Friday, October 18, 2013

Teringat dolu-dolu - ambik lesen memandu

Tak lama lagi nak cuti sek kejap je kan.. bagi cikgu-cikgu blh la tarik napas panjang skit..skit je sbb saya tau macam-macam jugak yg menanti cikgu wpun anak murid cuti panjang. Tapi bagi cikgu-cikgu sek memandu time cuti sek ni kami panggil musim menuai. Jenuh meriah tak menang tangan kena serbu ngan budak-budak sek nak ambik lesen motor dan kereta. Teringat pulak zaman dolu-dolu ambik lesen. 

Saya ambik lesen memandu dah agak lewat. Masa tu dah ada anak dua orang dah kecik-kecik pulak tu setahun sorang. So tiap kali saya pegi belajar memandu en suami la jaga 2 beradik yang sangat suka melasak tu.

Kalau nak diceritakan azab jugak la saya nak menghabiskan kelas memandu tu sampai dapat lesen P tu. Yang test undang-undang tu alhamdulillah sekali je terus lulus tapi yg jpj tu Allahhuakbar 3 kali you!!

Masa belajar tu saya ni kekonon student yang pick up la cepat je boleh dapat step-step tu. Cikgu pun tinggal-tinggal kan saya round sorang-sorang kat trek (bukan race kat trek ye). Saya ingat lagi trek tu kecik je kereta bdk yg belajar punya la banyak. Pusing satu bulatan jumpa balik bukit parking 3 pointer.. boringnya. Boring la sangatkan maklum bdk dah pandai (konon ha ha).

Bila time test dia bawa kat trek lain saya belajar di Wangsa Maju testnya nuuuuu di Hulu Langat. Trek yg kat Hulu Langat tu saya belajar sekali je termasuk jalan raya nya nasib la ingat ke tak ingat. Test kali pertama saya FAIL dalam dan luar. Bahagian dalam tu kat bukit je dah kantoi tak  sempat buat apa pun sebab saya stop sebelum sampai garisan kuning. Hari tu bdk test ramai sangat kot so kali pertama saya tak sampai jpj tu terus suruh saya turun dari kereta. Terpinga-pinga daku huhu...

Bila sampai turn jalanraya saya bermula dengan baik. Kereta ok jpj tu pun sangat ok. Siap dia borak-borak cakap jgn gelabah bawa elok-elok saya bagi lulus. Bawa elok la sangat ku langgar lampu isyarat. Kuning tanda berhati-hati ku pecut suka hati ha ha. Belum sempat lepas trafic light tu lampu merah keluar. Apalagi saya la yg kena keluar. Tapi sempat gak tu buat rayuan kat jpj. Ayat poyo saya "ala encik kita dua je en kasi la saya lulus". Tapi jpj tu baik betul la dia jawap ngan sopan " kalau saya bagi awak lulus saya yang kena buang kerja ni kesalahan mandatori tau langgar lampu isyarat mmg takde ampun. Minggu depan ulang lagi." So saya balik ke trek pakai driver la kan kih kih kih..

Test yang kedua pulak kali ni kat bukit tu saya lajak byk sikit so sampai la garisan kuning  tu. Turun pun elok lah tak undur so bawa pelan-pelan ke parking. Sampai parking buat la step yg cikgu ajar tu pulas stering kira sampai cukup kiraannya tu baru boleh masuk. Berpeluh2 pulas pusing nak bagi masuk cantik ni. So dah ok lega dah time nak keluar tetiba datang angin memandai-mandai. Rasa macam malas nak ikut step yg cikgu ajar tu. Letih dah tangan pulas-pulas jadi pulas stering tak cukup kiraan. Apa lagi dang dang tung ketiiinnggg tiang parking tu jatuh. Malu mak oi semua orang tau fail la tu.

So bila nak keluar jalan raya saya dah rasa cuak je geram, malas, putus asa semua adalah. Bila masuk dalam kereta saya ingat lagi jpj yg saya dapat tu baik jugak. Memang nasib saya baik je cuma saya ni tak guna sepenuhnya apa yang saya dapat. Jalanraya laluan kami tu memang mencabar (mencabar la buat org belum ada lesen). Banyak sangat trafic light ada 1 trafic light tu di atas bukit dan kena buat U-turn kat situ. Memang hot spot gagal kat situ la. Alhamdulillah kali ni ok belajar dari pengalaman - jangan langgar lampu isyarat he he..So saya luluslah jalan raya tu. Ok lah jugak lulus dah 1 bahagian. Tapi still kena ulang lagi. Bercintanya nak pegi. Saya pun dah banyak kali minta cuti. Tiap kali test dan cuti kena naikkan notis kat student-student saya kelas cancel (time tu saya bergelar Puan lecturer gitu). Ada gak student saya cam pelik nape kerap beno saya cuti. Saya bisik-bisik je la saya ambik driving licence. Tapi bebudak ni cakap kalo puan fail banyak kali best jugak sbb byk kali le kelas cancel- kurang asam betul ha ha.

Gitulah citernya bila kali ketiga ulang baru saya lulus dengan jayanya. Tapi walaupun punya la azab nak dapatkan lesen lepas dapat lesen saya langsung tak bawa kereta. Alasannya masa tu saya kerja kat area jalan TAR jalan jem kereta byk saya tak berani. Bertahun-tahun jugaklah saya bawa lesen je bukan bawak kereta. Nasib husband saya ni bukan jenis suka kondem orang dia bagi galakan kat saya. Dia tanya kenapa saya takut nak bawa kereta. Saya kata sebab kereta kami tu besar tak sama macam kancil yg belajar dulu. Kelakar kan itu alasannya. Pastu saya kata saya pendek tak nampak depan. Jadi suami saya kata kesimpulannya saya nak kereta kecik tapi tinggi. Jenuhla fikir kereta apa kecik tapi tinggi. So come out idea kembara...then my red kembara lah my first love he he.


Sekarang alhamdulillah saya dah bawa kereta ke hulu ke hilir. Ambik hantar en suami ke airport tiap-tiap minggu lagi tu. Dan dengan tak disangka-sangka saya boleh buka sek memandu francais ngan metro driving academy lagi tu. Saya biasa la kan dlm family dulu saya la tak pandai masak tau-tau saya running tender kantin dan bukak restoran siap masuk TV lagi kih kih. Sek memandu ni pun saya selalu citer kat budak- budak yang belajar ngan saya pengalaman saya sendiri yang bukanlah test kali pertama terus lulus. Daripada tak berani klu mencuba insyaallah pasti boleh.. Tapi saya tak mengajar diorang sbb sampai sekarang saya bawa auto je malas mak nak nanti kena tekan@jaga clutch tu ha ha..



Post a Comment