Monday, June 10, 2013

Tepung Talam Sedap


Biasa kalau makan apa-apa yang saya rasa sedap saya suka cuba dapatkan resepinya. Ikut rezeki la kadang kecek dapat kadang tak. Saya masih ingat lagi selepas kahwin masa dlm mood pengantin baru tu kan kita biasanya akan pergi ke rumah sedara mara jiran2 yg terdekat ngan umah kita. So masa pergi ke rumah nenek suami saya (di sana panggil Tok pelikkan kat perak Tok tu panggilan utk org lelaki tp sampai kedah Tok blh jd perempuan pulak he he) dia hidang kami tepung talam. 1st bite je saya dah jatuh chenta ngan rasanya. Masa tu jam2 tu jgk rasa nak minta resepi tapi malu la pulak kan nampak beno gelojohnya. So saya pendamkan je la dulu hasrat tu. Takpe tunggu masa yang sesuai skit he he...

Then bila saya buka mulut je tanya resepi dengan panjang lebar Tok terang kat saya resepi dan caranya. Mudah sangat la semudah A, B, C..eceh ceh berlagak pulak bunyi ye. Tapi serius saya kalau resepi ni saya suka yg mudah2 sukat guna cawan. Kalau yang sampai nak kena tulis 113ml air@125gm tepung sorry la saya nak buat resepi tu. So dipendekkan cerita ini lah resepi tepung talam sedap yang mmg sedaplah

Bahan bawahnya

1 cawan tepung beras
3 cawan santan 
Gula secukup rasa 
Gula merah@pati air daun pandan

kalau saya saya suka letak gula merah masakkan gula merah atas api dgn sedikit air kacau sampai hancur dan tapis. Lepas tu pastikan sukatan santan dan  air gula merah ni bila kita campur menjadi 3 cawan. 

Then campur ke semua bahan kacau sekejap atas api sampai agak pekat baru tuang dalam loyang. lepas tu blh prepare bahan utk atasnya pulak

Bahan atas
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan santan pekat
garam sikit

campur kedua bahan ni kacau sebati dan tuang atas bahan dalam loyang td. lepas tu boleh la dikukus. Kalau sapa yang suka makan kuih2 cam gini memang marbeless rasanya.  
Cuma kuih-kuih melayu ni dah memang sinonim ngan lemak dan manis kalau korang pandai2 nak mengadjust tahap kepekatan lemaknya korang terima je la padah kuih tak menjadi ha ha. Sebab saya dah try nak kurang kan santan tu end up kuih susah nak dipotong dan rasa dah lari.

No comments: