Tuesday, December 30, 2014

Di sini cita dan cinta bersemi

Wah jiwang karat jugak entry saya kali ni kan hehe..bukan apa baru 3-4 hari lepas saya suami dan anak-anak serta sahabat lama kami yg dtg sekeluarga dari Pahang sama-sama mengimbas kenangan hampir 20 tahun lalu! 

Saya dan In dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran manakala en suami kami both from Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Persahabatan kami dari alam kampus sehingga lah sekarang masih lagi utuh. Saban tahun insyaallah ada masa terluang kami berbalas kunjungan.


 Dan yang di bawah anak-anak kami. Anak saya yang sulung perempuan sebaya dgn anak In yang lelaki, anak no 2 saya lelaki tua dua tahun dari anak In yg no 2 perempuan manakala anak ketiga kami sebaya anak saya perempuan anak In lelaki - dah blh jadi couple masing-masing tu hihi


Bergambar kenangan di Fakulti Ekonomi. Hajat di hati nak tunjuk dewan kuliah kat anak-anak tp berkunci pulak.

 


Dan yang pasti paling nostalgia bilik saya dengan roomate yang sehati sejiwa cuma tak sejawa je :)


Di sini lah dulu sorang mamat tu selalu melangut menunggu sang puteri ceewaahh. Bilik saya 1st floor no 3 dari kiri tu. Kat sebelah kiri saya 2 lagi bilik tu pun bilik bff jugak and mmg hot spot lah bilik ni. Kalau chenta hati datang takyah nak interkom bagai. Nak pulak sorang bff saya tu suara cik abg dia kalah interkom oppss!! jangan maree ye cik penulis skrip haha 

Kami sempat lunch kat UM sambil makan sambil memerhati gelagat pelajar. Ada yg terkejar-kejar gaya nerd dgn buku fail beg sandang sarat ilmunya ada yang santai-santai nakal mengusik rakan tak kurang jg discussion group di sana sini. Ahh!!! manisnya kenangan lalu

Masa yang padat dan hujan yang sudah rintik-rintik tak mengizinkan kami berlama-lama di kampus. Sempat saya titipkan pada anak-anak andai panjang umur ada rezeki masuklah UM :)

Sunday, December 7, 2014

Petua goreng keropok lekor supaya tak meletup

Sebelum nak cerita panjang saya nak bgtau saya bukan orang Kelantan atau Trengganu atau Pahang yang terkenal dengan kepok lekor tu. Sedara-mara datuk nenek sepupu sepapat ke semua bukan lahir dari negeri keropok. Saya bukan pakar bukan chef bukan yang arif lagi bijaksana tu. Saya hanya nak kongsi secebis petua dan pengalaman. Petua yang saya dapat 20 tahun dulu dari mak sedara saya yang berkahwin dengan orang Trengganu. 

Mak sedara saya bgtau bila kita bawak balik keropok yang kita beli biasanya kita akan simpan dalam peti ais kan. So bila nak makan keluar dari peti ais tu lepas defrost Petua Pertama rebus dulu keropoknya. Bagi air rebusan tu sampai mendidih barulah kita stop rebus keropok lekor tu. Kemudian toskan dan boleh la potong kecik-kecik. Tang potong ni lah ada petuanya - bukan sebarang potong ye hihi.

Petua kedua potong serong-serong dan dihujung keropok tu kita belahkan kerepok tu. Nak lagi bagus both side keropok tu kita belahkan sbb kalau satu side je keropok blh meletup jugak sikit.


Nampakkan potongan@belahan yg saya buat tu kan. So lepas tu boleh la goreng macam biasa. Nak elok sebenarnya goreng dalam minyak penuh tp saya kedekut skit minyak hehe..


Sepanjang saya guna petua ni mmg tk meletup klu meletup pun skit2 je lah bukan pop up yg sampai merbahayakan kita. Bila saya pikir mmg ada logiknya lah kenapa keropok tak meletup bila buat macam tu. Belahan yang kita buat tu dengan sendirinya memberi ruang untuk keropok mengembang bila panas. Kalau takde belahan@rekahan tu keropok akan mengembang dan meletup dengan sendirinya dan letusan yang kuat akan memercikkan minyak panas kepada kita. Kawan saya blh dikategorikan mengalami cedera yang agak teruk akibat letupan keropok lekor. 

So petua ni mungkin ramai yg dh tau dan biasa apply. Kepada yang baru tau sila kongsi2 kan ye. Mungkin juga ada petua lain yang lagi mujarab boleh jugak share.. dah sharing is caring kan. Selamat menggoreng keropok ye!!!

Wednesday, November 19, 2014

Bubur Asyura resepi ringkas dan mudah

Lama saya tak update blog. Bukan takde bahan nak ditulis tapi takde kelapangan end up apa yg nak ditulis pun jadi basi so let it go je lah.

Tetiba hari ni sangat- sangat bersemangat nak buat bubur Asyura. Sebelum tu ada gak dengar2 en suami sebut-sebut balik kg nanti nak suruh mak dia buatkan. Saya buat-buat tak dengar je. Tapi bila galak sangat semua org update gambo bubur asyura ni leleh jugak lah hehe.

So cam biasa saya pun tgk intai-intai blog org. Biasa saya cari yg nampak simple so kalau tak jadi tak lah saya ralat sangat. So ni lah resepinya

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung beras
2. 5 cawan santan
3. Gula merah + gula kabung + gula putih secukup rasa
4. Garam skit
5. Bahan-bahan kekacang saya cuma guna ni je


sebabnya nak masuk pisang suami tak suka pastu yg lain-lain tu takde saya guna je apa bahan yg ada kat kedai runcit depan umah je. So klu korang nak masukkan benda lain ikut suka le kacang tanah, kacang kuda, kacang pol, ubi kayu, sagu etc...

Cara-cara
1. Satukan tepung, santan, gula dan garam dalam periuk.
2. Masak kacau atas api yang perlahan. Sentiasa kacau kalau tidak bawahnya boleh hangit.
3. Sampai nampak agak pekat masukkan bahan-bahan kekacang. Teruskan mengacau sehingga adunan pekat dan mengeluarkan bunyi-bunyi cam wolp-wolp gitu hehe.
4. So ni lah hasilnya


dan menjelang malam ni je yang tinggal haha


En suami punya komen... "ok ada rasa bubur asyura"... jadi la kan ni kira projek kasi terjah je seumur hidup ni baru kali pertama buat.

So sapa nak try resepi ni cubalah insyaallah jadi cuma ye lah rupa parasnya tak dpat nak kaler hitam sebab kita kacau dalam periuk biasa. Kena kacau dlm kawah untuk dpat kaler itam manis tu hihi.

Tuesday, October 14, 2014

Teringat hampir-hampir menjadi mangsa tsunami

Setiap kali menonton atau membaca apa2 yang berkaitan dgn tsunami saya past teringat bagaimana saya jugak sebenarnya hampir-hampir menjadi mangsa. Tapi tu lah kuasa Allah takdir Qada dan Qadarnya mengatasi segala. Ternyata umur kami sekeluarga masih dipanjangkan oleh Allah S.W.T. Syukur yang teramat sangat masih dipinjamkan nyawa hayat hingga ke hari ini.

Sehari sebelum kejadian suami bgtau dia ada meeting di Pulau Pinang. Jadi dia ajak saya ikut. Memandangkan masa tu saya ada 2 org anak yg hyper dan jaraknya selang setahun je saya mmg tak berani berjalan tanpa suami saya. Jadi suami cadangkan kami singgah di umah mak saya dan ambik adik saya yg 2 orang tu buat peneman saya. Suami nak suruh kami lepak berkelah di Pantai Batu Feringgi tu sambil menunggu dia habis meeting.Lepas tu blh la pusing-pusing Penang katanya.

Kami sampai di rumah mak saya sudah agak lewat malam. Sempat jugak saya bgtau adik-adik jom ikut saya pergi berkelah kat Batu Feringgi tp kena keluar awal pagilah. Selalunya adik-adik saya kalau saya ajak berjalan melompat je deme (deme bahasa org Perak bermaksud mereka) . Tapi kali ni saya tgk adik-adik saya macam acuh tak acuh je. Actually saya pun dlm hati tak le excited sangat. So saya tak beria-ia la mengajak adik-adik saya tu. Memang ntah la rasa cam malas sangat nak pegi. Saya rasa tu 1st time sejak kami kawin suami ajak berjalan saya rasa malas nak ikut. So mlm tu sblm tido saya fikir2 jugak nak pegi ke tak then saya ckp kat diri sendiri tgk esok lah klu bangun pagi rasa nak pegi saya ikut klu tak taklah.

Memanglah semuanya di gerakkan oleh Allah. Pagi tu saya rasa malas betul nak bangun. Apa pun saya tak prepare. Bila gi bilik adik-adik diorang pun dgn mata pejam-pejam cakap taknak ikutlah. So saya bgtau suami suruh dia je gi meeting. Saya biasalah  1 hari kat kampung saya langsung tak dengar radio ke tgk tv ke langsung tak tau apa cerita hari tu. Dok sembang ngan mak abah je masak makan tu je keja kami. Tak silap saya dlm kul 2 camtu suami saya dh sampai semula ke umah mak saya. Cepat dia habis meetingnya. Sampai umah mak suami saya penat terus layan tido so dia pun sama lah cam saya langsung tak dengar news hari tu.

Malam tu lepas maghrib kami bertolak balik dr umah mak saya. Dalam kereta bila on je radio dengar kecoh berita pasal tsunami ni. Mula saya ingat kat Aceh je. Saya ingat biasa-biasa je. Memang langsung tak terbayang di fikiran saya siang tadi satu kejadian yg maha dahsyat telah berlaku. Kami terus dengar-dengar gitu je lah berita tu. Update demi update sehinggalah dj  radio mengulas tsunami melanda Pantai Batu Feringgi. Masa tu saya ingat lagi saya cakap kat suami Ya Allah bang nasib baik kami tak ikut tadi kalau tak... . Saya terbayang macamana la saya nak selamatkan anak-anak adik-adik. Teringat sekeluarga yang sedang berkelah di pantai ketika itu kehilangan 5 org anaknya sekaligus.

Tsunami yg melanda mmg tragis apapun saya bersyukur sangat-sangat seolah-olah kami diberi peluang nyawa kedua. Semoga kami tergolong dalam hamba-Nya yang tau mensyukuri dan menginsafi nikmat dan rahmat dariMu Ya Allah.



 



 

Monday, October 13, 2014

Pancake mudah

Kali ni nak share pancake pulak. Dulu-dulu saya bancuh sendiri pankek ni biasa la skodeng blog orang goggle sana sini jumpa resepi try. Bila jadi tu seronok le.

Sekarang sejak dah jumpa tepung pancake segera yang sedap dan menjadi ni makin senang keja saya hehe. Dulu pernah jugak cuba beli tepung pancake segera tp bila buat rasa tak menepati sirim anak tekakku. Tapi kali ni bila cuba brand ni rasa ok lah ada ala-ala rasa pancake mcd (saya mmg rajin beli pancake mcd dulu)


Buatnya senang ikut je arahan kat kotak tu. Guna non stick pan - saya guna pemanggang ajaib tu je mmg menjadi. Sekotak dapat lah dlm 12-15bj bergantung pada saiz yg kita tuang kat kuali tu.


Nak sedap beli la sirap maple tu tak pun cicah ngan kuah kari pun sodapp.


Friday, October 10, 2014

Sensitiviti merakam dan memuatnaik gambar@video

Sekarang dimana-mana buat apa saje keutamaannya mesti nak ambik gambar. Dah ambik mesti nak share bg orang tgk. Ye lah klu tak bg org tgk apa ke jadahnya beria2 ambik pastu peram ye dak.

Tapi kalau korang tanya saya harus la tak berapa berkenan. Sikit-sikit ok lah setakat cukup la org kata tak ketinggalan zaman. Bukan apa saya masih lagi ada rasa cam ambik2 gambar sendiri ni untuk momen happy yang seronok-seronok bukannya gambar yg ngeri sedih ataupun kematian. Sebab dulu-dulu kan kita ambik gambar guna negatif filem tu time bday ke kenduri-kendara ke party kat sekolah je kan. Takde de pegi hospital tgk orang sakit, melawat kubur@orang mati, anak mengelupur sakit dlm ER, accident kereta, tayar pancit, anak baru bertatih panjat  tangga, anak sakit perut kembung tgh melalak tu kita nak ambik gambar kan. Dulu-dulu keja-keja merakam gambar kategori kecemasan ni semua kerja wartawan. Bukan kerja kita org biasa ni mengelupur kelam kabut nak ambik semua gambar-gambar tu kan.

Sekarang zaman dah berubah semua orang dah boleh jadi wartawan tak bertauliah share upload sebarang news yg terbaru. Accident baru jadi depan mata blh terus ditonton oleh semua orang. Real non edit lg. Kalau beli surat khabar pun esok baru tau dpt tgk semua itu pun lepas di edit. Tapi sejauhmana kita peka dengan perasan dan hati mangsa dan keluarga mangsa dalam gambar@video tu. Saya teringat pernah membaca di suratkhabar seorang ibu merayu orang ramai yang berada di pantai sejurus mayat anak nya ditemui supaya jangan mengambil gambar mayat anaknya. Ibu malang itu menangis-nangis memohon simpati pada semua yg ada yg semuanya dah siap siaga memegang hp masing-masing. Saya tak paham la apa yg diorang fikir sebenarnya. Nak like byk ke nak jd org pertama sampaikan maklumat ke apa kadang tulis sharing is caring..caring la sangat apa benda yg caring klu mayat orang ko upload.

Itu belum lagi video accident tak kiralah ngeri ke separuh ngeri ke. Seorang kenalan saya kehilangan suami kemalangan jalan raya dan video kejadian dimuatnaik dalam youtube. Anak-anak arwah melihatnya dan video itu memberi kesan emosi pada anak-anak sampai menjadi igauan mimpi tidur mereka. 

Tapi memang susah hendak mengekang benda sebegini. Semuanya bergantung pada sikap. Tengok saja apa yg kita upload update di fb contohnya. Kadang-kadang saya jadi pelik..ye lah pelik tapi benar. Seorang ibu saat-saat cemas anak mengelupur sakit masih sempat ambik gambar upload dan menjawab segala komen di disitu. Kalau jawab lepas sejam dua tu logik la kan lepas upload gambar bg rawatan kat anak. Ni tak selang seminit jawab orang tanya je jawab. Kat mana fokusnya nak rawat anak ke jawab komen. Kejadian-kejadian cemas anak naik tangga anak kat birai tingkap panjat gril pintu sampai yang paling atas kita masih lagi fikir nak ambik gambar dulu sebelum ambik turunkan anak tu. Kalau lah masa kita snap tu anak kita tergolek jatuh baru nak nyesal.

Memanglah benda ni trend sekarang tapi sapa yang jadikannya trend kita jugak kan. Kalau kita tak jadi cam lembu dicucuk hidung ikut je apa orang buat takjadilah. Fikir-fikirlah bukan semua gambar sesuai utk tatapan umum. Tak taulah saya kalau nanti ada yg suka gambar mayat dia satu dunia tgk. Kita mati macamana cara pun tak taukan mcmana rupa mayat kita pun kita tak tau kan so suka ke??? 

  

Wednesday, October 8, 2014

Roti telur strawberry cheese

Nak share resepi mudah yg saya dapat dari sorang rakan sekolah. Memang sangat simple tapi hasilnya anak suka ibu setuju (ibu setuju tu sbb senang sangat nak membuatnya hehe)


Mula-mula sapu roti dengan jem strawberry. Kemudian letakkan cheese sekeping dan letakkan sekeping lagi roti di atas cheese tadi.


Kemudian potong la ikut sedap mata memandang sesuka hati  3 segi 4 segi gaya bebas namanya :)

Sesudah itu celupkan dalam telur yg telah dipukul terlebih dahulu macam kita buat roti telur biasa tu. Goreng sampai masak. Bila angkat mmg nampak cheese yg meleleh tu. Saya tak sempat snap gambar yg dah siap goreng letak-letak terus habis daa..

Rasa manis-manis strawberry dan lemak masin cheese yg bersatu dgn telur dan roti tu mmg pergghh la. So blh la try ye

Sunday, September 28, 2014

Akhirnya shepherd pai in the house

Hajat nak buat shepherd pai ni lama dah tp asyik tertangguh je sampaikan dah berapa kali beli barang tak muncul-muncul jugak itu pai.

Siang tadi mmg agak bz ngan kerja tp semangat nak buat membara akhirnya menjadi jugak. Asalnya saya dapat resepi ni dr seorang kenalan di fb Kak Azlinawati Abd Aziz. Then ada jugakla saya google skit2 tgk sana sini. Tapi sorrylah 1st time buat pai ni lepas siap masing-masing ngap-ngap bagi jiran skit sorang abiss seloyang hehe tak sempat ambik gambo pun. So just share resepi..actually nak kata resepi la sangat tak jugak sbb sukatannya tak bersukat sangat pun. Dalam erti kata lain resepi sesedap rasa sendiri hehe.

Bahan kentang
5-6 biji kentang
Fresh milk
Butter

Rebus sampai empuk saya rebus ngan kulitnya sekali so senang nak kopek kulit dia bila dah lembut. Pastu lecek-lecek sampai hancur. Pastu masukkan fresh milk ni pun agak-agak je tgk sampai doh kentang jd lembut dan agak creamy mcm whipped potato kfc tu. Saya ada tgk sorang blogger ni dia tulis stgh cawan susu tp dia ada jugak cakap jgn tuang habis tuang skit2 dulu klu tgk dh ok tak pyh habiskan susu tu. Klu tk ok tambah lagi susu so mmg kesimpulannya ikut sesedap rasa sampai menjadi. Then tambahkan butter dalam 2-3 sudu butter ni kita biarkan dulu dia mencair dlm suhu bilik. Jangan pulak masukkan butter yang keras baru keluar dr peti ais tu nanti dia tak mesra ngan kentang kita. Dah selesai tu blh la buatkan intinya pulak.

