Wednesday, October 30, 2013

Siapakah yang paling sering menyakitkan hati kita

Terbaca dalam blog Ustaz Pahrol Juoi Genta Rasa seorang wanita mengatakan orang yang paling dekat dengan kita itu lah yang paling sering menyakitkan hati kita. Orang yang kita sayang itulah selalu membuat hati kita terluka. 

Ye lah fikir punya fikir memang betul jugak. Tak kira la pasangan kita ke, keluarga kita ke, kawan-kawan kita ke, jiran tetangga, ipar duai hatta ibu mertuaku pun termasuk dalam senarai carta nama mu teratas. Mereka sentiasa dekat di hati kita. Perkembangan mereka suka duka, sakit ke sihat ke pegi mana buat apa dengan sapa semua kita tau. Tak payah tengok yang susah-susah tp dalam kita bergurau senda kadang-kadang tak perasan mereka yang dekat dengan kita terasa atau kita sendiri terasa dengan mereka.

Nak-nak pulak sekarang serba serbi dihujung jari. Semua perkembangan kalau dikongsi di alam maya semua kita tau. Kadang-kadang even pasangan suami isteri pun komunikasi berkesannya hanya melalui fb. Mana taknya keja shif -  isteri keja suami tgh tido suami keja isteri pulak tido tak sempat nak sembang panjang. Tup-tup naik status " yeee ha nak gi genting cuti ni " tebeliak mata isteri baca nak pegi genting ngan sapa aku bini dia pun tak tau. Tengok pulak komen macam-macam dah kat situ udah ada 54 komen sakit pulak ati kita kan. Tapi tu lah kadang silapnya kita melompat tanpa usul periksa tak baca abih. Selepas update status si suami terus komen kat bawah statusnya "jom yang kita pegi bawa anak-anak"...tapi biasalah klu kita baca status tu time komen dh ada 54 komen yang pertama tu tak nampak dah so tak pasal-pasal boleh bergaduh kan...eh terlalut cerita ke lain pulak he he...

Tapi walaupun kita tau mereka yang paling dekat dengan kita itu menyakitkan hati kita perasaan sayang kita menolak semua itu memang benci tapi rindu. Sakit hati kita hanya tuhan yang tau kalau diturutkan hati mau dileraikan ikatan yang dibina. Mempertahankan sebuah ikatan tidak semudah kita membinanya. Ikatan yang bertahun-tahun boleh runtuh sekelip mata sahaja jika kita singkat akal. Selalu saya ingatkan diri sendiri walau dalam apa keadaan pun walau sakit hati kita macam mana pun dengan mereka yang dekat dengan kita fikirlah sedalam-dalamnya sebelum kita membuat sesuatu yang boleh memutuskan ikatan itu. Teringat kata-kata Dr Fadzilah Kamsah kalau kita rasa nak marah geram atau kecik hati dengan seseorang sedekah kan Alfatihah kepada orang itu. Sedekahkan banyak-banyak hari-hari sampai kita sendiri rasa redha dan reda perasaan negatif kita itu. Memetik status rakan fb saya katanya kadang tak semua benda kita boleh luahkan pada semua orang sebab Allah mahu kita luahkan padaNya. Saya sangat setuju memang ada masanya rasa sakit dihati pedih dilukai itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Dan hanya pada Allah tempat kita mengadu kesedihan itu.

Orang yang paling rapat paling dekat dengan kita adalah penyeri hidup kita. Hilangnya mereka hilanglah satu lagi seri dalam hidup kita. Semoga ikatan yang terjalin tidak dipersia-siakan kadang-kadang mengalah bukan bererti kalah tapi seorang kawan berpesan kepada saya berkorban tidak seharusnya terkorban...fikir-fikirkan 

  

No comments: