Thursday, March 10, 2016

Bila dah Viral@Trend

Sekarang ni semua ikut trend semua benda jd viral bila dh start trend tu. Ditambah pulak ngan puak-puak yg sikit2 semua benda nk menempek gambar di fb kan. Kalau kedai makan sedap tu mcm jd kesalahan pulak kalau kita tk pegi situ kan. Lepas sorang-sorang lalu lalang gambar kat fb instagram. Maka berduyun-duyun la yg pegi ke kedai tu. Fikir positif sidenya bagus untung utk yg berniaga rezeki dia la kan. Bukan takat makan tgk wayang pun jd viral tak caye tanya lah diri sendiri hehe demam dilwale ola bola ermm.. Kalau saya malas nak layan trend ni ikut la kalau rasa hati nk follow aku follow kalau tak lantak kome le kata org Perak.

Tapinya kalau dh melibatkan anak-anak payah jugak. Bukannya dia paham kata tak payah or dlm bahasa yang paling tepat takde duit kih kih. Dah semua giler main kasut roda tu sana sini smpai kita g bercuti  luar dr kl pun memalam bila kami meronda aktivitinya bdk main kasut roda. Nun di kampung pak menakan umoq 50 taun pun main kasut roda woo. Apatah lagi yang umur 5 tahun ye dak.

Mula saya buat pekak je. Ada la bdk2 lorong umah saya ni jumpa kasut roda yg org dh buang. Depannya dah ternganga tp boleh lagi la pakai. So diorang pun rotate la main kasut roda tu reramai. Dah mak masing-masing buat dek je taknak belikan. Siankan kejam kami ni. Sampai la bebudak ni semua pandai main kasut roda hasil dr bermain kasut yg dh ternganga tu. So dulu ala-ala alasan takmo beli sebab tk pandai main nanti jatuh bahaya la now apa lg maknya haha. Lengah-lengah jugak saya dengan bapaknya idak jugak nak membeli kasut roda. Bawak g ice skating pulak escapism tp pikir balik sorang sekali main RM35 tu br sorang hermm bukan boleh sorang je masuk baru sekali pegi dh boleh beli kasut tu.      

So berbincang ler mak-mak semua makanya berduyun-duyun ler kami ke GM Plaza tu nasib GM tu sepelaung je dr umah. Untung ler bdk kedai tu kan. Saya beli sepasang je jadilah Nak itu je yang ibu mampu. Main la sementara viral ni esok2 lelama jemu dok terperuk la dalam stor mcm layang-layang raket badminton barang buat gelang getah kereta/helikopter kontrol and nasib lego ada lemari khas klu tak ngan lego-lego kena letgo gamaknya.
Post a Comment