Wednesday, July 17, 2013

Perihal malu bertanya sesat jalan

Selalu kita dengar malu bertanya sesat jalan. Salahnya pada yang tak bertanya hingga makan buah langsat berkilo-kilo kan. Tapi pernah tak orang bercerita perihal orang yang memberi jawapan tu. Macam mana jawapan yang diberi membantu ke orang yang bertanya tu?

Dulu mmg nature job saya outstation. Department saya tu kami ada lebih kurang 20 org officer yg kejanya merayau je he he tak cukup dalam Malaysia luar Malaysia pun kami kena pegi. Dalam sebulan habis kuat saya ada di ofis seminggu je lain tu bertebaran la di muka bumi Allah ni. Dekat ofis saya dah disediakan board sebesar alam untuk jadual keja kami ke mana yang harus kami pergi dan bila. Kalau nasib baik dapat kat town besar-besar kalau tak pergi je lah ke ceruk-ceruk kampung felda estet yang telah ditetapkan. Memang takde pilihan. Cuma saya masih ingat kami ada Timbalan En Mat namanya yang ambil berat dan seboleh-bolehnya nak create suasana happy walaupun kami kena outstation. Apa yang dia buat dia cuba kumpulkan beberapa orang dari kami supaya dapat berada dlm lokasi yang berhampiran setiap kali outstation. Contohnya kalau ada yang kena ke langkawi dia akan adjust supaya ada pegawai lain jgk yang blh pergi so takde la boring sangat sesorang tercampak di Langkawi tu kan. Tapi klu kena tempat best2 cam Langkawi tu saya bawa suami dan anak lagi. Hotel minyak tol confirm free he he siang saya keluar keja en somi ngan anak tinggal di hotel. Biasanya keja saya cuma separuh hari je so lepas tu kami berjalan la apa lagi. Mungkin itu yang menyebabkan walaupun kena outstation ramai yang masih boleh bertahan.

Opps!! terlajak citer saya nak citer tentang bertanya jalan sebenarnya. Jadi bila dah outstation je mmg banyak dah pengalaman saya bab2 bertanya ni. Ada yang lucu, ada jgk yang menyebabkan kita geram, meluat nak marah pulak jadinya. Memang kebanyakan tempat yang kami kena pergi tu merupakan kali pertama kita nak jejakkan kaki di situ. Jadi biasanya kami akan tel dulu bertanyakan arah jalan ataupun apa2 landmark yang paling mudah. 

Ada sekali tu saya kena pergi area Kepada Batas saya tunjukkan alamatnya kepada suami saya dia macam tau tp tak berapa pasti. Jadi saya tel kerani tempat saya nak pegi tu saya bgtau saya ni org Perak nak pegi Kepala Batas saya tau tp tempat diorang tu saya tak tau. So dengan yakin dan lancar sekali kerani bgtau dari Kl tu Puan ambik hgway plus Puan jalan terus terus sampai jumpa Ipoh kemudian jalan terus lagi terus terus sampai jumpa taiping. Saya menunggu dengan sabar jalan terus terus dia tu lepas tu dia kata nanti puan nampak signboard exit Kepala Batas puan masuk. Lepas bayar tol tu puan cari la sapa-sapa kat tepi jalan tu tanya. Aduhai punya la panjang end up suruh aku tanya org tepi jalan itu kita sendiri pun tau kan.

Then saya pernah jugak terkena yg tukang bg direction tu dia kata dia tunggu kat tepi jalan. Saya rasa ok lah klu mcm tu senang skit kerja. So dia pun bg direction belah kanan ada bangunan ni jalan terus jumpa simpang belah kiri ada pulak bangunan ni bagai tapi saya tak jumpa pun apa yang dia cakap. Berkali-kali tel sampai saya pening. Rupa-rupanya dia bagi direction tu dari arah bertentangan dengan saya bukan dari arah saya datang...hawau betul kata org Melaka ha ha..

Ada jugak saya berhenti tanya kat org tepi jalan yang menjawab tu bagitau jalan terus depan nanti ada kedai pak hassan lepas kedai pak hassan ada kedai makan kak kiah dekat-dekat situ lah. Bila dia sebut kedai pak hassan dan kedai mkn kak kiah bengongnya saya terbayang ada signboard besar tulis kedai pak hassan dan kak kiah. So sepanjang jalan saya fokus nak cari signboard tu tp kedai kat kampung kan mana la ada diorang nak letak signboard bagai tu. Orang kampung dah tau mana kedai pak hassan mana kedai kak kiah. Yang jadi mangsa org luar macam saya la. Pernah jgk saya terkena dia kata dia tunggu kat kedai singer saya cari bagai nak rak kedai Singer tak jumpa2. Rupanya takde pun signboard kedai singer. Kedai tu mmg jual barang elektrik singer tp takde singboard langsung. Kita orang luar klu nak cari kedai ada signboard Singer sampai kiamat la tak jumpa!!

Yang paling saya tak boleh lupa saya berhenti bertanya kat sorang pakcik ni tetiba pakcik ni jawap camni...pakcik ni walaupun dah 10 tahun balik dari Australia tp pakcik rasa tak ada tempat ni kat kg ni. Bila saya cuba tanya lagi jawapan dia asyik2 nak pusing bgtau hal dia dok Australia 10 tahun dulu. Siap cakap kat Australia gitu gini..Saya ni nak cepat bukan nak dengar sembang lagak pakcik oii...(dalam hati je la msk kg org mana berani) 

Jadi kalau diikutkan saya ni tak le malu nak bertanya tp sesat jugak. Bila kita bertanya tu org bagi jawapan kita janganla terus mengharap akan dapat jumpa dengan mudah. Ikut nasib la klu yang bg panduan tu pandai direct ok tp kalau dia pun ckp sesedap rasa je makan buah langsat la kita :)
Post a Comment