Tuesday, January 14, 2014

Cerita ceriti orang berpantang

Adik saya dah selamat bersalin pada 1.1.2014 anak tahun baru ..baby boy pulak tu. Memang yang ditunggu-tunggu sbb kami kan family meriah dengan perempuan. So sekarang dia dan baby mak dan abah jaga di kampung. Dua bulan ni berpantang lah dia (termasuk en somi nya haha)

 Kalau cerita pasal berpantang ni macam-macam version kita dengarkan. Lain tempat lain orang yang jaga lain benda yg kita boleh makan. Ada yg kata kena makan benda kering-kering je tak boleh kuah langsung. Teorinya nak bagi cepat kering luka-luka. Ada yg kata ayam gatal boleh makan daging tp ada jugak kata sebaliknya. Ikan pun macam tu ada kata kembung tak boleh gatal ada yg bg mkn kembong hari-hari. Air teh tk blh angin nescafe pun angin tp kopi blh pulak (rasa cam sama je caffeine tu hehe). Ada yg dlm pantang hari-hari minum milo tp ada yg tak bg langsung minum milo sejukkkk. Buah lagi lah diharamkan langsung termasuk jugak sayur-sayuran apa la dosa itu buah n sayur tidak diketahui haha. Tapi ada jugak la kelonggaran buah oren boleh makan (pulaknya) sayur sawi boleh jugakk ermm..tak pasti dr mana teori ni datang.

Dan... di setengah negeri beberapa makanan seperti laksa dan cendul serta makanan yg dihasilkan secara tekan dan teran (kekdahnya) dilarang makan untuk setahun. Mee pun lebih kurang sama tp tak sampai la setahun pantangnya. Macam-macamlah kalau saya nak senarai satu-satu 1 hari 1 malam tak abih-abih mengarangnya.

Ingat lagi masa lepas bersalin anak yg sulung dan no dua antara menu-menu hari pertama dan kedua lepas bersalin kari ayam, ayam kicap, ayam kurma, sayur sawi, kobis, buah tembikai, oren, honew dew. Honestly semua saya bedal kecuali buah je sbb still ada perasaan takut dekat itu tembikai ha ha. Saya ada la sikit-sikit athsma so beringat-ingat jugak la. Kang semput susah pulak. Kalau ikut mak saya tu mana boleh makan semua tu yg saya ingat dia kata kicap tu takut parut lambat sembuh. Kari berlemak-lemak santan tu mmg tak boleh minyak2 tu licin org nak bg kering katanya. Sama la ayam kurma tu. Sayur-sayur buah tu semuanya bawa sejuk dlm badan. Orang dalam pantang badan mesti panas. Saya diam je jangan bangkang-bangkang sebab diorang semua ada alasan yang tersendiri. 

Saya jugak tau amalan berpantang mak saya dan ibu mertuaku ada beza yg sangatlah contradict esp dari segi makanan. Tp mujur la takde timbul isu atau gaduh-gaduh. Senang cerita saya follow je time mak mentua saya jaga dia bg saya mkn tu saya makan dia kata jgn makan saya tak makan. So time mak saya jaga saya ikut je walaupun dua benda yg sangat-sangat berbeza. Tapi I tell you.... alhamdulillah saya takde la kena apa-apa pun. Kalau mak ni kata jgn mkn ikan ni gatal tp mak sana bg mkn saya makan takde la saya bergaru je ha ha. Yang sana tak bg mkn sup-sup sini bg saya hirup sup panas-panas alhamdulillah kenyang perut he he. Macam tu jugak air. Mak saya hanya benarkan saya minum kopi a.k.a black coffee tu je. Saya ni dah la tak minum kopi huhu. Tapi dengan ibu mertuaku I dapat minum milo you. Sebenarnya milo tu mmg taklah saya suka sangat tp since dh dapat lampu ijo ku minum gulp gulp ha ha. 

Tapi saya rasa kenangan paling best masa berpantang adalah adegan abah seludup masuk burger ke bilik saya. Memang wallah masa tu. Abah dengan gaya inspektor gajet jenguk kepala dia kat pintu bilik saya. Sambil bisik-bisik senyum-senyum abah ckp "nani (panggilan manja abah pada saya) nak makan burger ni abah beli. Pastu apalagi saya ngan penuh sabar tunggu abah duduk bersila buka pembalut burger tu. Tengah sedap-sedap makan mak tetiba masuk . Ha masa tu rasa cam nak tersembur burger yg dlm mulut tu. Apalagi mak menjerit la tgk abah bg saya makan burger. Tapi abah cam biasa la dia keluarkan hujah-hujahnya. Saya buat muka terkulat-kulat le time tu. 

Saya rasa nak ikutkan amalan berpantang klu betul-betul ikut zaman dulu lagi kuat rejimnya. Selain makanan macam-macam benda kita kena pantang. Mak bidan yang urut saya tu dia blh suruh saya buang terus kain yg saya pakai masa dia urut saya tu. Kalau 3 hari urut 3 helai kain kena buang. Mak aih sayang tu. So minta maap la mak bidan yg tu saya tak ikut mak saya pun kata jgn bg tau mak bidan kain tak buang he he. Pastu dia pesan jgn siap elok2 sangat nanti suami tgk susah. Yang ni pun saya tak berapa nak berkenan tak kan la nak selekeh pulak kan. Pastu kita pun tak boleh nak keluar rumah even langkah bendul umah pun tak boleh. Saya ada la dok kat depan verandah umak mak saya tu siap ngan baby sekali. Sedap kan ambik angin petang-petang kat luar tp lalu makcik-makcik otai kampung tu sedap la kena sound haha.

Memang berpantang ada kebaikannya yg tersendiri itu kita tak boleh nafikan. Cuma sejauhmana setiap makanan itu membawa kemudaratan seperti yg diwar-warkan mmg takde kepastian. Mungkin yg berlaku adalah secara kebetulan atau mmg ada kebenarannya. Kalau saya ada jugak saya ikut gerak hati. Jadi selamat berpantanglah ye pada ibu-ibu jangan pantang nampak pulak ye!!

Post a Comment