2-3 hari lepas dengar kat radio topik ni dikupas oleh Dr Tengku Asmadi (MAP Training). Saya tak dapat nak dengar betul-betul sbb sambil drive byk beno pit stop nye hehe. So keluar masuk kereta on off dengar. Tapi pada saya amat menarik topik ni . Antara yang sempat saya dengar kata Dr orang yang terlalu kuat cemburunya pada benda-benda bersifat duniawi ni menunjukkan betapa kuat hatinya melekat pada dunia.
Memang byk jenis cemburu - cemburu pada pasangan, cemburu pada kejayaan orang lain, pada kecantikan, pada harta kemewahan pendek kata kalau boleh dia je nak lebih segala-galanya. Kalau dia nampak ada orang mengatasinya mmg tak senang duduk. Pada saya klu cemburu pada kejayaan org tu takpe lah kan. Mungkin itu jadi sumber inspirasi. Tapi berapa ramai yg nak ambik itu sebagai cemburu. Masih ramai yang bersarang dalam hatinya cemburu yang bersifat duniawi.
Kadang mungkin benda yang remeh-remeh je pun tp kalau kita tak bendung boleh menjadi penyakit hati. Saya tulis ni pun utk ingatan diri sendiri. Kita bincang benda-benda yang simple je - ni contohnya dah masuk ramadhan. Tengok orang dah tukar langsir, karpet sofa ke bagai kita mula tak senang duduk kan. Rumah kita tak buat apa lagi nih. Tu belum lagi bab baju raya. Pilih terpilih masuk dari satu kedai ke satu kedai nak pesen tu pesen ni yg paling update la katakan. Nanti bila time raya jumpa sedara mara ipar duai biras beras tgk-tgk baju kasut tudung handbag dia lg cantik dr kita. Sakitnya hati kan. Rasa aku dh pilih habih cantik dah ni camne dia blh lawan aku ni. Pulak tu yg kita terkejut kita rasa dia tak mampu nak beli cam kita alih-alih dia beli benda lebih kurang sama ngan kita silap-silap lagi mahal dari kita. Mula la hati berkata-kata. Macam mana dia boleh beli ni. Banyak pulak duit dia. Kata Dr itu tandanya hati kita berpenyakit. Kena di rawat.
Zaman berfesbuk ni lagi la menambahkan kuatnya wujud timbul rasa cemburu kita. Buka fb pagi2 nampak fren kita tayang dpt cincin pak bib hubby beli katanya hadiah in advance anniversary. Ish!! belian seketoi terbeliak kat jari dia aduhh jelesnya hati kita kan tuhan je yang tau. Mula la tak pasal-pasal nak membandingkan suami kita ngan suami orang.
Menambah luka ada pulak kawan update tgh seronok bercuti sana sini suami bawak. Yang kita ni cuti suami bawak g Mydin je beli rempah kari, fabuloso, cekak rambut sabun basuh kain itu je cuti kita. Ishhh sakit beno rasa hati kitakan. Cemburu betul kita kat kawan kita tu. Kadang tu kawan update dia makan kat mana pun boleh buat kita terbako. Geramm je kita nengoknya makan sedap-sedap ngalahkan raja hari-hari. Yang aku ni kelengtung kelengtang lintang pukang masak kat dapo.
Macam mana ye nak dirawat hati kita tu. Betul kata Dr hati yang cemburu begitu perlu dirawat. Kalau dibiar sampai ke tua jadi tabiat melekat susah 7 keturunan nanti cemburu tak abih-abih. Bayangkan la dah maknya jenis camtu mmg sedikit sebanyak akan tumpah perangai mcm tu kat anak dia. Secara tak sengaja didikan mak tu akan mempengaruhi anak-anaknya. Sebab tu saya kata 7 keturunan belum tentu habis sifat jelek tu.
Pada saya sebagai manusia biasa mmg pasti wujud terdetik di hati kita tak banyak sedikit tatkala kita nampak orang melebihi kita. Tapi di saat perasaan itu datang gunalah otak akal dan fikiran yg ada utk mengatasi hati yang sedang berperang tu. Jangan dibiarkan hati dan nafsu menguasai akal dan fikiran kita. Ni tak apa yang kita buat bila nampak orang lebih dari kita kita mula la bertindak..skrg jugak nak pegi kedai nak beli yang lagi hebat. Ataupun kita simpan dalam hati macam simpan dendam tu takpe nanti aku buat lebih lagi ko tgk je lah - ibarat mcm mami jarum tgk gelang kat tangan orang kan hihi.
Memang susah nak dikikis tapi kena cubalah. Fikirkan yang baik-baik. Bagi alasan-alasan untuk kita boleh menepis cemburu itu. Dah rezeki dia rezeki kita mungkin selepas ini. Kita pun tak tau apa masalah dia yang lain selain dari yang hebat-hebat bagus-bagus best-best dlm fb dia tu. Allah Maha Adil kalau kita tak dapat yg mcm kawan kita tu kita pasti akan dpt jugak yang sesuai dengan kita. Banyakkan bersabar. Hidup bukannya semata-mata atas pandangan mata kasar sahaja. Yang penting kita tau apa yang kita lalui.
Semoga Ramadhan kali ini berjaya mendidik kita melembutkan hati dan jiwa yang keras...amin
No comments:
Post a Comment