Tuesday, May 28, 2013

Akhirnya on jugak blog aku ni

Asalnya saya memang suka menulis tapi tak pernah pun hantar ke mana-mana apa yang saya tulis. Ada la zaman-zaman putus cinta hantar sajak ke radio on air jgk la sajak tu. Tu lah sekali lepas tu sampai la ke tika dan saat ini semua yang saya tulis tu terperuk kat dlm laptop. 

Bila semua orang hot-hot dengan fb saya mulanya malas nak melibatkan diri ngan fb ni. Tapi biasa la desakan trend menyebabkan saya bukak jgk la akaun fb. Dan bila dah buka fb kat situ ada la saya publishkan sesikit apa yang saya tulis. Masa tu ramai kawan-kawan kata kat saya buat blog la. Tapi saya ni jenis simple bila tgk blog ni macam satu komitment pulak kena update citer itu ini. Kadang ada masa kadang takde masa jadi cadangan suruh berblog tu saya abaikan je

Tapi lately ni  rasa cam gatal sangat nak menulis (macam la org nak baca sangat ngan apa yang saya tulis kan kah kah) tu yang tetiba je klik sana klik sini terkial2 mencari camne la nak berblog

So this is my blog saya tulis apa yang saya rasa dan lalui atau apa saje yg tercetus dari hati dan akal saya.
Post a Comment