Friday, January 30, 2015

Angry Bird Theme Park

Cuti sekolah yang lepas kami taklah jalan sangat. Selepas claim suami saya yang ada banyak kosong kosong kosong kat belakangnya tu dirembat oleh maincond suami saya agak sentap sikit nak berjalan jimba-jimba ni. Bukan apa dia takmo nanti pekerja dia kata oo boss berjalan sana sini gaji bayo lambat. Tapi dalam kata takmo berjalan sangat tu alhamdulillah rezeki anak-anak tu ada je lah.

Tetiba je we all sampai PD tido kat satu banglo ngan kos yang buat kami senyum sampai ke telinga. Banglo besar betul-betul mengadap laut. Kira ok lah kan janji anak-anak happy dapat jalan n dapat mandi - menghitam kan kulit hehe.

Then tetiba jugak kami dh jadi macam duta I-city la pulak kih kih..mana tak nya satu hari suntuk dari pagi sampai ke tgh malam dok kat situ. Siang berkubang sampai kecut berut anak dara saya ulang berkali-kali naik vuvuzela. Malam lepak-lepak sambil anak-anak layan mainan-mainan kat situ dan tgk pertunjukan air pancut berirama dia tu.. menarik jugak lah.



Dan tersangat lah tetibanya kami sampai ke Johor!!!. Memang serius tak rancang. Petang Sabtu tu dalam pukul 3 en somi balik umah. Saya masa tu tgh dok layan internet sambil-sambil sembang gitu gini tup-tup kul 6 kami gerak meninggalkan kl masuk ke hiway plus menuju ke jb. Anak-anak lah yang paling suka sbb kat johor ada makteh dan pakteh yang tersangat la rajin melayan semua anak buah diorang.

Esoknya memandangkan cuaca yg redup2 manja tu Adik saya cadangkan kami pegi ke Angry Bird Theme Park je sbb them park ni dlm shopping kompleks katanya . So kalau ujan ke panas ke kira ok lah kan. Tapi jenuh jugak nak memujuk si kecik saya tu sbb dia dh aim nak mandi manda kat Legoland. Saya follow je walaupun serius no idea langsung tentang theme park ni.

Malas nak bebel korang layan la gambar-gambar ni ye







 

Nampak gambar ni macam saya ambik dari atas kan..mmg pun. Saya ambik dari ruang menunggu untuk parent yang takmo masuk sekali. Saya n suami tak masuk biorkan pkteh ngan makteh layan pepuas anak buah diorang hehe..cam ngelat je ye. Sempatlah maktehnya gelabah kartun masuk-masuk dalam tu si kecik saya yang ligat tu hilang dari pandangan maktehnya. Saya yg tgk dari atas nampak si kecik saya tu dah lepas naik kat tower yg paling tinggi sebelum zasss turun ke bawah. Terjerit-jerit saya kat atas bgtau maktehnya kat mana farhanis dah maktehnya ke hulu ke hilir mencari

So ni lah ruang menunggu untuk parent di tingkat atas. Disediakan kerusi n meja tinggi mcm ni untuk meninjau ke bawah.
 

Ada gak buai bergantungan macam ni apalagi yg dok kat situ lena di ulit intan la weh saya ambik gambo pun tak sedar haha

 

 Ada gak tv tapi citer semua angry bird je!!! 



Yang ni kat luarnya tgk la gelagat pakteh diorang tu 




Ni ruang bergambar kat entrance


Saya lupa lak nak snap gambar kedai jual-jual barangnya. Anak-anak  ni dok main kat dlm  almost 3 -4 jam jugak aritu. Sempat la ibu ngan ayah diorang merayap dating-dating kat KOMTAR tu.

Akhirul kalam saya nak ucapkan bebanyak terima kasih pada co-sponsor main-sponsor cuti-cuti musim sekolah kami ni ye diiringi kata-kata terima kasih daun keladi ada rezeki belanja lah lagi..moga murah rezeki semua ye amin....





Friday, January 9, 2015

Banjir - usaha gigih seorang ayah yang berusia 70 tahun

Ini kisah benar kisah  kegigihan seorang ayah dalam usahanya menyelamatkan barang-barang ketika banjir. Gambar-gambar yang saya paparkan di sini telah diupload oleh adik ipar saya di laman facebook dan mendapat like melebihi 20 ribu. Gambar-gambar ini juga menyebabkan kami dihujani dengan pelbagai komen positif dan negatif dari pembaca. 


Perhatikan peti ais di sebelah belakang katil tu 

 dan gambar ni dah takde kan peti ais tu. Peti ais abah saya naikkan kat atas kabinet dapur kami.

