Wednesday, May 28, 2014

Resepi Kuih Lapis yang mudah




Tak ingat bila kali terakhir saya buat kuih lapis lama sangat dah sebab kuih ni tau je lah nak kena tunggu selapis-selapis baru siap. Jadi memandangkan tahap lecehnya tu dan saya bukan suka sangat benda leceh-leceh ni jadi bila nak buat saya kena pastikan kuih jadi. Awal-awal lagi dah beli kelapa parut sebiji. Santan harus cukup lemak klu shortcut2 mmg tak umph. Cuma plan asal nak buat kaler merah putih tu tapi terjadi kaler  gini hehe..
 
gara-gara pewarna merah saya dah expired rupa-rupanyaNasib baik jugak lah ada 2 benda ni dlm peti ais kalo tak tak tau la kaler apa yg keluar haha.

Yang belah kiri tu esen pandan yg kanan tu pewarna hijau. Sebenarnya byk daun pandan belakang umah boleh je blend dan dapatkan yg ori tp tu lah nak senangkan.

So ini resepinya

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung atau kastard
1/2 cawan gula (boleh kurangkan sukatannya sikit klu tak suka manis)
2 cawan santan
secubit garam

Campur semua bahan dan kacau sehingga sebati nak masuk blend pun boleh. Pastu bahagi 2 adunan klu takut tak tepat nak agak bahagi 2 tu senang je biar yg kaler putih tu banyak. Yang kita nak letak kaler merah atau hijau tu biar sikit takpe bila tak cukup boleh ambik dari kaler putih tu.

So start la melapis letak lapisan hijau dulu kukus dlm agak-agak 5 minit. Pastu boleh la dimasukkan lapisan putih. Sebolehnya bg dpat lapisan akhir tu kaler hijau lah baru cantik. Masa lapisan akhir tu kukus agak lama.

Dah masak biar dlm 2-3jam baru potong. 

Untuk saiz loyang yg saya tunjuk kat gambar di atas saya gandakan sukatannya. Sebab sukatan yg saya bg tu mmg asas sesuai utk yg baru nak mula dapat sikit je lah. Kalau nak mencuba sediakan loyang yang kecil dulu ye.. selamat melapis

Sipi-sipi melihat DYTM Raja Nazrin Shah

Masa form 1 saya masuk unit beruniform Pandu Puteri. Satu hari cikgu pasukan uniform saya tu panggil saya ngan beberapa org kawan dan kakak senior. Cikgu bagitau dia nak hantar kami ke Padang Teluk Intan untuk menyambut ketibaan DYTM Raja Nazrin Shah. Tak ingat la apa acaranya tp macam sambutan besar-besaran jugak la.

So keja kami senang je pegang bendera kecik tu lambai-lambai masa Raja Nazrin lalu. Kejap je Raja Nazrin lalu tu tapi kita menunggu tu biasa lah kan jenuh haha. Tapi apa yang buat kami surprise sangat semua yg buat keja lambai-lambai tu diberi voucher KFC!!. Masa tu pekan Teluk Intan baru ada KFC. Dan mmg saya tak pernah lagi merasa ayam KFC tu. Kira itu lah kali pertama saya makan KFC. Sedap bangat mmg menjilat jari haha.

Then kali kedua masa saya form 4. Raja Nazrin datang ke sek untuk rasmikan sekolah kami. Masa tu satu sek buzy ngan segala persiapan untuk menyamput Raja Nazrin. Saya ingat lagi kami tolong cikgu jahit langsir dewan makan buat bunga telur dan macam-macam lagilah. Masa hari perasmian tu saya kena jugaklah berkawad dan diperiksa barisan oleh Raja Nazrin. Tahan je lah panas ke lenguh kaki ke sbb semangat nak nengok Raja Nazrin. 

Baginda memang seorang yang sangat berjiwa rakyat. Setelah selasai acara dan sewaktu keberangkatan pulang baginda nampak seorang rakan saya membawa kamera dan bodyguard baginda ketika itu seperti memberi isyarat jangan ambik gambar. Tapi diluar jangkaan baginda terus menunjukkan tanda sedia di ambil gambar sambil memberi beberapa pose menarik. Kawan saya sempat la snap 2-3 keping gambar rasanya. Dan lepas tu kami satu sek menggila order gambar tu kat kawan saya tu.

Kemudian masa di U saya biasalah sentiasa cari lubang utk buat keja-keja part time ni. Selalunya ada je lah rezeki saya. Seorang kakak senior ajak saya jadi researcher untuk Raja Nazrin sebab baginda sedang dlm usaha menyiapkan PHD nya. Kerja kami hari-hari pergi ke Arkib Negara dan dapatkan dokumen fakta-fakta kes untuk kajian PHD baginda. Pada saya itu pengalaman yang sangat berharga. Menyelak dokumen yang berusia ratusan tahun. Kami diberi peringatan agar menyelaknya dengan penuh berhemah takut relai bersepai kertas tu. 

Tidak terhenti di situ yg paling best istiadat konvokesyen saya disempurnakan oleh DYTM Raja Nazrin. Masa tu konvo berlangsung 3 hari dan bertuahnya rasa bila scroll saya tu kena turn Raja Nazrin. Tertunduk sopan sopan saya time tu ngadap Duli tuanku. Gambo konvo kat umah mak di kg nanti lah klu ada masa blh la tayang kat sini hehe


So itu lah antara pengalaman saya featuring DYTM Raja Nazrin Shah..Daulat Tuanku!!! 

Dejavu jumpa YB Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Kali pertama jumpa masa saya 2nd year kat UM. Yb datang untuk rasmikan projek yang saya joint. Masa tu saya jd AJK bawah-bawah je - AJK Makan Minum. Tapinya ye lah time dah selesai berucap dan rasmikan majlis mestilah acara makan-makan kan. So masa tu saya ke hulu ke hilir gak la kat depan Yb he..he. Dah kang kalo ada yang terkurang ke takde ke kan susah hihi. Gitu je lah pertemuan pertama. Selesai makan dan ramah mesra duduk semeja ngan kami semua Yb pun balik.

Selepas hampir 15 tahun berlalu masa adik saya kahwin tetiba Yb terpacul kat umah kami. Kecoh sat la kan. Nasib baik saya dah siap prepare beberapa meja bulat yg saya khaskan untuk rombongan lelaki siap berdome gelas kaki n napkin semua tu. So dipersilakan je lah Yb duduk. Again memandangkan table set up setiap kali adik kawin saya jd kepalanya so saya pun ke hulu ke hilir gak la depan Yb nak pastikan semuanya ok. Saya cam perasan Yb tgk-tgk kat saya (haha perasan sungguh saya kan). Mungkin kot Yb kata macam pernah ku lihat budak ni tapi di mana ye he..he..

Dalam kalut-kalut angkat makanan dan serve air semua tu ada sorang makcik kata Yb suka makan masak lemak misua sama telur . Korang tau ke misua tu benda apa. Saya tak tau tempat lain panggil apa. Rupanya bulat cam sanggul tu warna putih. Bila di buat masak lemak putih dia kembang. So diorang pun jam-jam tu la pegi kedai nak membeli misua nya. Dalam hati saya kata bg je lah mana yang ada. Nak masak-masak lagi mana sempat. 

Memang betul pun elok benda siap nak masak Yb pun selesai dan berangkat balik. So itu misua makcik makan je lah ye haha.

Tuesday, May 27, 2014

Cerita tentang jumpa Anwar Ibrahim pulak

Masa 1st year kat UM saya mmg aktif giler ngan projek-projek yang dianjurkan oleh kolej kediaman. Alasan utama adalah untuk survival saya di universiti. Kalau saya tak aktif potensi utk tidak diterima menginap di kolej kediaman adalah tinggi. Itu bermakna saya harus cari rumah sewa di luar. Nak cari rumah sewa satu hal kosnya pun satu hal dengan kena bayar deposit itu ini lagi. Tau-tau je lah umah kat area Pantai Dalam tu Bukit Angkasa atau Vista Angkasa sewanya mencecah RM600 ke RM1000.

Untuk cover sewa yg mahal terpaksa duduk mcm sardin 1 rumah 10 org biasanya. Makan kena keluar duit sendiri dulu sementara nak tunggu loan masuk. Berbanding duduk kolej kediaman 1 bilik 2 org yg sangat selesa pada saya dgn almari pakaian yang sangat besar (sebahagian drpda almari saya kosong sbb saya takde banyak baju pun masa tu). Makan tak perlu risau sbb berkonsep kan dewan makan. So duit ada sepuluh sen dalam poket pun kita masih boleh makan. Makanya tu lah saya pulun akfifkan diri selain mmg saya minat pun benda-benda cam gitu. Dan masa tu UM menggunakan sistem penggal. 6 bln pertama tu  kami cam ting tong ting tong skit hehe sbb takde exam. So itu lah masa kami pulun ngan projek segala bagai.  6 bulan kedua ambik ko kenalah study tak ingat dunia kawan saya kata nak kencing berak pun kdg tahan sbb takut nak exam punya pasal..result kami base on 100% final kalau fail kena repeat semua paper ulang tahun bukan carry paper mcm U lain..so pepandai la nak idup wahaha.  

Hehe panjang pulak citernya. So saya berpeluang jumpa Dato Seri Anwar Ibrahim masa saya di ajak oleh Naib Presiden Kolej joint projek Alumni UM. Masa tu UM dlm usaha mengumpul pelajar-pelajar lamanya. Memang best sangat sbb ramai VIP top leader kat Msia yang hadir. Perasmi majlisnya of cos la DSAI. Masa tu bebudak 1st year gelaran diberi Red Spot antara tugas Red Spot ialah jeng jeng..sematkan korsaj le kat VIP. Mula-mula saya rasa alah cam lekeh je kena semat korsaj tp bila tau saya kena semat kat DSAI senyum lebar daku. Masa tu tahun 1994- muda belia I time tu you!!

Cuma agak pelik biasanya korsaj mesti kita buat drpd bungakan fresh flowers ke artificial ke tp yg ni saya pun tak tau la sapa punya idea atau permintaan mmg lain dari yg lain. Takde bunga-bunga cantik pun. Saya di beri 1 masking tape dengan marker pen. " Ko tulis nama VIP kita kat situ depan diorang pastu gunting pastu ko tampal kat dada@baju diorang".. tu yg kakak senior pesan. So mlm tu saya pun try le beberapa kali nak tulis cam gini ke cam gitu ke senget ke tegak ke mcm susah beno la kekdahnya haha. Maklum nk berdepan ngan menteri kan.

Di malam kejadian tu meriahla bayangkan yang OTAI berjumpa kawan-kawan masing-masing. Saya dok debar2 ni sblm DSAI sampai tu ramai jugaj VIP yang kami kena tulis dan tempek nama kat baju diorang tu. Kelakar pun ada time nak tekan kat baju diorang masking tape tu. Bila pengumuman dibuat DSAI dah sampai makin debo rasa hati...and tau-tau dia di depan saya. 

"Ni nak buat apa ni..tulis nama ke saya pun boleh tulis sendiri ni "..alamak dlm hati saya kata mati la aku takde dlm skrip aku nak buat apa ni. Memang saya teragak-agak masa tu nak tulis ke tak. Tapi saya selamat bila DSAI tak pause lama sbb ramai yg lambai say hi so saya pun tulis dengan berhati. Selesai tulis saya ngan kawan sorang lagi tu pegang dan gunting. Selesai gunting saya hold side kanan dan kiri masking tape ready nak tempek...TETIBA...zzzettt..sorang kakak senior dengan rakusnya ambik masking tape kat tangan saya dan terus tempek ke dada DSAI. "Ha dah siap..welcome home Dato Sri" saya dengar kakak tu cakap ngan happynya. Aduss ibarat pelamin anganku musnah masa tu. Tapi  ermm ye lah kita ni budak junior je dia dah senior final year pulak tu so kasi je lah can kat dia kan. Apapun saya berpeluang bersemuka dan itu pengalaman berharga bagi saya.

Mungkin ada yg kata apa bezanya dia pun manusia biasa. Yess mmg betul. Cuma sebagai manusia biasa perasan gementar teruja mesti ada dlm diri kitakan. Bagi saya bukan rasa bangga yg  perlu kita ingatkan selepas pertemuan tu. Tapi bagaimana pengalaman berjumpa tokoh-tokoh VIP menteri itu menjadikan diri kita lebih matang bersedia untuk kerjaya kita yang akan datang. Saya kira saya beruntung sepanjang pengajian saya berpeluang bertemu dengan beberapa orang pemimpin dan itu sangat membantu saya di alam pekerjaan. Next entry saya share pertemuan saya dengan beberapa org lagi VIP :))

Saturday, May 24, 2014

Sesekali jumpa Mazidul Akmal Sidek - Part 2

Kali pertama jumpa Mazidul masa saya jadi cik puan lecturer. Then kali kedua jumpa masa saya dh tukar profession jadi makcik kantin hihi. Dia datang ke restoran kami kat Kota Damansara. 

Orang yg muka mmg kat kaca tv auranya lainkan. Bebudak pekeja saya diorang mmg dah standby je ngan buku autographnya sebab sejak dari hari pertama restoran buka mmg selebiriti ramai keluar masuk restoran. Budak waiter la paling suka rasanya kalo boleh semua bdk pekerja dlm restoran nak jadi budak waiter sbb blh hantar air dan makanan kat artis pujaan boleh sembang-sembang ambik gambar sign autograph.

Mazidul klu datang restoran airnya limau ais kurang manis..dan budak bancuh air saya tu mesti akan pandang-pandang saya sebab 1st time Mazidul minum limau ais saya buat dia terus cakap sedap kaww katanya  haha riak jap. Actually mak nerbes jugak kot bkn taste dia kan. Nasib la Norman Hakim, Redzuan Hashim , Yassin (penyanyi Mimpi laila bukan Yassin Senario hehe), Azhar Sulaiman, Faizal Hussen, Siti Saleha, Tiz Zakiah (wah saje je kan ) datang akak tak kena bancuh air. Kalau tak maunya I jadi tukang buat air artis pulak haha.

Tapi tu lah beberapa kali dia datang makan saya tgk cam sian pulak kat dia. Kiri kanan org dok tegur nak makan pun tak aman.  Kalau takat tegur gitu je takpe ni ada yg nampak dia dari jauh dah mcm histeria. Saya ingat lagi sekumpulan makcik-makcik bila nampak mazidul langsung tak blh nak kawal diri- eh mazidul ya allah dapat jumpa mazidul hari ni. Kecoh kepoh mcm nampak apa je. Pastu terus bertenggek kat tepi meja dia. Aduhai saya yg tgk naik rimas. Tapi mmg itulah harga yg dia perlu bayar sebagai selebriti  mungkin dia dah biasa kot. Cuma saya rasa siapapun dia sebagai manusia biasa mesti dia perlukan privasi.

So tu lah kenangan ceciput berjumpa Mazidul. Sekarang selalu jugak la jumpa - ngintai blog dia je hehe

Tuesday, May 20, 2014

Tips buat kuih samprit

Selepas percubaan pertama yang ala-ala successful tu kan kalau nak tau dah 3 kali I kena ulang siaran buat samprit ni hihi. Si kenit tu la dia boleh makan sebalang kecik tu sorang dia je ngap ngap sambil tengok tv kosong dah balang. So 4 kali buat saya alami perbezaan ke atas adunan. Nasib baik rasa tetap alhamdulillah sedap. Just nak kongsi tips ceciput ni mungkin blh jadi panduan berguna dan dapat membantu.


1. Biarkan buttercup mencair pada suhu bilik dalam tempoh yg agak lama. Jangan keluar-keluar dari peti ais dlm keadaan masih keras kita pukul dia. 

2. Ayak semua bahan serbuk seperti gula dan tepung.

3. Pilih telur gred A yang besar

4. Kekalkan jenama tepung yang kita guna cari yg ada brand jugak la jgn beli cap ntah apa2 tu cari yg well known skit mmg agak mahal banding cap ayam tu tp hasilnya memuaskan. Sebab kali kedua buat saya guna brand tepung jagung lain bancuhan agak keras wpun saya guna sukatan yg sama. So tipsnya seandai kita tukar brand letak dulu dlm 2 cawan tepung jagung. Kalau agak lembik baru tambah. Kalau tidak adunan keras agak susah nak tekan.

5. Kalau adunan terlajak agak keras hingga susah nak tekan ambil saje Marjerin Planta tambahkan ke atas doh dan uli sebati. 

6. Kalaulah sewaktu nak buat tepung jagung kita tak cukup jangan susah hati. Sukatan kita blh ubahsuai dengan tepung kastad. Kali kedua buat tepung jagung saya kurang saya substitute kan dgn tepung kastard jadi je sampritnya hehe

7. Untuk dapatkan bentuk yang cantik paip agak tinggi bunganya sbb bila dh masak kuih ni akan turun sikit melainkan mmg kita nak bentuk kuih kita meleper.

So ni antara tips yg blh saya kongsikan bersama...saya bukan chef bukan pakar cuma nak berkongsi untuk yang baru nak mula

Serimuka Durian

Selain dari resepi Tepung Talam dan Talam Suji yg saya dapat direct dari tuan punya badan semua resepi kuih talam saya gunapakai dari buku resepi terbitan Alaf 21 ni cetakan 2007. Boleh di katakan saya dah try kebanyakan resepi kuih talam dalam buku ni dan tak pernah menghampakan. Saya suka sbb semua resepi sukat guna cawan atau sudu je. Senangkan.


So ini kali buat serimuka durian pulak. Duriannya saya guna durian baki en somi beli Rm13 sekilo isi tebal lemak dan agak keras-keras skit. Durian cam gini taste saya sbb kalau durian lembek-lembek tu saya tak lalu makan. Tapinya kalau nak buat serimuka sepanjang yg saya dh buat beberapa kali durian isi tebal agak keras ni tak sedap sangat dibuat serimuka banding dgn yg lembek tu. Aromanya pun kurang. Tapi belasah je la kan hehe.

So ni bahan-bahannya

Bahan lapisan bawah
21/2 cawan santan cair + jgn lupa garam  klu tak hambar rasanya (cakap berdasarkan pengalaman haha)
2 cawan pulut- rendam dulu barang sejam dua sbb pastu nak kukus. Kalau tak sempat nak tunggu rendam pulut jgn kukus tanak je pulut tu

So pilihlah sama ada nak tanak boleh nak kukus pun boleh. Kalau tanak kita akan dapat kerak so kena lebihkan sikit pulutnya. Melainkan saya tanak dalam rice cooker jenama Tefal tu mmg tak berkerak.

Pastu keluarkan pulut masukkan dalam loyang tekan-tekan bagi mampat biarkan seketika. Terus sedia bahan atasnya.

Bahan lapisan atas
2 cawan santan pekat
1/2 cawan isi durian
3 sudu makan gula perang (saya bancuh dulu ngan air panas dan tapis)
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam

1. Masukkan  santan dan isi durian dalam blender. Kisar sampai halus
2. Masukkan semua tepung dan gula serta garam. Kisar sampai halus dan sebati.
3. Sementara itu jgn lupa didihkan kukusan.
4. Masukkan loyang berisi pulut tadi. Biar sebentar dlm kukus yg telah panas. Kemudian tuangkan bancuhan lapisan atas tadi tu.
5. Kukus selama 1/2 jam.
6. Biarkan kuih sejuk dlm 2-3jam baru lah di potong. Ikut buku resepi 4-5jam tak sabo nak tunggu weh!!


Tapi tu lah mcm yang saya pernah tulis kuih talam ni kena cukup lemak manisnya baru sedap. Saya buat kali ni santan kurang (malas dh nk g kedai posa-posa ni kan hehe) pastu terlupa letak garam. Jadinya tak berapa nak umph lala


Dah lama dah..kerajaan patut tukar

Amboi entry saya hari ni lain macam je bunyi nya ye...saya tak minat nak tulis pasal politik hehe bukan kepakaran saya dan taknak tak pasal-pasal saham neraka akhirat masuk ke akaun saya kalau sesuka hati tulis hentam orang tu hentam orang ni :)

Cuma nak cerita tentang baju sekolah dan kasut sekolah anak-anak kita. Kalau la saya diberi peluang nak je saya cakap kat kementerian tukar je lah warna baju sek anak-anak kita ni. Memang la putih tu bersih tapi nak maintain bersihnya tu melibatkan byk kos. 

Bila anak sulung saya dipilih jadi prefect masa sek rendah tu baju pengawasnya termasuk tudung kaler biru so selamat tinggal baju putih. Kasut pun kasut hitam so as stocking. Memang bila dibuat perbandingan dengan adiknya yg masih pakai baju putih kasut stokin putih tu baju adik kena tukar lagi cepat. Bukan apa tau je lah baju putih cepat kotor. Kita basuh rendam lama atau boh clorox (sebotolkan haha nak senang sental). Pastu klu baju anak lelaki kat tengkuk tu kena tonyoh kuat baru hilang. Hari-hari rendam clorox sental tonyoh cepat je jahanam baju tu. Kasut pun sama. Biasanya anak2 saya bulan 3 atau 4 je saya dah gantikan semuanya yg baru. Sakit mata saya tgk baju kusam-kusam pudar kasut dah cam nak koyak sana sini tu.

Tahun 2014 ni anak sulung saya masuk sek menengah form 1. Tak berapa lama pastu dia terpilih jadi pengawas. Selain rasa tumpang bangga sebab dia diberi kepercayaan oleh cikgunya saya rasa lega bukan baju putih blh la campak gitu je dlm mesin basuh hehe. Kasut sekolah dia pun hitam so takde lah nampak ketara sangat kotornya.

Jadi ada yang rasa setuju ke ngan cadangan saya ni...sila tekan butang like..eh mana ada butang like kat blog ni like sendiri je lah haha

2 tahun berturut-turut ganti sebulan puasa

Sekarang bulan Rejab ramai ladies ambik peluang memecut di garisan akhir ganti posa kan (termasuklah daku). Setiap tahun bila ganti posa saya mesti takkan lupa pengalaman yang satu ni. Ganti posa utk sebulan dua tahun berturut-turut.. dan yang lagi bestnya cabaran adalah ganti posa sebulan tu masa mengandung you... dan lagi nature of work saya ketika itu merayap merata alam bumi Allah ni!!!

Saya share ni bukan nak riak bukan nak apa. Cuma kongsi pengalaman dan mungkin sikit tips teknik klu2 ada yg terkena macam saya. Why saya kata terkena hehe..ginilah citernya. 

Saya bersalin anak pertama elok2 je nak masuk bulan posa apa lagi org Kedah kata ghuyup la sebulan posa tu. So takpelah ckp dlm ati bertabah je lah pasni. Masa tu keja saya berkaitan dengan koperasi outstation memanjang. Dalam sebulan abih kuat seminggu je saya dok ofis lain dari tu bertebaran la ke sana ke mari. Kadang naik kereta sendiri kadang flight ada jugak guna public transport je depend tempat yg saya kena pegi. Dan mmg dah jadi kebiasaan bila saya sampai kat tempat-tempat yg saya kena pegi tu saya akan diraikan makan minum menu tip top ala-ala vip gitu hehe. Dari pagi sampai ke mlm makan tak abis2 kadang siap diorang bawa g makan ikan bakar la. Kalau dijemput di airport mesti singgah makan dulu. So bayangkan la.

Jadi saya kata mmg kena plan betoi2 kalau tak jahanam posa saya sebulan tu. Dlm dok rancang plan gitu gini anak pertama masuk 4 bulan saya peknan lagi wahahaha...rezeki Allah nak bagi kan. Masa tu lemah longlai jugak la si kecik baru 4 bulan saya kena ke hulu ke hilir outstation mengandung lagi tu huhu. Saya mmg risau bab posa sebulan nak kena ganti tu then tgk2 due saya utk anak yg no 2 ni bulan posa jugak waaaaaaaaaaa.

So apa saya buat mmg saya nekad dlm hati macam mana sekalipun saya kena ganti posa saya tu. Ambik kalender tgk berapa hari lagi yg ada. Kira-kira congak segala bagai hari outstation hari wek wek morning sickness hari balik kampung dan macam-macamlah. Satu hal keja saya ni mmg byk dihidang makan cabarannya mmg betul2 makanan. Kalau saya tak outstation kena turun gi tgk koperasi negeri masa tu saya handle koperasi Selangor. Kalau pegi diorg mesti sedia makananlah . Dok kat opis pun mmg biasanya kami dijadualkan dok kat opis time ada even apa2 kat opis tu so makan lagi. Aduhai cabaran sungguh-sungguh bab makanan ni.

Masa tu saya dh tetapkan by hook or by crook dlm sebulan mesti ada berapa hari ganti posa. Kalau tak cukup bulan depan kena carry forward. Tu je lah caranya. Kat koperasi yg saya nak kena pegi klu saya posa saya hello siap-siap bgtau saya posa tak yah sediakan makanan. Kalau tidak satay nasi briani segala menu dok depan mata bedal jugak la haha.

Tapi bygkan la masa tu saya pregnant dan kena oustation perit nak habiskan sebulan. Hari-hari pertama ganti puasa dlm keadaan mengandung tu time nak buka posa makan suami bawa letak kat tepi pipi. Tak larat sangat sambil baring makan. Saya kuatkan semangat je klu ikut tak larat mmg tak larat. Memang betul-betul mental yg kena kuat. Klu kita kuatkan semangat insyaallah boleh. Tapi klu kita turutkan tak larat tu mmg tak laratlah. Syukur sangat-sangat berjaya mission completion :)

So bila bersalin anak yg kedua saya agak steady wpun tau dah nak kena ganti sebulan utk tahun depan pulak tu. Cuma ini kali saya plan betul2 la jgn jadi kali ketiga haha

Wednesday, May 14, 2014

Bersamprit di bulan Rejab

Alkisahnya jiran depan rumah buat biskut samprit ni utk bg kat cikgu sekolah anak dia. Tapi si kecik saya tu pun kecoh melompat balik umah buka lemari keluarkan segala bagai tepung yang ada. Saya tanya nak buat apa ni dik. Buat kuih raya la adik nak buat kuih kuning sekarang jugak. Si kecik saya tu mmg nak apa tak nyempat2. 

Jenuh jugak mujuk kelentong itu ini - sebab ibu dia malas nak nekan samprit tu sebenarnya. Then esoknya jiran depan umah bagi kuih tu sikit. Dia makan punya la gelojoh sambil tu sebut erm erm sedapnya. Sian pulak nengoknya. So buatkan jugak la.

Tapi korang tau la I kan malas nak buat klu resepi yg bergram-gram ni. Ikut resepi tradisi kakak saya guna tepung jagung dlm tin tu tp skrg payah beno nak jumpa yg dlm tin tu nak pulak ni bulan rejab bukan nya ramadhan lagi pun huhu. 

So goggle sana sini jump dr satu blog ke blog jumpa resepi yg blh sukat pakai cawan. Tapi you all I dah menderhaka teramat sangat kat resepi ni haha (wah gelak jahat je bunyinya). 

Bukan apa plan nk buat biskut ni siang tp tetiba suami balik umah bw keja sebenban kena buat sekarang jugak (sama je anak ngan ayah kan). So biskut ni buat dh malam bahan nya tak cukup kuang kuang kuang malas dh nak pegi kedai. Guna la apa yang ada nasib menjadi. cik Ruby jiran I kata sedapp. Kira ok la kan samperit derhaka org kata sedap hihi.

Bahan-bahan
1 buku buttercup
3/4 cawan gula halus - saya guna gula pasir kisar ngan blender tp saya letak setengah cawan saja
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung ubi - saya letak tepung jagung 2 1/2 cawan.. atau letak dulu 2 cawan klu lembik baru tambah
2 cawan tepung kastad - saya letak 1/2 cawan je sbb itu je yg ada dlm lemari
2 cawan tepung gandum

Cara-cara
1. Pukul butter dan gula - saya tak pukul lama pun sebab bukan nak buat kek ye dak :)
2. Pastu masukkan kuning telur kacau sebati masukkan esen vanila
3. Masukkan ke semua tepung-tepung yg dah diayak terlebih dahulu.
4. Uli sampai jadi doh klu rasa agak lembut tebar2 kan tepung gandum sikit mmg pun doh kena lembut klu tak jenuh nak nekannya nanti.
5. Pastu boleh la di tekan mengggunakan acuan samperit tu dan hasilnya taraaa

 Agak pelik skit kan sbb takde butang tett kat tgh2 samprit ni kan. Ni semua arahan si kenit tu la adik taknak biji kat tgh-tgh ni adik tak suka so mak layan kan je lah.


Kalau tgk skrg orang buat macam-macam pesen letak double layer lah 2 kaler lagi samperit ko. Ada yg buat cam ala-ala sekuntum bunga ngan batangnya mcm-mcm lah. So nanti next projek kot hehe..

 Oppss!!! special thanks kat jiran I mama airil yg kasi pinjam benda ni klu tak tak menjadi samprit ku. Tapi blog asal saya dapat resepi ni jenuh saya try cari semula ingat2 lupa nama blognya sbb masa cari tu saya nak cepat dpt je copy resepi terus kena keluar rumah insyaallah klu jumpa saya update sbb kredit pada tuan asal resepi yang sedap dan senang di buat ni.