Sunday, December 29, 2013

Melawat Ladang Anggur Perlis

Dah lama saya cr peluang nak pergi ke ladang anggur di Perlis ni. Bukan apa teringin nak rasa anggur Malaysia he he

So baru-baru ni saya balik kampung en suami ada kenduri kawin sepupu dia. Kebetulan saya nak ke Perlis sebab ada nak hantarkan barang customer- saya kan berniaga barang hiasan rumah ala english gitu. Jadi dah alang-alang p Perlis kami terus lajak la cari itu ladang. Nasib la Perlis ni kecik je senang je nak cari. Paling mudah kita cari Taman Ular dulu depan sikit dari Taman Ular ada Taman Herba pastu ada lah Ladang Anggur Perlis.

Sampai kat situ beli tiket dulu tak mahal dewasa RM3 kanak-kanak RM1. Cumanya rezeki tak menyebelahi kami. Rupa-rupanya anggur baru je habis di petik 3hr yg lepas. Pastu saki baki yang tinggal belum cukup matang dan baru saje disembur racun serangga. Jadinya tak boleh petik tak boleh makan huhu. Nasib la ada jugak sikit-sikit buah untuk santapan mata. Boleh la lepas gian nak tgk anggur di Malaysia. Patut la lengang je ladang ni agaknya orang lain dah buat survey dulu bukan mcm kami main pakai redah je.

so layan je la gambar ni ye 









Cuma saya ngan suami rasa cam terkilan skit bila tgk kws ladang anggur ni ada potensi untuk dimajukan dengan macam-macam cara. Ada mcm tasik ke kolam gitu kalau dia buat cantik-cantik letak kerusi keliling tasik tu boh paddle bot ke create aktiviti skit kat situ takpun kolam memancing ke baru la nampak hidup sikit kawasan tu. Bukan apa kawasan luas nak buat macam-macam boleh sebenarnya sementelah tarikan anggur tu pun ada kekuatannya yang tersendiri. Kita tunggu lah kot kerajaan negeri ada idea yg lebih menarik untuk kawasan ni kan.





Saturday, December 28, 2013

Kalau nak berkira pun biar la bertempat

Kawan saya baru buka restoran dan saya ni berkali-kali jugak la makan di restoran kawan saya tu. Bukan sebab dia kawan saya atau saya nak makan free atau sebab nak tau perkembangan apa cerita terbaru dia di stesen tv. Kawan saya ni penulis skrip yg citenya meletop2 tu - Setia Hujung Nyawa dan Playboy Itu Suamiku..sekadar menamakan antara 2 skrip hasilnya. 

Tapi ikhlas cakap masakannya memang sedap cukup rasa cukup rencahnya. Gulai tempoyak ikan patinnya fuhh mantop. Bubur kacangnya cukup lemak tak kedekut gula merah tgk warna pun tau. Istimewa sebelah malam ada pulak stimboat yang kuah tomyamnya mmg sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Pendek kata macam kita masak@makan dirumah. Jadi kalau saya ada masa rehat yg agak lama saya mmg takkan lepaskan peluang makan di Restoran Kak Wan D'like kat Seksyen 20 Shah Alam (berhampiran Hospital KPJ).

Kata kawan saya ni feedback yg dia dapat dari customer mmg sangat baik terutama bab kualiti masakan. Tapi satu benda yg buat dia susah hati adalah komen-komen tentang harga. Saya dah agak dah benda-benda macam ni...sebab alkisahnya mokcik pun dulu buka restoran jugak he he.. Jadi boleh menyelami hati kawan saya ni macam mana. Kita klu nak bg makanan tu sedap bukan ada jalan shortcut cik kiah oiii!!! Semua nak kena cukup dan  bukannya boleh dpt free je benda2 tu.

Saya pun heran la orang kita kalau pegi makan kedai mamak ke fast food ke tak kisah pun tentang harga tu kan. Milo ais harga 2kali ganda pun senyap je selok poket bayar. Tapi kalau makan kat kedai org kita sendiri mula la keluar ayat-ayat mahalnya macam kat kedai mamak...so what tak layak sangat ke klu harga kita sama mcm kedai mamak dah kalau makanan tu pun sedap@jauh lebih sedap dr kedai mamak.

Lagi satu saya cukup angin kalo orang berkira sangat nak beli telekung ke Al-Quran ke. Bukan apa kalau dia mmg tak berduit tu lain citer. Ni handbag yg dok kepit celah ketiak tu regga lima enam ratus tp nak beli telekung 50 hengget pun tawar bagai nak rak. Geram je saya dengarnya elok-elok saya nak lalu je kat kedai tu tapi sakit pulak ati dengar ckp2 dia menawar telekung tu saya pun masuk dlm kedai tu terus tanya kat adik tu telekung mana yang sesuai ngan ketinggian saya ni. Adik tu pun tunjuk saya tanya regga terus saya beli. Bukan apa saja nak tunjuk kat dia jangan nak berkira sangat la dgn benda-benda nak beribadat ni kan.

Sama jugak bab hantar anak mengaji Al Quran atau Muqaddam. Biasa kita dengar yg mengajar tu cakap ikhlas hati atau terpulang la kat kita nak bg berapa. Atau pun kalau dia letak harga mmg sangat minima pada saya. Tapi kita fikir la sendiri dah orang tu mengajar utk ilmu akhirat pada anak kita. Dari apa yang dia ajar tu lah yg mungkin akan boleh membantu kita di alam barzakh nanti siapa tau kan. Jadi jangan la nak berkira sangat bab-bab ni. Cuba tgk anak kita kita hantar tusyen katalah ke KUMON satu subjek 120 hengget tu seminggu 2 kali je itupun 45 minit satu sesi. Sedangkan mengaji ni Al Quran confirm-confirm lebih dari itu kan. Jadi saya rasa takde alasan pada kita untuk berkira sangat dalam hal-hal ni.  

Saya bukan bermaksud nak rasis ke apa tp kalau kita tak support org kita sendiri sapa lagi kan. Tak kira la apa bisnes pun janji yang halal kita ikhlaskan hati. Memang klu kita pergi ke pasaraya atau kedai-kedai runcit beli barang-barang dapur contohnya bila kita compare harga barang keluaran org kita dengan yg lain mmg mahal. Banyak faktor yang akhirnya menjadikan harga barang org kita sebegitu. Kalau yang duduk dlm dunia bisnes ni saya rasa boleh faham apa yang saya maksudkan (bercakap berdasarkan pengalaman sendiri). 

Jadi pada saya klu nak berkira sangat pun tgk2 la biar bertempat. Bantulah dan belilah keluaran org kita niat kat hati tu kita nak tolong yg sebangsa seagama dengan kita moga-moga dengan niat itu Allah akan murahkan lagi pintu rezeki kita...amin!!


Wednesday, December 18, 2013

Cuti sekolah dan jumpa-jumpa

Selain aktiviti jalan-jalan bila cuti sekolah ada satu lagi aktiviti yang sangat-sangat saya tunggu. Peluang untuk berjumpa kawan-kawan lama ataupun saudara mara. Memang saya suka, tak kisahlah sama ada diorang datang ke rumah saya atau saya yang pergi ke rumah diorang. Kalau ngan sedara mara pulak pot yg paling selalu kami berjumpa kat rumah kendurilah. Apa yang pasti mmg saya suka sangat klu dpt peluang ni.

Dalam banyak-banyak kawan lama biasanya ada 2 family yang dah cam jadi acara tahunan utk kami berjumpa. Biasanya dalam 1 tahun kami mmg akan berbalas kunjungan. Sorang tu roomate saya masa di UM dia org Johor ditakdirkan bertemu jodoh ngan org johor jugak so mmg menetap di sana lah. Saya kalau pergi ke Johor mesti singgah di rumahnya kadang bermalam kadang singgah gitu je janji dapat jumpa. 

Yang bestnya bila dia datang KL kami akan ambik kesempatan utk calling-calling kawan lain dan berjumpa. Kira small gatheringlah. Masa tu riuh rendah dengan anak-anak paham-paham le bila "ultraman taro bertemu "ninja turtle" mesti menghasilkan transformasi yang macam-macam ha ha..







Sorang lagi tu BFF suami saya jugak masa belajar di UM. Dia orang Pahang bertemu jodoh ngan org Johor dan menetap di Pahang. Kebetulan isterinya course-mate saya jugak sama fakulti di UM cuma lain-lain major. Kadang tu kami ada family day di Pahang atau Trengganu dengan kawan-kawan yang lain tapi pasti suami saya akan usahakan jugak boleh singgah ke rumah BFF dia tu. Saya suka je.

Jadi bila kami dah selalu jumpa hubungan mmg erat termasuk anak-anak pun sama. Kadang diorang siap tanya kawan tak datang ke cuti sekolah kali ni. Tapi kredit jugak untuk en somi masing-masing diorang pun dah jadi kawan baik. Bila berjumpa dah jd mcm 3 group geng mak-mak, bapak-bapak dan anak-anak.

Saya berdoa hubungan kami takkan putus. Saya suka terima tetamu tak kisah la ramai ke anak kecik ke saya rasa seronok bila tau ada orang nak datang rumah. Memang saya dan suami agak sibuk- dah keja sendiri. Tapi keja sendiri ni lah membolehkan kami terima tetamu at anytime. Tak kisah la datang sekejap atau bermalam. Kalau sempat saya masak klu tak kami makan luar. Tapi acara makan luar mmg dah cam wajib sebab rasa nak raikan kawan yang datang. Lainlah masa tak mengizinkan. 

Cuma yang agak tak best umah saya agak kecik - saiz standard double storey di KL tau-tau je lah. Jadi rasa cam kesian pulak kat tetamu yang datang. Diorang dok luar KL beli rumah walaupun harganya sama@lebih kurang sama dgn harga rumah saya tapi keluasan rumah diorang kira selesalah. Kalau ada rezeki nak jugak beli rumah lain sebab rumah saya biasanya jadi pot adik beradik berkumpul atau kalau sedara mara datang dr kg biasanya berkumpul di rumah saya.

So untuk kawan-kawan sedara mara pintu rumah saya sentiasa terbuka. Just make a call insyaallah bisa diaturrrrrr

Tuesday, December 17, 2013

Rumah Terbalik@sabah

Rumah Terbalik yang terletak di Sabah adalah merupakan Rumah Terbalik yang pertama seumpamanya di Malaysia serta di Asia Tenggara dan yang ke 5 di dunia - 3 di Eropah dan 1 lagi di Jepun. Ia adalah milik harta persendirian ye bukan under kerajaan. Rumah ini siap sepenuhnya pada awal 2012. Lokasi Rumah Terbalik secara lebih tepatnya adalah di Kg Telibong Km21, Jalan Telibong Tamparuli Sabah.


Tiket masuk rm10 utk dewasa dan rm5 untuk kanak-kanak 3-12 tahun, bawah 3 tahun free. Kita akan dibawa masuk secara berkumpulan dan hanya dibenarkan untuk mengambil gambar bahagian luar rumah sahaja. Manakala bahagian dalam kita tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar. Menariknya sebelum di bawa masuk ke rumah tersebut ada 2 acara kecil yang perlu dilakukan oleh kumpulan pelawat 


Tengok la tu cucu atok dah siap nak tepuk tangan tgk atok dia ketuk gong he he

Selepas ketuk gong kami di bawa ke pintu rumah. Di sini lagi sekali sebelum masuk salah seorang anggota rombongan di minta mengetuk pintu masuk pula.


