Friday, October 9, 2015

Resepi kek gula hangus warisan Cu

Panjang skit nama resepinya  sbb nk masukkan nama mak sedara yang bg resepi ni hehe. Cu adik bongsu mak. Makan je kek gula hangus dia saya rasa sedapnya so biasalah saya tk malu minta je resepi. Dah try semalam tp ada sedikit kesilapan kot so hasil tak jd cam sebiji yang Cu buat. Tapi resepi nak update kat sini senang bila2 nak buat blh refer

Bahan-bahan
2 cawan gula
2 cawan air panas
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat - klu tk suka manis kurangkan
2 sudu teh Soda bikarbonat
2 sd besar marjerin
5bj Telur

Cara
1. Buatkan gula hangus. Masukkan gula ke dlm periuk. Kalau ada non stick lagi mudah. Masak atas api perlahan sehingga gula mencair. Hati-hati jangan smpai hangit. Bila gula dah mencair kecilkan api masukkan air panas tadi. Kacau sehingga air dan gula sebati.d
2. Masukkan susu pekat dan kacau sebati
3. Masukkan marjerin biarkan mencair.
4. Kacau telur pukul-pukul manja je kemudian masukkan jugak ke dlm gula hangus
5. Ayak tepung dan soda bikarbonat.
6. Masukkan sedikit demi sedikit tepung gaul kacau sehingga semua tepung sebati dengan bancuhan semua brg cecair td. 
7. Bakar menggunakan periuk pemanggang ajaib selama 15-20 minit laraskan api dapur gas pada paras yg paling minima

Saya lupa nak ambik gambo cantik-cantik so nanti lah bila buat kali kedua kita masukkan gambo kat sini

Post a Comment