Wednesday, September 25, 2013

Ilham Cinta - deco Raja Sehari

Bermula dengan kakak saya, saya hinggalah ke adik-adik yang lain semua hiasan untuk Gubahan Hantaran, Bilik Pengantin, Pelamin Mini utk Majlis Akad Nikah dan Meja Makan Beradap kami buat sendiri. Termasuk juga kad jemputan, banner bunting dan door gift utk tetamu...tidak lupa jugak sesi fotoshoot utk pengantin indoor dan outdoor semuanya tidak menggunakan khidmat orang luar.

Tapi kami bukanlah Pak Abu Wedding planner semuanya kami buat atas nama CINTA tanda KASIH yang tulus ikhlas. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah S.W.T yang menganugerahkan ke atas semua tiap seorang dari kami dengan ilham dan bakat semulajadi. Berbekalkan kurnian Allah dan berkat didikan mak dan abah semuanya kami blend menjadi satu - ILHAM CINTA.

Yang saya paparkan di sini bukan utk riak sekadar kongsi ilham sesama kita...Semoga enjoy ya menjamu mata









 Alkisah nak isi buah epal artificial tp jenuh cari kat pekan Kuala Kangsar tu takde. Penyudahnya epal betul sekotak dikorbankan masuk kat sangkar-sangkar ni. Tapi  yang bestnya esok time photoshoot kat air terjun adik-adik saya bawa epal ni buat bekal makan berkelah.












Yang ni jenuh jgk kami baling-baling vail tu nak dapatkan hasilnya cam gini tp berbaloi siap jadi cam bentuk love vail tu




Kredit untuk adik saya Norash Mohamad dan suami yg byk menimbulkan ilham kreatif utk pelamin mini akad nikah dan bilik tidur pengantin. Juga utk Shima Ima dan suami untuk sentuhan magis mereka terhadap barang-barang hantaran mereka. Gubahan meja makan beradap kakak, saya dan adik-adik yang lain berkongsi eksperimen tebuk sana sini cucuk itu ini.. he he. Dan...untuk setiap detik dan momen yang kami lalui pastinya tidak pernah leka dari petikan dan rakaman lensa oleh kakak kami Yong Yatie.
Post a Comment