 
 


Yang bergulung-gulung tu karpet. Rumah kampung banyak la karpet tebal-tebal beso-beso ni.

 

 Membaca komen-komen dari pembaca saya terpanggil untuk menjelaskan serba sedikit kekeliruan dan pertanyaan pembaca. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika ada mana-mana pihak yang merasakan paparan ini menyinggung hati mangsa-mangsa banjir. Apa yang saya share disini adalah dengan niat dan hati yang ikhlas berkongsi sesuatu yang mungkin di luar kotak pemikiran. Inilah usaha abah saya yang menghargai setiap apa yang ada disekelilingnya.

Untuk pengetahuan semua abah saya merupakan seorang tukang rumah bahasa yang up skit kontraktor hihi.. benar di mata kami 9 beradik anak perempuannya dialah kontraktor. Kebanyakkan rumah di kampung saya adalah hasil usaha ayah saya. Tak kira lah rumah papan rumah batu kecik beso banglo ke itu memang keja abah. Termasuk juga beberapa bangunan di bandar berdekatan Kuala Kangsar dan Sungai Siput.

Rumah kami ni pun asalnya taklah besar mana tapi di tambah dari masa ke semasa. Binaaannya adalah dari batu dan bukan kayu. Sebab ada pembaca yang komen rumah kayu macam ni gantung barang tinggi-tinggi robohlah. Tapi abah saya ni dah dia yang buat rumah dia tau lah bahagian mana yang kuat utk dinaikkan semua barang. So saya nasihatkan pada yg nak ikut cara  ni kena kenal pasti bahagian mana yang kuat di rumah masing-masing. Hanya bahagian hadapan rumah ruang tamu dan bilik yang abah pasangkan siling. Di dapur mmg tkde siling yang ada hanya kayu-kayu alang. Dulu kami bising gak tanya abah taknak pasang siling ke tp abah diam je. Dah jadi gini baru tau nape tak disilingkan kat dapur. Tu lah orang dulu-dulu buat benda semua fikir masa depan.

Semasa dapat tau air naik di Kuala kangsar abah dan mak ada di kl. Diorang mmg selalu kat kl rumah di kampung abah minta anak sedara dia jagakan. So pagi tu penuh dlm whataspp kami gambar-gambar air naik. Paras air yang makin naik merisaukan hati saya. Hasil perbincangan pagi tu jugak kakak saya dan adik berserta suami masing-masing bertolak balik ke kampung bersama mak dan abah. Mujur kami ramai bila ada masalah klu yang ni tak boleh yang lain boleh alhamdulillah.

Sampai je abah mmg tak bertangguh mulakan keja. Kata adik ipar saya masa abah cakap nak naikkan barang semua blurr. Tak logik katil tilam kerusi meja semua tu nak naik nak naik macam mana. Tapi tu lah abah kalau dia kata dia nak buat macam tu dia akan buat sampai jadi. Anak menantu pun ikut je lah. Kata adik ipar saya abah memang ada teknik dia. Katil besar tu abah naikkan bukan berempat bukan bertiga tp berdua je ngan adik ipar!!! Memang saya yakin dh klu mcam tu mesti kena ada teknik yg betul.

So alhamdulillah menjelang petang hari yang sama semua barang-barang besar dpt dinaikkan. Barang macam peti ais abah naikkan kat kabinet batu yang setinggi paras pinggang. Diorang pun tak blh nak lama-lama sangat di kampung sebab takut terperangkap. Mujur jugak ada sorang sedara yang duduk di Bukit Chandan datang menolong malam tu abah mak kakak dan adik saya tido di Bukit Chandan. Semasa melalui pekan Kuala Kangsar air dah segini.


 Ada pembaca yang komen abah saya lebih sayangkan harta benda dari nyawa. Allahhuakkbar!!! selama 41 tahun menjadi anaknya saya tau dalam dan luar abah. Dia seorang yang sangat berfikiran jauh dan merancang setiap apa yang dibuatnya dengan teliti. Dia memang berusaha keras dan gigih dalam setiap apa yang dilakukan dari sekecil-kecil benda hinggalah perkara yang besar. 

Saya masih ingat masa di sek men ada khabar-khabar banjir akan melanda. Abah balik rumah bawak daging dan ikan bilis berkilo2 jugak lah. Mak disuruhnya masak rendang daging kering-kering dan buat sambal bilis. Masak nasi periuk besar kata abah. Nanti kalau kita kena duduk kat pusat penempatan tu taklah lapar makan ikan sardin je sementara nak tunggu bantuan sampai. Abah jugak dah sediakan sampan. Dan sekarang sampan tu abah dah upgrade ada enjin. Masa tu barang rumah tak banyak sangat saya masih ingat saya tolong abah hulur barang naik atas loteng. Memang abah fikir cepat apa yang di nak buat bila kecemasan. Dia fikir dan buat apa yang mampu sedayanya untuk isteri dan anak-anaknya. 

Pada saya apapun kita kena usaha dulu barulah tawakkal. Kalau ditakdirkan banjir naik sampai ke bumbung rumah kami mmglah habis jugak barang-barang ni. Tapi sekurang-kurangnya kita puas hati dah berusaha sehabis daya. Dan Allah memang kasihkan hambanya yang berusaha itu janji Allah.  Alhamdulillah rumah kami masih lagi selamat. Doa dan kata-kata semangat dari semua amat kami hargai. Saya mewakili keluarga besar Encik Mohamed Nor mengucapkan ribuan terima kasih sesungguhnya Kita merancang dan Allah juga merancang dan perancangan Allah itu lah yang sebaik-baiknya.









Cokodok Viral

Nape saya panggil cokodok viral???

Sebab cokodok ni femes lepas semua org dok share kat fb kat blog kat instagram whatsapp semua tu lah. Biasa lah kita bila semua dok tayang benda tu dr tak teringin terus meluap-luap darjah keinginan tu kan.

Kalo nak tau cokodok viral ni  a.k.a cokodok manis kembung ni 15 tahun dulu sarapan yang kakak ipar saya hidang kat saya masa mula-mula I jadi menantu keluarga Encik Mohamad. Kat sana panggil cok kembung.  Memang kakak ipar saya pakar buat cok kembung ni. Saiznya cam sama je bulat2 macam bola pingpong jauh bebeno dari cokodok saya yang leper cam kena gelek stemroll tu haha. Kekdah pembuatannya pun senang bebeno tepung gula ngan air je tapi kena goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Dan guna jari ye kalo sudu mmg tak jadi bulat-bulat tu.

Tapi sejak cokodok ni jadi viral saya intai-intai kat blog org lain kekdah buatnya ada kelainan skit. So saya pun try jugak lah.  Saya copy paste bulat-bulat resepi kak Ita dr blog Azlita Masam Manis. Cuma kak ita tu kalo korang tgk gambo dia mmg superb la pro punya gambar stailo mylo hehe I gini je lah gambo nya



Yang penting nak tunjuk bulat-bulatnya tu. Rasanya ramai yang dah tau resepi nak buatnya so takyah le kita tulis kat sini resepi hehe.. kalau korang nk buat korang g blog Azlita Masam Manis ye

Tuesday, January 6, 2015

Gubahan Hantaran Tema Turquoise

Gubahan hantaran yang saya buat kali ni adalah untuk majlis pertunangan anak buah kepada ustazah yang mengajar anak saya mengaji. Saya bukan buat semua complete set utk dia sebab majlis berlangsung di Trengganu saya di Shah Alam. Saya cuma gubah barang-barang yang berasaskan kain je. 


Yang ni saya gubah kain pelikat menjadi tepak sirih kekononnya ada rupa tepak sirih ke hihi



Yang ni pulak sejadah transform to Masjid Kristal 


Yang ni tuala - memandangkan tuala ni dh siap bersulam dengan tulisan macam ni saya mmg nak sulaman ni org boleh tgk so saya buatkan ala-ala sofa gitu 


Yang ni kain baju melayu  dijadikan kek 3 tingkat tapi sayang masa saya beli foam tu tkde saiz yg macam sesuai utk nampak supaya jadi kek. Masa yang suntuk saya beli dan pakai je lah apa yang ada. Bunga kat atas sekali pun hilang cicir kot dh Shah Alam - Trengganu bukan dekat. Saya pulak tkde kat majlis kalo ada mau saya bega-begakan lagi ni.

Gambar-gambar di bawah ustazah ngan adik beradik dia yang buat. Saya bagi tutorial jarak jauh je haha boh itu boh ini letak gitu letak gini. Hasilnya taraaa...





Sebelum habis layan dulu pelamin mini ni ye cantikkan kalau org dulu-dulu segini punya rupa dh jadi pelamin untuk bersanding masa kenduri kahwin tu.


Terima kasih kepada Ustazah dan seluruh ahli keluarga dari Trengganu atas kepercayaan yang diberi termasuk aneka ole-ole dr Trengganu tu. Moga pertunangan diberkati membawa ke jinjang pelamin nanti.