Tuesday, September 17, 2013

Bila bibik takde

Kalau dah lama sangat berbibik sesekali dia takde terasa beno azabnya. Padahal saya ni dlm ramai-ramai anak mak saya le yang paling rajin..ceh bunyi cam perasan je kan tapi ni kisah benar. Dulu masa kecik-kecik kami 8 beradik dah le ramai bersusun paku pulak tu. Saya memang selalu tolong mak basuh kain yg menimbun-nimbun tu- basuh tangan ok! masa tu elektrik pun takde so bayang mesin basuh pun jgn harap le. Basuh kain pakai sabun cap kapak atau cap kilat tu je. Kerja-kerja rumah menyapu sampah basuh pinggan angkat kain dijemuran (hujan dah turun) lipat baju cuci tingkap semua lah saya buat kecuali memasak sebab yg tu kakak saya pro dan abah saya tu kan juri profesional la sangat mana berani saya nak masak. Adik beradik yang lain tu bukan diorang tak tolong tp diorang kecik-kecik lagi masa tu bukan tau apa main tau la. Kakak pulak jarak ngan saya jauh sbb actually ada sorang lagi atas saya tp dah meninggal. So bila kakak masuk asrama dan keluar dr rumah bekerja saya je lah yang tinggal yg besarnya.

Saya terfikir jgk mungkin sebab saya rajin tolong mak makanya bila dah kahwin Allah balas dengan adanya sorang bibik kat rumah saya. Ingatkan dulu nak pakai bibik kejap je tp alih-alih sampai 8 tahun masih lg dia setia ngan saya. So apa lagi ya beda bedu la kan...hingga akhirnya ku pun naik lemak he he (mmg pun lemak naik sekarang ni ha ha)

Semalam cuti hari Malaysia tu saya pun bg bibik cuti. Saya selalunya kalau ada org nak datang rumah nak makan-makan mmg saya tak bg dia cuti. Tugas dia sediakan bahan utk saya masak dan kemas semula sepah-sepah selerak yang saya buat tu lah. Tapi kali ni saya fikir takpelah yang nak datang tu pun mak abah adik beradik saya je. Lagipun kami nak p mandi manda kat Hot Spring Sg Klah Sungkai. Tapinya hermm... baru  ku tahu ponek mokcik oiii!!. Ye lah saya nak buat nasi lemak rendang daging ngan bihun goreng utk bawa g berkelah. Selalunya mmg semua bibik sediakan dari A-Y saya hanya buat Z je ha ha. Ni kena sediakan bahan, masak kemas lagi tu. Huh! tak habis-habis rasanya. Balik dr berkelah pun selalu sampai kat umah umah dah kemas bersih je. Ni dgn kain2 kotor nya ngan umah tak kemasnya (sbb nak pegi tu nak cepat la kan kemas2 gitu je) aduhai semak kepala. Yang saya pulak terkial-kial mcm org tak pernah buat kerja rumah. Itu pun mak adik-adik saya semua menolong kemas. Tapi diorang pun dok sebut-sebut kalau bibik ada ni semua kemas je ha ha..tu lah penangan bibik.
Post a Comment