Biasa kita tgk dlm tv cerita-cerita anak orang kaya tertarik dengan anak orang miskin dan kita rasa itu mungkin sekadar cerita. Hakikatnya sejak dari sebelum zaman filem Antara Dua darjat arahan Tan Sri P.Ramlee itu hinggalah ke hari ini episod antara dua darjat tidak akan berakhir. Bermula dari hubungan terlarang, perkahwinan tidak direstui ataupun jika direstui pasti dipenuhi onak dan duri ranjau sepanjang kehidupan.
Saya berkesempatan berkongsi kisah suka dan duka mereka yang melalui hidup antara dua darjat ini. Apa yang pasti terlalu banyak pengorbanan hati dan perasaan yang harus dibuat. Segala-galanya nampak indah ibarat cerita tuan puteri kayangan bertemu putera idaman. Tapi disebaliknya payah untuk diungkapkan dengan seribu kata-kata.
Salah seorang daripada pekerja suami saya melalui kisah percintaan yang panjang. Ye lah dia hanya seorang buruh kasar walaupun berpangkat supervisor tapi mmg itu belum@tidak akan dapat memuaskan hati bakal mertua. Sedangkan gadis idaman anak kacukan keturunan kaya raya ada harta ada rupa ada pekerjaan yang baik. Bertahun-tahun mereka menyulam kasih tp masih belum direstui. Bagusnya pekerja suami saya ini tidak mudah putus asa dan tidak memilih jalan yang singkat untuk menghalalkan hubungan mereka. Berkat kesabaran akhirnya mereka disatukan.
Saya dan suami berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan mereka yg diadakan nun jauh di kampungnya. Deretan pelbagai kereta mewah berhampiran rumah pengantin lelaki mengesahkan ketibaan rombongan sebelah pengantin perempuan. Dan dari jauh boleh nampak jelas ibarat rombongan dari kalangan artis sedang memenuhi khemah khas utk rombongan pengantin perempuan. Cara berpakaian dan lagak gaya bersembang yang diselang seli dengan Bahasa Inggeris menegaskan lagi perbezaan darjat mereka. Saya rasa sayu bila melihat ke arah pengantin lelaki tetapi dalam masa yang sama bangga dengan sikap yang ditunjukkannya.
Sewaktu keluarga sebelah pengantin perempuan ingin bertolak balik saya dapat melihat kegundahan hati mummy n daddy pengantin perempuan. Beberapa kali mereka memeluk anak gadis mereka seakan terlalu berat untuk melepaskan anaknya bermalam di rumah yang belum betul-betul siap itu. Saya menyaksikan mata si ayah melilau meninjau keadaan rumah. Mungkin risau keselamatan anaknya ada nyamuk ke binatang buas ke maklum org tak biasa dengan situasi kampung.
Jalan hidup mereka masih panjang perkahwinan bukanlah satu destinasi tapi satu perjalanan yang harus ditempuhi. Moga Allah menguatkan ikatan cinta dan hati mereka dalam mengharungi alam rumahtangga. Amin..
No comments:
Post a Comment