Umum tau minum air kosong mmg baik untuk kesihatan kita. Macam-macam fakta kita dengar. Minggu lepas sewaktu memandu saya sempat dengar celoteh Abby Fana a.k.a Kak Bed radio sinar fm tu. Tapi dia ni biasa la kan bukan sekadar coleteh ada macam-macam gitu. Kata kak Bed air kosong yg byk kebaikannya utk kita itu amat membantu jika diminum pada tika dan saat yang betul. Ha ni lah yang saya kata menariknya sebab nak minum air kosong pun ada waktu-waktu yang kemujarabannya lagi terserlah.
Pertama minum air kosong segelas sebelum tidur dapat mengurangkan risiko serangan sakit jantung keesokan paginya. Kak Bed ada bacakan peratusan serangan sakit jantung di awal pagi tapi saya lupa he he.. cuma mmg byk jugaklah kes serangan sakit jantung bermula di awal pagi. So malam sebelum tido jangan lupa minum air ye.
Kedua minum air kosong setengah jam sebelum kita makan makanan berat - lunch@dinner. Bila kita buat macam ni dapat membantu memudahkan pencernaan. Ada jugak yang menyatakan tabiat ini akan dapat membantu kita dari mengambil terlalu banyak makanan dan seterusnya mengelak daripada perut buncit.
Ketiga minum segelas air kosong sebelum mandi. Ia dapat meneutralkan@menurunkan suhu badan dan tekanan darah kita supaya serasi dengan air yang bakal kita siram kat badan.
Keempat minum air kosong sebaik bangun dari tidur seelok-eloknya sebelum kita gosok gigi. Ini akan membantu mengaktifkan kembali organ-organ badan kita.

Teringat saya sewaktu abah terkena serangan sakit jantung lebih kurang 12 tahun lepas. Masa tu hari raya kedua. Abah pepagi keluar gi dusun durian ngan menantunya (suami I ler) ikut sekali masa tu abg angkat kami (dr kecik abah jaga dia dh mmg macam abg kami sendiri). Abah saya ada benda yang dia susah hati @sedih masa tu. Dari sebelum raya time bakar lemang lagi beberapa kali dia bersuara pasal benda tu pada suami saya dan abg angkat. Saya dengar jugak suami saya pujuk abah tp ye lah kalau hati dah terasa mesti la teringat-ingat. Sampai ke kebun pun abah masih cakap benda tu kata suami saya.
Tiba-tiba abah rebah diorang berdua panik la abah rebah kat dusun. Suami saya terus bawa abah ke klinik. Dalam perjalanan tu abah berpeluh yang sangat banyak habis basah bajunya. Sampaikan suami saya buka baju dia dan pakaikan kat abah. Bila ingat balik sedih ada kelakar ada sbb suami saya tak berbaju masa tu punya sayang kat abah mertuanya huhu..syahdu pulak hatiku. Nasib ada air mineral dlm kereta masa tu abah minum air tu habis sebotol. Sampai klinik doktor kata abah kena serangan sakit jantung dan terus dihantar ke hospital. Hampir 2 minggu abah koma. Dipendekkan cerita bila sembang-sembang ngan doktor yg merawat abah dia kata mungkin sebotol air mineral yang diberi awal pada abah membantu menyelamatkan nyawa abah!
Seorang daripada anak saudara abah yg kami panggil paklong juga mengalami keadaan yang lebih kurang sama dengan abah. Paklong solat jemaah di sebuah surau dan menjadi orang terakhir keluar dari surau. Tiba-tiba dia dapat rasakan yang dia hampir mendapat serangan jantung. Spontan dia teringat cerita abah tentang minum air kosong ni. Memang katanya ketika itu ada sebotol air mineral dalam kereta. Selepas minum air dalam keadaan lemah dia masih boleh memandu keluar dari surau dan menuju ke hospital.
Jadi amal-amalkan selalu banyak meminum air kosong moga mendatangkan manfaat kepada kita.

No comments:
Post a Comment