Saturday, June 28, 2014

Cemburu dan penyakit hati

2-3 hari lepas dengar kat radio topik ni dikupas oleh Dr Tengku Asmadi (MAP Training). Saya tak dapat nak dengar betul-betul sbb sambil drive byk beno pit stop nye hehe. So keluar masuk kereta on off dengar. Tapi pada saya amat menarik topik ni . Antara yang sempat saya dengar kata Dr orang yang terlalu kuat cemburunya pada benda-benda bersifat duniawi ni menunjukkan betapa kuat hatinya melekat pada dunia.

Memang byk jenis cemburu - cemburu pada pasangan, cemburu pada kejayaan orang lain, pada kecantikan, pada harta kemewahan pendek kata kalau boleh dia je nak lebih segala-galanya. Kalau dia nampak ada orang mengatasinya mmg tak senang duduk. Pada saya klu cemburu pada kejayaan org tu takpe lah kan. Mungkin itu jadi sumber inspirasi. Tapi berapa ramai yg nak ambik itu sebagai cemburu. Masih ramai yang bersarang dalam hatinya cemburu yang bersifat duniawi.

Kadang mungkin benda yang remeh-remeh je pun tp kalau kita tak bendung boleh menjadi penyakit hati. Saya tulis ni pun utk ingatan diri sendiri. Kita bincang benda-benda yang simple je - ni contohnya dah masuk ramadhan. Tengok orang dah tukar langsir, karpet sofa ke bagai kita mula tak senang duduk kan. Rumah kita tak buat apa lagi nih. Tu belum lagi bab baju raya. Pilih terpilih masuk dari satu kedai ke satu kedai nak pesen tu pesen ni yg paling update la katakan. Nanti bila time raya jumpa sedara mara ipar duai biras beras tgk-tgk baju kasut tudung handbag dia lg cantik dr kita. Sakitnya hati kan. Rasa aku dh pilih habih cantik dah ni camne dia blh lawan aku ni. Pulak tu yg kita terkejut kita rasa dia tak mampu nak beli cam kita alih-alih dia beli benda lebih kurang sama ngan kita silap-silap lagi mahal dari kita. Mula la hati berkata-kata. Macam mana dia boleh beli ni. Banyak pulak duit dia. Kata Dr itu tandanya hati kita berpenyakit. Kena di rawat.

Zaman berfesbuk ni lagi la menambahkan kuatnya wujud timbul rasa cemburu kita. Buka fb pagi2 nampak fren kita tayang dpt cincin pak bib hubby beli katanya hadiah in advance anniversary. Ish!! belian seketoi terbeliak kat jari dia aduhh jelesnya hati kita kan tuhan je yang tau. Mula la tak pasal-pasal nak membandingkan suami kita ngan suami orang. 

Menambah luka ada pulak kawan update tgh seronok bercuti sana sini suami bawak. Yang kita ni cuti suami bawak g Mydin je beli rempah kari, fabuloso, cekak rambut sabun basuh kain itu je cuti kita. Ishhh sakit beno rasa hati kitakan. Cemburu betul kita kat kawan kita tu. Kadang tu kawan update dia makan kat mana pun boleh buat kita terbako. Geramm je kita nengoknya makan sedap-sedap ngalahkan raja hari-hari. Yang aku ni kelengtung kelengtang lintang pukang masak kat dapo.

Macam mana ye nak dirawat hati kita tu. Betul kata Dr hati yang cemburu begitu perlu dirawat. Kalau dibiar sampai ke tua jadi tabiat melekat susah 7 keturunan nanti cemburu tak abih-abih. Bayangkan la dah maknya jenis camtu mmg sedikit sebanyak akan tumpah perangai mcm tu kat anak dia. Secara tak sengaja didikan mak tu akan mempengaruhi anak-anaknya. Sebab tu saya kata 7 keturunan belum tentu habis sifat jelek tu.

Pada saya sebagai manusia biasa mmg pasti wujud terdetik di hati kita tak banyak sedikit tatkala kita nampak orang melebihi kita. Tapi di saat perasaan itu datang gunalah otak akal dan fikiran yg ada utk mengatasi hati yang sedang berperang tu. Jangan dibiarkan hati dan nafsu menguasai akal dan fikiran kita. Ni tak apa yang kita buat bila nampak orang lebih dari kita kita mula la bertindak..skrg jugak nak pegi kedai nak beli yang lagi hebat Ataupun kita simpan dalam hati macam simpan dendam tu takpe nanti aku buat lebih lagi ko tgk je lah - ibarat mcm mami jarum tgk gelang kat tangan orang kan hihi.

Memang susah nak dikikis tapi kena cubalah. Fikirkan yang baik-baik. Bagi alasan-alasan untuk kita boleh menepis cemburu itu. Dah rezeki dia rezeki kita mungkin selepas ini. Kita pun tak tau apa masalah dia yang lain selain dari yang hebat-hebat bagus-bagus best-best dlm fb dia tu. Allah Maha Adil kalau kita tak dapat yg mcm kawan kita tu kita pasti akan dpt jugak yang sesuai dengan kita. Banyakkan bersabar. Hidup bukannya semata-mata atas pandangan mata kasar sahaja. Yang penting kita tau apa yang kita lalui. 

Semoga Ramadhan kali ini berjaya mendidik kita melembutkan hati dan jiwa yang keras...amin

Friday, June 27, 2014

Resepi Coklat cheese cake

Masa jalan-jalan dari satu blog ke blog mata saya terpandang blog kak wan dr Citarasawan tgh dok tayang kek choc lapis cheese. Dua benda ni I mmg tak blh tahan kalau tgk. Actually byk kali jugak tgk blogger lain tayang diorang punya kek tu tp takde kesempatan nak tgk betul- betul. Kak Wan  kata dia dapat resepi dari blog  kak Yati Sinar Kehidupanku.

So saya bila tgk resepi tu tang coklat kek nya tu lebih kurang sama ngan resepi yg saya ada saya pernah share kat resepinya cer intai di sini.

Cuma resepi kak Yati guna bahan separuh dari bahan saya. So saya nak maintain dapatkan kek yg besar saya guna resepi asal saya di combinekan dengan resepi cream cheese kak Yati sbb yg tu mmg saya tak tau.

Bahan kek

 2 cawan tepung gandum
 2 cawan gula icing
1/2 cawan serbuk koko
1 sd teh baking powder
1 sd teh soda bikarbonat
1 sd teh cream of tartar

ayak semua bahan ni ke dalam mangkuk kemudian tuang satu persatu bahan-bahan berikut sambil kacau hingga sebati

1 cawan susu cair
1 cawan air panas mendidih yg telah dimasukkan 1 sd teh nescafe
2 biji telur
1 cawan minyak jagung (takde minyak jagung minyak masak biasa pun boleh)

Kacau-kacaukan sahaja semua bahan hingga sebati dan tidak berketul-ketul. Saya tau mesti nampak pelik kan tak yah nak pukul-pukul tp percaya lah (baca mcm gaya Siti Nurhaliza nyanyi) jadi kek ni hehe. Kalo korang suspen je tak berani takpe pukul je la gula ngan telur dulu then baru campakkan bahan-bahan lain tu takde masalah jadi jugak

Kemudian buatkan cream cheese nya.

Bahan cream cheese
250gram cream cheese
60gm gula halus
1 bj telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpg gandum

Pukul cream cheese dgn gula kemudian masuk telur pukul lagi kemudian masukkan air dan akhir sekali tepung gandum. Masa saya  cari cream cheese ni takde pulak pack ngam 250gm yg ada semua 200 gm dan lebih. So saya guna je 200gm ok je takde masalah cuma mungkin kurang skit cheesenya.

Cara mengukus.
1. Didihkan air kukusan. Pastikan air kukusan diisi banyak kalo tak ada yg berlubang kukus tu nanti hehe
2. Oles loyang dgn marjerin. Mula nak guna loyang 8inc tp tak muat kukus so guna je yg 6inc. 
3. Adunan kek coklat td dibahagi 2. Masukkah bahagian pertama ke dlm loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kemudian kukus - ikut resepi asal 15-20 minit tp saya tambah skit sbb adunan saya lg byk dr resepi asal.
4. Kemudian masukkan lapisan cheese nya dan kukus semula tempoh yang sama.
5. Ulang utk lapisan terakhir dan kukus setengah jam

So dah siap ni lah hasilnya






Friday, June 20, 2014

Celebrate birthday kat airport

 
Kisahnya lebih kurang 2 tahun lepas...tak caya tgk gambar-gambar di bawah kuruskan kita  ( KITA  dlm ayat ni merujuk kepada ketiga-tiga subjek dlm gambar ni sbb skrg semua dah bam bam haha )





Suami saya kan kejanya ke sana ke sini. Jadi ada satu hari tu bday anak sulung saya Farhana and dia takde ngan kami semua. Saya tau hari tu dia mmg bz ada benda yg nak kena siap jugak so saya tak le kacau. Tapi tu lah ayah mmg tak lupa dah lewat petang dia call dan tanya apa saya buat utk bday anak dia. Saya cakap tak buat apa pun lg tunggu ayah balik la baru celebrate

Di hujung talian saya dengar dia err..err cam teragak-agak tengah fikir sesuatu. Saya cakap takpe lah esok lusa abang balik kita celebrate la. Tiba-tiba suami saya cakap takpe I balik mlm ni jugak book kan flight mlm ni cari je lah apa-apa flight yang ada (memang pun keja booking2 tiket ni keja saya). So saya letak tel dan mulakan kerja. Tapi dh last minit nak dptkan firefly mmg takde lah. So terpaksa jugak lah ambik itu Air Asia last flight kul 9.45 mlm sampai LCCT 10.45mlm.

Tak berapa lama letak telefon suami saya call lagi. Beli kek kat farhana katanya. Saya jawab esok je lah. Suami saya kata esok dah hari lain kena potong mlm ni. Dalam hati saya kata laa sama je lah potong kek jugak. Tapi I kan isteri mithali so terkocoh-kocoh kita pun keluar g cari kek. Sambil drive masukkan telefon dlm tudung tel en suami lagi sekali. Saya tanya dia kita ni nak potong kek pukul berapanya. Dah dia flight landing pun kul 10.45 itu ini kang mau kul 11. Anak-anak pun sure dah tido sbb siang tadi tu sekolah.

En suami jawab kita potong je kat airport tu kat kfc janji mesti potong kek malam ni jugak. So malam tu flight landing agak lewat dah kul 11.30 baru settle. 



Akhirnya kakak potong kek harijadinya kat LCCT. Anak saya yang boy dah tak larat nak layan dia layan tido kat tepi meja tu je.

Saya dapat rasakan suami saya beria-ia nak pastikan anak dia potong kek pada harijadinya bukan pada hari lain sebab ayah taknak nanti anak-anak kata ayah sibuk sampai bday anak pun lupa. Dia tak cakap begitu pada saya orang lelaki tau je lah mulutnya kat hati tak macam kita hati kat mulut.

Saya tulis ni pun supaya anak-anak tau macam mana sibuk pun ayah diorang anak-anaknya masih tetap jadi keutamaan. Memang kami kerja tak kira masa siang malam sabtu ahad public holiday ke apa ke semua langgar. Tapi itu tidak menghalang untuk cari masa yang berkualiti dengan anak-anak.  

Moga anak-anak memahami akan erti kasih sayang dan pengorbanan dari ibu dan ayah. Ibu dan ayah tak kan sentiasa ada tp selagi hayat di kandung badan walau jasad bercerai dari badan kalianlah anak-anak permata hati.


Thursday, June 19, 2014

Sehari di legoland - layannn

Kali pertama g legoland tahun lepas cuti raya cina. Tapi tak masuk dalam pun ambik-ambik gambo je kat luar. Masa tu mmg plan taknak masuk sbb baru je dibuka. Adik saya kata panas and byk benda yg belum siap. Dah le tiket ehem-ehem kan. So sabar-sabarkan diri.

Yang ni gambar tahun lepas..iye -iye cam nak masuk kan

Jadi ini kali pegi baru real masuk. Dengar iklan kat tv kata boleh log in kat web utk dapatkan tiket murah. Tapi bila dah log in kat situ tulis utk harga menggunakan mykad kena beli kat kaunter. Dewasa rm120 kanak-kanak rm90. Kalo nak masuk water park dia beli tiket kombo tambah lagi rm30 je. So terfikir-fikir gak nak tambah ke tak. Tapi bila tanya kengkawan sedaramara yg pernah pergi kata nanti tak cukup masa nak layan dua-dua sekali so ambik theme park je lah.



Pagi tu dgn semangat kobar-kobar kul 9 keluar dr umah adik di Pasir Gudang..kita jimat skit kat sini sbb tak tido hotel hehe. Ada la gatal-gatal klik kat hotel legoland tu..perghh regga nya meruntun kalbu haha. Bilik paling murah pun RM940 semalam yg lain seribu plus-plus ke atas. Tapi bila check availability (ada hati daku check haha)  fully booked tu gilerr betul la kaya-kaya semua org. Saya tak tunjuk pun kat anak-anak rupa paras bilik tu (yang siap bertema-tema bagai padan la dgn regganya tu) kang meroyan diorang nak jenuh pulak mak nak bg excuse kan. Sebab selalu klu nak book hotel si kenit tu suka ngendeng nak tgk bilik mana kita nak tido nanti.

Yang kat belakang tu lah hotel legoland..si kecik asyik tanya nape kita tak tido situ hihi

So dalam tgh excited semua org tetiba nampak berarak mendung kelabu..dan hujan membasahi bumi. Adik saya sms suruh saya cari baju hujan siap dia bgtau singgah tesco ada watson jual baju ujan murah RM6 je katanya. Kami pun berhenti cari bj ujan dulu. Tapi tak dapat pun yg RM6 tu RM16 hengget ada la. Nak tak nak beli jugaklah. Niat nak rushing td terbantut dah ujan tgh lebat klu sampai awal pun no point. So kami ding dong ding dong kat tesco sempat si kenit pow kasut sepasang (dia mmg hantu kasut bulan ni je 5 pasang kasut baru huhu) yang warna pink dia pakai dlm gambo tu kasut baru le tu hehe

Kami sampai Legoland dlm kul 11 camtu. Sementara en somi beli tiket saya g beli burger KFC buat alas perut. Time nak masuk tu saya selamba je jinjit plastik KFC tu macam kebal haha..so sah-sah la kami kena makan kat luar itu burger. Selesai makan sebaik saje masuk mata saya terus nampak berlambak baju ujan payung dgn logo legoland di jual...regga rm12 je huhu. Cantik pulak tu baju ujannya kaler kuning terang. Tu lah kdg mana kita nak jangkakan blh pulak murah lagi dari kat luar.

Masa beli tiket tu kita dibekalkan dengan Park Map & Guide. So memang kami guna pakailah map yg dia kasi tu. Pada saya sangat helpful lah benda tu senang kita nak tuju ke mana...& here are the rest of the story











 















 Yang ni lori pancit siap ada sound effect lagi tu


 Kereta lego nak parking


Dah siap parking

 



 Yg ni tgk je sbb malas nak lenjun ngan air even ada dryer room


 Popcorn RM10 satu pek-beli konon sbb nak tgk show 5D


Kami makan pizza kat Imagination ni. Masa beli tiket dapat kupon RM50 so top up lagi RM28. Sedap jugak pizzanya. Pizza saiz 14inci, 4 soup, 4 chicken wing 4 buah-buahan dan 4 air. Saya suka bangat mushroom soup nya yang very rich creamy & thick. Kaler soup tu pun gelap sbb penuh ngan mushroom yg dicincang halus. Tapi sorry la tak ambik gambar pun sbb saya ngan family sebenarnya masih lagi rasa pelik kalo nak makan sibuk nak ambik gambo. Kami jumpa makanan terus nak makan je hehe

Satu yang saya suka suraunya yang selesa. Ada 2 surau kat sini dan saya lihat pekerja@staf sini keluar masuk untuk solat which is satu pemandangan yang melegakan. Bukan apa kadang tempat-tempat camni tak bagi pekerja keluar solat kan





Boating School


 Driving School - siap dapat lesen tu tp siap le RM35 hengget hehe


Botol air tu 20 hengget air boleh refill rm3 setiap kali refill




 
Hasil tangkapan seharian - tq kat ayah sbb belanja







Saya cam biasa la beli fridge magnet je ngan frame gambar lego hihi





 Remang senja di Legoland

Memang betul la 1 hari cam tak sempat. Till we meet again













Friday, June 6, 2014

Sejurus tanganku di genggam Tan Sri Rafidah Aziz

Dalam ramai-ramai VIP yang saya jumpa pertemuan dengan Tan Sri Rafidah Aziz adalah yang paling manis dan bermakna dalam hidup saya. Mana taknya saya berpeluang face to face dengan Tan Sri Rafidah Aziz masa saya dipanggil untuk menerima anugerah pelajar bumiputera terbaik STPM untuk daerah Kuala Kangsar pada tahun 1994. Sebenarnya mmg saya tak pernah sangka saya akan ambil STPM dalam hidup saya. 

Saya bdk pure sains dan dok kat sek sains tu selama 5 tahun. Memang itu cita-cita saya masa sek rendah nak masuk asrama penuh dan impian tercapai. Memang seronok sangatlah kan bdk kampung mcm saya dpt masuk asrama dengan segala kemudahan yang takde kat rumah kita kan. Walau bagaimanapun lama kelamaan saya menyedari saya   bukanlah suka sangat dgn aliran sains tu. Tapi apa pilihan yang saya ada. Kalau saya tak nak aliran sains tu saya kena keluar sek dan balik kampung - which is saya rasa akan meggegarkan satu kampung dengan macam-macam tanggapan.So bertahan je lah. Lagipun life kat hostel mmg best bukan ada masalah apa pun. Jadi bila result keluar dan masa isi borang kemasukan ke U fikiran saya dah mula bersimpang siur. Saya fikir inilah masanya utk saya keluar dari apa yg saya tidak berapa suka selama ini. Kalau saya teruskan mungkin seumur hidup saya akan terus terpaksa melakukan apa yang saya tidak suka.

So apa yang saya isi kat borang tu takde kena mengena pun ngan result saya. Masa tu saya nekad kalau dapat dapatlah kalau tak kena tukar plan B. Then memang takdapat lah. Saya tau masa tu mak abah sedih dan mungkin jugak la bercampur malu sbb kawan yg sekampung sek biasa pun blh masuk U saya tak dapat. Bila saya dah mulakan persekolahan tingkatan 6 tiba-tiba abah beli tv baru menggantikan tv lama yang dah tak berapa ok. Kata abah dah saya tak masuk U boleh la gunakan duit tu. Saya masih ingat pakcik saya yg saya panggil pak long datang ke rumah dan minta tgk result SPM saya. Kemudian dia tanya saya betul ke nak ambik STPM. Saya jawab ye dan pak long cakap pada abah - simpan duit jangan membazir anak ni akan masuk U lagi 2 tahun. Saya betul-betul terharu saya rasa dlm ramai-ramai itu kata semangat yg sangat bermakna buat saya.

Jadi mmg pada hari saya dipanggil menerima anugerah tu saya rasa segalanya terbalas dan berbaloi. Tapi nak cerita kat korang saya hampir terlepas masjlis anugerah tu!!. Zaman dulu kan mana la ada telefon@handphone ni email ke fb ke jauh sekali la kan. So pada hari kejadian mak suruh saya pegi sek bagi hadiah kat cikgu-cikgu saya. Sian mak bukannya banyak duit pun tapi dia suka sangat saya dpt result cam gitu so dia bg rm50 kat saya utk belikan hadiah pada 5 org cikgu subjek saya tu. Nasib la STPM ada 5 subjek je hehe. So masa nak jumpa cikgu tu lah baru saya tau saya dpt anugerah tu - dan majlisnya sedang berlangsung agak jauh jugak dari sek. Saya datang naik bas je pun. Bas pulak tu 2 jam sekali. Cikgu kata cepatlah fikir apa lagi - ohh..cikgu mmg taktau apa yang saya fikirkan :( 

Tapi takkan saya nak lepaskan gitu je. So memang saya berlari pecut ke stesen bas yang sememangnya jauh. Sekolah saya tu atas bukit. Ada jalan shortcut yg saya tau lalu ikut belakang rumah-rumah cina tepi longkang tepi sungai. Saya rasa saya lari tak ingat dunia dah dengan baju kurungnya masa tu. Nasib jugak saya pakai baju kurung yang agak semenggah saya rasa ok lah kalau saya naik stage ngan baju tu.

Bila saya sampai kat tempat tu saya tgk byk khemah dan ramainya orang. Betul ke ni. Saya mmg tak tau nak tuju ke mana. Kebetulan nampak sign pejabat. So masuk pejabat tu saya tunjukkan surat yang ada nama saya tu. Kecoh kerani tu dia cakap la kamu ke budaknya. Jom cepat dari tadi orang cari kamu. Dia tarik saya ke khemah dan tunjukkan tempat duduk saya. Bila dah duduk saya tarik nafas lega sebab org tengah berucap -  yg tgh berucap tu Tan Sri Rafidah Aziz ( i sampai lagi lambat dari VIP you!! ). 

Dalam dok dengar ucapan tu saya teringat mak dan abah. Patutnya diorang ada ni. Tiba-tiba saya rasa sayu. Saya pandang-pandang keliling nak sangat mak abah ada meraikan kejayaan saya. Tapi apakan daya saya harus berseorangan dalam majlis yang meriah dan besar ini. Perlahan-lahan ucapan Tan Sri terasa sayup-sayup di telinga saya. Pandangan mata saya berbalam-balam. Sedih korang sebak diam-diam jatuh jugak air mata saya huhu. Betapa selama 2 tahun ini saya perlu menutup segala pintu dan tingkap disekeliling dan bisikkan pada diri saya harus sudahkan apa yg telah saya mulakan..dan hari ini saya sudah akhirinya dengan baik. Nasib Tan Sri berucap lama jadi sempat la I kembalikan mood ke sedia ada hehe..

So masa ambik hadiah tu Tan Sri genggam tangan saya lama jugaklah. Masih saya ingat lagi antara soalannya saya buat apa sekarang, nak masuk U mana nak ambik kursus apa, suruh saya simpan duit yg dia bg tu untuk masuk U. Kalau lah masa tu kakak saya ada mesti dia boleh ambik gambar saya banyak-banyak huhu. Ni mmg tkde apa kenangan pun. Cek yang saya dapat tu je lah kenangannya lama saya simpan baru saya cashkan. Bila bawa ke bank itu lah pertama kali dalam hidup saya tgk kat buku bank saya ada banyak kosong kosong kosong belakangnya kalo tak kosong je haha.

Esoknya time mak ngan abah keluar nak pegi beli ikan dah ada org kampung yang menanya hadiah apa saya dapat semalam sebab keluar dalam berita gambar saya tu :) Tapi tu lah radio karat kat kampung ramai saya dapat hadiah duit tu RM1000 je tau-tau tersebar berita ada yang kata saya dapat 1500, 2000, 3000 hihi sedap mulut je diorang ni kan. Saya cakap ngan mak kena buat sidang akhbar ni bgtau anak saya dapat 1000 je haha.

Tu lah kenangan manis dalam usaha pencapaian akademik saya yang akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. Saya ambil jurusan Ekonomi di UM terinspirasi dengan Tan Sri Rafidah Aziz hehe.. Masa 1st year saya satu kelas ngan anak Tab Sri- Alfian. Ada la rasa teringin nak tegur n minta sampaikan salam pada Tan Sri tp ku pendamkan hasrat hati je lah. Malu pulak dibuatnya dia kata my mom kenal you ke.. kan tak pasal-pasal pakai pipi merah pulak hihi.

Apa yang pasti kadang-kadang kita kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik...insyaallah

Monday, June 2, 2014

Kisah aku dan buah mempelam

Kisahnya dalam bulan lepas saya beli 3kg buah mempelam yang montok-montok nampak cam gebu-gebu kuning-kuning gitu. Biasa bab buah ni suami yang suka beli saya tukang makan je. Tapi tak tau la masa nampak mempelam longgok-longgok tu terliur pulak tgk. So balik rumah dengan tak sabar terus kupas. Kupas-kupas pastu terus potong sehiris ngap masuk mulut..tui!!! masam ya amat rupa-rupanya. Terbantot terus selera tapi masih bersangka baik. Ambik lagi satu kupas laju-laju sbb tak sabar nak rasa tapi masam jugak..hampa di situ.

Memang saya rasa geram betul la ngan yang jual pelam tu. Rasa nak pegi pulang balik je. Merungut-rungut saya. Kebetulan adik datang umah kat dia pun saya lepaskan perasaan pasal pelam masam tu. Then kebetulan ada berjumpa ngan jiran-jiran,  biasa la kan berkumpul ramai-ramai makan je kami ni hehe. Dalam dok prepare nak buat benda mkn ni sorang jiran bawa buah pelam. Bila dikupas buahnya tu punya lah sedap isinya. Saya pun apa lagi terus bercerita pasal buah pelam masam yangs saya beli tu..tak abih lagi geram saya tuh.

Kemudian masa saya ganti puasa hari tu jiran I yg baik hati balik dari Siam siap belikan I buah pelam dr sana lagi. Punya la sedap buahnya. Jauh panggang dari api dari rasa buah yang saya beli tu. 
 
Dan smlm saya kat kampung ibu mertuaku adik ipar kupaskan mempelam untuk saya. Katanya pelam tu pokok depan rumah dia. Boleh tahan jugak la manisnya dan yang  pasti tak la masam macam buah pelam yang saya beli tu. Again saya keluarkan lagi citer pelam masam tu kat adik ipar.

Pagi ni bila dah sampai kat umah saya tgk-tgk keluarkan apa la barang yang mak mertua bagi bawa balik. Biasa apa yang dia bagi saya ambik je tak byk tanya. Melainkan benda yg bau-bau kuat sangat tu kena la bungkus tebal-tebal sikit. So bila dh keluarkan barang nampak ada buah pelam. Saya pun ambik buah tu terus kupas...mcm orang ngidam pulak ye hehe pantang nampak pelam nak ngap. Memang lemak manis sedapnya tak la masam macam buah pelam aku beli tu.. saya ngomel sorang diri kat dapur. So potong dari sehiris ke sehiris sampai abis I makan sorang je buah pelam sarapan pagi ni hehe.

Bila dah habis tu mcm tak semena-mena terlintas satu benda dalam fikiran saya. Selama hari ni yang saya dok nak marah sangat dpt pelam masam tu saya marah kat sapa sebenarnya. Kat diri sendiri ?? sebab tak reti pilih buah -eh yang jual tu lah kan sapa suruh jual buah masam. Tapi penjual tu tau ke buah tu masam. Entah-entah yang saya dapat ni je masam yang lain berlonggok-longgok lagi tu semua manis-manis belaka. So dekat sapa sebenarnya saya tujukan amarah saya tu. Pada Sang Pencipta???

Ya Allah betapa selama ini kalau saya makan dapat yang sedap takde pun beria saya nak bersyukurnya, tp kalau dapat yang tak sedap mula la bertahun tak abih ceritanya saya jaja. Allahhu Akbar diam tak diam saya rasa terpukul sendiri. Nikmat yang manakah yang telah saya dustai.

Saya kongsi cerita ni dengan rasa rendah hati selepas ini saya harus banyakkan diri bersyukur dengan segala nikmat yang dikecapi. Syukur padaMu Ya Allah dengan sebiji mempelam Engkau berikan ku kesedaran.