu cair - ni pun saya agak-agak je
Garam, gula, lada sulah dan minyak masak utk menggoreng

Caranya
1. Bersihkan ketam potong 2 lumur dengan lada sulah garam dan tepung jagung goreng hingga garing angkat dan ketepikan.

2. Di dalam kuali yang sama  keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit kemudian masukkan marjerin. Setelah panas masukkan bawang putih dan halia yg telah dicincang. Tumis hingga garing

3. Masukkan  daun kari dan cili api. Biarkan sebentar kemudian masukkan telur masin yang telah dicincang tadi. Kacau sebati

4. Masukkan pula susu cair. Gaul rata tambah lada sulah dan gula secukup rasa. Masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan kacau bg mesra semuanya.

5. Tutup api dan masukkan daun ketumbar gaul rata. Sedia utk di hidang dengan nasi panas-panas

Memang sedap lah. Saya rasa klu kita tak masukkan ketam pun nak buat telur masin masak mcm ni pun sedaplah sebab ada rasa lemak-lemak pedas manis masin. Cuba lahh...

p/s opps!! bab gambar sorry la ye lupa nak snap ghairah sangat nak makan tadi haha tau-tau dah licin