Saturday, September 21, 2013

Bila kehendak mengatasi keperluan

Seorang guru pernah bagitau saya di sekolahnya antara kriteria yg digunakan oleh cikgu-cikgu dlm memberi bantuan atau sumbangan sekolah kepada pelajar yang kurang berkemampuan adalah bertanyakan soalan sama ada rumah pelajar tersebut mempunyai Astro atau tidak.

Hermm...pada pandangan saya org sekarang ni rumah dah nak robohpun piring astro mencacak elok je. Kayu ukur lama-lama yang kita pakai tu dah tak berapa nak relevan sekarang ni. Malah kalau la Abraham Maslow yg mencipta teori Hieraki Kehidupan Maslow tu hidup lagi menangis dia kot tgk teori dia dah dinafikan begitu saja. 

Mana taknya mengikut Maslow perkara asas dlm kehidupan manusia adalah keperluan kepada makanan, pakaian, keperluan kasih sayang  perlindungan,  barulah keperluan utk rasa dihormati dan disanjungi. Tapi sekarang ni tgk je lah demi nak dapatkan barang yang menjadi idaman ada orang sanggup ikat perut tak makan@makan maggi je pun takpe.

Trend sekarang antara keperluan dan kehendak garisnya sangat tipis dan kabur. Berapa ramai dari kita yg tersasar mendahulukan kehendak. Macam contoh astro tu lah sebenarnya keperluannya adalah menyediakan bahagian yang mencukupi utk pendidikan tetapi dah disalurkan kepada hiburan pulak. Budak-budak muda sekarang baru kerja sebulan tp "mampu" je beli handphone yang lagi mahal dr gaji dia sebulan tu. Itu kalau yg dah kerja yang budak-budak masih sekolah tu demand nak handphone canggih-canggih jugak.

Saya teringat kisah budak-budak pekerja suami saya. Baru masuk kerja dapat gaji sebulan beli jam harga RM600. Lepas 3 hari bg gaji dah nak minta advanced...siot je kan. Tanya kenapa la ko beli jam mahal-mahal macam tu (saya tau suami saya mesti dlm hati ckp aku boss kau pun tak beli jam RM600) selamba je jawap lama dah saya nak jam macam tu. Itu belum masuk beli seluar jeans 5@6 ratus selai hissh angin je kita dengarkan. Agak-agak la nak membelikan biar padan ngan pendapatan. Tapi susah nak cakap. Kadang kita kata budak-budak tp mak bapak budak pun sama. Nak bergaya punya pasal budget untuk perkara penting anak-anak keperluan keluarga kita cut...tagline dia ada aku kesahh!!.

Sorang dari pekerja suami saya isterinya dua..ye lah dah jodoh kan nak buat macam mana. Tapi gaji dia saya yang kira sebulan baru rm1500 camne la menyara 2 isteri ngan anak-anak lagi. Isteri dua-dua tak kerja pulak tu. Suami saya cakap aku boss dia pun sorang je isteri...saya cakap pulak tak payah la abang nak tercabar sangat ngan pekerja abg yang ada 2 bini tu. Tapi orang kalau dah berkehendak susah nak kita ajarkan dah bgtau apapun tak makan saman dia.

Pada saya kawalan kendiri sangat penting. Memang kita ada masanya susah nak halang diri sendiri dari terus membeli dan membeli. Macam-macam alasan kita bagi nak membolehkan diri capai apa yg kita nak..bercakap berdasarkan pengalaman ha ha. Saya dengan suami satu benda yang kami susah nak halang adalah kehendak nak berjalan-jalan. Bukan apa alasannya dah kerja penat-penat so nak bagi badan rehat. Jadi ada duit sikit pun nak jalan jugak dekat-dekat pun takpe janji keluar rumah dan tido di hotel. Padahal sendiri sedar ada benda lain yang lebih penting yang kena masuk dlm budget. Cumanya bila dah agak berumur ni ada la fikir-fikir macam mana nak atasi. Satu caranya mungkin dengan kena ada force saving. Contohnya disebabkan tak berdisiplin sangat menabung untuk Tabung Haji saya dan suami decide kami kena menabung guna BSN Takaful Prudential tu ambik skim yang nak pegi haji tu. So yg tu kena komited la kan tiap bulan mencarum.

Yang saya ni pulak selalu kalah ngan handbag.. dah ada carlo rino nak bonia pastu nak merasa pulak handbag "tetamu" nak jgk handbag "jurulatih" tu tak habis-habis la edisi handbagnya cuma belum la lagi pikir ke cik luis tu. Lately ni  saya akan fikir byk kali jgk la bila betul-betul nak membeli tu. En suami mmg ada bagi budget yang cukup cumanya saya selalu tak habiskan budget tu untuk saya sorang. Macam awal tahun ari tu pegi JPO. Saya ambik 1 handbag untuk saya dan ada baki dr budget yang dia bagi tu saya belikan T-shirt "tetamu" utk anak. Raya baru ni pun saya ambik 1 handbag utk saya dan 1 lagi untuk anak dara saya (yg baru darjah 6 tu ). Saya rasa takmo la greedy sangat...so dengan cara ni taklah ku rasa bersalah sangat asyik beli handbag je ha ha

 
Post a Comment