So tadi atok yang ketuk gong sekarang cucunya pulak ketuk pintu . Dah lepas ketuk pintu ni barulah org di dalam bukakkan pintu dan benarkan kita masuk.

Semasa di dalam rumah kita hanya dibenarkan melalui red carpet (kelas gitu ha ha) yang disediakan sahaja. Tujuannya memang saya rasa untuk keselamatan kita lah. Sebab semua barang di dalam rumah tersebut di gantung di atas siling. Ruang dalam rumah adalah seperti rumah kita jugak ada ruang tamu ada bilik tidur ibu dan ayah ada bilik anak lelaki dan perempuan ada dapur ada jugak verandah. Ke semua ruang lengkap dengan peralatan perabot seperti di rumah kita jugak cuma kedudukannya adalah di atas siling!!. 

Jadi bayangkan segala sofa cabinet peti ais almari pinggan mangkuk katil tandas semuanya berada di atas siling. Jenuh jugak la kepala melangut ke atas sepanjang berada di dalam rumah tu. Dan untuk bilik tidur ibu dan ayah satu cermin yang sangat besar diletakkan di atas lantai. Apabila kita melihat ke cermin tersbut kita akan dapat melihat kedudukan perabot di dalam bilik seperti di kedudukan asalnya  - menarik jugak rekaan sebegini.
Di sekeliling rumah jugak terdapat banyak benda-benda yang digantung secara terbalik - malas nak cerita korang tengok je la gambar ni ye





So kesimpulannya mmg menarik jugaklah tempat ni utk dikunjungi. Selain segala barang dlm keadaan terbalik ada jugak cafe dan kedai barang2 cenderamata dijual disini tp semua dalam keadaan normallah bukan terbalik ha ha

Tuesday, December 10, 2013

Bermalam di Ranau Sabah@Maya Homestay

Masa kunjungan yang pertama di Sabah 2 tahun lepas saya bermalam di Kundasang. Masa tu saya booking Ceyln Resort. Memang zero knowledge pasal resort ni tapi saya booking sbb terpesona dengan gambar2 dlm internet he..he.. Tapi alhamdulillah tak menghampakan. 

Cuma tak sangka rupa-rupanya saya booking resort di puncak bukit nasib la masa tu kereta yg kami dapat tu Estima klu tak jenuh nak kerabat (bahasa org kedah utk panjat) bukit tu. Harga semalam utk 1 bilik rm250++ ni tak termasuk extra mattress ngan selimut. Mula ingat takpe tk ambik extra tilam ngan selimut tp sejuk giler masa tu so ambik jugaklah.

 nyaman je kat sini terasa segarnya udara




dari depan balkoni rumah




So masa nak mencari homestay untuk kunjungan kali ni kami dapat beberapa tempat dan akhirnya pilih Maya Homestay yang berada di Ranau. Harga 1 mlm rm250 tp klu pegi bukan time cuti sek hari biasa je RM200. Adik saya yg belajar kat UMS tu dia kata ok location homestay tu sbb dekat2 dengan tempat2 yang kami nak pegi nanti. 

Kami sampai dah gelap actually bukan la lewat baru dlm kul 7 gitu tp kat sana dah gelap gelita. Memandangkan dah gelap mmg tak dapat nak cari rumah tu wpun dengan bantuan adik saya yang dh biasa kat sana. Tuan rumah suruh kami tunggu je kat tepi jalan dia datang jemput. Kami dibawa naik ke tingkat atas. Memang besar luas dan selesa rumah ni. Ruang tamu nya lah yang kami paling suka sebab besar giler saya rasa berpuluh orang boleh tido kat ruang tamu tu. Tuan rumah jugak sediakan banyak tilam besar dan kecil tanpa apa-apa charge tambahan. Cuma bantal ngan selimut takde extra. Nasib la Ranau ni tak sejuk macam Kundasang kalau tidak hermmm FROZEN ha ha... 

Kalau korang nak tau detail pasal homestay ni taip je Maya Homestay ada la keluar blog dia ngan fb dia kat situ ada contact no detail (cuma blog mcm tak kerap di update) ...mak malas nak copy nak he he..


Ni gambar di luar Maya Homestay





Friday, December 6, 2013

Homestay best di Sabah - Palm Beach Villa Kinarut

Baru-baru ni saya ke Sabah - rombongan cik kiah gitu sebab adik konvo UMS so mak abah kakak adik beradik saya semua pegi lah kecuali adik saya yg preggy tu ngan yg ada anak kecik. Actually ni kunjungan kedua saya ke Sabah 2 tahun lepas saya sekeluarga ke sana sempena anniversary kami. Tak sangka kebetulan kali ni kena jugak time anniversary kami di sabah jugak.

Memandangkan kami ramai dan akan bercuti agak lama jadi homestay lah pilihan yang paling sesuai klu nak book hotel parak beb he he. So masing-masing cari then update kat wall family kami. Kakak saya la yg paling byk bg idea bernas upload gambar2 umah. Memang ni 1st time nak try homestay sebab sebelum2 ni kalau kami berjalan ramai2 adik beradik pun kami book hotel atau apartment di bawah pengurusan hotel. So dlm hati ni cuak jugak la sebab kita book n confirm berdasarkan gambar yg ada dalam online je.

2 hari pertama kami kat KK. Booking banglo semi D di Palm Beach Villa Kinarut. Harga 1 mlm rm250. Bila kami sampai je wahhh!!! sangat mengujakan. Lokasinya betul-betul di tepi laut. Rumah luas dan sangat selesa. Selain kelengkapan asas sofa kerusi meja makan dan katil tuan rumah jugak sediakan segala peralatan lengkap untuk memasak, pinggan mangkuk yg mencukupi, mesin basuh, peti ais mikrowave, rice cooker, jug kettle termasuk jugak aluminium foil dengan cling wrapp dan tisu roll yg banyak di atas kabinet dapur. Sampai kami takut nak guna pada mulanya sebab takut kena charge he he.. Kakak saya siap tel tanya boleh pakai ke semua barang-barang tu. Owner jawap memang semua disediakan utk tetamu.

Dan bila kami jenguk ke belakang tersedia peralatan BBQ yg lengkap termasuk kerusi meja untuk kita santai-santai. Bukan itu saja arang fire starter pun ada. Dan yg paling abah saya suka ada perangkap ketam klu sapa yg berminat nak nangkap ketam. Pendek kata mmg best la homestay ni terbaikkkkk. Bukan itu saja malah dalam bilik yg saya tidur tu ada disediakan komputer beserta printer just in case kita memerlukan.



view dari luar 
lampu menggunakan sistem sensor akan menyala bila dpt mengesan kehadiran orang

 ruang tamu 

ruang dapur

Bilik tidur utama selain ada bath  tab disediakan kerusi ala-ala ogawa lagi tu



ikan pari punya la segini banyak harga baru rm7!!
kami dapat ikan gerut ngan kerapu segini besar 4 ekor pada harga rm14!!!



 seronok ber BBQ mmg tak plan langsung nak buat BBQ tp memandangkan peralatan tuan rumah lengkap terus on je dapat pulak ikan-ikan yang sangat fresh dan murah gileerr


 view dari tepi rumah
pukul 6 pagi mentari sudah malu-malu muncul

Saya cadang nak cerita lagi 2 buah homestay yg kami duduk di Ranau dan Angkasa Apartment tapi memandangkan panjang sangat so to be continue lah ye he he

Monday, November 18, 2013

BFF

Saya mulakan dengan menyatakan...

