Tuesday, October 29, 2013

Manisnya Cinta Pertama - berpijaklah di bumi yang nyata

Seorang kenalan lama memberitahu saya meskipun dia mempunyai kehidupan bekeluarga yang amat bahagia dia masih lagi belum dapat melupakan kekasih cinta pertamanya. Malah katanya perasaan itu bertambah subur dari hari ke hari. Saya katakan padanya "jangan bermain api" dan jawapannya

" aku mmg takmau bermain dengan api... tapi "api" itu yang tak pernah padam"

Mak aih...kalau orang dah nak masuk senja tiba-tiba dilanda asmara semula beginilah jadinya.

Saya katakan pada dia semuanya sudah ditakdirkan. Tapi kata teman saya mereka tidak dapat berkahwin kerana kesilapan yg tidak disengajakan dan itu menjadi ralat seumur hidup untuknya. Maklum zaman dahulu yang ada hanya komunikasi melalui surat dan telefon - itupun bukan semua rumah ada telefon , handphone jangan mimpilah.

Ceritanya begini... Setelah tamat alam persekolahan mereka berdua masing-masing cuba menghubungi antara satu sama lain menerusi surat. Berpucuk-pucuk surat diutuskan satu pun tiada jawapan. Jadi masing-masing beranggapan mungkin putus sudah ikatan walaupun perasaan dan hati ketika itu amat hancur kata teman saya. Bertahun-tahun teman saya cuba melupakan bekas kekasih sehinggalah dia bertemu jodoh dengan suaminya sekarang. Dan apabila mereka bertemu semula di alam maya setelah 20 tahun terpisah terlerailah persoalan rupa-rupanya masing-masing menulis alamat yang silap.

"aku ingin betulkan kesilapan, kami sepatutnya berkahwin bukannya terpisah dengan cara yang tidak disengajakan" kata kawan saya dengan begitu yakin. 

Memang ayat tak masuk akal kata hati saya. Nampak benar kawan saya ni sudah tidak boleh berfikir dengan waras. Nasib kami berbual dlm facebook je kalau face to face mau saya simbah mukanya dengan air nescafe panas yang sedang saya minum - bagi sedar skit.

"ok lah ko nak betulkan kesilapan yg ko tak dapat berkahwin dengan dia tapi sebelum tu aku nak tanya boleh ko betulkan kesilapan yang ko dah terberanak kan anak ko sampai 5 orang tu dengan suami ko sekarang. Boleh ko ambik sumbat masuk semua anak ko tu dalam perut ko semula dan lenyapkan mereka dari muka bumi ni boleh??. Keluar pulak ayat tak siuman saya pada dia. Sorry la beb terlebih emosi pulak huhu..

Memang perasaan yang terlarang itu amat indah untuk kita layan. Mengingati kenangan lama bersama si dia boleh membuatkan kita khayal leka lupa siapa diri kita sekarang. Memori-memori indah meruntun jiwa kita untuk terus mengingati saat-saat manis bersama. Tapi untuk apa semua itu. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah memiliki sebuah keluarga yang bahagia - bahagia apa lagi yang kita cari. Terimalah hakikat takdir hidup kita. Seandainya kita belum temui bahagia dlm rumahtangga kita jgn pula cuba membina kebahagian atas derita orang lain. Berpijaklah di bumi yang nyata. Meskipun terkadang kita merasakan semalam itu terlalu dekat dengan kita, namun tak kan mungkin pernah bisa kita mendapatkannya semula. Apa yang tinggal hanyalah kenangan memori yg sudah menjadi lipatan sejarah.

Padamu teman saya berdoa moga Allah menguatkan, menyatukan dan mengekalkan ikatan perkahwinan kalian. Janganlah persia kan apa yang dimiliki belajarlah menghargai untuk sentiasa dikasihi.


No comments: