Sunday, January 19, 2014

Kenangan bersama arwah Ahmad Mahir

Semalam saya terima berita pemergiaan seorang rakan sekelas masa bersekolah di Sek Men Sains Teluk Intan (4sc2 - 5sc2). Agak lewat saya mendapat beritanya sbb saya jarang buka fb personal. Kekangan masa menyebabkan saya hanya buka fb Sweethome Decor tempat saya menjual barang online sahaja. Itu pun sekadar untuk menjawab komen-komen dan pertanyaan berkenaan barang yang saya jual.

Dulu dalam kelas arwah bukanlah geng kepochi suka buat kecoh riuh rendah kan kelas seperti kami. Jauh sekali jadi mat bunga mat jiwang usha-usha awek macam Abu Bakar Yeop a.k.a Burn tu atau Sophi yg diam-diam asyik menjeling bdk junior rupa-rupanya. Dia kaki study sama lah ngan orang sebelah dia tu Khairul Anuar (K.A.. sekarang bergelar doktor), Rozian Soom dan Ahmad Kamil (eh 4 org je kaki study kelas saya rupa-rupanya haha). Kalau saya ada masalah (selalu je ada masalahnya) nak selesaikan add maths dia la tempat rujuk. Bercakap bila perlu tp tak pernah menolak kalau ada yang minta tolong. Melengkapkan kredibilitinya dia seorang pengawas sekolah.

Selepas sekolah memang tak pernah dengar cerita pasal dia maklum la dulu mana ada facebook. Paling baik pun kalau ada no tel rumah. Tapi dlm tak tau khabar berita tetiba kami dpt undangan dr Aishah@chah dan Kamil a.k.a KACAP singkatan dr kamil+kicap (sbb dia gelap cam kicap, nakal kan suka-suka je bagi gelaran kat kawan). Memandangkan rakan sekelas kawin sesama rakan sekelas jadi mmg awal-awal kami dah pakat nak turun. Seingat saya mmg majoriti ex 5sc2 turun masa tu. Sebelum ke rumah pengantin kami berkumpul kat rumah sorang kawan ni. Masa tu kecoh la sbb masing-masing baru grad ada yang dah keja ada yang belum. Saya masih ingat bila arwah Mahir sampai seorang kawan perempuan (Zana aku mention nama ko kat sini hehe) berlari masuk ke bilik tmpt girls
(girls la sangat masa tu kan)  berkumpul. Masa tu Zana cakap "weh aku malu la tgk Mahir sbb dia dah ada misai"... pecah berderai ketawa kami semua sambil semua pakat-pakat mengintai dari tirai kamar sbb nak tgk Mahir yg dah ada misai.

Kami melepak kat rumah pengantin sampai ke petang. Dah buat mcm rumah sendiri tak malu betul. Maklum lama tak jumpa macam-macam cerita la kan. Tak silapnya masa tu yang dah kawin dalam kelas kami tu sapa lagi kalau bukan si farouk Burn tu. Sibuk je saya tgk nak memberi petua itu ini kat si kacap raja sehari tu. Then bila time nak balik tu saya pun tak tau mcm mana end up saya tumpang kereta arwah dari Kg Gajah sampai la ke Teluk Intan.

Tak berapa lama saya naik kereta arwah tiba-tiba arwah bersuara "elok sangat la naik kereta aku ko duduk himpit ke pintu sampai nak pecah pintu kereta aku ni, jgn naik ngan boyfriend ko duduk himpit ke kanan sampai duduk atas handbrek sudah la" spontan saya gelak besar dgn ayat-ayat yg keluar dr mulut arwah tu. Saya sendiri pun tak perasan saya duduk dengan gaya macam tu. Mungkin sbb dah lama tak jumpa dan 1st time naik kereta berdua pulak tu jd saya agak kekok. Lagi pun teringat kata-kata Zana- Mahir dah ada misai. "ko dah ada boyfriend ke" macam gaya bapak-bapak pulak dia menanya saya. Selamba je la saya jawab "dah kami dah nak bertunang" . "uish aku bawa bakal tunang orang rupanya" dan kami sama-sama gelak.

Sepanjang perjalanan banyak yang kami bualkan. Walaupun sudah hampir 15 tahun berlalu saya masih ingat beberapa perkara yang kami bincangkan. Pandangan dan nasihat arwah ketika itu mmg ada byk benarnya. Bual bicaranya penuh hikmah dan ada yg menjadi pegangan buat diri saya. "Iman yang menjadi benteng antara kita" katanya. Pendek ringkas tetapi bermakna.

Moga rohnya tenang di sana AlFatihah untuk mu seorang sahabat Ahmad Mahir Abd Hamid

 

 


No comments: