Friday, June 6, 2014

Sejurus tanganku di genggam Tan Sri Rafidah Aziz

Dalam ramai-ramai VIP yang saya jumpa pertemuan dengan Tan Sri Rafidah Aziz adalah yang paling manis dan bermakna dalam hidup saya. Mana taknya saya berpeluang face to face dengan Tan Sri Rafidah Aziz masa saya dipanggil untuk menerima anugerah pelajar bumiputera terbaik STPM untuk daerah Kuala Kangsar pada tahun 1994. Sebenarnya mmg saya tak pernah sangka saya akan ambil STPM dalam hidup saya. 

Saya bdk pure sains dan dok kat sek sains tu selama 5 tahun. Memang itu cita-cita saya masa sek rendah nak masuk asrama penuh dan impian tercapai. Memang seronok sangatlah kan bdk kampung mcm saya dpt masuk asrama dengan segala kemudahan yang takde kat rumah kita kan. Walau bagaimanapun lama kelamaan saya menyedari saya   bukanlah suka sangat dgn aliran sains tu. Tapi apa pilihan yang saya ada. Kalau saya tak nak aliran sains tu saya kena keluar sek dan balik kampung - which is saya rasa akan meggegarkan satu kampung dengan macam-macam tanggapan.So bertahan je lah. Lagipun life kat hostel mmg best bukan ada masalah apa pun. Jadi bila result keluar dan masa isi borang kemasukan ke U fikiran saya dah mula bersimpang siur. Saya fikir inilah masanya utk saya keluar dari apa yg saya tidak berapa suka selama ini. Kalau saya teruskan mungkin seumur hidup saya akan terus terpaksa melakukan apa yang saya tidak suka.

So apa yang saya isi kat borang tu takde kena mengena pun ngan result saya. Masa tu saya nekad kalau dapat dapatlah kalau tak kena tukar plan B. Then memang takdapat lah. Saya tau masa tu mak abah sedih dan mungkin jugak la bercampur malu sbb kawan yg sekampung sek biasa pun blh masuk U saya tak dapat. Bila saya dah mulakan persekolahan tingkatan 6 tiba-tiba abah beli tv baru menggantikan tv lama yang dah tak berapa ok. Kata abah dah saya tak masuk U boleh la gunakan duit tu. Saya masih ingat pakcik saya yg saya panggil pak long datang ke rumah dan minta tgk result SPM saya. Kemudian dia tanya saya betul ke nak ambik STPM. Saya jawab ye dan pak long cakap pada abah - simpan duit jangan membazir anak ni akan masuk U lagi 2 tahun. Saya betul-betul terharu saya rasa dlm ramai-ramai itu kata semangat yg sangat bermakna buat saya.

Jadi mmg pada hari saya dipanggil menerima anugerah tu saya rasa segalanya terbalas dan berbaloi. Tapi nak cerita kat korang saya hampir terlepas masjlis anugerah tu!!. Zaman dulu kan mana la ada telefon@handphone ni email ke fb ke jauh sekali la kan. So pada hari kejadian mak suruh saya pegi sek bagi hadiah kat cikgu-cikgu saya. Sian mak bukannya banyak duit pun tapi dia suka sangat saya dpt result cam gitu so dia bg rm50 kat saya utk belikan hadiah pada 5 org cikgu subjek saya tu. Nasib la STPM ada 5 subjek je hehe. So masa nak jumpa cikgu tu lah baru saya tau saya dpt anugerah tu - dan majlisnya sedang berlangsung agak jauh jugak dari sek. Saya datang naik bas je pun. Bas pulak tu 2 jam sekali. Cikgu kata cepatlah fikir apa lagi - ohh..cikgu mmg taktau apa yang saya fikirkan :( 

Tapi takkan saya nak lepaskan gitu je. So memang saya berlari pecut ke stesen bas yang sememangnya jauh. Sekolah saya tu atas bukit. Ada jalan shortcut yg saya tau lalu ikut belakang rumah-rumah cina tepi longkang tepi sungai. Saya rasa saya lari tak ingat dunia dah dengan baju kurungnya masa tu. Nasib jugak saya pakai baju kurung yang agak semenggah saya rasa ok lah kalau saya naik stage ngan baju tu.

Bila saya sampai kat tempat tu saya tgk byk khemah dan ramainya orang. Betul ke ni. Saya mmg tak tau nak tuju ke mana. Kebetulan nampak sign pejabat. So masuk pejabat tu saya tunjukkan surat yang ada nama saya tu. Kecoh kerani tu dia cakap la kamu ke budaknya. Jom cepat dari tadi orang cari kamu. Dia tarik saya ke khemah dan tunjukkan tempat duduk saya. Bila dah duduk saya tarik nafas lega sebab org tengah berucap -  yg tgh berucap tu Tan Sri Rafidah Aziz ( i sampai lagi lambat dari VIP you!! ). 

Dalam dok dengar ucapan tu saya teringat mak dan abah. Patutnya diorang ada ni. Tiba-tiba saya rasa sayu. Saya pandang-pandang keliling nak sangat mak abah ada meraikan kejayaan saya. Tapi apakan daya saya harus berseorangan dalam majlis yang meriah dan besar ini. Perlahan-lahan ucapan Tan Sri terasa sayup-sayup di telinga saya. Pandangan mata saya berbalam-balam. Sedih korang sebak diam-diam jatuh jugak air mata saya huhu. Betapa selama 2 tahun ini saya perlu menutup segala pintu dan tingkap disekeliling dan bisikkan pada diri saya harus sudahkan apa yg telah saya mulakan..dan hari ini saya sudah akhirinya dengan baik. Nasib Tan Sri berucap lama jadi sempat la I kembalikan mood ke sedia ada hehe..

So masa ambik hadiah tu Tan Sri genggam tangan saya lama jugaklah. Masih saya ingat lagi antara soalannya saya buat apa sekarang, nak masuk U mana nak ambik kursus apa, suruh saya simpan duit yg dia bg tu untuk masuk U. Kalau lah masa tu kakak saya ada mesti dia boleh ambik gambar saya banyak-banyak huhu. Ni mmg tkde apa kenangan pun. Cek yang saya dapat tu je lah kenangannya lama saya simpan baru saya cashkan. Bila bawa ke bank itu lah pertama kali dalam hidup saya tgk kat buku bank saya ada banyak kosong kosong kosong belakangnya kalo tak kosong je haha.

Esoknya time mak ngan abah keluar nak pegi beli ikan dah ada org kampung yang menanya hadiah apa saya dapat semalam sebab keluar dalam berita gambar saya tu :) Tapi tu lah radio karat kat kampung ramai saya dapat hadiah duit tu RM1000 je tau-tau tersebar berita ada yang kata saya dapat 1500, 2000, 3000 hihi sedap mulut je diorang ni kan. Saya cakap ngan mak kena buat sidang akhbar ni bgtau anak saya dapat 1000 je haha.

Tu lah kenangan manis dalam usaha pencapaian akademik saya yang akan saya kenang sehingga ke akhir hayat. Saya ambil jurusan Ekonomi di UM terinspirasi dengan Tan Sri Rafidah Aziz hehe.. Masa 1st year saya satu kelas ngan anak Tab Sri- Alfian. Ada la rasa teringin nak tegur n minta sampaikan salam pada Tan Sri tp ku pendamkan hasrat hati je lah. Malu pulak dibuatnya dia kata my mom kenal you ke.. kan tak pasal-pasal pakai pipi merah pulak hihi.

Apa yang pasti kadang-kadang kita kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik...insyaallah
Post a Comment