Thursday, October 24, 2013

Apa hadiah yang sesuai untuk pengantin

Masa saya kahwin dulu antara hadiah yang paling pupular yang kami dapat ada lah set pinggan mangkuk. Bermacam rupa saiz bentuk set makan malam set minum petang set gelas dan cawan, mangkuk besar kecik piring leper bujur segiempat semua adalah. Kira punya kira saya boleh hidangkan untuk 50 orang makan pinggan mangkuk tu. Gelas jangan ceritalah berpuluh biji. 

Tapi yg paling nostalgia bila mak mertua saya bungkus-bungkuskan pinggan makan 4 biji, piring gulai 4 biji, piring kuih 4 biji cawan n piring 4 biji yg warna jerneh tu. Suami saya dia selamba je cakap kat maknya tak payah lah sebab kami dah dapat banyak masa kenduri kat rumah saya. Cepat-cepat saya pintas cakap suami saya tu... " takpelah ni mak yang bagi yani nak". Mak mertua saya jugak kasi kami selimut yang patern petak-petak tu 2 helai. Sampai sekarang selepas hampir 14 tahun masih ada sebiji pinggan makan dan sebiji piring kuih. Selimut pulak koyak ketika kakak dengan adiknya berebutkan selimut tu. Tapi mmg dah ada byk selimut patern tu di rumah kami sbb saya rasa best sangat selimut tu walaupun nampak old fashion tapi mmg sedaplah di buat selimut.

Amalan bawa hadiah ni saya tgk klu kat kg suami saya tak berapa popular sebab orang kat sana (Kedah)  masa tu suka bg bunga telur, kuih muih atau benda-benda yang digunakan pada hari kenduri. Saya masih ingat selepas kenduri kahwin kami atau adik-adik ipar mesti ada banyak bunga pahar telur yang berlebih. Sebabnya mmg terlalu banyak bunga telur yg dihulurkan oleh jiran. Kat rumah mertua saya tu satu floor tingkat atas penuh dengan bunga pahar berpuluh pokok. Jadi bayangkan la banyak mana tu. Kalau tetamu istimewa kawan-kawan rapat sedara mara boleh dapat sampai 5-6 tangkai bunga pahar.

Berbeza dengan kenduri di kampung saya (Perak) memang akan dapat menimbun-nimbun hadiah lah dibalut dengan kertas yang cantik-cantik.  Malamnya tu kami akan ada acara potong kek dan buka hadiah. Biasanya akan ada yg tukang baca hadiah dari sapa dan semua akan tertunggu-tunggu apa la isinya. Ada jugak yang buat nakal bg anak patung, puting susu dan sebagainya. Tak ketinggalan lesung batu!! Amalan tu masih menjadi tradisi kami cuma hadiah-hadiah sudah mula di upgrade. Kalau sedara mara terdekat kita bg barang elektrik. Makanya bukak-bukak ada sterika, kettle, toaster. Bukan 1 bukan 2 kadang sampai 3 benda yang sama. Ada adik saya dia dapat periuk nasi sampai 4 biji jug kettle 3 biji toaster 3 biji. Bila fikir-fikir balik kalau dapat benda lain kan bagus (err nampak cam tak berterima kasih pulak). Tapi tu lah saya pun selalu fikir apa la benda kalau dia dapat banyak pun tp still akan ada byk gunanya. Sebab contohnya kalau dapat toaste sampai 4 bj pun bukannya nak guna selalu empat-empat tu. Memang la benda tu tak basi cuma saya fikir dari segi praktikalnya.

Bila fikir punya fikir saya rasa kipaslah paling praktikal. Kalau dia dapat 4 biji pun time-time orang datang rumah kipas tu boleh letak kat semua bilik - betul tak. Hadiah lain yang masuk dlm list saya adalah coffee maker. Yang ni saya rasa bukan fav org utk bg hadiah. Saya suka coffee maker sbb kalau time orang datang rumah saya buat air dalam coffee maker ni air akan sentiasa panas. Dapur gas pun ok jugak lah yang double burner tu sebab jarang jugak org bagi tp itu pun elok-eloknya tanya pengantin dia dah beli dapur gas ke belum. Nak lagi gempak kasi tong gas ha ha.

Ada jugaklah kalo dah tak sempat sangat nak cari hadiah saya dan suami kasi cash kat pengantin. Bisik skit kat pengantin cari hadiah sendiri mesti gelak besar pengantin tu... tapi saya rasa kalau ramai yg bagi cash kat pengantin pun mesti pengantin sukakan paham-paham le he he

No comments: