Selalu kita tertanya-tanya kenapa mesti ada yang curang kepada pasangan masing-masing. Apa yang dia cari. Bahagia sangatkah?? best?? awesome?? syok sgt ke sampai tak terkata dengan apa yang sedang dia buat sekarang.
Kalau kita tengok cerita-cerita dalam tv kan tak kisah la citer orang melayu ke india cina barat ke apa bangsa pun sama je moral of the story ko buat keja tak betul ko akan dapat balasannya tunggu je la. Tapi tu lah berlambak yg masih lagi terus terusan menyakiti hati pasangan masing-masing.
Kadang-kadang tanpa sebab tanpa alasan benda ni terjadi. Selepas terjadi barulah jumpa macam-macam alasan... pasangan saya pengotor, tak pandai masak, tak pandai jaga hati mentua, tak pandai bergaul, body dah tak mengancam, mulut celupar seribu satu alasan termasuk pasangan saya terlalu baik untuk saya!! . Kurang asam kan masa dulu bercinta salah sebesar gunung berapi pun takpe dah kawin yang tak nampak tu pun di korek-korek bagi ada.
Masa saya jadi makcik kantin dulu teringat saya pada satu pasangan ni. Masing-masing suami dan isteri orang tapi mati-mati saya ingat mereka pasangan suami isteri. Sebabnya hari-hari datang makan sarapan kat kantin saya tu baju sedondon klu biru birulah dua-duanya merah si dara merah jugak lah si teruna. Hari jumaat lagilah yang lelaki dah macam pengantin siap baju melayu bersamping sedondon gitu macam org nak bertunang atau nikah ngan pasangan perempuan dia tu. Kalau tak sempat sarapan nanti pukul 10 time minum ada la berdua tu. Saya kata bagusnya lah hai hari-hari dapat makan bersama suami isteri. Aku yg berniaga makanan ni pun susah nak cari time makan sama ngan suami. Tapi bila saya dapat tau diorang tu bukan suami isteri ishhh rasa nak baling je kuah kari tu ke muka diorang. Geram la. Bayangkan sakit tak hati kita sebagai isteri kalau hari-hari kita gosokkan baju untuk suami kita tu rupa-rupanya hari-hari dia pakai sedondon ngan pompuan lain. Mestilah dia cakap yang esok abang nak pakai kaler pink lusa purple bla...bla..blaa. Kita pun gosok la baju suami tercinta kita tu kan...tercinta la sangat. Eeee sakit sungguh hati saya mengenangkan suami-suami yang macam ni.
Tapi yang pompuan tu pun sama mengong nya. Dosa tu kita jgn cakap lah sbb kalau dia fikir dosa takutkan balasan Allah takkan dia nak buat. Cuma ye lah org dah kemaruk fikiran sama par je ngan org giler. Kita bgtau@nasihat dia "klu hari ni lelaki tu blh luka kan hati isterinya tak mustahil dia blh buat benda yang sama kat ko" dia jawab pulak "aku lain tak sama ngan isteri dia". Kalau kita cakap "kita ni perempuan nape nak sakitkan hati perempuan jgk" dia jawab "kadang-kadang kita kena fikirkan untuk diri kita jugak"... dah nak cakap apa lagi.
Sebenarnya mereka yg curang ibarat mengejar pelangi dan bayang-bayang asyik dan ralit dengan indahnya fatamorgana. Bahagia yang sudah dalam genggaman dimungkiri. Sampai bila.. sampai dia terhantuk baru terngadah masa tu keluar la lagu Sesal Mendua tu. Beruntunglah sebab selalunya pasangan masih boleh memaafkan dan menerima semula. Mungkin sebab tu saya rasa ramai yang berani buat perangai dia tau nanti-nanti dia akan dimaafkan!

No comments:
Post a Comment