Monday, June 2, 2014

Kisah aku dan buah mempelam

Kisahnya dalam bulan lepas saya beli 3kg buah mempelam yang montok-montok nampak cam gebu-gebu kuning-kuning gitu. Biasa bab buah ni suami yang suka beli saya tukang makan je. Tapi tak tau la masa nampak mempelam longgok-longgok tu terliur pulak tgk. So balik rumah dengan tak sabar terus kupas. Kupas-kupas pastu terus potong sehiris ngap masuk mulut..tui!!! masam ya amat rupa-rupanya. Terbantot terus selera tapi masih bersangka baik. Ambik lagi satu kupas laju-laju sbb tak sabar nak rasa tapi masam jugak..hampa di situ.

Memang saya rasa geram betul la ngan yang jual pelam tu. Rasa nak pegi pulang balik je. Merungut-rungut saya. Kebetulan adik datang umah kat dia pun saya lepaskan perasaan pasal pelam masam tu. Then kebetulan ada berjumpa ngan jiran-jiran,  biasa la kan berkumpul ramai-ramai makan je kami ni hehe. Dalam dok prepare nak buat benda mkn ni sorang jiran bawa buah pelam. Bila dikupas buahnya tu punya lah sedap isinya. Saya pun apa lagi terus bercerita pasal buah pelam masam yangs saya beli tu..tak abih lagi geram saya tuh.

Kemudian masa saya ganti puasa hari tu jiran I yg baik hati balik dari Siam siap belikan I buah pelam dr sana lagi. Punya la sedap buahnya. Jauh panggang dari api dari rasa buah yang saya beli tu. 
 
Dan smlm saya kat kampung ibu mertuaku adik ipar kupaskan mempelam untuk saya. Katanya pelam tu pokok depan rumah dia. Boleh tahan jugak la manisnya dan yang  pasti tak la masam macam buah pelam yang saya beli tu. Again saya keluarkan lagi citer pelam masam tu kat adik ipar.

Pagi ni bila dah sampai kat umah saya tgk-tgk keluarkan apa la barang yang mak mertua bagi bawa balik. Biasa apa yang dia bagi saya ambik je tak byk tanya. Melainkan benda yg bau-bau kuat sangat tu kena la bungkus tebal-tebal sikit. So bila dh keluarkan barang nampak ada buah pelam. Saya pun ambik buah tu terus kupas...mcm orang ngidam pulak ye hehe pantang nampak pelam nak ngap. Memang lemak manis sedapnya tak la masam macam buah pelam aku beli tu.. saya ngomel sorang diri kat dapur. So potong dari sehiris ke sehiris sampai abis I makan sorang je buah pelam sarapan pagi ni hehe.

Bila dah habis tu mcm tak semena-mena terlintas satu benda dalam fikiran saya. Selama hari ni yang saya dok nak marah sangat dpt pelam masam tu saya marah kat sapa sebenarnya. Kat diri sendiri ?? sebab tak reti pilih buah -eh yang jual tu lah kan sapa suruh jual buah masam. Tapi penjual tu tau ke buah tu masam. Entah-entah yang saya dapat ni je masam yang lain berlonggok-longgok lagi tu semua manis-manis belaka. So dekat sapa sebenarnya saya tujukan amarah saya tu. Pada Sang Pencipta???

Ya Allah betapa selama ini kalau saya makan dapat yang sedap takde pun beria saya nak bersyukurnya, tp kalau dapat yang tak sedap mula la bertahun tak abih ceritanya saya jaja. Allahhu Akbar diam tak diam saya rasa terpukul sendiri. Nikmat yang manakah yang telah saya dustai.

Saya kongsi cerita ni dengan rasa rendah hati selepas ini saya harus banyakkan diri bersyukur dengan segala nikmat yang dikecapi. Syukur padaMu Ya Allah dengan sebiji mempelam Engkau berikan ku kesedaran.

No comments: