Saturday, March 28, 2015

Me and hubby - sehari 40 kali call

Baca-baca blog Nameera Roslan tu saya tertarik ngan citer dia pasal tiap kali sms ngan hubbynya diorang mesti end kan dengan I love you. Kata Namee tak kira la citer apa hatta citer pasai taik anak pun ending mesti I love you. Wah soooo suweettt. Ko ado???

Saya pun nak citer jugak lah hehe.. wah cam ado sangat haha. Me and my dear en suami tak berapa nak rajin tulis-tulis sms. Lambat kan nak tulis nak tunggu balas dah balas nak balas semula nak pikir jawapan dulu. So mmg kami prefer call -yes mmg sangat lah obsess dengan mengcall. Satu hari kami berbalas call sehingga 40 kali - ha ko ado!!! kih kih kih. Serius tak tipu sebab saya ngan suami kami pakai bil bukan top up and mmg we all request itemize bill tu. So bila bil sampai tiap bulan yang 8-10 mukasurat tu berderet no kami berdua je. Saya pernah kira paling-paling sikit pun 15 call sehari. Itu pun saya tau kenapa - time dia outstation naik flight time dia kat site yang line tak berapa ok atau sehari suntuk kat site takut bateri habis dan power bank pun tak penuh. So time-time camtu kita minimize call.

Saya kan PA seumur hidup dia so tak kiralah pasal keja ke pasal anak pasal segala-galanya dia akan call  saya. Dari benda sepenting-pentingnya tender projek, claim tak dapat2 claim kena potong, kena komplen, budak ponteng keja, mesin rumput rosak bla bla.. sampailah dia nampak minah salleh lintas depan mata pakai skirt singkat baju ketat, dia beli rojak utk lunch, dia bz lapaq belum sempat makan tanya saya dh mkn pil ke belum cuaca hr ni panas giler semualah. We share everything. Saya call dia nak bgtau ada lipas kat dlm bilik atau katak kat depan umah so tkleh nak klr sidai kain,  saya masak apa for dinner ada buat serimuka kesukaan dia utk tea, pil saya dah habis, siapa tersingkir maharaja lawak segala bagai bendalah yang terlintas atau yang berlaku mesti we all call each other. Kami kongsi suka dan duka bersama we support each other.  

Saya rasa dengan cara ini merapatkan lagi hubungan kami telus tiada rahsia. Saya tau current financial dia macamana so as emosi dia. Cuma kalau org tanya pasal bil hehe padan lah ngan call yang berpuluh kali sehari tu kan what do you aspect beb!!!   


Jangan macam ni ye

Yang saya masak bila anak demam

Hari ni anak boy saya demam actually dari smlm dh demamnya cuma smlm tu kejap berpeluh kejap demam. Saya kalau dia demam mmg risau skit sebab jenis susah nak baik dengan cepat. Kadang sampai masuk spital 3-4 hari masuk air berbotol baru sihat. 

Biasa budak demam mmg takmo makan jenuh paksa kan sebab camne nak makan ubat klu perut kosongkan. Minum pun tknak abih camno tu. Dah la demam energy pun langsung tkde la bila tak makan tak minum. Air masak takat masuk seteguk dua. Nasi langsung tak. Dari pagi sampai lewat tengahari macam tu je. Geram ada sian pun ada camna lah nak bg dia makan. Then tetiba saya teringat masa kakak dia tampal gigi kali pertama umur 5 years rasanya. Masa di klinik tu ok je. Balik umah bila ubat tahan sakit abis dia start melalak. Panik la kita kan terus call klinik tu. Doktor terus suruh saya bg aiskrim. Aiskrim!!! biar betul sakit gigi nak bg aiskrim. Tapi doktor kata you bagi je tgk dia mesti diam. And amazing hulur aiskrim je terus diam. Saya rasa kesan psikologi lg kuat lah dari ubat.