 

"Teman yang baik adalah teman yang membantu bukan membuntu yang sentiasa ada saat semua pergi yang berani menyatakan benar meski pahit untuk ditelan"


Beruntunglah kita kalau kita dikelilingi teman sebegini dan alangkah bagusnya jika kita juga berusaha menjadi teman yang sebegitu. Bukan apa hubungan antara teman akan lebih bermakna jika kedua-duanya saling membantu dan menghormati ikatan yg dibina.

Pasti kita akan berasa sangat bersyukur jika dapat teman yang sentiasa dapat membantu kita tapi dalam masa yang sama jangan pulak kita ambil kesempatan atas budi baik teman kita. Saya rasa kita sendiri boleh beza antara saat kecemasan yang kita perlukan bantuan rakan atau sebaliknya. Kalau dah selalu sangat kecemasannya saya rasa bukan lagi kecemasan tp kawan kita yang cemas sebab asyik-asyik nak bantu kita dia pulak jadi buntu.

Teman yang sentiasa ada saat semua pergi yang menemani suka duka kita - hargailah dia. Jangan hanya kesalahan kecil, silap paham atau cakap-cakap orang kita akhirnya meninggalkan kawan kita. Andai kita rasa kecil hati nak marah atau sebagainya kenang-kenangkan imbas imbau saat sukar kita siapa yang disisi. Takkan tiada rasa sekelumit sayang kita dan terima kasih kita pada dia. Melainkan kita ni masuk kategori spesis tak kenang budi elok sangatla kita buat macam tu. Masa kita susah kawan tu yang tolong kita buat itu ini untuk kita. Bila kita senang sikit kita cari kawan lain untuk berseronok

Dia yang berani menyatakan yang benar adalah teman sejati. Tapi berapa ramai yang sanggup berbuat begitu . Kalau tanya pada saya sendiri makin rapat seseorang dengan kita makin berat hati kita untuk menegur kesilapannya. Kita takut dia terasa dan malu dengan kita. Kita tercari-cari bagaimana cara yang paling sesuai untuk menegur kesilapan BFF kita tu. Terkadang mungkin sampai menggunakan orang ketiga. Tapi klu rakan kita menyatakan yg benar bagaimana reaksi kita. Bolehkah kita menerima dengan berlapang dada atas apa jua teguran nasihat dan kenyataan. Saya rasa beruntunglah kalau kita dapat kawan yang berani menegur kesilapan kita. Belajarlah menerima teguran dan kritikan sebab teguran dan kritikan yg datang dari orang yg paling hampir dengan kita itu datang dari hatinya yang ikhlas yang ingin melihat rakannya berada dilandasan yang betul. Dialah BFF kita now and forever.


Friday, November 15, 2013

Bukan gagal bukan kecewa... tapi kecewa jugaklah

Ntah apa-apa je tajuk entry saya saya hari ni. Sebetulnya saya malas nak layan perasaan saya sekarang ni tp klu tak diluahkan rasa macam telan tak hadam.

Semalam baru je ambik result UPSR anak saya yang sulung. Dia dapat keputusan yang tidak disangka-sangka langsung. Melihat kepada pencapaian semasa dan usaha kerasnya  3A 2B itu sangat-sangat mengecewakannya. Lama dia terdiam (sama seperti saya) tapi cepat-cepat saya tepuk belakangnya dan kata 'takpalah kakak ibu tau kakak dah usaha habis baik dah ini rezeki kakak'... dan selepas itu hanya airmata yang menjadi temannya sepanjang hari. Panggilan tel dr ayahnya segala sms dr makcik-makciknya makan minum drama korea semua tdk menjadi agenda penting lagi dlm hidupnya.

