Sekarang semua advance. Saya dapat satu memo daripada pihak sekolah minta ibu bapa assist anak yang darjah satu ni buat robot dari bahan terbuang sempena projek sains sekolah. Darjah satu suruh buat robot hermm bagus la utk serlahkan potensi dan imaginasi kanak-kanak. Tapi saya rasa mak nya pun kena menyerlahkan imaginasi jugak hehe. Suruh budak-budak memang imaginasi la sangat. Anak saya tu siap membayangkan robotnya tangan gerak-gerak boleh pick up barang lagi tu. Dia ingat mak dia saintis kot haha
So berbalik pada projek tu tadi saya pun goggle sana sini lah. Bukan la nak ceduk 100% hepp!!! tak bagus ajar anak gitu kan hehe. Tengok idea je pastu ubahsuai le sana sini ikut kesesuaian. Saya ajak si kecik tu goggle sekali tgk mana yang dia berkenan. End up kami pilih nak buat robot dari botol air mineral which is senang nak dapatkan sebab ayah dia mmg ler byk botol kosong ni dlm keretanya.
So hempas pulas jugak la mak nak siapkan dan hasilnya taraaa
Untuk bahagian kepala saya guna bekas roti@donut yg selalu beli kat giant tu saya mmg simpan tak buang kot nak bawa apa2 g umah orang blh jgk pakai bekas ni. Badan dia pun guna bekas tu yg empat segi punya yg ni saya selalu order rt jala ataupun cheese tart kat sorang kakak tu so bekas tu mmg ada byk. Tak sangka jugak ke sini bergunanya kan.
So masa hari nak bawak ke sek tu adik naik je bas sekolah dia semua budak dh teruja ye lah robot ni agak besar lebih dari separuh saiz dia. Dia pun senyum lebo je bawak robotnya. Saya teringat dulu masa saya kecik zaman sek rendah klu cikgu minta buat apa-apa kerja seni tu mmg mak ngan abah tolong bagai nak rak dan saya mesti akan bawa sesuatu yang berbeza dari rakan lain. Yang saya paling ingat kotak yg mak dan abah ubahsuai jadi konon-konon peti televisyen siap dengan kain tirai (mak jahit tangan kain tu) props nya suasana dalam rumah ada tv meja makan kerusi ada ampai baju dengan baju kecik2 lagi tu. Masa tu semua budak kerumun takjub sangat ngan benda tu.
Sekarang turn saya pulak. Apa yang mak dan abah buat pada saya dan bagaimana perasaaan saya ketika itu seolah-olah bersambung kepada anak saya. Adik dapat A utk projek ni - berbaloi :)
No comments:
Post a Comment