Tuesday, June 11, 2013

Mee Goreng Mamak@Restoran Upin Ipin

Entry sebelum ni saya ada sebut pasal kami makan kat Restoran Upin Ipin di Melaka. So saya nak cerita skit tentang restoran tu ermm..macam le I ni duta restoran tu ye he he. Takde lah apa just nak share sbb mula2 saya ingat restoran ni mcm biasa2 je tapi bila dah masuk dah makan menarik jgk untuk dibagitau kat kawan2.

Ni laluan nak ke toilet dihias dengan watak2 Upin Ipin

Melangkah masuk je si kecik saya dah tak keruan. Apa taknya macam2 barang Upin ipin ada kat situ -for sale ye bukan free ha ha. Dalam kami sibuk nak order makanan si kecik tu dah sibuk nak order itu ini nak tikar la botol air la macam2 kalo blh semua nak. Si kakak order fish n chip abang chicken chop, ayah nasi ayam saya minta mee goreng mamak dan utk adik saya order nuget.

Sementara tunggu makanan sampai kena la melayan kerenah si kecik ni yg dari tadi tak henti-henti tunjuk nak ni nak tu. Cerita Upin Ipin yg ditayangkan kat tv besar restoran tu pun dia dah tak layan. Dalam hati saya kata ni sah makanan sampai pun dia tak makan. 

Bila makanan sampai wah dihidangkan dengan ada gaya jgk la. Nuget tu dia isi dalam pail comel sayang saya tak teringat langsung nak ambik gambar. Fries pun sama, tempat sudu garfu  pun comel menarik bekasnya. Chicken chop fish n chip anak saya macam biasa la dlm big plate putih. Yang saya suka sbb sayur2 brokoli cauliflower yg dia hidang sekali ngan chicken chop tu fresh sgt crunchy krup2 bila kita kunyah. Nasi ayam pun not bad and the best adalah meee goreng mamak yang saya order tu . Serius mmg sedap suami saya pun kata sedap sangat mee nya. Saya tak pasti la yg kat shah alam tu sedap ke tak sbb tak pernah try tp yg di Melaka ni mmg sedap. Korang blh la try.

Bila nak membayo kira punya kira bil cecah rm100 lebih beb!. Mana tak nya si kecik usung tikar yg lebih tinggi dari dia nak jgk2 tikar tu plus benda2 lain so mak bayar je la nak.
Post a Comment