Saya tau ramai yang berpesan jangan letakkan harapan yang tinggi pada anak-anak. Jangan beri tekanan kepada mereka jangan itu jangan ini. Dan kita sebagai ibu bapa hari ni cuba menseimbangkan antara tekanan harapan semangat dan dorongan supaya mereka tidak ketinggalan. Sedari awal saya dan suami cuba meminimumkan aspek-aspek yg boleh memberi tekanan tetapi dalam masa yang sama masih memberi dorongan dan semangat.  Masih segar kali pertama pergi ke sek untuk ambik result exam pertengahan tahun dia saya datang dengan hati berbunga-bunga. Perasan saya dia mesti dapat tak no 1, 2 atau 3. Sebabnya berderet markah 100 dan selebihnya pun 95 ke atas. Tapi bila cikgu hulurkan slip tu berubah muka saya. Dalam hati saya kata kuatnya persaingan markah kurang 5 dr full mark pun tak dapat no 1. Dari situ saya buang sasaran no kedudukan dalam kelas. Bench mark saya adalah diri dia sendiri bukan kawan-kawannya tetapi dlm masa yg sama pastikan dia berada dalam kelas teratas.

Membandingkan anak-anak dengan pencapaian kanak-kanak yang lain mmg tidak disetujui oleh pakar-pakar. Tetapi bagaimana mahu membangkitkan semangat mereka bagaimana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada mereka tanpa melukakan hati mereka. Bukan mudah. Anak-anak mereka masih mentah kalau kita lepas begitu saje dengan andaian kita takmau memberi tekanan saya bimbang mereka hilang arah. Mereka harus kita tunjukkan jalan supaya tidak ketinggalan. Zaman sekarang suka atau tidak sebegitu alirannya. Jika anak kita tidak mampu berada di barisan paling hadapan pun setidak-tidaknya sebagai ibu bapa kita kena pastikan mereka bergerak seiring dengan yang lain. Itu lah yang cuba saya laksanakan.

Perjalanan anak-anak kita masih panjang terluka di awalnya memang pedih dan perit. Saya mencari-cari apakah hikmahnya anak saya diuji sebegini. Kata adik saya mungkin sebab anak saya taknak masuk asrama jadi klu dia dpt 5A mesti saya paksa jugak dia masuk asrama.

Buat sementara ini dlm masa terdekat ini adalah hari-hari yang mencabar untuk diri saya. Memujuk dan  memotivasi diri sendiri sebelum berhadapan dengan sang anak . Mengajar diri untuk terima kenyataan yg pada hakikatnya bukan mudah. Sampai satu tahap saya terfikir adakah Allah ingin memberi rasa kecewa pada saya sebab saya sendiri tiada pengalaman begitu. Perjalanan akademik saya mudah selepas straight A masuk boarding school seterusnya masuk U. Bila dikenang-kenang sebegitu makin sayu hati saya...apa-apapun saya bersangka baik dengan Allah pasti ada hikmahnya. Semoga anak saya belajar sesuatu darinya.




Thursday, November 7, 2013

Birthday anak-anak 2013


Banner ni adik Norash Mohd yang buat untuk anak-anak buah dia..tq makteh

Yang ni kek barbie muslimah utk my princess farhana & farhanis & Jufariza anak buah saya didatangkan siap dengan castle nya sekali tq Shalina Aeiril ...jiran depan rumah buatkan klu berminat tgk kat blog Goldentouch resources



 
Yang ni kek minion  isteri kepada 2 pupu saya yang buatkan Norshahidah Dolmat namanya adik kepada pereka fesyen yg meletop2 skrg ni Hatta Dolmat




  
Yang ni kek anak jiran saya tokey kek sama ngan kek barbie anak saya tadi

cantikkan Ms Red ni



Barbie and castle



Goodie beg





 Diorang ni lahir selang seminggu je so buat sekali



 


Ni biasa le mak-mak punya keja suka suki 

Happy birthday untuk anak-anakku semua. Selagi hayat di kandung badan semua ibu & ayah pasti ingin membahagiakan anak-anaknya. Moga kalian menjadi anak yang soleh solehah permata hati di dunia dan akhirat...amin...