Tuesday, September 10, 2013

Inilah harinya - UPSR

Siang tadi anak saya exam UPSR...perasaan saya ohhh usah ditanya. Apa yang pasti sangat-sangat mendebarkan. Saya rasa ramai ibu-ibu diluar sana punya perasaan yang sama seperti saya. 

Debaran tu dah mula dirasa sebaik balik dr kampung lepas cuti raya. Harus saya akui saya ni mungkin kategori ibu yang over sikit kot. Pernah anak saya kena turun kelas gara-gara hanya 1 subjek tak dapat A sedangkan yang lain dia score.. saya yang sedih sampai mengalir air mata.

Dan pagi td saya rasa sebak sangat sewaktu bersalam dengan saya kakak (panggilan saya utk anak sulung) meminta ampun dan maaf kepada saya dan mohon saya halalkan dengan segala apa yg saya curahkan pada dia. Selepas dia ke sekolah saya bacakan surah yassin untuknya dan berulang kali bacakan Fatihah mohon Allah permudahkan. Memang hati tak tenteram. Dalam setiap apa yang saya lakukan pada hari ni mmg teringat-ingatkan dia sedang berjuang. Mata asyik melihat ke jam.

Saya menunggu di luar sekolah dengan penuh debar. Sebaik exam hari pertama selesai nampak saje kakak saya terus meluru dan memeluknya. Tak sabar nak tanya soalan apa yang keluar. Bila saya ingat-ingat kembali beginilah agaknya perasaan mak kita dulu-dulu. Perlahan-lahan kita akan melalui saat-saat itu.

Esok dan lusa masih berbaki 3 kertas moga kakak diberi ketenangan dan beroleh kejayaan atas usaha penat lelahnya selama ini..amin

P/s Diam-diam saya check paper Pemahamannya dan rasa agak lega moga A utknya memandangkan paper Penulisan tajuk yang keluar adalah yang sama pernah dibuatnya dlm kelas.

No comments: