Friday, October 9, 2015

Resepi kek gula hangus warisan Cu

Panjang skit nama resepinya  sbb nk masukkan nama mak sedara yang bg resepi ni hehe. Cu adik bongsu mak. Makan je kek gula hangus dia saya rasa sedapnya so biasalah saya tk malu minta je resepi. Dah try semalam tp ada sedikit kesilapan kot so hasil tak jd cam sebiji yang Cu buat. Tapi resepi nak update kat sini senang bila2 nak buat blh refer

Bahan-bahan
2 cawan gula
2 cawan air panas
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat - klu tk suka manis kurangkan
2 sudu teh Soda bikarbonat
2 sd besar marjerin
5bj Telur

Cara
1. Buatkan gula hangus. Masukkan gula ke dlm periuk. Kalau ada non stick lagi mudah. Masak atas api perlahan sehingga gula mencair. Hati-hati jangan smpai hangit. Bila gula dah mencair kecilkan api masukkan air panas tadi. Kacau sehingga air dan gula sebati.d
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
3. Masukkan marjerin biarkan mencair.
4. Kacau telur pukul-pukul manja je kemudian masukkan jugak ke dlm gula hangus
5. Ayak tepung dan soda bikarbonat.
6. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gaul kacau sehingga semua tepung sebati dengan bancuhan semua brg cecair td. 
7. Bakar menggunakan periuk pemanggang ajaib selama 15-20 minit laraskan api dapur gas pada paras yg paling minima

Saya lupa nak ambik gambo cantik-cantik so nanti lah bila buat kali kedua kita masukkan gambo kat sini

Kek Milo Sheila Rusly

Resepi dari Sheila Rusly ni sangat simple dan menjadi. Bagi yang takut nak buat kek sebab takut tak menjadi boleh try kek ni.

Bahan-bahan
1 1 cawan milo
1 cawan gula
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

# semua bahan di atas masak atas api sampai larut. Kemudian masukkan 3bj telur yang telah dipukul kembang

2 cawan tepung gandum
1sd teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

# ayak semua bahan kering masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan cecair yg di masak atas api tadi. Kacau rata sehingga sebati
Kemudian kukus selama sejam. Hasilnya 





Friday, October 2, 2015

Agar-agar Kaca

Bila tgk2 belek2 puding kaca ni saya teringat lah masa kecik-kecik mak ngan kakak saya mmg ada buat lah puding kaca ni. Ingat lg masa tu tekniknya sangat simple -  masak agar-agar ambil skit letak dlm piring-piring kaca yg agak leper. Masukkan susu pekat dlm agar-agar yg dlm piring-piring tadi. Kacau-kacau skit dan biar dia keras. Bila dah keras potong-potong dlm bentuk kiub atau dadu. Pastu agar-agar yang dlm periuk td mak bubuh gula merah. Then potongan bentuk kiub yg warna putih tu mak campak dlm agar-agar gula merah. Dah siap. Nampak la kelass skit dr agar2 merah tu kalo bw g umah orang time rewang ke jamu dihari raya ke hihi.

So hari tu jiran sebelah rumah I buat baca yasin. Jadinya kita pun buatkan la agar-agar kaca ni. Sekarang dh mcm-macam acuan ada kan. So gunalah kreativiti masing-masing. Saya klu buat agar-agar suka guna yang serbuk sebab cepat larut dan cepat keras. Tau je lah saya ni mcm bz je kan org baca yasin start lepas isyak lepas asar br saya ada di rumah harus la bertindak pantas membuatnya.


Saya selalu follow je sukatan air kat pack agar-agar tu. Cuma klu saya nak campur santan ke gula merah ke atau apa-apa yg bersifat cecair selain air saya pastikan jumlah air dicampur cecair lain tu adalah bersamaan dengan jumlah air asal seperti yang ditulis dibungkusan agar-agar tadi. Jangan lak syok je kat pack tulis satu liter air so kita tuang 1 liter air pastu sesuka hati campur gula merah santan. Nanti  tak pasal-pasal agar-agar lembek tkleh dipotong.

Untuk agar-agar yang saya buat ni bahan kat dlm tu saya follow resepi Azlita Masam Manis letak santan dan telur. Saya guna acuan kecik-kecik bentuk love. Dah keras campak je lah dlm agar-agar gula merah td. Cuma saya rasa cam terlebih gula merah lak nmapk kehitam hitaman jd kurang jelas bentuk agar-agar kat dlm tu. Tapi pada saya klu kurang gula merah agar-agar ni cam kurengg skit la rasanya cuma lawa tu ada hehe

 

Friday, September 18, 2015

Lagi Idea makan beradap - O yeah Go Team Makan Beradap

Hamboi tajuk nak promote lauk makan beradap ke orangnya haha. Actually saya agak nerbes bukan tak biasa buat deko untuk lauk-lauk pengantin ni. Tapi selalu tu saya buat ngan adik beradik saya. Ini kali ngan jiran-jiran pulak. Sebelum ni saya ada citerkan pasal kami split team untuk jayakan gotong royong kenduri kawin adik jiran saya. 

So lepas dh split team ahli mesyuarat tingkap kumpulan saya ada 5 org je weh. Team lain tu punya la ramai ahlinya huhu. Under ground betul team saya. Siap saya import kakak saya tukang buat ayam golek. 

 Gedebak gedebuk tebok sana sini cucuk itu ini akhirnya kul 12.30 set hidangan pengantin berjaya kami klrkan 
  



Ni last minit punya idea buat tag nama makanan sempena lagu-lagu P, Ramlee




Iklan sat ahli mensyuarat tingkap










  
  

 

Inilah kami sebahagian daripada team yang ada - we love doing things together

Wednesday, September 16, 2015

Lagi Idea deko hantaran

Yang ni hantaran dr Athira (adik jiran saya) kepada bakal suaminya. Tak banyak masa saya spend utk hantaran ni within 2 weeks alhamdulillah siap. Cik pengantin beli semua barang bunga riben saya tinggal olah gubah je  Jemput jamu mata ye ..abaikan pemandangan background yang tak berapa nak indah tu ye hihi













Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat kasih hingga ke syurga.

Tuesday, September 15, 2015

Tiramisu mudah dessert buat pengantin

Tiramisu ni saya buat untuk adik jiran saya yang kenduri kawinnya kami handle cara gotong royong. Serius ni kenduri kawin pertama yg kami jiran-jiran masak gotong royong. Debar-debar jgk tp bersandarkan pengalaman sebelum ni masak sendiri kenduri bersunat, kenduri bertunang, kenduri majlis akad nikah alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan penuh meriah.

Kami pecah kerja ikut team - team masak & rewang, team dessert corner dan team makan beradap. So saya handle team makan beradap. Nanti ada masa saya update skit pasal team makan beradap saya hihi.

Saya goggle je resepi tiramisu plus tanya2 korek tips skit dr sifu-sifu otai -my dear fren Farahzilla and my dear comei Shida Dolmat so ni lah hasilnya



Deco buah strawberry and daun pandan tu my dear cik Awe kasi tunjuk ajar. So ni saya share resepi yang sangat simple

Bahan-bahan
1. 1 bj sponge kek - saya tak guna sponge finger tu sebab nak buat dlm gelas so tak berapa sesuai lak berbanding kalau buat dlm loyang ke ok lah kan guna sponge finger.
2. 250 gm whipping cream
3. 200 ml cream cheese
4. 1/2 cawan gula halus
5. 1 sudu besar nescafe bancuh dengan 1 cawan air panas
6. Serbuk koko, buah strawbery daun pandan untuk hiasan - yg ni suka ati koranglah ye nak letak apa kiwi mango ceri apa-apalah

Cara-cara
1. Pukul whipping cream cream cheese dan gula hingga kembang dan gebu
2. Potong kek dan susun lapisan pertama di dalam gelas.
3. Kemudian renjiskan air nescafe ke atas kek.
4. Sudukan bahan yang dipukul tadi.
5. Selang selikan kek dan cream sehingga cawan penuh. 
6. Simpan dalam peti ais -untuk hidangan pengantin ni saya buat mlm sebelum kenduri.

Masa nak menghidangkan ayakkan serbuk koko menutupi lapisan atasnya. Dan boleh la deko sesuka hati kita ye hihi


Tq kat sifu-sifu yang beri tunjuk ajar

Thursday, May 28, 2015

Puding triffle pengantin - aien punya

Cik puan pengantin yang request saya buatkan puding ni utk makan beradap dia adalah anak kepada sepupu saya - meaning maknya sepupu saya. Tapi hubungan kami mmg rapat baik mesra sejak dari dulu lagi. Dia pun panggil saya makyang.

Cik pengantin wasap gambo dia nak macam ni makyang katanya


Cuma alkisahnya saya bertolak balik kampung utk kenduri ni sehari sebelum kenduri. Saya bertolak siang petang lepas solat jumaat.  Sapa sangka perjalanan yang sepatutnya mengambil masa kurang lebih 4 jam berakhir dengan lebih dari 10jam huhu. Hiway plus Utara-Selatan jem giler sakan dengan perarakan lampu brek ketiga!!! 

Kami sampai kampung pukul 2 pagi. Ikut plan asal saya puding ni saya nk buat mlm so simpan peti ais esok tghari dekat2 pengantin nk sampai baru klrkan. Tapi apa kan daya tersadai kami semua keletihan. 

Pagi-pagi pukul 8 gigih saya susun kek ni. Yang dalam cup plastik ni saya buat 50 bekas untuk rombongan yang mengiring pengantin. Yang utk meja pengantin saya buat 20 bj dlm bekas kaca sama macam dlm gambo aien wasap kat saya tu.
 
Mula-mula susun kek swiss roll tu. Memandangkan nak buat kat bekas kecik saya beli swiss roll yg version untuk budak-budak tu je.


Pastu boh pulak buah-buahnya

Then curahkan kastad sorry gambo curah kastard tak ambik saya panik2 dh ni sebab masa dh time tak perasan masa berlalu ngan cepat sekali. Adik saya kat umah kenduri call kata rombongan lelaki nk sampai kul 12.30. Mak aih awai la pulok kan selalu pengantin sampai kul 1 ke atas. 

Resepi kastard

5 sudu tepung kastard (resepi asal 3 tp nampak cam cair skit so saya tambah)
1 tin susu cair
3 sudu gula (adjust la ikut selera masing-masing)
1  tin air sukat guna tin susu cair td tu (ambik air buah pun ok so rasa tak muak sangat)

Masak semua atas api sampai likat.


Last curah kan adunan jelly kita. Saya guna jelly brand Nona tu perisa rasberry dr dulu mmg saya suka sangat ngan jelly Nona ni. Buat pun senang follow je resepi dan arahan kat kotak tu terus jadi dan cepat je siapnya.


Masuk peti ais. Tapi ni eksyen je dok dlm peti ais tak sampai 1/2jam pun. Saya rasa buat pertama kalinya org makan puting panas2 mcm makan bubur lak huwaaa. Abih nak buat camne. Pastu kalut-kalut saya lupapun nk ambik gambar yang dlm bekas kaca tu. Tapi saya mmg buatkan sebiji lah macam dlm gambo yang aien wasap kat saya tu dh bekas kaca dia pun sama cam dlm gambo tu.

Sorry ye aien atas kekurangan yang terjadi. Bila saya lepak-lepak ngan geng sepupu sepapat yg sesekali berjumpa time kenduri tu saya jeling2 gak la ke meja pengantin. Nak tgk org makan ke dak puding aku hehe...licin gak ler 

Friday, May 22, 2015

Kari udang dengan ubi keledek merah


Resepi ni dari ibu mertuaku. Tapi kena guna keledek yang warna oren-oren tu jgn guna yang putih tu tak berapa menjadi keenakannya nanti. Rasanya mmg sedaplah bila manis udang dan keledek bersatu bergabung meletop hehe
 


Cara masak kari ni sama je macam masak kari lain tu so takyah lerr kita kasi resepi ek. Ni kira nak kongsi idea je selain buat sambal udang udang butter udang masak lemak udang pun blh dikari kan gitu. Selamat mengkari ye

Idea dessert corner kami - akad nikah time

Selepas selalu sangat menggayakan meja dessert setiap kali ada buat majlis di lorong umah kami (saya ngan jiran-jiranku) telah dipelawa oleh jiran setaman untuk buatkan dessert corner masa majlis akad nikah anaknya. Kami suka je tp dalam ati ada sikit debar la maklum ler selalu buat suka-suka syook sendiri kami je tp this time buatkan untuk orang kena la plan baik-baik kan.

Dari awal lagi we all dh decide taknak buat cam yg biasa sangat kita tgk kat wedding tu - boh ni sejemput tu seciput mcm lebih pada nk display je bukan nak bg orang makan. Our dessert corner mestilah  meriah ceria varieties dan attractive. Main dengan kaler dalam masa yang sama tkde kompromi dr segi rasa - cewah gitu taglinenya haha. 

So after bertungkus lumus ni lah hasilnya kata orang biar gambar berbicara...


rv dengan carrot cake
 


the gebuss cheese tart 


awesome apam polkadot 


spiral lolipop



jelly bean marshmallow & sweets


 choc n vanilla muffin

 



tempting kan!!!  hehe...

antara wajah krew-krew sedang tekun bekerja tuh touch up final before display


 



bergambar kenangan dengan tuan rumah thumbs up katanya..tq kak sham atas kepercayaan yang diberikan senang berurusan dengan tuan rumah



 Di balik tabir.. tp tak semua ada ni sebab time ni hari jumaat so ada yang bekerja tp syukur disebalik kekangan masa dan tanggungjawab hakiki, tugasan yang telah diamanahkan  ini berjaya disempurnakan alhamdulillah together we do it yeah go dessert team!!!