Tuesday, February 3, 2015

Kuih Lapis Resepi Mudah, Sedap dan Cantik


Biasa saya buat kuih lapis guna resepi kat buku alaf 21 tu. Tapi kali ni try resepi kat blog kak Yati Sinar Kehidupanku. Kak Yati kata di dapat resepi ni dari Kak An Periuktanah. Panjang jgk susur galur resepi ni ye tapi yang penting rasanya sedap bahan-bahan pun mudah dan senang bila di potong cantik je kejadiannya. Pada yang suka makan kuih lapis selapis demi selapis ni lah resepi yang dicari. Terima kasih pada tuan punya resepi asal ni.

Untuk makluman selain dari sukatannya yang sangat mudah resepi ni ada kelainan sikit dlm penyediaannya. Nak tau apa kelainannya jom follow resepi ni ye

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung beras
2. 1/2 cawan tepung gandum
3. 1/2 cawan tepung jagung
4. 4 cawan santan (saya guna 2 cawan pekat 2 cawan cair)
5. 1 cawan gula
6.  Pewarna merah dan esen ros - masa saya buat ada sirap je kat umah sirap pun jadi jgk tau
7. garam secubit

Cara-cara
1. Masukkan santan ke dalam periuk tambahkan secubt garam. Menggunakan api kecil panaskan santan kacau selalu dan matikan api bila telah mendidih. Biarkan santan suam-suam kuku.

2.Panaskan air dalam kukus. Pastikan kita isi air yg byk sbb nanti takut asyik mengukus lupa nk tgk air ada lagi ke tak kang tak pasal-pasal berlobang kukus kita

3. Satukan kesemua bahan tepung dan gula.

4. Kemudian tuang santan ke dalam adunan dan kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul

5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu dibiarkan warna asal dan satu lagi masukkan pewarna merah.

6. Bila air kukus telah betul-betul mendidih boleh la mula mengukus. Saya follow Kak Yati tuang warna putih dulu. Berapa byk nak tuang bergantung pada loyang dan senduk yg kita guna. Kalau ikut cara saya saya tuang agak-agak menutupi semua permukaan loyang lebih kurang 2 ke 2.5 senduk bulat saya tu.

7. Kukus dlm agak-agak 4-5 minit kemudian blh la tuang kan lapisan merah pulak. Ikut adunan ni saya dpt 6 lapisan. Lapisan akhir tu kita tambahkan lg pewarna merah skit lagi nak bg kaler dia naik.Dan teruskan mengukus lebih lama sikit dari 5 minit untuk lapisan akhir ni.

Biasa bila saya masak kuih lapis lepas kukus kena tunggu masa yang agak lama jugak baru berani potong. Tapi guna resepi ni tak payah nak tunggu lama. Dlm 15 minit saya try potong dah ok. Kebetulan ada jiran dtg rumah saya pulak takde apa nak jamu. So belasah je lah. Rasanya pun ok sedap padan dengan rupanya yang cantik. Kalau korang nak tgk gambar-gambar yang cantik-cantik blh tgk kat blog Kak Yati. Saya ni yang sebetulnya tak sempat nk ambik gambar tau-tau dh nak licin seloyang. So ni je lah yang ada klu korang nak tgk hehe


 


Post a Comment