So instead of nk suruh minum gak air masak tu saya bancuh air sarsi ais lagi tu. Hulur kat dia terus minum separuh gelas. Pada saya mau masuk air manis ni pun ok jugak lah dari tak masuk air kan. Pastu tetiba terlintas nak bagi maggi. Anak-anak saya mmg jarang dapat kebenaran makan maggi. Dalam setahun dapatla beberapa kali makan maggi. Kalau tetiba saya kata hari ni makan maggi semua melompat yea macam dpat makanan paling mahal dalam dunia tu. So saya masak kan sepaket maggi pecahkan telur kat dlm nya. Bau maggi je dah tempting kan hehe. Dalam tak lalu makan tu bangun bersila dia duduk. Saya suapkan laju je makannya. Maggi kari pedas berpeluh-peluh makan. Time ni saya sediakan air masak. So dah makan benda panas-panas pedas-pedas air pun layan laju je lah kan. 

Well.. menjadi jugak la idea saya ni kan klu tak susah hati jugak fikir nak masak mkn kegemaran dia lah beli fast food ke tp skrg saya rasa semua makanan tu nanti dia dh kebah demam baru selera dia nak makan kot. Cumanya jangan la demam lelama abang takkan nak bg makan maggi je huhu sesekali boleh la 


oppss!!! ni fav dia lama dah tak buat hehe

Tuesday, March 24, 2015

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh






Yang ni kekonon posing takyah tgk kamera cucu suruh atok ngan opah layan je sporting tuh


Time ni bebudak 2 orang tu sebok-sebok dah nunjuk bot bot tau sangat la hajat di hati nak naik kan ayah buat dek je lagi sampai la si abang kata kita datang sini tgk je ke. Amboi anakku bebisa sungguh ayatnya haha
 


So naiklah itu bot murah je tambahnya kalau tak silap dewasa RM3 kanak-kanak warga emas RM1.50 je. Tapi cam biasa la  time cutikan orang ramai beratur panjang jugak lah. Tasik taklah besar sangat pusing-pusing sat je sampai sudah hehe. Cuma kat tgh-tgh sana tu ada cam pulau. Boleh la berhenti turun kat pulau tu. Tapi saya  malas nak turun sbb nanti nak balik kena beratur lagi. So kami dok diam-diam dalam bot tunggu patah balik ke jeti.







 
 Cantikkan view sini kalau ambik gambo guna kamera canggih2 tu mmg cun sgt lah. Pengantin pun ramai ke sini dpt view gunung padang rumput menghijau tasik bot oohh romantikknya. 

Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Kalau g Melaka byk tempat boleh melawat. Ingat dulu rombongan sekolah mesti g Melaka sbb nya sangatlah sesuai ngan budak sek yang kena belajar sejarah tu kan. So blh tgk tinggalan kesan sejarah dolu-dolu tu depan mata.

Tapi sekarang Melaka bukan setakat ada tinggalan sejarah je  yang mungkin pada setengah orang tak berapa suka sejarah  rasa dry je. Banyak tarikan baru dibina utk balance kan within fact and fun. Boleh naik bot menyusuri Sungai Melaka boleh naik Duct Tour kenderaan 2 alam darat dan air tu ada jgk water park Melaka Wonderland, A-Famosa Resost yg sangat happening dan yang terbaru  taklah  baru sangatnya Bayou Lagoon Park Resort yang terletak di alamat Jalan Wakaf Utama Bukit Katil Ayer Keroh Melaka.

Saya book bilik kat Bayou ni guna Booking.com. Tersangat lah last minit punya booking pagi nak keluar rumah baru saya online book. Masa klik kali pertama harga RM199 then bila klik lagi utk secure booking harganya dah plus2 tax rm239. Kami ambik studio apartment je sebab encik suami tgh pokai haha biasa klu g mana2 ambik yg aptment 2 bilik mesti 500++ so ini kali kena jimat skit. Saya tgk lagi dgn harga bilik segitu kami akan dpt tiket masuk water park free 2 dewasa. So kami kena beli lah lagi 3. Harga tiket dewasa rm20 kanak-kanak rm15 and bawah 90cm free.

We all sampai dah kul 6.30 anak-anak dah bising sebab ayah diorang biasalah kalau nak ke mana-mana singgah sebentar tgk site tgk keja bdk2 dia. Hari kejadian tu dia bw kami "singgah" kat Dataran Merdeka. Singgah la sangat - stranded situ 3 jam woo. So dh sampai lewat pool pun dh tutup naik bilik je lah. Tapi yang buat saya sedikit terkejut masa check in rega bilik dah jadi RM280. Biasa klu booking online taklah jadi segini banyak naiknya. Terkezut jgk lah mokcik tp takkan nak bertekak pulak kan bayo je lah huhu. Cumanya bila masuk bilik wah besar jgk wpun kami ambik studio je. Saya bayangkan bilik selorong gitu je hehe tp ok lah boleh tahan besar kira kalau nak sumbat 2 family pun boleh lagi..oppss!! hotel baca ni marah depa kat I haha. And satu lagi ada iron n iron board kat dlm blk. Skrg byk hotel tak letak iron dlm bilik. Kita nak kena call baru hantar ataupun dkt level tertentu ada disediakan tempat iron. Leceh la kan nak usung baju pulak.

Malam tu dr bilik nampak ada pertunjukan org makan api tu. En suami penat tertido kat sofa saya nak kejut pun sian. So anak-anak tgk dr atas je lah. Nasib la ayah terbangun sendiri so kami siap-siap keluar g makan. Siang tadi lalu kami nampak restoran yang ada pondok2 cam menarik je so we all pun pegi situ nama restoran Rest D Nangka. Memang ko ada pokok nangka sedang berbuah lagi tu. Rasa macam makan dalam dusun

Tu ha buah nangka tp muda lagi hehe


 Restoran ni byk props selain meja makan ala pondok-pondok ada kolam ikan bubu lampu gasolin dan skuter ni


Lepas makan kami lepak kat Dataran Majlis Bandar Melaka yang ada air pancut kolam banyak2 tu . Tengok ramai org lepak situ. Tv skrin beso pun ada. Anak-anak main roller blade ngan skateboard sewa stgh jam rm5 je kalo kl kan rm10 !!

Eh dh melalut citer ke lain so bwh ni layan je lah ye gambo yg tak seberapa ni. Kami ni klu pegi water park mmg tkde de nak bergambo dh nak main air lagi bila masanya nk bergambo. Ni saya snap gitu -gitu je.





 
  Yang anak kecik-kecik sesuai rendam kat sini air takat buku lali kita je


Main lawan tembak-tembak adik ngan abang - yang jadi mangsa bebudak tengah mandi tu jenuh mak ni jerit jangan tembak orang jangan tembak orang tp bebudak dlm kolam tu pun cam suka je kena tembak haha





Kali ni mmg pegi mandi je lah benda-benda lain kat situ games area 9D theater bump car ke roller coaster semua tak sempat naik. Biasa kami kalo pegi mana2 tu habis semua kami pulun main dah alang2 pegi kan. Tapi ni masa suntuk so lepas mandi siap-siap terus nak balik. Sebelum balik sempat lagi nyinggah kat umah 2 pupu saya di Alor Gajah langkah kanan makan nasi lagi tu kat umah dia. Gitu lah kami hubungan sedaramara kawan-kawan yang jauh yang dekat belah saya belah suami kalau ada kesempatan kami mesti berkunjung. Jangan sampai terputus dek kerana jarak dan masa.

So solosai short weekend di Melaka saya rasa mmg saya suka Melaka lah sebab byk tempat boleh pegi even dah byk kali pegi Melaka kan. And jarak pun dekat jadi kalau cam suami saya yang ala2 bz ngalah pok jib tu blh la lari2 kejap ke Melaka. Dulu kami suka lari ke Port Dickson kadang tu tetiba je lepas maghrib keluo idea jom g PD so jam-jam tu pack masuk kereta tp skrg mungkin ubah haluan Melaka kot hehe...

Monday, March 23, 2015

Resepi Kek marble susu

Saya dapat resepi ni dari Penmerah (dot)com mmg simple je resepinya dan rasa pun sangat sedap- tak sangka jugak. So saya tepek kat sini nanti klu nk buat lagi senang skit klu just share kat fb lelama ntah ke mana peginya resepi tu. Tapi sebelum tu sorry lah kalau yang singgah lalu dan berhenti seketika kat blog saya ni saya takde gambo2 yang cam menggiurkan pun almaklum ambik guna hp cap ayam je. Memang semua resepi saya tepek kat blog ni sbb senang saya nak rujuk bebila nak masak. Gambo pun kadang takdan nak ambik buat-buat hidang kat umat yang ada kat umah ni terus licin. So apa yang ada je lah ye


Bahan-bahan

1. 1 cawan margerin -saya guna Daisy
2. 1 cawan gula kastor
3. 3 bj telur
4. 2 cawan tepung gandum
5. 1 sudu besar baking powder
6. 2 sudu besar susu pekat manis
7. 1 sudu kecil Esen vanilla
8. Pewarna pilihan

Cara

1. Pukul margerin dan gula hingga kembang 

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil  pukul sampai kembang

3. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau rata dan sebati

4. Masukkan tepung yang sudah diayak bersama baking powder tadi. Kaup balik sehingga sebati

5. Bahagikan adunan kepada warna yang disukai saya buat 3 warna - warna asal, hijau dan merah.

6. Lenserkan loyang dengan marjerin kemudian alas dengan kertas -saya takde kertas so tak alas pun tp lenser byk skit margerin kat loyang

7. Kemudian mulakan membuat lapisan atau corak@design utk kek ni. Adunan kek agak likat jadi kalau nak buat lapisan kena hentak-hentak skit loyang supaya adunan merata dengan sekata. Tapi alkisahnya masa saya mula nak "berkarya" encik suami ku call kata nak ajak g seromban within 1 hour dia sampai umah katanya..ayoo!! apa lagi saya pun taram tuang selambak rak je lah adunan 3 kaler tu corat carit skit2 sesuka hati hehe.

8. Then bako 40 minit pada suhu 160.

ni lah hasilnya mmg sedap sangat kek ni buat pun senang je bahan pun simple je kan so selamat mencuba ye




Thursday, March 19, 2015

Cara saya hilangkan daki dikolar baju sek anak

Dulu masa ada bibik saya tak ambik kisah pun macamana dia buat. Yang saya nampak baju sek anak dia basuh tangan. Tapi bila dia takde aduh rasa cam jenuh pulak le nak menyental. Tu yang pikir-pikir camne le nak buat keja senang hehe. Kalau tengok iklan tv tu amboi senang je boh satu skop sabun gonyoh-gonyoh dah hilang huh ye sangat la tu.

So saya pun buat la kaedah cuba jaya namanya cuba-cuba berjaya tu phewitt!!!

Follow gambar di bawah ye

1. Ni daki kat baju anakku huhu (tak yah beso2 sangat gambo nya kotor bebeno hehe)


2. Sebelum tido saya masukkan semua kain kotor dan tekan button soak. Mesin saya ni maksimum soak dan siap basuh 4jam



3. Jangan lupa mangsa utama kita tu ye letak atas sekali



4. Then ambik satu skop sabun. Ni kalau korang tgk skop tu skop sabun Attact. Skop nya je sabunnya bukan hihi. Alkisahnya dulu I strongly believe lagi mahal sabun lagi power. But now I know itu semua mitos sabun yg tak berapa mahal pun power jugak. So takyah nak membazir duit en suami (cakap cam skrg baru insaf haha)
 


5. Ok sabun satu skop tadi tu tuang semua kat kolar baju tu macam saya buat ni
 


6. Pastu saya lipatkan camni (ni teori saya sendiri je hihi) saya rasa bila saya lipat dia akan bagi kesan geseran macam kita gonyoh-gonyoh tu. Oppss!! jangan lupa tambah lagi satu skop sabun untuk basuhan lain klu mesin full load boh la lebih skitkan. 



