Friday, September 20, 2013

Farhanis dan puting kosong berpisah jua

Kalau saya boleh katakan seperkara yg saya sesal dlm kaedah menjaga anak - memberinya puting kosong.

Anak yang pertama dan kedua saya tak bagi pun tp sampai no 3 ni (merangkap bongsu he he) saya bagi pulak. Puncanya sbb dia tiap malam nak melekat ngan ermm saya tu. Saya ni pulak jenis tak pandai bagi sambil baring. Risau dlm kepala ni macam-macam takut anak lemas. Jadinya saya duduk bersandar tp bayangkan la dah dia takmau lepas sepanjang malam nak tidur bersandar mana larat kan. So saya bg jugak la benda tu. 

Tapi tu lah nak stopkan dia dari "melanggan" puting kosong ni punya la payah. Dia boleh jadi cam histeria kalau tak dapat. Saya ke mana-mana mmg kena standby 2@3 puting kosong dia tu sbb minah sorang ni boleh tahan jugak letak sana sini suka hati je puting kosong dia tu. Pastu taunya mengamuk kalau dah hilang. Ayat dia yg tak keruan bila puting takde " macam mana ni nak tido pun tak boleh" sambil pegang-pegang kepala gaya org nak pecah kepala tu.

Masa saya tulis artikel ni dah masuk hari ke 4 dia tak hisap puting tu...saya confirm kali ni percubaan saya yang ntah ke berapa kali ni akan berjaya. Alkisahnya sebelum ni dlm 2 minggu lepas dia dah terjatuhkan putingnya dalam lubang tandas (see masuk tandas pun kadang terbabas bw puting dah benda tu dok kat mulut je). Walaupun dia terjatuhkan benda tu si kecik saya ni bercakap bukan main pandai. Dia cover silap dia tu cakap "bibik adik dah buang puting adik dalam tandas". Dalam hati saya kata banyak la ko buang. Saya menyampuk 'ok la bagusla adik buang pasni ibu takyah beli baru adik jangan hisap puting ok". Dia diam je - diam bukan tanda setuju ye. 

Dia ada lagi satu spare putingnya tp masa ramai-ramai mak adik beradik saya ada kat umah time cuti Hari Malaysia tu puting yang tu pun hilang jugak. So saya pun cakap sebab dia hilangkan puting selalu sangat saya dah taknak beli. Actually ayat ni saya selalu cakap tiap kali puting kosong hilang but this time I meant it. Saya pesan kat bibik biar dia mengamuk - memang dia mengamuk sakan le nak kan puting tu tapi balik je dari kerja saya belikan dia mainan. Saya cakap sebab adik tak hisap puting hari ni. Esoknya saya beli lagi dan lagi dan lagi. Terpaksa la kan. Sampai la hari ni no more puting lagi legaaa...

 Tapi si kecik ni kan mmg la mulut laser tak sayang mulut betul. Saya kekonon cakap la kat dia "adik tau tak nape ibu beli mainan hari-hari kat adik..sebab adik dah tak hisap puting lagi". Dia senyum-senyum je pastu jawab ha a "ibu beli mainan murah-murah je"...hermmm sabo je la.
Post a Comment