Friday, October 10, 2014

Sensitiviti merakam dan memuatnaik gambar@video

Sekarang dimana-mana buat apa saje keutamaannya mesti nak ambik gambar. Dah ambik mesti nak share bg orang tgk. Ye lah klu tak bg org tgk apa ke jadahnya beria2 ambik pastu peram ye dak.

Tapi kalau korang tanya saya harus la tak berapa berkenan. Sikit-sikit ok lah setakat cukup la org kata tak ketinggalan zaman. Bukan apa saya masih lagi ada rasa cam ambik2 gambar sendiri ni untuk momen happy yang seronok-seronok bukannya gambar yg ngeri sedih ataupun kematian. Sebab dulu-dulu kan kita ambik gambar guna negatif filem tu time bday ke kenduri-kendara ke party kat sekolah je kan. Takde de pegi hospital tgk orang sakit, melawat kubur@orang mati, anak mengelupur sakit dlm ER, accident kereta, tayar pancit, anak baru bertatih panjat  tangga, anak sakit perut kembung tgh melalak tu kita nak ambik gambar kan. Dulu-dulu keja-keja merakam gambar kategori kecemasan ni semua kerja wartawan. Bukan kerja kita org biasa ni mengelupur kelam kabut nak ambik semua gambar-gambar tu kan.

Sekarang zaman dah berubah semua orang dah boleh jadi wartawan tak bertauliah share upload sebarang news yg terbaru. Accident baru jadi depan mata blh terus ditonton oleh semua orang. Real non edit lg. Kalau beli surat khabar pun esok baru tau dpt tgk semua itu pun lepas di edit. Tapi sejauhmana kita peka dengan perasan dan hati mangsa dan keluarga mangsa dalam gambar@video tu. Saya teringat pernah membaca di suratkhabar seorang ibu merayu orang ramai yang berada di pantai sejurus mayat anak nya ditemui supaya jangan mengambil gambar mayat anaknya. Ibu malang itu menangis-nangis memohon simpati pada semua yg ada yg semuanya dah siap siaga memegang hp masing-masing. Saya tak paham la apa yg diorang fikir sebenarnya. Nak like byk ke nak jd org pertama sampaikan maklumat ke apa kadang tulis sharing is caring..caring la sangat apa benda yg caring klu mayat orang ko upload.

Itu belum lagi video accident tak kiralah ngeri ke separuh ngeri ke. Seorang kenalan saya kehilangan suami kemalangan jalan raya dan video kejadian dimuatnaik dalam youtube. Anak-anak arwah melihatnya dan video itu memberi kesan emosi pada anak-anak sampai menjadi igauan mimpi tidur mereka. 

Tapi memang susah hendak mengekang benda sebegini. Semuanya bergantung pada sikap. Tengok saja apa yg kita upload update di fb contohnya. Kadang-kadang saya jadi pelik..ye lah pelik tapi benar. Seorang ibu saat-saat cemas anak mengelupur sakit masih sempat ambik gambar upload dan menjawab segala komen di disitu. Kalau jawab lepas sejam dua tu logik la kan lepas upload gambar bg rawatan kat anak. Ni tak selang seminit jawab orang tanya je jawab. Kat mana fokusnya nak rawat anak ke jawab komen. Kejadian-kejadian cemas anak naik tangga anak kat birai tingkap panjat gril pintu sampai yang paling atas kita masih lagi fikir nak ambik gambar dulu sebelum ambik turunkan anak tu. Kalau lah masa kita snap tu anak kita tergolek jatuh baru nak nyesal.

Memanglah benda ni trend sekarang tapi sapa yang jadikannya trend kita jugak kan. Kalau kita tak jadi cam lembu dicucuk hidung ikut je apa orang buat takjadilah. Fikir-fikirlah bukan semua gambar sesuai utk tatapan umum. Tak taulah saya kalau nanti ada yg suka gambar mayat dia satu dunia tgk. Kita mati macamana cara pun tak taukan mcmana rupa mayat kita pun kita tak tau kan so suka ke??? 

  

No comments: