Ntah apa-apa je tajuk entry saya saya hari ni. Sebetulnya saya malas nak layan perasaan saya sekarang ni tp klu tak diluahkan rasa macam telan tak hadam.
Semalam baru je ambik result UPSR anak saya yang sulung. Dia dapat keputusan yang tidak disangka-sangka langsung. Melihat kepada pencapaian semasa dan usaha kerasnya 3A 2B itu sangat-sangat mengecewakannya. Lama dia terdiam (sama seperti saya) tapi cepat-cepat saya tepuk belakangnya dan kata 'takpalah kakak ibu tau kakak dah usaha habis baik dah ini rezeki kakak'... dan selepas itu hanya airmata yang menjadi temannya sepanjang hari. Panggilan tel dr ayahnya segala sms dr makcik-makciknya makan minum drama korea semua tdk menjadi agenda penting lagi dlm hidupnya.
Saya tau ramai yang berpesan jangan letakkan harapan yang tinggi pada anak-anak. Jangan beri tekanan kepada mereka jangan itu jangan ini. Dan kita sebagai ibu bapa hari ni cuba menseimbangkan antara tekanan harapan semangat dan dorongan supaya mereka tidak ketinggalan. Sedari awal saya dan suami cuba meminimumkan aspek-aspek yg boleh memberi tekanan tetapi dalam masa yang sama masih memberi dorongan dan semangat. Masih segar kali pertama pergi ke sek untuk ambik result exam pertengahan tahun dia saya datang dengan hati berbunga-bunga. Perasan saya dia mesti dapat tak no 1, 2 atau 3. Sebabnya berderet markah 100 dan selebihnya pun 95 ke atas. Tapi bila cikgu hulurkan slip tu berubah muka saya. Dalam hati saya kata kuatnya persaingan markah kurang 5 dr full mark pun tak dapat no 1. Dari situ saya buang sasaran no kedudukan dalam kelas. Bench mark saya adalah diri dia sendiri bukan kawan-kawannya tetapi dlm masa yg sama pastikan dia berada dalam kelas teratas.
Membandingkan anak-anak dengan pencapaian kanak-kanak yang lain mmg tidak disetujui oleh pakar-pakar. Tetapi bagaimana mahu membangkitkan semangat mereka bagaimana mahu menunjukkan contoh yang baik kepada mereka tanpa melukakan hati mereka. Bukan mudah. Anak-anak mereka masih mentah kalau kita lepas begitu saje dengan andaian kita takmau memberi tekanan saya bimbang mereka hilang arah. Mereka harus kita tunjukkan jalan supaya tidak ketinggalan. Zaman sekarang suka atau tidak sebegitu alirannya. Jika anak kita tidak mampu berada di barisan paling hadapan pun setidak-tidaknya sebagai ibu bapa kita kena pastikan mereka bergerak seiring dengan yang lain. Itu lah yang cuba saya laksanakan.
Perjalanan anak-anak kita masih panjang terluka di awalnya memang pedih dan perit. Saya mencari-cari apakah hikmahnya anak saya diuji sebegini. Kata adik saya mungkin sebab anak saya taknak masuk asrama jadi klu dia dpt 5A mesti saya paksa jugak dia masuk asrama.
Buat sementara ini dlm masa terdekat ini adalah hari-hari yang mencabar untuk diri saya. Memujuk dan memotivasi diri sendiri sebelum berhadapan dengan sang anak . Mengajar diri untuk terima kenyataan yg pada hakikatnya bukan mudah. Sampai satu tahap saya terfikir adakah Allah ingin memberi rasa kecewa pada saya sebab saya sendiri tiada pengalaman begitu. Perjalanan akademik saya mudah selepas straight A masuk boarding school seterusnya masuk U. Bila dikenang-kenang sebegitu makin sayu hati saya...apa-apapun saya bersangka baik dengan Allah pasti ada hikmahnya. Semoga anak saya belajar sesuatu darinya.
No comments:
Post a Comment