Kawan saya baru buka restoran dan saya ni berkali-kali jugak la makan di restoran kawan saya tu. Bukan sebab dia kawan saya atau saya nak makan free atau sebab nak tau perkembangan apa cerita terbaru dia di stesen tv. Kawan saya ni penulis skrip yg citenya meletop2 tu - Setia Hujung Nyawa dan Playboy Itu Suamiku..sekadar menamakan antara 2 skrip hasilnya.
Tapi ikhlas cakap masakannya memang sedap cukup rasa cukup rencahnya. Gulai tempoyak ikan patinnya fuhh mantop. Bubur kacangnya cukup lemak tak kedekut gula merah tgk warna pun tau. Istimewa sebelah malam ada pulak stimboat yang kuah tomyamnya mmg sedap dengan harga yang sangat berpatutan. Pendek kata macam kita masak@makan dirumah. Jadi kalau saya ada masa rehat yg agak lama saya mmg takkan lepaskan peluang makan di Restoran Kak Wan D'like kat Seksyen 20 Shah Alam (berhampiran Hospital KPJ).
Kata kawan saya ni feedback yg dia dapat dari customer mmg sangat baik terutama bab kualiti masakan. Tapi satu benda yg buat dia susah hati adalah komen-komen tentang harga. Saya dah agak dah benda-benda macam ni...sebab alkisahnya mokcik pun dulu buka restoran jugak he he.. Jadi boleh menyelami hati kawan saya ni macam mana. Kita klu nak bg makanan tu sedap bukan ada jalan shortcut cik kiah oiii!!! Semua nak kena cukup dan bukannya boleh dpt free je benda2 tu.
Saya pun heran la orang kita kalau pegi makan kedai mamak ke fast food ke tak kisah pun tentang harga tu kan. Milo ais harga 2kali ganda pun senyap je selok poket bayar. Tapi kalau makan kat kedai org kita sendiri mula la keluar ayat-ayat mahalnya macam kat kedai mamak...so what tak layak sangat ke klu harga kita sama mcm kedai mamak dah kalau makanan tu pun sedap@jauh lebih sedap dr kedai mamak.
Lagi satu saya cukup angin kalo orang berkira sangat nak beli telekung ke Al-Quran ke. Bukan apa kalau dia mmg tak berduit tu lain citer. Ni handbag yg dok kepit celah ketiak tu regga lima enam ratus tp nak beli telekung 50 hengget pun tawar bagai nak rak. Geram je saya dengarnya elok-elok saya nak lalu je kat kedai tu tapi sakit pulak ati dengar ckp2 dia menawar telekung tu saya pun masuk dlm kedai tu terus tanya kat adik tu telekung mana yang sesuai ngan ketinggian saya ni. Adik tu pun tunjuk saya tanya regga terus saya beli. Bukan apa saja nak tunjuk kat dia jangan nak berkira sangat la dgn benda-benda nak beribadat ni kan.
Sama jugak bab hantar anak mengaji Al Quran atau Muqaddam. Biasa kita dengar yg mengajar tu cakap ikhlas hati atau terpulang la kat kita nak bg berapa. Atau pun kalau dia letak harga mmg sangat minima pada saya. Tapi kita fikir la sendiri dah orang tu mengajar utk ilmu akhirat pada anak kita. Dari apa yang dia ajar tu lah yg mungkin akan boleh membantu kita di alam barzakh nanti siapa tau kan. Jadi jangan la nak berkira sangat bab-bab ni. Cuba tgk anak kita kita hantar tusyen katalah ke KUMON satu subjek 120 hengget tu seminggu 2 kali je itupun 45 minit satu sesi. Sedangkan mengaji ni Al Quran confirm-confirm lebih dari itu kan. Jadi saya rasa takde alasan pada kita untuk berkira sangat dalam hal-hal ni.
Saya bukan bermaksud nak rasis ke apa tp kalau kita tak support org kita sendiri sapa lagi kan. Tak kira la apa bisnes pun janji yang halal kita ikhlaskan hati. Memang klu kita pergi ke pasaraya atau kedai-kedai runcit beli barang-barang dapur contohnya bila kita compare harga barang keluaran org kita dengan yg lain mmg mahal. Banyak faktor yang akhirnya menjadikan harga barang org kita sebegitu. Kalau yang duduk dlm dunia bisnes ni saya rasa boleh faham apa yang saya maksudkan (bercakap berdasarkan pengalaman sendiri).
Jadi pada saya klu nak berkira sangat pun tgk2 la biar bertempat. Bantulah dan belilah keluaran org kita niat kat hati tu kita nak tolong yg sebangsa seagama dengan kita moga-moga dengan niat itu Allah akan murahkan lagi pintu rezeki kita...amin!!
No comments:
Post a Comment