Pastu blh la kita masuk tido esok pagi bangun tarrraaaa...


 Yang dh siap basuh

dibandingkan dengan asalnya

Perhatikan beza hasilnya senang je keja kan. Ni guna sabun basuh je tak yah peluntur bagai. Mesti ada yang tertanya-tanya sabun basuh apa ek..BREEZE je (wah pasni I blh jadi duta BREEZE haha) barang baik apa salahnya bgtau. Sebab ada gak la try ngan sabun lain tapi tak sepower breeze ni ha still nak kena menyental tak kuasa mak nak.

So selamat mencuba ye

p/s : saya buat cara ni dr last year sebelum iklan merah jambu yg guna kaedah mcm ni tu klr so I bkn copy paste iklan tu tau hihi



Wednesday, March 18, 2015

Resepi Ringkas - Asal karipap terjadi murtabak goreng pulak

Cuti sekolah ni selain rumah meriah ngan anak-anak dapur pun meriah je berasap tak berhenti. Petang tadi saya jalan-jalan kat blog orang nampak resepi kek marble susu tgk barang cam senang je so saya pun intai-intai barang kat dapur tp margerin saya tak cukup secawan. So tunda dululah nak buat kek. Intai-intai lagi apa ada tgk ada kentang sambil tu mata jeling kat balang tepung ada lagi. Karipap kah menunya...ermm malas nak uli tepung sebenarnya. Tapi tangan ni laju je buang kulit kentang potong dadu then put aside dulu. Sambil tu fikir lagi karipap kah?

Dalam sambil kepala berlegar-legar karipap karipap tangan gi bukak lak peti ais. Belek-belek nampak kulit popia. Tiba-tiba datang idea nak masukkan inti kentang karipap tu dlm kulit popia idea orang malas haha. Mula saya nak buat macam samosa tu segitiga kan. Tapi rasa cam tak suprise je apa-apalah saya ni kan food pun nak suprise. Bukan apa saya bayangkan bila anak-anak nak makan suami nak makan biar dia ada rasa apa ni rasa cam teruja gitu hihi. So saya pun lipat lepat jadi cam ala-ala mini murtabak.


So ni lah menu minum petang kami td. Inti karipap masuk dalam kulit popia tak tau la nak bg nama apa hehe

Tuesday, March 17, 2015

Status hot-hot kat fb - itu semua poyo!!!

Wah hot nampak cik yani. Actually tkdelah hot sangat hot-hot nail je haha. Saje nak share and pasni korang fikir le poyo ker tak poyo.

Saya tulis benda ni pun lama selepas kejadian bukan apa saya tak mau emosi mempengaruhi saya. Biasa la kita tengah rasa mendidih tu macam2 benda tak waras blh klr kan. So sabar-sabar cool cool dulu sambil tu wait and see apa next and next and next mainan mereka.

Citernya mcm ni - I kan glamer gak dlm bisnes online ada 5k frend ko and follower i pun ramai (wah ayat bongkak giler haha saje nak membongkakkan diri kejap je hehe). Tu belum masuk waiting list yang beratus2 (wah saje je ko yani kan nk peghangat org haha). Selain dari fren and follower saya pun mmg ada joint group-group deco ni dh kita jual barang deco joint la ye dak. Serius cakap saya ni klu customer yang tau saya ni mcmana mmg antara seller yg paling tidak rajin promosi barang di dlm group atapun wall org lain. Saya cuma upload kat wall saya je. Sepanjang masuk tahun ke 5 berniaga blh bilang ngan jari kot saya tempek barang kat wall group deco-deco untuk tujuan promosi. Tapi alhamdulillah customer rajin sebut nama saya selalu tersedak-sedak mak org sebut nama kita beli barang kat kita hihi. Yang tu mmg saya ucapkan terima kasih banyak-banyaklah saya tak bayo apa pun kat diorang hanya Allah yang balas budi baik diorang tu. Ada la kadang diskaun singgit dua nak bg banyk pun tak lepas sebab saya jenis jual barang tak mark up tinggi. 

Then citernya pada satu hari ada sorang customer yang pernah beli barang ngan saya upload satu gmbar dia jahit langsir sendiri dan gantung langsir tu. Cute giler you all sapa tgk kata hodoh meh sini saya cucuk mata hihi. Saya ni biasa la tang news feed tu saya scroll laju2 je mana bkenan saya like tak baca sangat pun apatah lagi kalu kat situ dh tulis ada 54 komen so tak kuasa mak nk baca semua komen kat atas kan. Saya lebih peruntukan masa utk jawab komen customer yg tanya barang nk beli tanya itu ini pasal barang saya je. So kat gambar tu I just klik like dan tulis " wah cantiknya kak" dah memang saya  suka gambo langsir yang sangat cute itu.

 Pastu saya rasa malam tu kot (tak ingat dh lama citer ni hehe) dlm inbox saya customer yang saya komen pasal langsir tu pm dan tunjukkan screen shot admin tulis saya nak promosi berjual barang kat group tu. Aduh!!! Pelik la kan bila masa saya promosi barang kat situ saya cuma komen ckp kakak tu jahit langsir cantik. Tu je takde pulak saya kata meh beli barang ngan saya atau saya jual kain langsir tu - bkn saya jual kain langsir yg kakak tu  jahit dia beli mana pun saya tak pernah ambik tau. Saya cakap ngan kakak tu saya malas nak ambik pot la sbb saya ni bukan jenis suka ngamuk2 bising2 kat wall - tu mmg bukan saya. Bior je lah. Kakak tu pun jenis yang sama ngan saya malas nk bising-bising.

Tapi ada lah kakak tu ckp admin bgtau tak blh sebut nama seller klu org tanya barang beli kat mana. Mungkin kakak tu ada sebut nama saya sebagai penjual barang deco lah gamaknya. So dr situ lah puncanya saya dikatakan nak promosi barang kat group tu. Tapi yang peliknya klu sebut atau upload nama-nama kedai gambar2 kedai yang ca ya nun alif yang besar2 jual barang deco tu blh pulak. Yang kita ni seller  sebangsa seagama ngan dia tu semua org di haramkan sebut. Tak blh ada unsur2 promosi katanya. Law mana dia ikut pun tak tau lah. Ok fine itu group ante yang punya ikut suka hati ante lah ye kah kah kah

Tapi citer belum habis di situ. Dalam kita dok malas nk layan tu ada la naik status-status yang menimbulkan mcm-mcm komen. Saya biarkan je malas nak bacapun sampai habis status tu nanti buat sakit ati pulakkan. Lagi pun saya tau saya bukan nya jenis suka publisiti murahan ni. Cumanya ada satu status tu yang saya rasa hamboi sesedap rasa je dia tulis. Ayat belakang-belakang saya malas nk baca ayat depan tulis Diberi betis hendak paha. Wah apa betis apa paha yang dia bagi sangat tu haha. Kelakar pun ada statement cari publisti sungguh. Ayat kebabom mmg sapa baca terus menangkap dan terperangkap lah. Gamaknya gitu lah ayat org surat khabarkan nak melariskan jualan masing-masing kena ada ayat gini wpun situasi sebenarnya tak lah segitu tak lah havoc sangat exaggerate huh!. Then mcm biasa byk la komen kat situ itu ini tp sian yang komen tu nampak sangat tak tau apa. Jadi nasi tambah je tp bukan salah diorang lah sbb yang tulis tu dh berjaya mempengaruhi diorang.

Tapi wpun diorang dh klr status camtu saya tk komen apa pun lantok kome le kata org Perak. Cumanya ada satu hari tu banyak sangat update2 kat group tu dlm news feed saya. Gambo deco umah cantik-cantik siut maunya saya tak klik like dah like gatal pulak nak tulis sepatah dua komen tp nasib baiklah saya sempat tgk group mana punya posting. So padam komen bior like je kat situ. Dua tiga kali pulak macam tu. End up saya fikir saya exit group je lah. Sebab kang terlajak komen kang kena bantai pulak tak paham-paham bahasa ke hihi. So saya exit group - I tell you what that is my 1st time saya exit group. Biasa wpun saya tak suka ntah apa2 je group tu (sbb ramai sgt suka add saya masuk group diorang) tp saya tak buat perangai exit group ni. I still have my respect to the group. Tapi yang siannya bila saya exit group kakak customer tu diorang klrkan pulak. Tak pasal-pasal dia kena. Sorry ye kak. Saya takde niat pun macam mak dara ni hihi cuma menjaga kemaslahatan bersama dari saya terlajak komen dan menimbulkan migrain kat orang di sana ku relakan diri untuk berundur.


So saya rasa after all kalau ada status hot-hot kat fb tu takyah la korang nak iye-iye komen kat situ. Belum tentu sehebat itu citernya. Memang ada yang buat status betul tp disebabkan ramai sangat keyboard karat (selalu org panggil keyboard warrior kan ni tukar lak) ni so fikir 10 kali la nak percaya penuh ngan apa yg korang baca tu. Yang sebetul yang benarnya hanya penulis dan Allah saje yang tau. Kita sebagai pembaca mmg berhak untuk komen untuk marah atau sebagainya tapi kita tak berhak sama sekali untuk menghukum sebab kadang-kadang itu semua POYO!!!

Tolong la be POSITIVE

Dalam hidup kita suka duka susah senang bahagia derita datang silih berganti. Apa yang terjadi adalah ketentuan-Nya. Siapa kita nak menolak takdir-Nya kan.

Kadang saya perhati mereka yang disekeliling saya yang rapat yang jauh yang saya just kenal melalui FB they are suffering struggling macam-macam ujian hebat melanda hidup. Yet saya kagum bila mereka boleh set and be firm apa yang mereka mahu dalam  hidup. Bukan mudah kerana cabaran pertama adalah diri sendiri. Kalah dengan diri sendiri adalah kekalahan paling besar dalam hidup mereka yang dilanda ujian. Bukan mudah untuk membina kekuatan dalaman. Melainkan Allah hanya yang mengalaminya sahaja yang tau segala-galanya.

Bagi saya saat kita dilanda perkara-perkara yang tidak indah dalam hidup kita sangat perlukan POSITIVE THINKING. Orang-orang disekeliling tolong jangan mengkusutkan keadaan. Tolong jangan memberi komen-komen  sehingga menjatuhkan emosi. Ya mungkin niat kita baik nak membantu tapi bukan semua orang boleh paham dengan keadaan yang sedang mereka lalui. Kita mungkin rasa kita ada idea yang bagus utk masalah mereka tp kita tak tau idea kita tu sesuai ke tak sebab kita tidak berada di tempat mereka. 

So please lah wujudkan aura positif kalau betul kita nak membantu. Doakan dia beri dia masa untuk bangkit. Setiap masalah pasti ada jalan keluar lambat atau cepat. Tidak Allah jadikan sesuatu itu untuk sia-sia sahaja. Be positive okay !!!