Wednesday, May 28, 2014

Resepi Kuih Lapis yang mudah




Tak ingat bila kali terakhir saya buat kuih lapis lama sangat dah sebab kuih ni tau je lah nak kena tunggu selapis-selapis baru siap. Jadi memandangkan tahap lecehnya tu dan saya bukan suka sangat benda leceh-leceh ni jadi bila nak buat saya kena pastikan kuih jadi. Awal-awal lagi dah beli kelapa parut sebiji. Santan harus cukup lemak klu shortcut2 mmg tak umph. Cuma plan asal nak buat kaler merah putih tu tapi terjadi kaler  gini hehe..
 
gara-gara pewarna merah saya dah expired rupa-rupanyaNasib baik jugak lah ada 2 benda ni dlm peti ais kalo tak tak tau la kaler apa yg keluar haha.

Yang belah kiri tu esen pandan yg kanan tu pewarna hijau. Sebenarnya byk daun pandan belakang umah boleh je blend dan dapatkan yg ori tp tu lah nak senangkan.

So ini resepinya

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung atau kastard
1/2 cawan gula (boleh kurangkan sukatannya sikit klu tak suka manis)
2 cawan santan
secubit garam

Campur semua bahan dan kacau sehingga sebati nak masuk blend pun boleh. Pastu bahagi 2 adunan klu takut tak tepat nak agak bahagi 2 tu senang je biar yg kaler putih tu banyak. Yang kita nak letak kaler merah atau hijau tu biar sikit takpe bila tak cukup boleh ambik dari kaler putih tu.

So start la melapis letak lapisan hijau dulu kukus dlm agak-agak 5 minit. Pastu boleh la dimasukkan lapisan putih. Sebolehnya bg dpat lapisan akhir tu kaler hijau lah baru cantik. Masa lapisan akhir tu kukus agak lama.

Dah masak biar dlm 2-3jam baru potong. 

Untuk saiz loyang yg saya tunjuk kat gambar di atas saya gandakan sukatannya. Sebab sukatan yg saya bg tu mmg asas sesuai utk yg baru nak mula dapat sikit je lah. Kalau nak mencuba sediakan loyang yang kecil dulu ye.. selamat melapis

Post a Comment