Thursday, October 6, 2016

Bersegeralah melawat orang sakit

Saya baru kehilangan seorang jiran. Berita kematiannya saya dapat ketika  dlm perjalanan bercuti pulang ke kampung. Mmglah diusia usia begini berita tentang kematian bukanlah sesuatu yang asing. Mati itu pasti masih dipanjangkan umur itu rezeki. Cuma apa yg nak dikongsi disini perasaan terkilan saya yang teramat saat mendapat berita arwah telah pergi.

Pada yang follow citer2 dlm blog saya mungkin tau saya dan jiran-jiran hubungan kami agak rapat. Banyak aktiviti yang kami kongsi bersama. Arwah mmg tk berapa sihat dan keluar masuk hospital. Tapi mmg saya dan jiran-jiran yang lain kami pasti luangkan masa melawat arwah. Memandangkan saya bekerja sendiri dan blh adjust jadual kerja saya kerap jugak menemani arwah untuk berubat, beli barang atau apa2 urusan arwah yg boleh saya tolong mmg saya tolong. Kalau ada kesempatan saya masakkan makanan yg arwah suka. Pernah jugak arwah tel nak singgah sarapan di rumah saya katanya tp nasi lemak dh siap beli. Dan kebetulan saya pun ada sebungkus nasi lemak saje pg tu. Arwah singgah kami makan bersama dengan makanan sendiri  kelakarkan. Begitulah  hubungan kami. Malah anak kami pun bersunat kendurinya kongsi bersama. Terlalu banyak kenangan. Saat sakit sakitpun dia luangkan masa klu ada aktiviti yg kami buat. Akak datang nk nyebok je akak jadi mandur ye supervisor katanya. Tu ayat dia masa team makan beradap saya bertungkus lumus siapkan hidangan utk kenduri kawin adik jiran saya.  

Saat-saat akhir hayat arwah dimasukkan ke Hospital Selayang. Saya tak pasti bagaimana arwah boleh dimasukkan ke sana. Sebab sblm ni semuanya di hospital Klang. Mgkin atas faktor jarak dan mungkin jugak saya tidak bersungguh mencari masa saya langsung tidak melawat arwah sepanjang arwah berada di hospital Selayang. Sehinggalah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Perasaaan terkilan mmg terbuku sgt dihati saya. Kenapalah saya tidak berusaha mencari masa melawat. Dan perasaaan terkilan itu semakin bertambah kerana saya tidak dpt melihat arwah buat kali terakhir. Serasanya arwah hilang dr hidup saya sebegitu saja. Sehingga sekarang setelah berbulan-bulan kematian arwah sesalan masih lg terasa dan saya amat merindui arwah. Kadang-kadang bila kami jiran-jiran berkumpul makan-makan saya rs seperti menanti mencari-cari arwah kenapa kak ida tak datang kak ida tk sihat ke..padahal saya tau arwah telah tiada. 

Ingatan untuk diri saya bersegeralah melawat orang sakit. Carilah luangkan masa untuk bertemu mereka. Kita tidak tahu siapa yg bakal pergi dulu. Semoga roh arwah tenang di sana Alfatihah untuk jiranku sahabatku Rohaidah Zainal
 

Thursday, March 10, 2016

Bila dah Viral@Trend

Sekarang ni semua ikut trend semua benda jd viral bila dh start trend tu. Ditambah pulak ngan puak-puak yg sikit2 semua benda nk menempek gambar di fb kan. Kalau kedai makan sedap tu mcm jd kesalahan pulak kalau kita tk pegi situ kan. Lepas sorang-sorang lalu lalang gambar kat fb instagram. Maka berduyun-duyun la yg pegi ke kedai tu. Fikir positif sidenya bagus untung utk yg berniaga rezeki dia la kan. Bukan takat makan tgk wayang pun jd viral tak caye tanya lah diri sendiri hehe demam dilwale ola bola ermm.. Kalau saya malas nak layan trend ni ikut la kalau rasa hati nk follow aku follow kalau tak lantak kome le kata org Perak.

