Saturday, September 14, 2013

Suka-suka deco pulut kuning

Daripada mak saya termasuk mak-mak sedara, adik beradik saya kami mmg suka buat benda-benda gini dan yang sewaktu dengannya. Takde sorang pun dari kami pernah ambik apa-apa kelas@kursus semuanya buat ikut gerak hati secantik mata sesedap rasa..cewah.. atau dalam bahasa yang ganas skit sesedap belasah je ha ha.

Pulut kuning yg dlm bekas hantaran ni saya ngan mak buat untuk hantaran anak kepada kakak sepupu saya. Kami orang Perak (err..tak pasti la semua org Perak ke kitaorang je he he) kalau bertunang dah jadi trademark bagi pulut kuning ngan rendang ayam atau daging. Masa buat pulut ni mmg betul-betul tak plan sbb dia bertunang ngan orang Selangor. Mula cam taknak buat sbb takut tak sama adat terkejut pulak. Tapi tau la mak saya cam tak puas hati so buat jugaklah. Jadi kami guna je apa bahan yang ada kat dapur saya masa tu.
                      
Yang ni pulak saya buat untuk harijadi jiran saya merangkap ustazah yang mengajar anak saya mengaji. Dia sambut harijadi  dia sekaligus buat Qatam Quran untuk bdk-bdk yang belajar mengaji dengan dia termasuk anak saya yang sulung. Saya buat 2 tingkat actually tp dlm gambar tak nampak pulak 2 tingkatnya. Buat ni pun dlm keadaan kelam kabut sbb saya sampai kat rumah pkl 7 mlm. Ustazah nak buat majlis pukul 9. Bayangkan dgn kalut nak maghrib saya mendeko pulut ni sbb tu la saya kata belasah sesuka hati je



Yang ni saya buat atas permintaan kakak saya untuk anaknya sempena Majlis Konvo dia. Saya buat reramai ngan adik beradik yang lain. Tau-tau la kan kami kan semua perempuan so pok pek pok pek siap berbaris telur puyuh keliling kek. Pok pek pok pek lagi siap dah kek pulut kuning ni. Yang ni jugak buat dlm keadaan kelam kabut jgk ha ha..entah bila la saya boleh buat keja dlm keadaan aman santai-santai tak tau la. Sebab ada je lah bz bebeno kekdahnya ngan macam-macam kerja. Yang pasti saya akan siap on time. Sang kalibut sebelum tu hanya bibik saya penyimpan mohor besar.Tersangat la on time@just in time nya bibik saya kata setiap kali buat makan2 bila orang@tetamu sampai je bagi salam saya mesti tengah turun dari atas siap berbaju kurung ayu gitu ha ha..










Pulut kuning 2 tingkat ni pulak sempena Ulang tahun ke 12 perkahwinan saya. Yang ni mak adik beradik saya dan kakak ipar saya punya kerja. Thank you you all merealisasikan kek pulut kuning untuk kami. Pulutnya special mai dari Kedah kakak ipar saya bawa tgh-tgh malam depa sampai dari kampung masa tu. Punya la saya terharu. Yang specialnya tentang pulut ni sbb pulutnya putih melepak bersih dipanggil pulut susu. Kat kl ni susah skit nak jumpa pulut susu tu yang saya request kat ibu mertuaku nak pulut susu ni.

Masa adik saya nikah kami buatkan dia pulut kuning 3 tgkt ni pulak..rupa-rupanya ni antara kesukaan mak mertua dia hermm kena lah tu. Lepas tu saya dapat tau selalu jugak la mak mentua adik request adik buatkan pulut kuning he he


Yang ni the latest terbaru buat masa Sambutan Hari Raya di lorong rumah saya. Saya pernah cerita saya ngan jiran-jiran kami kan suka buat macam-macam aktiviti. So masa jamuan raya ni jiran saya nak buat pulut kuning ni untuk bday anak dia dan bday dia sendiri gak. Then ada lagi sorang jiran nak buat pulut kuning untuk surprise kan hubby dia. So layannn... kalau korang pandai cuba teka rose merah membara kat tgh-tgh kek tu diperbuat daripada apa



No comments: