Lately ni saya rasa dalam banyak hal jika saya rasa nak marah dengan satu-satu benda perasaan amarah tu bertukar menjadi perasan sedih kecik hati dan sayu. Mungkin faktor umur menjadikan kita sebegitu. Dan kalau saya yang dulu mmg cepat melenting tp sekarang banyak yang saya pendam dan biarkan perasaan itu berlalu begitu. Ntah lah...saya rasa malas nak memburukan keadaan. Apa yang kita cari kalau kita melenting. Saya rasakan ikatan yang kita bina bertahun-tahun itu lagi penting dari segala-galanya.
Sama jugaklah dulu bila saya susah bermasalah perkara pertama yang saya buat adalah fikir macam mana nak selesaikan masalah tu. Pastu biasanya saya cari sapa yang boleh tolong untuk selesaikan masalah kita tu. Lain masalah lain orang yang saya cari. Telefon sana telefon sini. Cerita sana cerita sini. Menangis mengadu kutuk umpan pok pek pok jugak sambil tu. Ye lah kadang geramkan nak pulak masalah tu asalnya bukan masalah kita pun. Tapi sebab fikir kawan sedaramara adik beradik jiran kita hulur kepala tolong dia. Tapi sapa tau sometimes good things can turn into disaster...dan yang disaster tu kita kena tanggung :(
Bila banyak benda begitu berlaku dalam hidup saya mula-mula saya fikir ini pengajaran moral of the story masalah orang biar la orang tu selesaikan. Tapi saya rasa susah sebab saya ni bukan jenis hati kering. Empati saya melebihi simpati. I put myself into their shoes and... memang la end up aku pulak jadi shoes dia huh!!!
Tapi saya terfikir dah mereka dikeliling saya klu susah minta tolong saya tp bila benda jadi the other way round saya nak minta tolong sapa. It seems that semua nak selamatkan diri masing-masing and I have to struggle to help myself - ooh pity me poor Yani!!!
Atas banyak kejadian yang menimpa saya saya sedar perkara pertama bila kita dilanda masalah jangan nak sibuk la cari org itu ini nak minta tolong. Jangan nak kalut sangat update status kat fb tweeter ke bagai minta pandangan..tapi teruslah mengadu pada Allah. Perkara PERTAMA mengadu pada Allah. Saya masih ingat di saat buntu yang teramat dari siang nak ke mlm saya mencari jalan penyelesaian kalut tel sana sini fikir itu ini. Tapi sewaktu sujud yang akhir ketika solat maghrib saya berkata (hanya berkata) " Ya Allah bantu aku". Saya rasa sangat malu ketika itu mmg itu saje yang saya pinta. Dan selepas selesai solat belum lagi telekung habis saya buka nampak satu jalan keluar untuk saya. Allahhuakbar betapa Allah mendengar keluh kesah hambanya. Betapa saya terleka dan alpa..
Setiap yang berlaku dengan izinNya jadi mengadu padaNya DIA lah yang akan memberi jalan memudahkan kita..itu pasti
No comments:
Post a Comment