Tapinya kalau dh melibatkan anak-anak payah jugak. Bukannya dia paham kata tak payah or dlm bahasa yang paling tepat takde duit kih kih. Dah semua giler main kasut roda tu sana sini smpai kita g bercuti  luar dr kl pun memalam bila kami meronda aktivitinya bdk main kasut roda. Nun di kampung pak menakan umoq 50 taun pun main kasut roda woo. Apatah lagi yang umur 5 tahun ye dak.

Mula saya buat pekak je. Ada la bdk2 lorong umah saya ni jumpa kasut roda yg org dh buang. Depannya dah ternganga tp boleh lagi la pakai. So diorang pun rotate la main kasut roda tu reramai. Dah mak masing-masing buat dek je taknak belikan. Siankan kejam kami ni. Sampai la bebudak ni semua pandai main kasut roda hasil dr bermain kasut yg dh ternganga tu. So dulu ala-ala alasan takmo beli sebab tk pandai main nanti jatuh bahaya la now apa lg maknya haha. Lengah-lengah jugak saya dengan bapaknya idak jugak nak membeli kasut roda. Bawak g ice skating pulak escapism tp pikir balik sorang sekali main RM35 tu br sorang hermm bukan boleh sorang je masuk baru sekali pegi dh boleh beli kasut tu.      

So berbincang ler mak-mak semua makanya berduyun-duyun ler kami ke GM Plaza tu nasib GM tu sepelaung je dr umah. Untung ler bdk kedai tu kan. Saya beli sepasang je jadilah Nak itu je yang ibu mampu. Main la sementara viral ni esok2 lelama jemu dok terperuk la dalam stor mcm layang-layang raket badminton barang buat gelang getah kereta/helikopter kontrol and nasib lego ada lemari khas klu tak ngan lego-lego kena letgo gamaknya.

Tuesday, February 16, 2016

Tips : Maksud E di meter minyak kereta kita

Baru-baru ni dengar kat radio IKIM tips2 pasal kereta. Biasa lah org dok kata lady driver ni tau bawa je apa benda pasal kereta haram tak tau kan. Apa-apa jadi kat kereta di tgh jalan hello je kat superman  kih kih. Nak-nak pulak time tayar pancit ke kan. Superman saya cepat je sampai kalo saya ckp " bang tayar keta I pancit ni " . Kadang datang siap ngan tapau air pisang goreng lg. Ada la kengkawan dia ckp org pompuan ni tu lah bw keta je pandai tukar tayar basic tu pun taktau. Saya jawab kalo tau sekali pun tak larat lar nk mulas skru tu beranak larat ler...betul kan jawapan saya ni hehe.



So sapa tau apa makna E tu ??? Kalau F tu ye lah Full maknanya bukan fast and furious pulak ye. Bila dengar speaker kat radio tu ckp apa makna E tu saya cam ooo ye ke. Pasai apa tkde orang bagitau itu maksud yang sebenarnya. Ingatkan empty ke emergency ke. Rupa-rupanya E stand for E.N.O.U.G.H ko. Enough for 60km utk kita g cari stesen minyak terdekat. So lady driver outside there jangan panik ye bila minyak kita dh capai E. You still have enough petrol jika di bawa pada kelajuan 80km/jam atau lg slow kita bawa lg lambat minyak tu habis. Tu yang org kata jgn bawa laju-laju cepat habis minyak. Tapi jangan la pulak syok je bawa kereta smpai tak sedo dh 60km. Yang tu bukan lagi enough cari nahas namanya hehe.

Nanti kalau ada apa2 tips saya share lagi. Selamat memandu ye ingat-ingat lah yang tersayang. 

Sunday, February 7, 2016

Rindunya nak menulis

Lama betul tak menulis di sini. Sejak saya dah tak ada bibik mmg life berubah betul. Huru-hara jgk rasanya 9 tahun ada yg uruskan semua pasal umah so sapa yg pernah ada bibik akan lebih paham kot. Lps bibik takde kerani ofis suami saya pulak bhenti sbb nak uruskan anak dah start sek.  Then bdk keja lg sorang yg uruskan sek memandu saya tu bhenti jgk dapat better offer. So 3 org ini punya keja mokcik kena cover. Wpun ada byk story yang nk di cerita masa lapang yg ada baik saya berehat je lah.

So ini catatan pertama di 2016 tak tau lah pasni bila pulak nk menulisnya. Rindu nk menulis mmg tetap ada