Thursday, May 28, 2015

Puding triffle pengantin - aien punya

Cik puan pengantin yang request saya buatkan puding ni utk makan beradap dia adalah anak kepada sepupu saya - meaning maknya sepupu saya. Tapi hubungan kami mmg rapat baik mesra sejak dari dulu lagi. Dia pun panggil saya makyang.

Cik pengantin wasap gambo dia nak macam ni makyang katanya


Cuma alkisahnya saya bertolak balik kampung utk kenduri ni sehari sebelum kenduri. Saya bertolak siang petang lepas solat jumaat.  Sapa sangka perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang lebih 4 jam berakhir dengan lebih dari 10jam huhu. Hiway plus Utara-Selatan jem giler sakan dengan perarakan lampu brek ketiga!!! 

Kami sampai kampung pukul 2 pagi. Ikut plan asal saya puding ni saya nk buat mlm so simpan peti ais esok tghari dekat2 pengantin nk sampai baru klrkan. Tapi apa kan daya tersadai kami semua keletihan. 

Pagi-pagi pukul 8 gigih saya susun kek ni. Yang dalam cup plastik ni saya buat 50 bekas untuk rombongan yang mengiring pengantin. Yang utk meja pengantin saya buat 20 bj dlm bekas kaca sama macam dlm gambo aien wasap kat saya tu.
 
Mula-mula susun kek swiss roll tu. Memandangkan nak buat kat bekas kecik saya beli swiss roll yg version untuk budak-budak tu je.


Pastu boh pulak buah-buahnya

Then curahkan kastad sorry gambo curah kastard tak ambik saya panik2 dh ni sebab masa dh time tak perasan masa berlalu ngan cepat sekali. Adik saya kat umah kenduri call kata rombongan lelaki nk sampai kul 12.30. Mak aih awai la pulok kan selalu pengantin sampai kul 1 ke atas. 

Resepi kastard

5 sudu tepung kastard (resepi asal 3 tp nampak cam cair skit so saya tambah)
1 tin susu cair
3 sudu gula (adjust la ikut selera masing-masing)
1  tin air sukat guna tin susu cair td tu (ambik air buah pun ok so rasa tak muak sangat)

Masak semua atas api sampai likat.


Last curah kan adunan jelly kita. Saya guna jelly brand Nona tu perisa rasberry dr dulu mmg saya suka sangat ngan jelly Nona ni. Buat pun senang follow je resepi dan arahan kat kotak tu terus jadi dan cepat je siapnya.


Masuk peti ais. Tapi ni eksyen je dok dlm peti ais tak sampai 1/2jam pun. Saya rasa buat pertama kalinya org makan puting panas2 mcm makan bubur lak huwaaa. Abih nak buat camne. Pastu kalut-kalut saya lupapun nk ambik gambar yang dlm bekas kaca tu. Tapi saya mmg buatkan sebiji lah macam dlm gambo yang aien wasap kat saya tu dh bekas kaca dia pun sama cam dlm gambo tu.

Sorry ye aien atas kekurangan yang terjadi. Bila saya lepak-lepak ngan geng sepupu sepapat yg sesekali berjumpa time kenduri tu saya jeling2 gak la ke meja pengantin. Nak tgk org makan ke dak puding aku hehe...licin gak ler 

Friday, May 22, 2015

Kari udang dengan ubi keledek merah


Resepi ni dari ibu mertuaku. Tapi kena guna keledek yang warna oren-oren tu jgn guna yang putih tu tak berapa menjadi keenakannya nanti. Rasanya mmg sedaplah bila manis udang dan keledek bersatu bergabung meletop hehe
 


Cara masak kari ni sama je macam masak kari lain tu so takyah lerr kita kasi resepi ek. Ni kira nak kongsi idea je selain buat sambal udang udang butter udang masak lemak udang pun blh dikari kan gitu. Selamat mengkari ye

Idea dessert corner kami - akad nikah time

Selepas selalu sangat menggayakan meja dessert setiap kali ada buat majlis di lorong umah kami (saya ngan jiran-jiranku) telah dipelawa oleh jiran setaman untuk buatkan dessert corner masa majlis akad nikah anaknya. Kami suka je tp dalam ati ada sikit debar la maklum ler selalu buat suka-suka syook sendiri kami je tp this time buatkan untuk orang kena la plan baik-baik kan.

Dari awal lagi we all dh decide taknak buat cam yg biasa sangat kita tgk kat wedding tu - boh ni sejemput tu seciput mcm lebih pada nk display je bukan nak bg orang makan. Our dessert corner mestilah  meriah ceria varieties dan attractive. Main dengan kaler dalam masa yang sama tkde kompromi dr segi rasa - cewah gitu taglinenya haha. 

So after bertungkus lumus ni lah hasilnya kata orang biar gambar berbicara...


rv dengan carrot cake
 


the gebuss cheese tart 


awesome apam polkadot 


spiral lolipop



jelly bean marshmallow & sweets


 choc n vanilla muffin

 



tempting kan!!!  hehe...

antara wajah krew-krew sedang tekun bekerja tuh touch up final before display


 



bergambar kenangan dengan tuan rumah thumbs up katanya..tq kak sham atas kepercayaan yang diberikan senang berurusan dengan tuan rumah



 Di balik tabir.. tp tak semua ada ni sebab time ni hari jumaat so ada yang bekerja tp syukur disebalik kekangan masa dan tanggungjawab hakiki, tugasan yang telah diamanahkan  ini berjaya disempurnakan alhamdulillah together we do it yeah go dessert team!!!


Wednesday, May 13, 2015

Idea deco dan makan beradap kenduri bersunat

Ni citer lama 2011 nuuu punya citer tapi ntah la tetiba rasa nak abadikan kenangan kat sini. Bukan apa anak boy saya tu pada ketika itu the one and only boy yang family saya ada. Cucu sulung lelaki. Kami kan family perempuan dari mak saya dia 5 beradik perempuan turun ke kami 9 beradik perempuan dan cucu-cucu mak abah saya yang lain pun semua perempuan. So inilah kali pertama kami nak buat kenduri bersunat. Tahap keterujaan tu mmg meluap-luap ler hihi

So majlis mmg saya plan awal-awal baeekk punya planning dalam kepala ni macam-macam ado nak buat tu nak buat ni nak ada tu nak ada ni. Bila saya bgtau jiran-jiran kami nak buat majlis secara gotong royong semua setuju dan bagi kerjasama. Kami ada beberapa siri meeting. Saya rasa mcm org dulu-dulu lak wpun dok kat tgh bando ni. Then ada anak jiran lain yang nak joint. Saya pun rasa ok lah sebab ada la kawan utk anak saya nanti. Dengan adik beradik saya pun kami berbincang tp diorang more to part deco-deco ni. Saya buat list dan bahagi-bahagikan tugas. Alhamdulillah walaupun penat usaha yang sangat berbaloi saya rasa puas hati sangat.





















Terima kasih pada semua yang menjayakan majlis ni. Melihat satu persatu gambar yang dirakamkan memang merupakan kenangan manis tercapailah sudah hajat saya nak mengadakan kenduri berkhatan anak. Mungkin juga menjadi salah satu hajat abah saya sejak dari dulu lagi.

Sekarang masa berlalu macam-macam cara macam-macam gaya kenduri. Apa yang pasti ciptalah kenangan manis dalam hidup kita bersama insan yang kita sayang. Insyaallah yang manis-manis jua akan datang dalam hidup kita..aminnn

Alkisah Candy Buffet tahun 2011

Kali pertama saya buat candy buffet masa anak saya bersunat tahun 2011. Masa tu baru-baru muncul idea konsep ni. Bila tgk balik gambar mcm kelakar pun ada sbb cam daif beno banding dengan sekarang punya stail. Tapi masa tu cam gah jugak la sebab org belum biasa lagi buat and saya buat tu kat kenduri bersunat je bukannya kenduri kawin. Bertambah menarik kakak saya bg idea printkan konon ala-ala duit@kupon bg kat budak-budak so diorang boleh redeem apa barang yg nak di kaunter yang kami sediakan. Memang best dan meriah





Abang kupon kena serbu sampai terpaksa buat announcement adik-adik sapa nak kupon kena beratur leklok depan abang.. yang baju purple jalur2 semua security tu haha



laris tuh sebab budak-budak ramai macam-macam ragam. Setiap kupon boleh redeem 5 barang tp ada yang kata taknak 5 nak 2 je tp yang nak lebih pun ramai haha. Dan yang paling kelakar ada anak jiran p kejar brader aiskrim yg bawa motor tu dan tunjukkan kupon yang dia ada nak beli aiskrim bengang abang aiskrim kih kih kih.

Selepas daripada majlis anak saya ni kat lorong umah saya bila ada buat majlis harijadi ke doa selamat ke suka ler kami buat ala-ala candy buffet ni. Tapi di tambah dengan kudapan lain kek, muffin, kuih-kuih basah kekacang dan macam-macamlah. Saje suka-suka seronok tgk benda-benda dihias cantik. Next saya share kan idea deco kami untuk dessert corner pulak.