Berbanding dengan nasi briyani atau nasi tomato saya lagi suka nasi minyak. Nasib saya baik sbb terjumpa resepi nasi minyak yang senang dan sedap dalam majalah Saji. Kali pertama try dah menjadi elok so mmg saya dah tak tukar resepi lain dah sbb bila saya bg adik beradik jiran2 saya try semua kata sedap. Actually dlm majalah tu dia bg byk kombinasi resepi so terpulang nak guna resepi yg mana. So ini resepi yang saya pilih. Resepi ni utk 5 org makan klu nak buat lebih gandakan la bahannya. Mungkin bg yang pertama kali try sesuai try resepi ni.
Bahan-bahan tumis
1 labu bawang besar mayang halus3 ulas bawang putih mayang halus
halia ketuk2 je
serai 2 batang ketuk2
kulit kayu manis
bunga lawang
beras basmati 3 cawan - klu guna jenama jasmine pusa gold tu mmg panjang berasnya
minyak jagung 1/2 cwn
minyak sapi 3 sd besar
susu cair satu cawan
garam 3sd kecik
gula 2 sd kecik
daun pandan koyak2 kan
Masukkan dalam kuali 1/2 cawan minyak jagung dengan 3 sd besar minyak sapi. Bila dah panas masukkan bahan tumis, tumis sampai garing dan naik bau. Apabila dah naik bau saya transfer bahan2 ni ke dalam periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan susu cair, air yg telah disukat mengikut beras, garam, gula dan daun pandan. Apabila mendidih masukkan beras basmati yg sudah di basuh terlebih dahulu. Biarkan beras masak sepenuhnya. Petua masak nasi guna beras basmati ni jangan selalu kacau. Kacau 2 kali je sekali masa kita masukkan beras sekali lagi bila air dah kering. So siap la nasi minyak kita.
Kalau nak buat 1kg beras bahan2nya
1 cawan minyak jagung
5 sudu besar minyak sapi
1 tin susu cair
yang lain2 tu tambah2 la sendiri ye org kata masak ni jgn nak bersukat2 sangat campak2 je menjadi jugak he he
wah!! sangat panjang ini beras kan
No comments:
Post a Comment