Selepas kes kematian seorang pegawai Ambank ditembak pengawal keselamatan (dia tak perlu ditembak sampai begitu sekali tembak kat kaki ke
tangan ke cukuplah..tapi itu fikiran kita fikiran "orang kita" maksud
saya) timbul isu lambakan pekerja warga asing dlm sektor kawalan keselamatan. Tapi kita semua sedia maklum bukan dlm sektor kawalan keselamatan je kat Malaysia ni dah bersepah lambakan pekerja asing. Takde sapa yang boleh menafikan. Setiap kali ada kes-kes jenayah isu ni akan timbul heboh semua orang dari atas sampai lah ke bawah gegak gempita isu ni. Cumanya tengok je lah lama skit senyap la isu ni dan keadaan akan berjalan seperti biasa semula. Banyak sebab dan punca utamanya sikap kita sendiri.
Sekadar kongsi pengalaman saya dan suami yang menjalankan bisnes dan kerja-kerja kontrak secara kecik-kecilan ni mmg sangat-sangat memerlukan pekerja warga asing. Sebabnya dah memang budak-budak kita taknak buat kerja-kerja yang dia rasa takde kelas, kotor, berpanas atau menggunakan kudrat yang banyak. Pernah suami saya bawak pekerja dari kampung, dia keja 1 (satu) hari je terus taknak keja. Alasannya panas bang saya tak tahan kalau keja dlm aircond ok lah. Very beautiful your face SPM pun result start dari D nak keja dlm aircond - itu kalau saya bahasakan la. Dah orang kampungku jugak terpaksa la senyap kan je. Negara kita ni belum lagi mencapai standard negara-negara maju tapi budaya menjaga imej dan nak bersenang-senang semakin menular. Bab jaga imej gaya stail mesti ada walaupun poket dengan otak sama naik je kosongnya .
Ye lah mak mentua mana nak terima buat menantu kalau orang tanya keja apa - jadi jaga a.k.a pakguard a.k.a security a.k.a PENGAWAL BANK - PEGAWAI BANK ye anak suka ibu setuju kan. Mesti jugak mak mentua tak kan sampai hati nak tgk anak dia kawin dengan tukang sapu sampah tukang kutip sampah, cuci tandas ataupun tukang kebun. Dan mmg tak terbayang dek mak mentua menantunya hari-hari dok tercongok kat pondok kawalan keselamatan angkat tangan pada kereta yang lalu lalang kat tepi palang pondok jaga tu. So stigma ni lah yang membelenggu dan menghantui anak-anak muda zaman sekarang. Saya tulis ni bukanlah menyatakan 100% orang kita berfikiran begini tapi dah mmg kenyataannya beginilah Malaysia hari ini.
Seperkara lagi komitment yang diberikan oleh pekerja warga asing berbanding dengan pekerja Malaysia sendiri. Memang perkara ini bila kita bincang agak bias tp dlm hal sektor perkhidmatan yang memerlukan komitment tinggi pekerja warga asing menjadi pilihan berbanding pekerja tempatan. Orang kita meriah dengan kenduri kendara - kawin, bertunang, bersunat, khatam al Quran, cukur jambul, tahlil arwah, kenduri kesyukuran, bday anak, weeding anniversary, kenduri naik haji kenduri balik haji macam-macamlah. Belum lagi sakit pening kematian kereta pancit motor rosak raya puasa raya haji raya cina india iban krismas deepavali segala bagai. Awal tahun dah pulun ambik cuti sakan belum sampai setengah tahun cuti tahun dah habis!!. Time masuk keja jamnya lambat je time balik cepat pulak jamnya kan. Belum lagi cuti berkembar sambung menyambung suka-suka hati ada je lah halnya memanjang macam-macam hal. Dah kita nak kata apa memang orang kita beginilah. Nak tak nak kita harus mengaku kita perlukan tenaga warga asing.
Jadi pada saya lambakan pekerja asing di Malaysia mmg susah nak di atasi makin berakar umbi adalah. Kalau kita tak ambik dari Indonesia contohnya dlm isu pembantu rumah kita dah berangan-angan nak ambik dari negara lain. Orang Malaysia takde de nak keja jadi orang gaji. Pekerja restoran hatta tukang masak restoran pun sapa pegi la intai-intai skit masa ke toilet restoran tu tau la sapa yg tgh dok kelentung kelentang kat dapur tu. Cashier supermarket even sekarang yg jaga kaunter hotel pun pekerja asing so how???
No comments:
Post a Comment