Tuesday, September 15, 2015

Tiramisu mudah dessert buat pengantin

Tiramisu ni saya buat untuk adik jiran saya yang kenduri kawinnya kami handle cara gotong royong. Serius ni kenduri kawin pertama yg kami jiran-jiran masak gotong royong. Debar-debar jgk tp bersandarkan pengalaman sebelum ni masak sendiri kenduri bersunat, kenduri bertunang, kenduri majlis akad nikah alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan penuh meriah.

Kami pecah kerja ikut team - team masak & rewang, team dessert corner dan team makan beradap. So saya handle team makan beradap. Nanti ada masa saya update skit pasal team makan beradap saya hihi.

Saya goggle je resepi tiramisu plus tanya2 korek tips skit dr sifu-sifu otai -my dear fren Farahzilla and my dear comei Shida Dolmat so ni lah hasilnya



Deco buah strawberry and daun pandan tu my dear cik Awe kasi tunjuk ajar. So ni saya share resepi yang sangat simple

Bahan-bahan
1. 1 bj sponge kek - saya tak guna sponge finger tu sebab nak buat dlm gelas so tak berapa sesuai lak berbanding kalau buat dlm loyang ke ok lah kan guna sponge finger.
2. 250 gm whipping cream
3. 200 ml cream cheese
4. 1/2 cawan gula halus
5. 1 sudu besar nescafe bancuh dengan 1 cawan air panas
6. Serbuk koko, buah strawbery daun pandan untuk hiasan - yg ni suka ati koranglah ye nak letak apa kiwi mango ceri apa-apalah

Cara-cara
1. Pukul whipping cream cream cheese dan gula hingga kembang dan gebu
2. Potong kek dan susun lapisan pertama di dalam gelas.
3. Kemudian renjiskan air nescafe ke atas kek.
4. Sudukan bahan yang dipukul tadi.
5. Selang selikan kek dan cream sehingga cawan penuh. 
6. Simpan dalam peti ais -untuk hidangan pengantin ni saya buat mlm sebelum kenduri.

Masa nak menghidangkan ayakkan serbuk koko menutupi lapisan atasnya. Dan boleh la deko sesuka hati kita ye hihi


Tq kat sifu-sifu yang beri tunjuk ajar
Post a Comment