Thursday, September 26, 2013

Suka-suka cucuk Sirih Junjung@tepak sirih

Ni sirih junjung desprado namanya hasil tangan saya ngan kakak sulung. Al kisahnya kami tunggu fresh flower yang tersangat la fresh sampaikan sebelah lelaki bg Assalamualaikum saya baru siap cucuk bunga yang terakhir hermm..saya biasa la kan keja last minit ni. 

Adik saya yang ditugaskan beli fresh flower ni dah mencari merata alam (alam Kuala Kangsar hik hik) kedai blh tutup pulak tu. So depa apa lagi ke Ipoh la yong pepagi tu punya la commit ngan tugasan yang diberi. Dah yang kat rumah ni libang libu dibuatnya nunggu tak sampai-sampai barang. 

Memang saya rasa masa yg kami ada tak byk masa tu tak sampai 15 minit utk saya ngan kakak siapkan gubahan ni. Half way tgh cucuk mencucuk kakak terpaksa tinggalkan saya sbb dia kena standby rombongan lelaki dah nak sampai waaaaaaa...tp ku bertabah je lah cucuk sana cucuk sini dengan bantuan Ideal Sisters yang lain saya pun tak ingat dah sapa yang ada kat keliling saya masa tu sbb panik tahap gaban jugak masa tu ha ha


Yang ni sirih junjung sebelah lelaki untuk adik perempuan saya tapi kami tolong buat sbb rombongan diorang masa tu dari Melaka datang awal. Adik saya Norash Mohamed buat majlis bertunang ngan akad nikah selang sehari je. So klu sebelah lelaki bawa sirih dr Melaka mmg confirm layu layuan. Jadi we all decide takpe kami tolong buatkan. Iye lah ni kan projek usahsama - apa yang penting kerjasama



Yang tepak sirih ngan sirih junjung tema pink ni saya gubah masa bertunang anak kepada sepupu saya. Saya cucuk right before kami keluar bertolak ke rumah pihak perempuan. 


So gambar ni je lah yang ada dlm koleksi yang lain mana ntah..
Post a Comment