Bahan inti
Mince beef@chicken - saya guna Ramly 400gm
1 paket serbuk instant Mushroom Soup - saya guna Cambell Soup 
Bawang holland
Serbuk lada hitam - saya guna yg ori lada hitam biji then saya blender. Ada resepi tulis 1 sudu kecik ada yg buat1/2 sudu kecik. Saya tak berani nak letak byk takut berasap so mmg agak-agak gitu skit je
Serbuk lada sulah - yg ni pun sama guna lada putih ori then blender
Garam gula secukup rasa
Cendawan butang, mix vege, capsicum - tp satu pun saya tak bubuh sbb anak boy saya tu tak suka benda-benda ni

Cara-cara
Saya panaskan butter campur minyak skit (saje nak bg bau wangi tu guna butter) tumis bawang. Kemudian masukkan mince beef. Kacau-kacau pastu masukkan instant mushroom soup yg telah dibancuh dgn air terlebih dahulu. Pesan kak azlina jgn bg daging ni berair tapi bila saya kacau-kacau nampak cam berair la pulak. So saya ambik tepung jagung bancuh skit ngan air campur ngan daging tu nak bg dia pekat. Pastu perasakan dgn lada hitam lada sulah garam gula semua tu. Dah siap intinya.

Ambik loyang lenserkan ngan butter. Resepi asal masukkan daging dan tekan mampat. Tapi saya letakkan dulu selapis kentang lecek sbb saya suka makan kentangnya. Pastu baru saya masukkan inti daging tadi. Pastu baru lapisan akhir atas sekali kentangnya. Selesai..eh memandangkan anak beranak sume suka cheese so saya tabur2 mozzarella ngan cheddar kat atas.

Bakar lebih kurang 20 minit@sampai cheese melt. So dah siap saya suka makan masa panas-panas. Cuma cam rasa kurang pedas mgkin next buat tambah skit lagi lada hitam :)



















Tuesday, September 23, 2014

Reaksi anak bila Maths UPSR pun bocor

Saya teringat terbaca tajuk Matematik UPSR diambang kebocoran masa kecoh2 kes Subjek Sains dan English hari tu. Masa tu saya cakap dlm hati jgnlah disahkan bocor sian kat anak-anak. Jenuh la weh subjek maths nak mengira bagai kalau kena ulang. 

Lama lepas tu senyap rasa lega sbb hanya Sains dan English. Tapi ingatkan senyap selamat ini kali peribahasa diam-diam ubi tp berisi tu sangat menyakitkan hati. Tau-tau keluar news Maths pun kebocoran!!! Kena ulang tarikh lepas raya aji pulak tu.

Reaksi anak saya - menangis mengamuk sepak-sepak meja dan langsung terbaring merebahkan dirinya atas lantai menangis teresak-esak. At first ibu tak tau nak buat apa. Bagi dia lepas dulu geramnya tu. Kakak pun tgk je. Kemudian saya duduk bersamanya dilantai. Saya riba kepalanya sambil mengusap rambutnya dan dia terus menangis. Saya dpt melihat kakak yg memerhati adiknya juga sebak merah padam muka kakak menahan air mata. 

Sambil sebak-sebak anak saya berkata abang dah buat elok dah maths tu abg taknak buat lagi. Memang sangat menyedihkan. Mungkin bg ibu-ibu yg mengalami nasib yg sama akan lebih mengerti. Anak saya mmg sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Sebagai ibu apa lagi yg blh kita lakukan selain memberi kata-kata semangat dan perangsang. Tapi bkn semudah itu. 

Kepada ibu-ibu diluar sana marilah kita berdoa moga anak-anak kita diberi ketenangan dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Mereka masih kecil dan belum mengerti "permainan" ini tetapi merekalah yang paling terkesan.

Friday, September 12, 2014

Cuti sekolah kali ini

Esok dah start cuti sekolah dan tadi saya p pkns shah alam..beli buku latihan Sains dan English. Tak pasal-pasalkan kena beli lagi beli tu tak kisah lah bukan mahal mana sangat pun. Yang siannya anak-anak kitalah. Memang raut muka anak saya dia kecewa sangat macam nak menangis dah sejurus dia tau kena ulang paper Sains ngan English tu. Betul kata kawan saya moral support sangat penting. Saya ayahnya dan kakaknya cakap macam-macam kat dia yang baik-baik yang semangat-semangat gitu. Kakak siap cakap kalau kakak lah seronoknya kakak blh baca buku lagi buat latihan lagi. Saya tau tu ayat kakak nak pujuk je kalo kena kat kakaknya pun mau ngamuk haha.

Ntah apa la yang diorang kemaruk sangat nak bocorkan soalan UPSR ni. Bukannya kalo dpt 5A boleh terus lompat g masuk universiti pun. Ye lah ranking sek sasaran semua tu penting. Bangga sangat la kan dgn bilangan yg ramai dapat 5A semua kembang lubang idung masuk tv surat khabar berita-berita bertebaran di laman alam maya ni. Penting sangat sehingga mengorbankan hati dan perasaan anak-anak kecik kita. 

Seorang guru besar di sebuah sek anak-anak orang asli menulis betapa mereka telah mengeluarkan belanja untuk makan minum para cikgu dan pelajar yg berkampung di sek sepanjang peperiksaan berjalan. Guru dan para pelajar tidur di sekolah semata-mata untuk memastikan pelajar dapat menduduki peperiksaan.

Mungkin apa yg berlaku dapat memberi pengajaran kepada tukang bocor. Seorang penulis di sebuah surat khabar menyatakan soalan bocor adalah sesuatu yang memalukan tetapi bukanlah mengejutkan. Dalam maknanya tu.

Dan tugas berat ibu bapa guru-guru adalah memastikan kelangsungan semangat anak-anak. Saya tak ke mana-mana cuti ni balik kampung pun tak. Hari ni saya biarkan anak bujang saya tu lepas bebas dari buku. Biarlah dia berleka-leka seketika sebelum perlahan-lahan menariknya semula ke alam study...ngan maknya pun kena lah ulang sekali huhu

Wednesday, September 10, 2014

Azam tahun depan

Bahawasanya dengan ini saya berazam tahun depan tahun 2015 saya taknak dah beli biskut raya banyak-banyak.


Yang dalam gambar ni sebahagian je baki biskut raya yg tak habis ada lagi berbalang-balang berbekas-bekas huhu. Yang betul-betul habis adalah biskut yang saya buat sendiri je sebab saya buat biskut yg anak-anak suka. Yang tu depa pulun makan.

Saya ni kalau biskut raya buat pun buat beli pun beli. Dulu lagi kelakar saya menjual biskut raya mmg best jugak masa tu sbb customer saya spesis yg beli biskut raya riban riban ni. Terkejut jugak mula-mula bila customer start order "saya nak 10 balang tart 10 balang chipsmore 10 balang samprit bla bla.. Ingatkan main-main tapi mmg betul. Siap kena delivery la kan servis kena la tip top penuh kereta kembara saya masa tu nganto biskut raya kat rumah orang kaya-kaya ni. Tapi tu lah dalam dok berjual biskut raya saya membeli jugak biskut raya. Masuk poket kanan keluar poket kiri. Tahun ke tahun camtu lah saya cuma skrg dah tak jual biskut..malass hehe.

Biskut pun dah makin mahal. Jadi mmg betullah saya kena berazam tahun depan no more over spending on biskut raya. Pembelian berhemah gitu temanya. Ingat ye Yani!!!

Tuesday, September 2, 2014

Lagi citer pasal menu open house

Citer pasal raya di bulan zulkaedah?? .. boleh la sbb citer ni peram lama baru ada kesempatan nak tulis betul-betul.

Raya kali ni buat pertama kalinya sejak 8 tahun saya merayakannya tanpa bibik. Amboi peri penting beno ye bibik dalam hidup saya ye haha. Bukan apa jenuh saya fikir macam mana saya nak buat open house yang berjalan lancar tanpa bantuan si bibik tu huhu. Biasanya lepas balik je dr cuti raya dr kampung dah rancak dah kepala ni plan nak buat bila menu apa nak jemput sapa. Tapi kali ni saya jem!!.

Lepas sorang-sorang jiran buat makan-makan jamu jiran jamu kawan-kawan sedara mara saya senyap je. Hinggalah minggu akhir syawal kami (saya ngan en suami) buat keputusan jemput jiran-jiran adik beradik je datang rumah...dan saya come out ngan idea buat breakfast jemputan bermula jam 9.30pg. Ada ke org buat breakfast cum open house??? jawapannya ada aku kesah haha.

Dah temanya breakfast kena la makanan pun seangkatan ngan tema. So main menu saya nasi lemak hijau daun pandan. Ni en suami yang suruh buat sbb dia tau nasi lemak saya warnanya hijau (blend je daun pandan berlambak kat belakang rumah tu..daun pandan bibik yang tanam ). Biasa saya gu kan nasi lemak ngan ayam goreng berempah tp this time 'masak' saya klu nk buat ayam - nak membasuhnya nak memerap nak menggoreng lg tak kuasa huhu dulu semua bibik yg buat. So saya pujuk en suami saya nak buat sambal sardin hehe. Teruk kan saya fikir nak senang je. Tumis bawang holland + bawang putih cili api bukak tin tuang dah jadi kih kih kih.


Tapinya yg paling senang lagi end up saya order je nasi lemak tu ngan sambal kat sorang kakak ni. Abih citer (cuma saya minta kakak tu kekalkan warna hijau kat nasi tu siap aku bg daun pandan kat kakak tu hehe)


Then ntah macam mana saya rasa cam nak buat ala-ala buffet breakfast hotel sbb kalau tak nampak cam biasa je kan. Sian jiran-jiran I pepagi buta kena bangun tau-tau menu nya mendem je kan. Jadi terkeluar la idea-idea cam gini   

Side dish spaghetti bolognese dan kuih-muih.

Sengaja guna fettuccine  nampak lain skit (konon semua benda nak nampak lain haha). Kuih saya order je cucur badak ngan pulut panggang plus saya buat jugak la agar-agar lumut tu kang semua tuduh saya malas semua nak order je.



Pastu saya create bread corner & pinjam toaster jiran lagi tu (tq Ina my caring neighbour). Saya letak kat situ butter, strawberry jem dgn kaya. Saya jugak letak tuna mayo, egg mayo dan serunding ikan. Pelengkap bread corner ada baked bean, scramble egg & sosej. So pepandai la korang nak create your own sandwich ye. Opps!! ada jugak telur separuh masak bersekali pepper ngan kicap gitu :)

 

Untuk budak-budak saya sediakan cereal dengan susu. Mangkuk baru je rasmi beli kat IKEA haha. Tq cik ruby tolong tambah mangkuk  cik yani beli 18 bj je ari tu (budget le korang lepas rayakan).


Yang bestnya air dibuat dgn penuh kasih saya oleh adik saya - TEH TARIK. Mestilah ada teh tarik dah makan nasi lemak baru puas hatikan ada teh tarik. Tq kat adinda saya Rina yang bertungkus lumus tak keluar dapo menolong kakaknya ini yang sangat nerbes nk buat open house tanpa bibik haha. Air hari tu air 3 rasa - Teh tarik, Teh O ngan oren.


Awal pagi alhamdulillah dah ready. Tetamu datang bertali arus kita pun tambah itu tambah ini seronok sangat. Perancangan awal buat breakfast je tapi berlarutan sampai ke petang itu yg bila malam pengsaaannn...kalo la ada bibik hermm. Apa pun nasib baik ada adik-adik ipar duai mak yang banyak menolong saya. Sian kat abah demam-demam terbaring dalam bilik gagahkan diri dia datang jugak ke rumah anaknya. Sempat jugak saya terfikir mcmana tahun depan kalau itu bibik masih takde apa pulak la idea open house saya huhu

Wednesday, August 13, 2014

Menu simple open house

Menu ni saya buat masa adik-adik nak datang rumah. Biasa kita buat laksa, mee kari, lontong. bihun sup roti jala dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tapi this time saya nak tukar. Lagi pun faktor masa yang terhad dan keletihan melayan makan di rumah terbuka orang menyebabkan saya come out ngan idea nak buat yg simple yet still tak menghampakan.


So this is the menu

Salad pasta, kentang, & sosej
Punch Koktel with jelly
Puding sagu gula melaka

Plan asal nak buat air sirap bandung soda dah beli pun bahannya tapi saya takut tetamu muak pulak sbb utk salad dh dicampur mayo, koktel ada susu cair dan sagu gula melaka ada gak susu (sbb saya gantikan santan ngan susu- konon menu sehat skit haha)

Saya share kat sini resepi yg sangat mudah. Mula-mula saya buat puding sagu gula melaka dulu. Ni bahan basic didihkan 6 cawan air. Titiskan sekali pewarna hijau kalau suka nak buat kaler. Setengah orang remain putih sagu je. Bila dh didih masukkan 2 cawan sagu. Sagu tu rendam sat pun blh masa kita nak didihkan air tu sementara tunggu air mendidih. Sebab bila rendam dia kembang so kurang skit la masa utk kita mengacau dlm periuk (keja org malas hehe). So kacaulah sagu tu sampai kembang dan biji putih kat tengahnya tu bertukar cam nak jadi kaler jernih.

Sebelum tu saya dah siap susunkan goblet. Orang tak ramai blh la buat dlm goblet ni goblet mokcik ada 24 bj je haha. Dulu time berkatering kelengkapan byk saya pernah buat puding sagu ni dlm goblet utk tetamu open house saya lebih dari 100 orang. So bila dah kembang boleh la masukkan dalam acuan kita dan biarkan sejuk. Ada resepi lepas sagu masak tuang dalam tapis dan lalukan pada air utk buang kanjinya. Saya pernah try sama je rasanya cuma mungkin yg dh dilalukan air tu kurang kenyal-kenyal.


Sambil tu blh la masakkan air gula merah. Saya mesti campurkan gula merah dan gula kabung ketul tu. Sebab gula merah mmg akan memberi warna gelap tp rasanya akan menjadi lebih umph bila kita tambah gula kabung. Kalau gula kabung saje warna air gula tak menjadi gelap so mesti gabungkan kedua-dua jenis gula baru dpr kick nya. Masak dengan air yg dimasukkan sekali daun pandan.



Then saya buat pulak salad pasta, kentang dan sosej. Resepinya saya dpt dr jiran. Mudah je main rebus-rebus je pun. Saya rebus kentang dulu tak buang kulit pun. Kentang saya guna 6 biji. Sambil tu rebus pulak pasta yg spiral tu. Saya rebus separuh pack je. Saya rebus pasta dalam periuk nasi so sambil rebus pasta saya steamkan 10 batang sosej kat atasnya. Saya guna periuk nasi yg blh steam tu. So jimat masa skit.

Bila kentang dah empuk kupas kulitnya dan saya potong dadu mcm ni


Then masukkan pulak pasta spiral td.


Pastu potong-potong sosej campakkan sosej atasnya.




Bila semua dah dok dalam bekas ni masukkan mayonis. Saya guna sebotol mayonis ladys choice tu yg botol paling kecik tu. Kalau ikut resepi asal jiran saya kata dia letak mayonis je tp biasa la saya suka bega-bega so saya tambahkan oregano dengan marjerin. Asalnya nak renjis-renjiskan olive oil sebab masa keluarkan goblet nampak ada olive oil kat kabinet. Tapi rupa-rupanya dah expired itu olive oil. So tgk pulak kot ada butter tp butter baru je abis saya buat coklat kek. So marjerin je lah. Tak byk saya boh sesudu je. Nak bagi nampak cam kilat-kilat skit hehe. So dah siap le itu salad




Pastu utk menu punch koktel tu pejam mata pun blh buat. Resepi ni pun dapat dari jiran-jiran saya Semua barang dalam tin. 1 tin besar fruit cocktail, 1 tin susu cair. Bukak tin susu cair tuang dalam mangkuk yang bersesuaian. Pastu tuangkan fruit coctail tu. Bila dah godak-godak saya rasa wallah lemak berkrim nya mungkin sebab saya beli susu cair tu yg full cream punya. Saya risau pulak kot tetamu rasa muak so saya tambah air dalam 3 cawan beserta oren sunqick utk kurangkan lemaknya. Pastu saya jugak beli jelly perasa mangga jelly tu saya beli yg saiz besar skit nak bg dia jadi hero dlm puding ni hehe. So saya susunkan jelly dalam kocktail tadi.


So siap dah menu ringkas senang dan mudah. Kalau tetamu tiba-tiba call atau kita malas nak masak blh la follow menu ni. Tapi satu hal lah kena gak tgk sapa tetamu kita sbb menu ni cam ala-ala western gitu kalau yg tekak pure melayu sian pulak tak makan so kena la ada menu alternatif (tu yg ada menu satay kat nun ujung sekali tu)

Wednesday, August 6, 2014

Biskut Suji gentel-gentel terus jadi

Dah raya seminggu baru nak tayang biskut raya hehe.. bukan apa biskut ni buat time bulan posa ari tu tp. Tapi tau je lah limited skit masa nak berblog. Cuma nya saya rasa nak share jugak sebab buat biskut ni senang sangat pejam mata pun blh jadi kekdahnya.

Saya buat suji tkde sukatan langsung. Bahannya minyak sapi dan tepung gandum je pun. Ayak tepung gandum. Ambik minyak sapi campur ngan tepung dan uli. Kalau keras tambah minyak sapi. Kalau lembut tambah tepung. Pastu boleh la gentel-gentel bulat-bulatkan. Kalau suka masukkan inti kacang tanah. Kalau tak biar kosong je pun boleh. Saya suka letak kacang blend kasar je kacang tu. Ada jugak resepi yg masukkan badam kisar. Satu lagi saya tak suka buat besar-besar. Agak-agak senang orang nak masuk mulut terus ngap. Bukan apa biskut ni lembut cair di mulut. So kalau buat besar gigit separuh nanti separuh lg jatuh sepah-sepah. 

Lagi satu petua biskut ni walaupun saya tak letak bahan penaik dia mmg akan mengembang. So jangan buat besar sangat. Bakar pun agak-agak dalam 5 minit gitu. Pastu dah siap lepas bakar blh la golek kat dalam gula icing tu. Kalau kat gula kastor pun blh cuma gula kastor ni tak melekat sangat la mcm gula icing. So dah siap senang kan. Try la. Ada yg takut nak buat takut tak jadi sebab takde sukatan..tp saya blh gerenti la insyaallah jadi punya.


Thursday, July 17, 2014

Petua Hilangkan bau durian dlm kereta sewaktu dlm perjalanan

Petua ni saya apply last week masa balik kampung buka posa ngan family. Abah saya biasa la tau menantunya suka durian jadi dia simpankan. So bila saya nak gerak ke umah mak mentua dia kopekkan durian tu dan masukkan dlm tupperware sbb kami nak buka posa di rumah mentua saya.

Kalau ikut saya cam tak mau bawak benda-benda bau ni sbb kereta kami jenis yg takdak bonet tu. So aromanya nanti tau je lah. Cuma apa yang saya buat bungkus balut tebal-tebal durian yg dlm tupperware tu dgn harapan dpt kurangkan skit baunya nanti.

Jadi bila dah gerak dr umah mak saya masuk je hiway PLUS belum sempat sampai Taiping pun dah mula semerbak baunya. Suami saya buka tingkap skit tp tak lah membantu sangat. Tiba-tiba dia ckp ngan saya jiran kami ada bgtau cuba masukkan roti putih@gardenia tu (apa-apa brand roti pun blh) dlm bungkusan durian. Carik-carikkan roti tu. Kebetulan mmg ada roti tu dlm kereta sbb say standby utk anak saya yg umur 6 tahun tu takut dia lapar dlm perjalanan. 

So saya pun cuba la buat ambik 3 keping roti gardenia carik-carik masukkan dlm bungkusan durian tu. Then tak lama pun bau terus hilang. Sampailah kami tiba di Kedah bau tu mmg takde langsung. Jadi sapa yg selalu bawa durian dlm kereta blh la cuba petua ni ye.

Wednesday, July 16, 2014

Resepi Kuih Lompang

Berkuih lompang pulak hari ni hari tu kasui. Kalau kasui dok dlm loyang yang ni sebiji-sebiji guna acuan pulak. Walau pun nampak lebih kurang sama je tp tak serupa ye hehe..

Sebelum bancuh adunannya baik la check it daut dulu ada ke tak acuannya sebab sejak bibik ku berpergian mokcik selak sana selak sini jugak la klu nak buat kuih muih ni. Acuan, loyang, penimbang segala bagai dia yang simpan termasuk la saya punya tupperware ke periuk belanga buffet tray. Dulu tau nya ckp cam gini je "bibik saya nak buat apam ayu" so dia akan keluarkan acuan apam ayu bersekali tepung ovallete gula periuk kukus bla bla.. mokcik tinggal buat je. Sekarang rasain berpeluh mencari haha...nasib jumpa ni lah acuan yang saya selalu guna.


Untuk kuih lompang saya biasa guna yang merah tu. Kalau yg biru tu kadang saya buat kasui saya boh dlm acuan tu senang keja tak yah nak potong-potong. Bentuk pun cantik je kan. Buat agar-agar pun kadang guna acuan tu jugak multipurpose


Ni chef cilik mesti nak nyelit time saya masak memasak di dapur

So acuan dah jumpa tgk lak bahan-bahannya

Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
2 cawan air gula merah - gula merah dimasak atas api boh daun pandan selai dua pastu tapis. Air gula merah ni bila bancuh ngan tepung rasa skit la bancuhan tu manis ke tak. Kalau tak manis tambah gula pasir.
3. 1/2 sudu kecil kapur makan
4. Kelapa parut ambik putih sahaja dicampur dengan sedikir garam.

Cara-caranya
1. Bancuh tepung dengan air kapur dan air gula yang suam. Kacau rata. Kemudian tapis masukkan dlm teko utk mudahkan kita menuangnya ke dalam acuan
2. Panaskan air kukusan.
3. Masukkan adunan ke dlm acuan dan kukus lebih kurang 15minit
4. Setelah siap cungkil dan keluarkan. Letakkan kelapa di dalam lubang yg ada di tengah-tengah kuih.

Ni gambo in the making... 
 
 1 bancuhan dapat 18bj ok la kan just nice utk berbuka posa bagi family yg kecik cam saya. Blh jugak bagi ke jiran bulan posa ni bukan lalu sangat nak makan byk-byk. So jangan tamak.

Tips : Untuk menghasilkan lompang yang berlubang ditengah-tengahnya bancuh tepung dengan air gula merah yang sedang panas insyallah berlesung pipit le lompang kita tu macam ni ha


Yang bawah ni lepas dah di make up final touch nya




Saturday, July 12, 2014

Resepi si hitam manis Kuih Kasui

Dalam banyak-banyak kuih loyang mungkin yg ni paling sihat sebab takde santan. Ada takde pun kelapa yg kita lumurkan kat kuih ni bila dah siap. Ala berapa sangat la kalorinya kan dah kita cuma golek-golek manja je kuih tu kat kelapa.

Saya beria nak buat kuih ni sebab frust ngan kuih yg keras gedeegang bila beli kat bazar ramadhan tu. Tak paham la kuih ni bknnya byk sangat modalnya dah takguna santan air je pun bahannya tepung & gula merah so buat la betul2 bg puas hati org makan. Ermm... moral of the story buat sendiri jugak lah klu nak makan sedap.

Jadi ni resepinya yg saya copy paste dari buku resepi terbitan Alaf 21 tu.

Bahan A
6 cawan air
4sd makan gula pasir
3 sudu makan gula merah
2 helai daun pandan

Masak bahan A ni atas api sampai gula hancur dan mendidih. Tapis dan biarkan sejuk.

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sd makan tepung kanji/ubi/jagung - saya guna tepung ubi sbb nak bg cam kenyal-kenyal skit
1 sudu teh kapur makan
Kelapa parut yg putih sahaja dan sedikit garam

1. Bancuh bahan A dgn B (kecuali kelapa parut dan garam) kacau gaul hingga sebati. Tapiskan dan masukkan ke dalam loyang.
2. Kukus hingga masak @20 minit. 
3. Biarkan kuih sejuk barulah dipotong dan dilumurkan kelapa yg telah dimasukkan garam tadi.

So dah siap senang je kan pejam mata pun blh buat (statement bongkak haha) - rasa nak je print cantik2 resepi ni & bagi kat depa yang meniaga kat bazar ramadhan tu kannn

Saturday, June 28, 2014

Cemburu dan penyakit hati

2-3 hari lepas dengar kat radio topik ni dikupas oleh Dr Tengku Asmadi (MAP Training). Saya tak dapat nak dengar betul-betul sbb sambil drive byk beno pit stop nye hehe. So keluar masuk kereta on off dengar. Tapi pada saya amat menarik topik ni . Antara yang sempat saya dengar kata Dr orang yang terlalu kuat cemburunya pada benda-benda bersifat duniawi ni menunjukkan betapa kuat hatinya melekat pada dunia.

Memang byk jenis cemburu - cemburu pada pasangan, cemburu pada kejayaan orang lain, pada kecantikan, pada harta kemewahan pendek kata kalau boleh dia je nak lebih segala-galanya. Kalau dia nampak ada orang mengatasinya mmg tak senang duduk. Pada saya klu cemburu pada kejayaan org tu takpe lah kan. Mungkin itu jadi sumber inspirasi. Tapi berapa ramai yg nak ambik itu sebagai cemburu. Masih ramai yang bersarang dalam hatinya cemburu yang bersifat duniawi.

Kadang mungkin benda yang remeh-remeh je pun tp kalau kita tak bendung boleh menjadi penyakit hati. Saya tulis ni pun utk ingatan diri sendiri. Kita bincang benda-benda yang simple je - ni contohnya dah masuk ramadhan. Tengok orang dah tukar langsir, karpet sofa ke bagai kita mula tak senang duduk kan. Rumah kita tak buat apa lagi nih. Tu belum lagi bab baju raya. Pilih terpilih masuk dari satu kedai ke satu kedai nak pesen tu pesen ni yg paling update la katakan. Nanti bila time raya jumpa sedara mara ipar duai biras beras tgk-tgk baju kasut tudung handbag dia lg cantik dr kita. Sakitnya hati kan. Rasa aku dh pilih habih cantik dah ni camne dia blh lawan aku ni. Pulak tu yg kita terkejut kita rasa dia tak mampu nak beli cam kita alih-alih dia beli benda lebih kurang sama ngan kita silap-silap lagi mahal dari kita. Mula la hati berkata-kata. Macam mana dia boleh beli ni. Banyak pulak duit dia. Kata Dr itu tandanya hati kita berpenyakit. Kena di rawat.

Zaman berfesbuk ni lagi la menambahkan kuatnya wujud timbul rasa cemburu kita. Buka fb pagi2 nampak fren kita tayang dpt cincin pak bib hubby beli katanya hadiah in advance anniversary. Ish!! belian seketoi terbeliak kat jari dia aduhh jelesnya hati kita kan tuhan je yang tau. Mula la tak pasal-pasal nak membandingkan suami kita ngan suami orang. 

Menambah luka ada pulak kawan update tgh seronok bercuti sana sini suami bawak. Yang kita ni cuti suami bawak g Mydin je beli rempah kari, fabuloso, cekak rambut sabun basuh kain itu je cuti kita. Ishhh sakit beno rasa hati kitakan. Cemburu betul kita kat kawan kita tu. Kadang tu kawan update dia makan kat mana pun boleh buat kita terbako. Geramm je kita nengoknya makan sedap-sedap ngalahkan raja hari-hari. Yang aku ni kelengtung kelengtang lintang pukang masak kat dapo.

Macam mana ye nak dirawat hati kita tu. Betul kata Dr hati yang cemburu begitu perlu dirawat. Kalau dibiar sampai ke tua jadi tabiat melekat susah 7 keturunan nanti cemburu tak abih-abih. Bayangkan la dah maknya jenis camtu mmg sedikit sebanyak akan tumpah perangai mcm tu kat anak dia. Secara tak sengaja didikan mak tu akan mempengaruhi anak-anaknya. Sebab tu saya kata 7 keturunan belum tentu habis sifat jelek tu.

Pada saya sebagai manusia biasa mmg pasti wujud terdetik di hati kita tak banyak sedikit tatkala kita nampak orang melebihi kita. Tapi di saat perasaan itu datang gunalah otak akal dan fikiran yg ada utk mengatasi hati yang sedang berperang tu. Jangan dibiarkan hati dan nafsu menguasai akal dan fikiran kita. Ni tak apa yang kita buat bila nampak orang lebih dari kita kita mula la bertindak..skrg jugak nak pegi kedai nak beli yang lagi hebat Ataupun kita simpan dalam hati macam simpan dendam tu takpe nanti aku buat lebih lagi ko tgk je lah - ibarat mcm mami jarum tgk gelang kat tangan orang kan hihi.

Memang susah nak dikikis tapi kena cubalah. Fikirkan yang baik-baik. Bagi alasan-alasan untuk kita boleh menepis cemburu itu. Dah rezeki dia rezeki kita mungkin selepas ini. Kita pun tak tau apa masalah dia yang lain selain dari yang hebat-hebat bagus-bagus best-best dlm fb dia tu. Allah Maha Adil kalau kita tak dapat yg mcm kawan kita tu kita pasti akan dpt jugak yang sesuai dengan kita. Banyakkan bersabar. Hidup bukannya semata-mata atas pandangan mata kasar sahaja. Yang penting kita tau apa yang kita lalui. 

Semoga Ramadhan kali ini berjaya mendidik kita melembutkan hati dan jiwa yang keras...amin